Anda di halaman 1dari 3

Pengurusan stres dan konflik

Stres dan konflik adalah dua factor yang bertimbal balas dan kerapmenga
nggu perjalanan hidup remaja. Bentuk stress dan konflik adalahberbeza-
beza antara remaja dengan remaja yang lain. Perbezaan ini
banyakdipengaruhi oleh faktor2 luaran dan dalaman seperti emosi, sosioe
konomi, persekitaran, rakan sebaya dan lain-lain.Remaja yang dilanda
stres dan konflik tidak dapat mengawal diri dan
sering mengambil keputusan negative yang akhirnya merosakkan dirisend
iri. Mereka biasanya mengambil jalan mudah untuk menyelesaikanmasala
h sehingga menyebabkan meeka terjebak dalam pelbagai
masalahsosial seperti penyalahgunaan bahan, seks bebas, jenayah rogol
dansebagainya. Antara faktor utama yang menyebabkan permasalahan
ini ialahkekeliruan dan ketidakfahaman remaja untuk menangani stres
dan konflik.Oleh itu, saya telah memilih bab ini untuk mendedahkan cara
untukmenguruskan stres dan konflik dengan kaedah yang betul.

Eustres
Stres yang baik atau positif seperti Berjaya mendapat anugerahpelajar
terbaik peringkat negeri.

Distres
Stres yang tidak baik atau negative seperti gagal dalampeperiksaan
pertengahan tahun.

Faktor luaran
Tempat belajar
Persekitaran tempat pembelajaran terutama di sekolah memberiimpak ya
ng besar kepada seseorang. Keadaan sekolah yang bersih,hubungan baik
antara guru dan pelajar serta kemesraan hubungan sesamarakan akan
membantu mengurangkan stres.

Keluarga
Kebahagiaan keluarga adalah faktor penting bagi
mengelakan stres dikalangan remaja.
Kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak
dan kemesraan sesama ahli keluarga adalah tunggak kepada
keluargabahagia. Kegagalan institusi keluarga memikul tanggungjawab
yang diberi menjadi punca stres yang menyebabkan remaja bermasalah.

Masyarakat
Situasi masyarakat masa kini banyak mempengaruhi remaja.
Masalahsosial seperti kejadian jenayah, penyalahgunaan bahan dan tiada
hubunganbaik sesama jiran tetangga boleh mengakibatkan stres. Dalam
kehidupanbermasyarakat, kerukunan sesama jiran haruslah dijaga agar k
ehidupanlebih harmoni dan selesa.


Faktor dalaman
Imej kendiri
Tekanan dalam diri yang sering dialami remaja berlaku akibat rasa
rendah diri yang keterlaluan dan berasa diri tidak disukai. Contohnya
bentuk fizikal, status sosio ekonomi dan pencapaian akademik boleh
mempengaruhi imej kendiri seseorang.

Pengurusan diri yang lemah
Kita tidak dapat menjadi pelajar yang cemerlang sekiranya kita gagal
atau tidak dapat menguruskan masa dengan baik dan tiada
perancangandiri. Sebagai contoh, kegagalan menyiapkan kerja-
kerja sekolah,menyebabkan kita takut untuk berjumpa guru. Keadaan ini
bolehmenimbulkan stres.

S trategi Menangani Stres
Stres perlu ditangani agar kita dapat hidup selesa dan gembira. Antara
caramenangani stres ialah:

Kemahiran pengurusan diri
Kita perlu membuat perancangan diri yang sistematik supaya tidak
menghadapi sebarang masalah yang boleh menimbulkan stres. Justeru,
kita perlu menetapkan matlamat,
menyenaraikan matlamat dan seterusnyamembuat perjadualan tindakan
untuk mencapai matlamat tersebut.

Kemahiran membuat keputusan
Apabila menghadapi masalah, kita perlu menyenaraikan segalatindakan
yang boleh diambil. Kita perlu mengkaji kebaikan dan keburukan
setiap tindakan dan memilih tindakan yang paling sesuai. Oleh yang
demikian, kita boleh menyelesaikan masalah tersebut tanpa mengikut
emosi.

Hubungan yang baik
Jalinkan hubungan yang baik dengan jiran dan rakan-
rakan untukmenjamin kehidupan yang lebih harmoni. Hormat-
menghormati , tolong-menolong, dan bertolak ansur ialah sikap terpuji
yang perlu diamalkan tanpamengira perbezaan umur, pangkat, bangsa
dan agama.

Kecergasan fizikal
Kita mesti mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam selalu dan ,
mendapat rehat yang mencukupi untuk mendapat kecergasan fizikalyang
optimum. Kecergasan fizikal yang optimum dapat mengurangkan stres.




Menilai semula pegangan hidup
Kita perlu menilai semula pegangan hidup dan falsafah hidup kita.Pegang
an agama dan nilai moral diri yang kuat akan membantu kitamengkaji
sikap positif dan negatif yang ada dalam diri

Anda mungkin juga menyukai