Anda di halaman 1dari 3

Factor-faktor wujudnya umat islam yang tidak mempedulikan tindakan penghinaan terhadap Rasulullah

SAW
Asas Pengangan Umat Islam
Bagi mengatasi masalah ini, kita semua perlu kembali semula kepada asas pengangan umat Islam iaitu
Al-Quran dan As-Sunnah, kerana di situ terdapat segala asas pembentukkan jati diri umat Islam dan juga
terdapat asas pembentukkan sebuah negara yang berdaulat serta jauh dari anasir-anasir luar yang jelas
merosakkan umat Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu
berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW,. (Riwayat Imam
Malik)
Sangat tidak betul bagi mereka yang mengatakan bahawa Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu tidak
sesuai lagi diamalkan dan ia sesuai pada zaman dahulu sahaja. Sesiapa yang berkata dan berniat
sedemikian rupa, maka cepat-cepatlah bertaubat, beristiqfar dan syahadah kembali kerana ia jelas
merosakkan akidah.

Tuntut Ilmu Allah
Penuhkan dada-dada umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Iman, Islam dan Ehsan,
kerana ketiga-tiga ini akan membuatkan umat Islam itu sentiasa mempunyai pedoman hidup. Setiap apa
yang dilakukan olehnya akan dinilai dahulu adakah pekerjaan ini baik dan mendatangkan manfaat
kepadanya. Jika baik, maka teruskan membuatnya. Jika tidak, ia akan tinggalkannya.
Setiap inovasi yang dibuat olehnya adalah bertujuan mendatangkan manfaat kepada seluruh umat
manusia dan Islam. Tetaapi bukan inovasi yang direka olehnya untuk menjahanamkan manusia. Ini
semua berlaku apabila ia faham tentang Islam, jikalau tidak ia akan melakukan perkara-perkara yang
ditegah oleh Islam seperti rasuah, ponteng kerja, curi tulang, cetak rompak dan sebagainya. Contoh
apabila seseorang itu memiliki ilmu agama dan akademik menjalankan tugas sebagai pegawai bank.
Beliau tidak akan melakukan pecah amanah, kerana fikirannya akan ingat Allah marah, perbuatan
tersebut dosa, haram dan dimasukkan ke dalam neraka Allah yang sangat pedih azabnya.






Wujudkan Rasa Persaudaraan Sesama Islam
Kembalikan rasa persaudaraan sesama Islam walaupun berlainan keturunan, bangsan dan warna kulit,
selagimana ia berada di bawah akidah yang sama, maka selagi itulah ia bersaudara dengan kita
walaupun berbeza Negara. Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya mukmin itu bersaudara (Al-Hujuraat : 10)
Pernah perlaku pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang cedera di dalam peperangan, beliau
meminta segelas air untuk diminum, setelah dibawakan air kepadanya untuk diminum, ada seorang
sahabat yang cedera juga disebelahnya meminta air, lalu diberikan air itu kepada sahabatnya untuk
diminum lalu ia berkata awak lebih memerlukan dari saya. Sahabatnya menerima air darinya untuk
diminum, kemudian ada pula disebelah sahabatnya sahabat yang lain memerlukan air untuk diminum.
Sabahatnya juga melakukan perbuatan yang sama dan diserahkan air tersebut kepada sahabat yang lain
itu. Kemudian sahabat tersebut tidak sempat untuk minum dan meninggal dunia, lalu air itu dibawa
semula kepada sahabat-sahabat tersebut dan mereka juga telah meninggal dunia tanpa meminum air
yang diminta oleh mereka.
Pengajaran dari cerita di atas ini ialah kehebatan sifat bersatu dan bersaudara yang ditunjukkan oleh
sahabat Rasulullah sehingga waktu ajal tiba juga sanggup mengutamakan orang lain. Dengan sifat ini
jugalah terdirinya Negara Islam yang pertama iaitu Madinah. Sifat ini jugalah tentera Islam menang di
dalam medan peperangan kerana semua tentera Islam bergandingan tangan, seorang mara mesti yang
lain juga ikut mara tanpa menghiraukan ajal maut dan bahaya. Sifat ini jugalah musuh Islam tidak berani
meyentuh atau membuli orang-orang Islam. Kalau berlaku penindasan umat Islam, Khalifah
mengirimkan satu grombolan tentera untuk memerangi mereka sehingga ke lubang cacing.

Matikan Sikap Pentingkan Diri Sendiri
Buang jauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri, orang yang mementingkan diri sendiri ini adalah orang
yang rugi dan orang yang tidak bertamadun. Orang sebegini sepatutnya kembali ke zaman batu, duduk
di dalam gua-gua bersama keluarganya sahaja tanpa mengetahui apa yang berlaku di luar sana.
Selalunya mereka ini bila ada kepentingan peribadi barulah mereka bersama dengan orang lain tunjuk
baik dan buat itu dan ini.
Tetapi malangnya apa yang mereka buat itu bukan semuanya kerana Allah malah kerana untuk
mengenyangkan perut masing-masing. Sebab itulah masyarakat Islam tidak boleh maju dan tidak boleh
bersatu kerana kepentingan perut lebih penting dari kepentingan pembangunan ummah. Sebenarnya
inilah senjata musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan Islam, mereka yakin selagimana umat Islam
bersikap individual, maka selagi itulah Islam menjadi lemah. Kuatnya Islam adalah berjamaah kerana
bersatu dalam jemaah itulah senjata kekuatan umat Islam dan ia tidak mudah untuk ditumpaskan oleh
musuh-musuh Islam.

Perkara ini semua telah dibuktikan oleh Rasulullah dan para sahabat, setiap apa-apa keputusan Baginda
akan bermusyawarah dahulu bersama para sahabatnya, setiap keputusan yang baik akan digunakan
oleh Baginda walaupun keputusan itu bukan dari dirinya. Keputusan-keputusan yang wujud dalam rapat
tersebut adalah semata-mata untuk kepentingan pembangunan ummah dan tidak ada langsung
kepentingan peribadi.
Betapa hebatnya sirah-sirah Rasulullah mendidik para sahabatnya dalam semua bab terutamanya
persatuan umat Islam. Ibarat kata cubit paha kanan paha kiri pun turut terasa, inilah kekuatan
sebenarnya umat Islam. Pernah suatu ketika pemimpin Yahudi berikrar dengan berkata Selagimana
umat Islam tidak bersatu dibawa satu panji Al-Quran dan Sunnah, maka selagi itulah umat Islam boleh
dibuli dan boleh diperangi dan mereka tidak sesekali akan memenagi peperangan tersebut.
Bila ada semua perkara yang saya berikan di atas ini, maka ia tidak akan berlaku penghinaan terhadap
Islam, kerana mereka sedar Islam adalah satu kuasa yang besar dan ajaib. Apabila umat Islam marah, ia
boleh membinasakan semua musuh-musuh Islam yang terlibat di dalam penghinaan tersebut. Selain
dari itu, semua perkara ini adalah senjata dakwah fardiah kita kepada semua orang bukan Islam,
kerana mereka melihat betapa hebatnya perpaduan umat Islam. Malah umat Islam juga dijadikan
contoh umat yang terbaik kerana sukses ke semua bidang kehidupan yang meliputi aspek dunia dan
akhirat. Sangat hebat sebenarnya Islam ini, ia menjadi tidak hebat apabila kita tidak faham hakikat
sebenarnya.
Melayukini.net - Islam merupakan agama yang syumul. Kita sering ditindas dan dihina kerana kita sering
dipandang rendah oleh pihak lawan. Kita mempunyai majoriti yang ramai di dunia, namun kerana tidak
bersepakat dalam perjuangan, kita sukar untuk bergerak membawa nama Islam. Oleh yang demikian,
orang kafir akan cuba sentiasa mencari jalan untuk memecahbelahkan umat Islam di dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai