Anda di halaman 1dari 10

KAJIAN RINGKAS BONEKA

Pengenalan
Seluruh dunia menggunakan boneka dalam bercerita, menyampaikan
mesej serta hiburan.Boneka mempunyai nilai-nilai estetikanya yang
tersendiri.Namun ia memerlukan manusia untuk menghidupkan atau
menggerakkan wataknya dalam menyampaikan informasi kepada penonton
sekaligus membawa mereka ke dalam dunia fantasi atau situasi sebenar sesuatu
cerita.
Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau
apa-apa jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-
kurang seorang dalang untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau
televisyen.Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digeraklakonkan
oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan
menyampaikan mesej.Pelbagai objek boleh dijadikan boneka sekiranya objek
tersebut digerakkan oleh pemain.Semasa menggerakkan boneka itu, pemain akan
mencuba untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang
dipertuturkan oleh pemain aksi boneka tanpa suara.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan untiuk
menyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya
menarik perhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam
penciptaan cerita, meransang daya imaginasi dan menggalakkan kerjasama
dalam kumpulan..
Jackman (1977) berpendapat boneka adalah salah satu cara yang
menghiburkan dan dapat menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif
dan imaginatif. Menurutnya lagi, penggunaan boneka dapat membantu
perkembangan kemahiran afektif, kognitif dan fizikal.
Nillie Mc Caslin (1984) pula menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi
sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar,
menghidupkan suasana yang lebih menyeronokkan, menarik minat, seterusnya
dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar.

Boneka sesuai digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran
untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan.Pendengar
iaitu kanak-kanak akan dapat menghayati dan memahami sesebuah
penyampaian dengan khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung
melalui penggunaan boneka.
Melalui permainan boneka juga kanak-kanak akan merasa seronok kerana
mereka dapat meluahkan apa yang terpendam dalam diri mereka dan ini akan
menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif.Mereka juga tidak akan rasa
segan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan oleh guru.
Penggunaan boneka memberikan kesan yang cukup baik ke arah pendedahan
kanak-kanak untuk berkomunikasi,melahirkan idea kreatif dalam penciptaan
sebenar serta merangsang daya imaginasi.Selain itu, boneka juga dapat memberi
pengalaman kepada kanak-kanak belajar secara berkumpulan, bekerjasama dan
berkongsi pengalaman.
Eve-Marie Arce dalam bukunya Curriculum for Young Chidren-An
Introduction menyatakan bahawa , boneka adalah sesuatu yang unik. Ia boleh
digunakan oleh guru untuk menyalurkan emosi kanak-kanak,kreativiti dan juga
menyelesaikan masalah atau kebimbangan mereka.
Kanak-kanak mampu menghasilkan boneka mereka sendiri dengan
bantuan daripada guru.Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan
boneka sama ada bahan-bahan terpakai, bahan semulajadi dan juga bahan-
bahan yang ada kaitan dengan sesuatu pembelajaran.Bahan-bahan terpakai
adalah seperti penutup botol minuman, batang aiskrim,bekas dadih, pnggan
kertas, stoking lama dan pelbagai lagi.Bahan semulajadi pula seperti daun, batu
kecil, ranting, akar pokok, kulit pokok dan bunga manakala bahan-bahan yang
berkaitan dengan pembelajaran pula seperti bulu burung yang dikaitkan dengan
sains dan lain-lain yang sesuai.
Kebiasaannya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk
orang tetapi juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak,situasi
dan cerita-cerita tertentu.Ketika boneka digerakkan,muzik latar, suara ataupun
bunyi bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh
dimainkan oleh guru sendiri atau sekumpulan kanak-kanak.
Sejarah ringkas boneka
Puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin. Ahli sejarah
berpendapat bahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum
Masihi oleh orang-orang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah
liat atau tulang binatang. Boneka yang lebih cantik dibuat daripada lilin dan gading
gajah.Pada masa itu, boneka bukan dibuat sebagai barang permainan untuk
kanak-kanak tetapi banyak digunakan untuk keperluan keagamaan atau upacara
adat yang rasmi.
Pada masa dahulu, bentuk boneka tidak menarik dan dikatakan
sangat menyeramkan serta menakutkan sehinggakan kanak-kanak enggan untuk
memilikinya.Boneka tersebut sangat kaku dan tidak boleh digerakkan.Boneka
dengan kaki dan lengan yang dapat digerakkan dibuat pertama kalinya pada 600
tahun sebelum masihi.Pada abad ke 5 hingga 15, boneka masih tetap digunakan
untuk keperluan keagamaan dan ritual.
Boneka Di Barat
Di Barat, boneka telah dijadikan permainan kanak-kanak semenjak abad ke
15 iaitu di Kota Nurembergm, Augsburg, dan Sonnneberg Jerman. Boeka tersebut
diperbuat daripada kayu, lilin, dan tanah liat yang dipakaikan dengan pakaian bagi
menggambarkan wanita di zaman itu. Sementara di British, Perancis, Itali, dan
Belanda, membuat pakaian khas mengikut daerah bagi boneka daripada jenis
yang sama. Boneka-boneka ini biasanya dijual sebagai cenderahati.
Belanda kemudiannya, telah maju setapak dengan mencipta mata boneka
yang diperbuat daaripada kaca dan dapat digerak-gerakkan menjadikannya lebih
hidup. Pada tahun 1675, penciptaan boneka maju setapak lagi dengan
mengenakan rambut sebagaimana boneka hari ini. Pembuatan boneka mengorak
maju apabila sebuah kilang telah Berjaya mencipta boneka yang dapat menangis
pada 1710, manakala boneka yabg dapat berjalan pada 1735.
Amerika telah Berjaya muncul sebagai Negara pengeluar boneka terbesar
di dunia pada akhir perang dunia pertama. Antara tahun 1925 dan 1941 industri
pembuatan boneka akhirnya telah Berjaya mencipta boneka yang hampir sama
dengan objek yang ditirunya iaitu dengan mengenakan mata yang dapat
mengerdip lengkap dengan bulu matanya, mulut yang dapat dibuka hingga
memperlihatkan barisan giginya dan terdapat juga boneka yang dapat makan dan
minum sendiri.
Boneka Di Malaysia
Suatu ketika dahulu, penggunaan boneka di Malaysia lebih kepada bentuk
pemujaan, namun tidak dapat dinafikan boneka juga adalah merupakan alat
mainan yang sangat popular di kalangan kanak-kanak, namun kedapatan juga
yang dijadikan hiasan atau sebagai koleksi orang dewasa. Boneka seringkali
dijadikan hadiah atau cenderahati kepada kanak-kanak terutamanya pada majlis
hari jadi. Ia merupakan satu alat mainan yanag digemari oleh kanak-kanak semua
bangsa di Malaysia. Terdapat banyak boneka yang hampir menyerupai menusia
sehingga kedapatan kanak-kanak yang menjadikan boneka teman mereka.
Boneka sebenarnya bukan saja menjadi barang mainan kanak-kanak,
malah juga turut menjadi kegemaran sebahagian orang dewasa. Boneka dijual
secara meluas di kedai-kedai alatan permainan dalam berbagai bentuk dan rupa,
samada dalam bentuk manusia atau haiwan. Boneka yang terdapat di Negara ini
diperbuat daripada pelbagai bahan misalnya, kayu, plastic, kapas, kertas, kain
dan seumpamanya.
Definisi boneka
Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh
pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk
menyampaikan mesej. Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia
digerakkan oleh pemain Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog
yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.Boneka digunakan
sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar
dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui
penggunaan boneka. Kesannya cukup baik ke arah pendedahan komunikasi,
melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita ,merangsang daya imaginasi dan
memberi murid pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan
Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang diperbuat daripada bermacam-
macam bahan yang sesuai dengan bentuk atau kegunaannya. Penghasilan
boneka tidak kenal tahap kerumitannya. Seperti yang diulas oleh Oscar Wilde
"Boneka ada banyak kelebihannya, termasuklah tidak mampu berhujah, tidak
mengulas seni dengan lantang, dan tiada kehidupan peribadi."
Jenis-jenis boneka
Terdapat berbagai jenis boneka yang sering digunakan antaranya:-
Boneka Jari
Boneka Tongkat
Boneka sarung tangan
Boneka Wayang Kulit
Boneka pinggan kertas
Boneka Beg Kertas
Boneka Lidi dan
Boneka Sudu

Bahan untuk membuat boneka
Bahan dan peralatan membuat boneka adalah berbeza mengikut jenis boneka
tersebut. Antara bahan asas untuk membuat boneka ialah
sarung tangan atau sarung kaki (boneka sarung tangan)
kertas tebal/plastic keras (boneka wayang kulit dan lidi)
beg kertas/beg mabuk udara (boneka beg kertas)
sudu kayu atau senduk (boneka sudu)
perca kain (boneka sarung kepala dan sarung tangan)
pinggan kertas (boneka pinggan kertas)
kayu (boneka tongkat)
lidi (boneka lidi)
Boneka dicipta mengikut kreativiti individu yang menghasilkannya. Ini
bererti seseorang itu tidak perlu menghabiskan banyak duit untuk menghasilkan
boneka kerana mereka juga boleh menghasilkan boneka daripada bahan-bahan
terbuang.

Boneka tangan
Boneka tangan atau juga dikenali sebagai hand puppets lebih mudah disediakan
dan lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak.Kanak-kanak akan memasukkan
keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau
dibentuk.Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh
digunakan.Antaranya ialah stoking, sarung tangan, beg kertas dan sampul
surat.Bekas telur, bekas dadih dan lain-lain turut boleh digunakan seperti watak
kucing, tikus dan sebagainya.Dengan menggunakan boneka tangan, kanak-kanak
lebih bebas membuat pergerakan.

Boneka jari
Boneka jari atau dikenali juga dengan nama finger puppets merupakan
boneka yang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri.Boneka jari dilakukan
dengan memasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari.Jari digerakkan
semasa watak dimainkan.Boneka ini boleh dibuat dari kertas yang dilukis
wataknya.Saiz boneka adalah mengikut saiz jari kanak-kanak.Boneka ini
diwarnakan dan digam pada keliling bentuk watak tersebut kecuali pada bahagian
untuk dimasukkan jari. Boneka jari amat seronok digunakan kerana pelbagai
watak boleh dimainkan serentak.

Boneka wayang kulit
Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal.Kemudiannya diwarna dan
bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik,
lutsinar dan kertas tebal.Biasanya boneka ini nipis dan berbetuk dua dimensi.Lidi-
lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.Semasa
memainkan boneka ini, ia di tempatkan di bahagian belakang atau skrin
putih.Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di
atas skrin.Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.Satu
lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai
sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

Boneka lidi
Boneka ini seakan sama dengan boneka wayang kulit.Boneka ini diperbuat
daripada bahan yang keras atau tebal.Kemudian lidi panjang diletakkan pada
badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan
semasa menggunakannya.Boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang
lainnya digoyang untuk menggerakkan anggota badan tersebut.

Boneka bertali
Boneka Bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras
seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Boneka menggunakan tali atau
string puppets berbeza dari segi saiz dan rupa bentuk.Ia lebih kompleks kerana
kepala watak akan dibentuk dan akan diikat dengan tali bagi tujuan
pergerakan.Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang
boleg bergerak.Bahagian kaki dan tangan watak akan dibentuk supaya boleh
digerakkan dengan menggunakan tali.Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi
cerita-cerita yang memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan
menggelongsor.Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa ataupun tali tangsi
.Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota
boneka tersebut bergerak.


Kepentingan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran
Kanak-kanak dapat mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan
berkesan serta meluaskan perbendaharaan kata.
Mengguna dan memperkukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur
melalui pengalaman sebenar yang mengembirakan.
Mempercepat dan mempermudahkan pemahaman kenak-kanak terhadap
sesuatu peristiwa ataupun cerita.
Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni
Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi secara berkesan.
Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman.
Melahir rasa seronok dan mengekalkan minat untuk belajar.
Meredakan tekanan dalam diri kanak-kanak