Anda di halaman 1dari 23

Model Ricardo

Dalam Model Ricardo diandaikan ,sebahagian


besar barangan penggunaan adalah dari sektor
pertanian yang dihasilkan oleh faktor tanah.
Faktor ini mempunyai penawaran tetap dan
pengeluarannya tertakluk kepada hukum pulangan
bertambah kurang.
Perbezaan antara aktiviti yang menggunakan tanah
sebagai input dan yang tidak menggunakan tanah
adalah perkara pokok dalam perbincangan model
pertumbuhan Ricardo.

1
Dua perkara penting disumbangkan oleh
Model Ricardo dalam menganalisis
pertumbuhan.
-Pertama, model ini menunjukkan proses
pertumbuhan ekonomi akan berhenti apabila
telah mencapai satu tingkat tertentu.
-Kedua, agihan pendapatan kepada sumber
input adalah berkaitan dengan/ dan
ditentukan melalui proses pertumbuhan
ekonomi.

2
Agihan pendapatan dalam bentuk sewa,
untung dan upah kepada masing-masing tuan
tanah, pemodal dan pekerja adalah berkait
rapat dengan tingkat pertumbuhan ekonomi.

Pertumbuhan ekonomi pula bergantung
kepada penawaran tanah, stok modal dan
buruh serta teknologi pertanian.
3
Ekonomi adalah berbentuk pasaran dan
peruntukan sumber dipengaruhi oleh motif
keuntungan (Ex. Membahagi ikut peratusan
atau tahap produktiviti) walaupun tidak
semestinya pada tingkat maksimum.

Perbezaan dalam perolehan keuntungan
adalah berkait rapat dengan kualiti tanah atau
tahap produktiviti, di mana modal
diperuntukkan.
4
Rajah 3.1 ini menunjukkan pulangan
kepada faktor pengeluaran iaitu
sewa, upah dan untung akan
berubah mengikut tingkat
penggunaan buruh kepada tanah.
5
6
Rajah 3.1 ini menunjukkan pulangan kepada
faktor pengeluaran iaitu sewa, upah dan un
tung akan berubah mengikut tingkat
penggunaan buruh kepada tanah. KS adalah
keluaran sut buruh dan KP ialah keluaran
purata buruh. Pada tingkat buruh L1, jumlah
upah pekerja ialah OL1 W1 W, untung
pemodal WW1P1 T dan sewa tuan tanah,
TP1R1. Apabila pemodal melabur semula
sebahagian daripada keuntungan

7
maka lebih banyak buruh diambil bekerja,
katakan L2. Pada tingkat ini jumlah upah
menjadi OL2 W2 W, untung WW2P2 T dan
sewa TP2R2. Kita dapati jumlah untung
semakin berkurangan, tetapi jumlah sewa
meningkat. Proses pengambilan buruh akan
berhenti apabila tiada lagi un tung pemodal
iaitu pada peringkat di mana KS = W. Pada
tahap ini tiada lebihan dan tiada pelaburan
semula maka proses pertumbuhan terhenti.
Dalam Rajah ini, tingkat ini ditunjukkan oleh
kuantiti buruh L3.

8
KRITIKAN TERHADAP MODEL
RICARDO


Analisis Ricardo menggambarkan proses
pertumbuhan tidak berlaku secara harmoni dan
tidak memberi faedah kepada semua golongan
atau dengan kata lain kepentingan mereka tidak
sama.
Golongan yang paling banyak menerima faedah
daripada pertumbuhan ekonomi ialah tuan-tuan
tanah.

9
Tanah yang terhad penawarannya (output
telah maksimum) menyebabkan nisbah buruh-
tanah semakin tinggi apabila penduduk
bertumbuh dan selanjutnya kadar sewa
meningkat.

Proses pertumbuhan akan membawa kepada
peningkatan sewa dan mengurangkan untung.

10
Mengikut Ricardo, proses pertumbuhan akan
berhenti apabila tanah yang dapat digunakan
habis dan ini membawa kepada kejatuhan
untung.
Tetapi pendapat ini dikritik dari dua sudut
iaitu pertama, kapitalis mungkin mempunyai
sumber tabungan lain dan kedua, mungkin
terdapat kemajuan teknologi yang mampu
mengekalkan kadar untung, dengan itu
pulangan berkurangan dan pengeluaran dapat
dilambatkan.

11
Ricardo juga mengabaikan soal pembaikan
tanah yang juga adalah langkah penting dalam
meningkatkan pembentukan modal sektor
perrtanian.
Dalam Model Ricardo, tuan tanah tidak
mempunyai insentif untuk melakukan
pelaburan daripada sewa yang mereka
perolehi untuk menyambung proses
pertumbuhan. Oleh itu, apabila berlaku
peningkatan dalam kos buruh, nisbah
produktiviti upah jatuh.

12
Tuan tanah juga boleh menerima lebihan
dalam bentuk sewa tanpa apa-apa usaha.
Gambaran ini nampaknya tidak realistik
dalam keadaan sebenarnya kerana tuan tanah
boleh menjadi kapitalis dan selalunya akan
melakukan pelaburan bagi meneruskan proses
pertumbuhan.

13
Model Karl Marx

Perbezaan pandangan Marx dengan Smith dan
Ricardo ialah tentang upah cukup hidup
(smith) dan hukum pulangan bertambah
kurang (Ricardo). Ekonomi Marxian juga
mempercayai pertumbuhan tidak berlaku
selamanya, tetapi apa yang berbeza ialah
tentang berakhirnya pertumbuhan ekonomi.
Marx berpendapat pertumbuhan akan
berhenti apabila berlaku krisis.

14
Marx melihat pembangunan ekonomi dari
sudut sosial dan sejarah. Marx menganggap
perhubungan sosial dalam pengeluaran lebih
penting daripada pertukaran antara barangan.
Sifat sosial buruh ditekankan.
Beliau mengatakan produktiviti buruh,
kemahiran masyarakat buruh, pengetahuan
sains dan teknologi dan alam sekitar (budaya-
sosial) adalah anugerah penting sesebuah
ekonomi. Perhubungan angkubah ini akan
menentukan budaya-sosial dalam masyarakat.

15
Hukum dinamik (yang mementingkan
modal daripadan buruh- pandangan
terhadap buruh lebih kepada negatif)
dalam teori Marx ialah:

(i). keinginan utama pemodal ialah untuk
mengumpulkan seberapa banyak
modal,
(ii). kecenderungan kadar upah untuk jatuh,
16
(iii). penumpuan dan pemusatan yang
semakin meningkat bagi modal.
Persaingan di antara firma membawa
kepada hanya firma-firma besar mampu
bersaing dan wujudnya monopoli, dan
(iv). peningkatan pengangguran kerana
melalui perubahan teknologi modal
dapat menggantikan buruh.


17
Dalam Model Marx, output terdiri daripada
modal tetap, modal berubah dan lebihan, atau
Y = c + v + s, atau Y = f (c, v, s) Dengan,
y = output
c = modal tetap
v = modal berubah atau modal kerja (upah
atau kos pengeluaran buruh)
s = nilai lebihan (bersih) iaitu nilai yang
dihasilkan oleh buruh melebihi v.

18
Dari persamaan di atas, Marx mengatakan
semakin tinggi nisbah antara modal tetap
dengan modal berubah c/v maka semakin
murah output kerana kos berubah yang
semakin kurang. (c/v v Q akan murah)

Analisis dibuat berasaskan kepada hukum
pulangan bertambah tinggi. Faktor tanah yang
mempunyai penawaran tetap tidak
dimasukkan ke dalam analisis Model Marx.

19
KRITIKAN TERHADAP MODEL KARL
MARX

Model pertumbuhan Marx adalah diasaskan
kepada masyarakat industri (Negara Maju)dan
tidak memberi tumpuan kepada negara
membangun.
Namun demikian terdapat juga sebahagian
dari pandangan Marx yang bertentangan
dengan negara industri sendiri.
20
Contohnya dari segi persaingan modal yang
dikatakan hanya pemodal besar sahaja
mampu meneruskan operasi, sebenarnya
tidak berlaku.

Dalam keadaan sebenar, di negara industri
mahupun negara membangun, peranan
pemodal kecil masih penting. Mereka masih
boleh beroperasi untuk memenuhi
permintaan kumpulan tertentu.

21
Marx mendefinisikan modal tetap sebagai
bukan sahaja mesin tetapi juga input bukan
buruh seperti bahan mentah.

Oleh itu peningkatan dalam penggunaan
mesin tidak semestinya meningkatkan modal
sekiranya nilai kos input lain jatuh.


22
Begitu juga kemajuan teknologi tidak
semestinya meningkatkan komposisi modal
dan seterusnya tidak membawa kepada
penurunan kadar untung.

Ini menunjukkan andaian yang mengatakan
pulangan bertambah tinggi adalah tidak
konsisten dengan kenyataan bahawa berlaku
kejatuhan kadar untung.

23