Anda di halaman 1dari 17

KULIAH 2

TEORI PROSES MEMBACA


Membaca adalah satu proses membina
jambatan antara maklumat yang terdapat
pada permukaan bertulis dengan maklumat
yang terkandung dalam pemikiran pembaca
Semakin banyak maklumat yang dipunyai
pembaca dalam pemikirannya tentang
perkara yang terkandung dalam bahan yang
dibaca semakin mudah pemahaman berlaku.
Walaupun manusia telah mula menguasai
kemahiran membaca kira-kira lima abad yang
lalu, namun tidak banyak yang diketahui
tentang proses membaca ini sehinggalah
kira-kira tiga suku abad abad yang lalu.
Terdapat pelbagai teori yang telah ditemui
pada sekitar awal abad yang ke-20,
khususnya dalam bidang pendidikan yang
berkaitan membaca dan proses menguasai
maklumat
Sains kognitif ialah kajian berkaitan minda
dan kecerdikan manusia
Kajian minda ini juga merangkumi bidang
falsafah, psikologi, kepintaran artificial, sains
saraf (neuroscience), linguistik dan
antropologi.
Semua bidang ini digabungkan bagi
memahami bagaimana manusia memperoleh
kecerdikan menerusi fungsi otak
Pancaindera penglihatan adalah penting
dalam proses mengenal huruf sebagai simbol
ketika aktiviti membaca dijalankan
Penulis mempunyai idea, maklumat, pesanan
atau pengajaran yang ingin disampaikan
menerusi simbol bertulis.
Idea ini ditukarkan kepada bentuk simbol
huruf atau dikenali sebagai proses
mengenkod

Simbol dalam bentuk huruf ini dicatat pada
permukaan bertulis dan dihantar kepada
pembaca, sama ada dalam bentuk kertas
bercetak atau paparan elektronik
Tugas pembaca ialah menerima kod-kod
tersebut dan cuba memecahkan kod-kod
tersebut dalam bentuk bahasa yang difahami
Proses memecah kod ini dikenali sebagai
mendekod
Ini adalah asas atau landasan pertama dalam
proses memahami apa yang ingin disampaikan
penulis
Proses memecah kod atau mendekod ini
berlaku apabila pembaca dapat mengenal
pasti jenis simbol yang dicatat pada
permukaan bertulis, sama ada bentuk huruf,
format penulisan, dan bahasa yang
digunakan
Sekiranya pembaca tidak dapat memecah kod
ini, maka aktiviti membaca akan terhenti dan
pembaca tidak dapat meneruskan langkah
seterusnya
Pembaca tidak datang dengan daya kognitif
atau pemikiran yang kosong
Pembaca mempunyai pelbagai latar belakang
dan mempunyai pengalaman yang pelbagai
dalam hidupnya, berlandaskan berapa lama
seseorang itu telah hidup di muka bumi ini.
Semakin jauh perjalanan seseorang manusia
tempohi, semakin luas pengalaman hidupnya
Semakin tinggi asas pengetahuan atau
kemahiran, semakin banyak interpretasi
bahan yang dapat dilakukannya
Setelah berjaya memecahkan kod atau
mendekod permukaan bertulis, pembaca
akan cuba untuk menghubungkan apa yang
terdapat dalam pengalaman latarnya dengan
bahan yang dibacanya
Semakin banyak pengalaman latar dipunyai
pembaca, semakin luas makna yang akan
diperolehi daripada bahan yang dibaca
Pembaca akan lebih memahami teks
sekiranya kandungan teks tersebut banyak
boleh dikaitkan dengan pengalaman latarnya

Rosenblatt (1978) menjelaskan proses ini
sebagai proses transisi antara pemikiran
penulis dengan pemikiran pembaca
Penulis tidak menetapkan makna bagi bahan
yang dihasilkannya, tetapi meletakkan
tanggung jawab mencari makna kepada
pembaca
Terpulang kepada pembaca untuk membuat
tafsiran terhadap bahan yang dibacanya
Pembaca yang aktif ialah pembaca yang dapat
memberikan respons kepada bahan yang
dihasilkan penulis berlandaskan keperluan
pembaca
Pembaca membaca dengan pelbagai tujuan
dan fungsi
Rosenblatt memperkenalkan konsep eferen
dan estetik dalam membaca
Konsep ini sangat penting bagi menentukan
fungsi membaca
Beberapa model boleh digunakan bagi
pengajaran membaca di sekolah menengah
Model tersebut telah digunakan dalam
pelbagai penyelidikan yang telah dijalankan
bagi melihat keberkesanan pengajaran
membaca dalam kalangan murid sekolah dan
pendidikan awal kanak-kanak
Model ini juga boleh dicuba bagi pengajaran
membaca dalam bahasa Melayu
Proses pengajaran bermula dengan teks
Guru membahagi-bahagikan teks kepada
murid
Murid membaca teks, sama ada secara
senyap atau membaca secara lantang
Guru meminta murid mengambil perhatian
terhadap istilah-istilah penting dan istilah
yang tidak difahami oleh murid
Murid mencari makna perkataan dan frasa
sama ada berlandaskan hubung kait dalam
petikan atau dalam kamus

Guru mengarahkan murid mencari isi-isi
penting dalam petikan
Pemahaman teks diteruskan dengan
membincangkan setiap perenggan
Maksud keseluruhan petikan dikenalpasti
Guru cuba mengaitkan petikan dengan
pengalaman latar murid tentang tema utama,
kandungan dan isu yang dibincangkan dalam
petikan.
Pengajaran membaca bermula dengan guru
membincangkan pengalaman murid tentang
sesuatu isu yang dianggap penting atau
terkini
Pengalaman murid dicungkil bagi
menimbulkan minat mereka dalam
perbincangan
Guru juga membincangkan beberapa istilah
yang dianggap penting dan dapat difahami
murid dengan jelas

Guru membincangkan isu-isu yang dianggap
berkaitan topik perbincangan dengan lebih
terperinci
Setelah perbincangan dilaksanakan dengan
berkesan barulah guru membahagikan teks
untuk bacaan
Murid membaca teks dan cuba mengaitkan
kandungan teks dengan topik perbincangan
yang telah dijalankan sebelum itu.
Berlandaskan kenyataan Rosenblatt yang
dipetik daripada Bab Satu, buku Mahzan
Arshad (2003), Pendidikan Literasi Bahasa
Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu, apakah
yang anda faham tentang konsep eferen dan
estetik. Cuba kaitkan konsep ini dengan
proses membaca bagi mencari makna.
Sediakan contoh-contoh yang sesuai dalam
pengajaran membaca di bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai