Anda di halaman 1dari 11

Kerja Kayu

Jenis Bahan
Kayu
Kayu merupakan bahan asas untuk pelbagai kegunaan contohnya untuk membina bangunan,
membuat perabot, digunakan sebagai bahan api dan lain-lain.
Kecacatan kayu disebabkan oleh:
kecuaian semasa menebang
pengeringan yang tidak teratur
serangan serangga perosak




Beberapa k ecacatan yang biasa berlaku pada kayu adalah:
retakan bulat
retakan jantung
retakan bintang
buku atau pusar
berpiuh atau berpintal
melengkung
berspring
Jenis kayu, sifat dan kegunaannya.



Jenis Pengikat
Paku

Rajah: Bahagian-bahagian paku
Paku merupakan pengikat yang biasa digunakan dalam kerja kayu. Ia biasanya diperbuat
daripada keluli lembut yang bersadurkan zink. Ada juga paku yang diperbuat daripada
aluminium, tembaga dan loyang. Terdapat beberapa jenis paku, seperti paku kepala rata, paku
panel dan paku payung.
Paku kepala rata

Paku jenis ini mempunyai kepala yang besar, rata dan tidak boleh dibenamkan ke bawah
permukaan kayu. Paku ini adalah digunakan untuk kerja am bagi cantuman yang lebih kukuh
dan kuat

Paku panel

Kepala paku panel adalah berbentuk kon dan kecil serta boleh dibenamkan ke bawah
permuakaan kayu. Paku ini adalah digunakan untuk kerja halus dan kecil.


Paku payung

Kepalanya adalah berbentuk payung. Ia disadur dengan zink supaya tahan karat. Ia
digunakan untuk memasang atap zink.


Cara-cara memaku



Memaku tegak adalah untuk benda kerja kayu yang nipis dan paku dipegang secara tegak
apabila mengetuk dengan tukul. Seterusnya, memaku serong dapat memberi cengkaman yang
lebih kuat dan kukuh. Paku dipegang secara serong sedikit apabila mengetuk dengan tukul

Alatan Tangan
Pembaris Keluli

Digunakan untuk mengukur dan menanda jarak, membuat garisan lurus serta memindahkan
ukuran.
Diperbuat daripada keluli yang tidak berkarat dan biasanya berukuran 300 mm (12") panjang.

Sesiku L

Sesiku L terdapat dalam berbagai saiz yang ditentukan oleh panjang bilahnya.
Bilah dan tonggak dibina bersudut 90.
Ia berfungsi untuk:

o membuat garisan bersudut tepat (90)

o menguji kepersegian

o menguji kerataan permukaan kayu

Gergaji Puting

Digunakan untuk:

o memotong kayu bersaiz kecil

o memotong tanggam kayu
Jalur logam di bahagian atas bilah melurus dan menguatkan bilah gergaji.
Saiznya ditentukan oleh panjang bilah dan dijual dalam ukuran panjang 250 - 300 mm dengan
12 - 14 gigi setiap 25 mm (1 inci).

Gergaji Lengkung Halus

Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan nipis.
Saiznya ditentukan oleh panjang bilah gergaji.
Mata gergaji dipasang menghala ke hulu.

Tukul Kuku Kambing

Digunakan untuk menukul dan mencabut paku.
Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.

Kemasan
Kertas Las

Kertas las juga dikenali sebagai kertas kaca atau kertas pasir.
Digunakan untuk:
merata dan melicinkan permukaan kayu sebelum disapu bahan kemasan
membersihkan calar, garisan dan tanda pada permukaan bahan
Ia dijual dalam bentuk kepingan yang berukuran 23 cm x 28 cm (9" x 11").
Kertas las digredkan daripada nombor 00 (paling halus) hingga nombor 3 (paling kasar).
Untuk kerja am, mulakan dengan kertas las gred 1 dan untuk permukaan lebih licin,
gunakan kertas las gred 0 diikuti dengan yang paling halus iaitu gred 00.
Langkah menggunakan kertas las:


o balutkan kertas las ke satu bongkah kayu lembut.

o mula menggosok dengan kertas las gred kasar secra bersudut sedikit dengan urat
kayu.

o kemudian, gosok selari dengan urat kayu dengan gosokan yang bertindih-tindih
dengan menggunakan kertas las gred sederhana dan gred halus.
Syelek

Syelek digunakan sebagai kemasan pada permukaan kayu supaya kecantikan urat kayu jelas
kelihatan.
Syelek menjadikan permukaan kayu licin, senang dibersihkandan tahan lebih lama.
Spirit metil digunakan untuk:

o membersihkan berus syelek

o mencairkan syelek dan bertindak sebagai pelarut syelek
Tona Kayu

Tona kayu ialah sejenis kemasan berkilat yang memaparkan warna kayu asal.
Ia digunakan untuk memberi warna seragam kepada cantuman projek yang terdiri dari
pelbagai jenis dan warna kayu.

Langkah kemasan Syelek
Licinkan permukaan benda kerja dengan kertas las yang dibalut pada bongkah kayu,
kemudian bersihkan dengan berus atau kain.
Sapukan pewarna kayu yang dipilih pada permukaan benda kerja dengan berus dan biarkan
kering.
Sapu syelek lapisan pertama pada benda kerja dengan berus syelek dan biarkan kering.
Setelah itu, gosok dengan kertas las gred 00 dan bersihkan permukaan kayu.
Sapu lapisan yang kedua dan biarkan kering. Pastikan setiap lapisan itu kering sebelum
memulakan lapisan lain.
Lekar disapu sebagai bahan kemasan terakhir. Lekar lebih keras daripada syelek dan tidak
mudah calar. Biarkan lekar kering sendiri.