Anda di halaman 1dari 5

Praktikal 2 : ALOI

Tujuan : Untuk membanding kadar pengaratan besi, keluli dan keluli nirkarat.
Bahan-Bahan/Alat Radas : Paku besi, paku keluli, paku nirkarat, larutan jeli, larutan
kalium heksasionoferat (III), air, kertas pasir, tabung uji, rak tabung uji.
Prosedur :
1. Permukaan paku-paku yang diberikan telah digeserkan.
2. Paku besi diletakkan dalam tabung uji A, paku besi keluli dalam tabung uji B
dan paku besi nirkarat dalam paku keluli nirkarat dalam tabung uji C.
3. Beberapa titik larutan kalium heksasianoferat (III) ditambahkan ke dalam
larutan jeli yang telah disediakan.
4. Larutan jeli dituangkan ke dalam ketida-tiga tabung A,B dan C sehingga paku-
paku itu terendam sepenuhnya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
5. Tabung uji itu diletakkan di atas rak tabung uji selama lima hari. Keamatan
warna biru diperhatikan selepas lima hari.
6. Permerhatian direkodkan dalam satu jadual.










Pemerhatian (Jadual)
Tabung uji Kematan warna biru tua Keadaan paku
A (paku besi) Tinggi Banyak berkarat
B (paku keluli) Rendah Berkarat
C (paku keluli nirkarat) Tiada Tidak berkarat

Perbincangan :
Aloi ialah satu campuran dua atau lebih unsur mengikut peratusan yang
tertentu dimana unsur utamanya ialah logam. Terdapat aloi yang mengandungi
unsur bukan logam. Aloi keluli mengandungi unsur karbon. Aloi adalah lebih keras
dan lebih kuat berbanding dengan logam tulen. Dalam pembuatan logam, logam
asing dicampurkan kepada suatu logam yang tulen. Atom logam asing ini
mempunyai saiz yang berbeza daripada atom logam tulen. Atom asing ini
menggangu susunan teratur bagi atom dalam logam tulen. Atom asing ini dapat
menghalang lapisan atom daripada bergelongsor di atas satu sama lain. Oleh
kerana lapisan atom sukar menggelongsor di atas satu sama lain, pengaloian dapat
menjadikan logam tulen lebih kuat dan keras.
Paku berkarat disebabkan oleh tindak balas dengan Oksigen. Oksigen
yang berada dalam udara menyebabkan besi untuk berkarat. Apabila besi
menghadapi Oksigen,

kedua-duanya melepaskan tenaga dengan bergabung antara
sama lain. Semasa pengabungan ini juga menyebabkan Oksigen dan besi berkongsi
elektron. Semakin tinggi kepekatan oksigen dalam persekitaran paku, lebih cepat
ianya berkarat. Inilah sebabnya paku yang terdedah kepada oksigen mengakibatkan
paku berkarat dengan cepat.
1. Kakisan ferum akan menghasilkan ion ferum (II)

Fe (p) Fe
2+
(ak) + 2e
-

2. Paku besi tulen telah banyak terkakis manakala paku keluli hanya terkakis
sedikit dan keluli nirkarat tidak terkakis langsung.

3. Fungsi larutan kalium heksasianoferat (III) adalah untuk menguji kehadiran ion
ferum (II), iaitu warna biru tua akan terbentuk. Keamatan warna biru tua ini
mengambarkan tahap pengaratan paku besi.

4. Warna biru yang terbentuk menunjukkan ion ferum (II) terhasil, iaitu kakisan
ferum sudah berlaku.

5. Keamatan warna biru tua yang lebih tinggi menunjukkan bahawa
kadar pengaratan juga tinggi kerana kepekatan ion ferum(II) yang terbentuk
adalah lebih tinggi.

6. Besi berkarat dengan mudah tetapi keluli nirkarat (aloi yang terbentukdegan
menambahkan nikel dan kromium terhadap besi) lebih tahan kakisan.Nikel dan
kromium membentuk satu lapisan oksida yang keras dan tidak telapair untuk
menghalang besi daripada berkarat.










Kesimpulan :
Keputusan menunjukkan bahawa pengaloian boleh mencegah kakisan

Soalan :
1. J elaskan peranan larutan kalium heksasianoferat (III).
Fungsi larutan kaliumheksasianoferat (III) adalah untuk mengujikehadiran ion
iaitu warna biru tua akan terbentuk. Keamatanwarna biru tua ini mengambarkan
tahap pengaratan paku besi.
2. Apakah perhubungan antara keamatan warna biru dan kadar
pengaratan?
Apabila pekat warna semakin terbentuk semakin tinggi kadar pengaratan akan
berlaku.
3. Jelaskan peranan kegunaan larutan jeli dalam eksperimen ini.
Penggunaan larutan agar-agar dalam bentuk pepejal boleh meningkatkan
pemerhatian eksperimen kerana ianya digunakan untuk memerangkap dan
melihat warna biru yang terbentuk dengan lebih jelas. Hal ini disebabkan
penyebaran berlaku paling perlahan dalam pepejal berbanding cecair dan gas.
4. Namakan juzuk yang terkandung dalam keluli dan keluli nirkarat.
Keluli 99% ferum, 1% karbon
Keluli Nirkarat 74% ferum, 18% kromium, 8% nikel
5. Berdasarkan pemerhatian anda, banding dan jelaskan kadar pengaratan
antara ketiga-tiga jenis bahan yang telah digunakan.
Berdasarkan pemerhatian di atas, pengaratan besi tulen lebih cepat dari keluli
tetapi keluli nirkarat tidak berkarat. Paku yang diperbuat daripada keluli nirkarat
tidak berkarat kerana paku ini adalah aloi daripada ferum, kromium dan nikel.
Paku yang diperbuat dari keluli berkarat dengan perlahan. Kandungan karbon
atom akan menguatkan besi tetapi tidak menghalang pengaratan daripada
berlaku. Pengaratan besi berlaku adalah contoh penghakisan. Apabila
pengaratan berlaku, logam kehilangan electron untuk membentuk logam besi.
6. Bagaimana susunan atom dalam sesuatu logam mempengaruhi kemuluran
dan ketempaannya?
Mulur bermaksud boleh ditarik menjadi dawai dan tempat bermaksud kebolehan
diketuk kepada bentuk yang berlainan. Logam tulen terdiri daripada lapisan atom
yang disusun dengan seragam, teratur dan padat pada kedudukan yang tetap.
Susunan atom ini menyebabkan logam mempunyai takat lebur dan takat didih
yang tinggi. Daya tarikan yang kuat antara atom memerlukan jumlah haba yang
banyak untuk mengatasinya. Walaubagaimanapun, logam adalah lembut dan
tidak kuat. Jika, daya dikenakan pada logam, lapisan atom akan menggelongsor
antara satu sama lain dan menyebabkan logam mudah ditempa dan mulur.
7. Jelaskan perbezaan antara aloi pengantian (substitution alloy) dan aloi antara
ruang (interstitial alloy)