Anda di halaman 1dari 3

Model ASSURE mengandungi 6

Model ASSURE mengandungi enam langkah: analisis ciri pelajar, nyatakan objektif,
pilih media dan bahan, gunakan media dan bahan, libatkan pelajar, nilai dan semak
semula media dan bahan.
1. Analisis ciri pelajar.
a) Mengenal pasti ciri-ciri umum seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran,
kelas dan taraf sosioekonomi,

b) Mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan
pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran
seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar.

2. Nyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus.

a) Objektif mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku
teks.

b) Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai,
keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.

c) Pilih media dan bahan.
Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau
objektif pembelajaran yang ingin dicapai.

4. Gunakan alat/bahan pengajaran.

a) Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan masa pembelajaran yang
diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar.

b) Kemudian sediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta kemudahan-
kemudahan yang diperlukan.

c) Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain
kemudahan dan keperluan untuk belajar.

d) Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyatakan tujuan dan objektif
pembelajaran.

e) Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan media? Sebagai
penyampai utama atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran?

5. Libatkan pelajar.
Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan
dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz,
projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti
pengukuhan serta?merta diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul
(Skinner, 1954).

6. Nilai dan semak semula bahan.
Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan
media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu soalan berikut
harus difikirkan:

a. Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai?
b. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran-
pembelajaran? Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara
yang betul?
c. Adakah suasana pembelajaran selesa?
d. Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi?

Model ADDIE mengandungi 5 langkah iaitu:
A Analyse (Analisis)
Mengenalpasti pelajar dan ciri-cirinya.
Mengenalpasti hasilan pembelajaran
Kekangan yang wujud dalam proses pembelajaran
Pelbagai pilihan strategi pengajaran
D Design (Reka bentuk)
Medokumentasikan aspek teknikal dalam penggunaan media
Menaplikasikan strategi pengajaran mengikut domain yang tertentu (cognitive, affective,
and psychomotor).

D Develop (Bina)
Pada fasa ini pereka bentuk pengajaran dan pembina (developer) akan mengumpul isi
pengajaran. Papan cerita akan ditulis dan aspek grafik akan dilakar. Aspek teknikal akan
diujilari dan pengubahsuaian akan dibuat.

I Implement (Laksana)
Dalam melaksanakannya latihan akan dijalankan untuk mempastikan hasilan kerja dalam
dilaksanakan dengan baik.

E Evaluate (Nilai)
Penilian dilaksanakan secafa formatif dan sumatif. Penilaian formatif dilaksanakan pada
setiap peringkat dalam proses ADDIE. Penilaian sumatif dilaksanakan mengikut kriteria
tertentu juga melalui maklum balas daripada pelajar untuk diubahsuai


Peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran
Apakah tujuan reka bentuk pengajaran?
Bagaimana reka bentuk pengajaran membantu proses P&P?
Apakah peranan dan kepentingan rekabentuk pengajaran dalam merancang sesuatu
proses P&P?

Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang
berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
diharapkan serta digemari oleh para pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan
lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap
pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan
pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.

Dalam proses pemilihan bahan pula sesuatu model reka bentuk pengajaran itu mampu
membimbing dan membantu guru untuk membuat pilihan, menghasilkan serta
menggunakan media tersebut secara lebih tepat berlandaskan kriteria yang dinyatakan
seperti bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar, memenuhi objektif pengajaran serta melalui
proses penilian bahan agar penggunaannya nanti lebih mantap, berkesan dan mendapat
respons yang positif daripada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai