Anda di halaman 1dari 17

MODEL HARROD-DOMER

Model pertumbuhan Harrod-Domar adalah


berasaskan kepada gabungan hasil kerja dua orang
ahli ekonomi pertumbuhan iaitu R. F. Harrod dan
Edward Domar.

Walaupun Harrod dan Domar fokus kepada peranan
modal dalam pertumbuhan ekonomi, namun
perkara pokok yang ditekankan adalah berbeza.

Bagi Harrod perkara penting yang ingin dibincangkan
ialah tentang sebab-sebab berlakunya
ketidakstabilan dalam ekonomi kapitalis, manakala
Domar pula lebih menumpukan kepada kadar
pelaburan dalam ekonomi kapitalis.

Disebabkan persamaan asas kedua-dua pendekatan
ini adalah sama, maka dalam membincangkan teori
pertumbuhan, pendekatan mereka digabungkan
menjadi Teori Harrod-Domar.
Model Harrod

Tumpuan Model Harrod ialah ekonomi kapitalis.
Dalam ekonomi jenis ini individu adalah unit penting
dalam membuat keputusan.
Dalam membuat keputusan, mereka tidak
mengendahkan perancangan orang lain atau
implikasi daripada keputusan yang mereka lakukan
ke atas individu lain.
Dalam ekonomi jenis ini tidak ada agensi
perancangan pusat yang mengawal pelaksanaan
perancangan bagi menjamin sesuatu pelaksanaan itu
tidak menjejaskan mana-mana pihak.

Selanjutnya kelakuan pelaburan menentukan
pertumbuhan ekonomi, manakala
perancangan perbelanjaan penggunaan
mempunyai perhubungan positif dengan
pertumbuhan melalui kesan pengganda.
Keputusan melabur adalah tanggungjawab
pengusaha. Pengusaha tidak dapat
menentukan pendapatan, tetapi hanya boleh
membuat keputusan untuk berbelanja.
Dalam merancang perbelanjaan mereka, pengusaha
tidak tahu perancangan pengusaha lain, serta tidak
dapat mempengaruhi perancangan orang lain.

Tambahan pula rancangan pelaburan dibuat
berdasarkan kepada jangkaan dan sangat berkait
dengan masa depan yang tidak pasti.

Oleh yang demikian, rancangan pelaburan tertakluk
kepada ketidakpastian yang boleh membawa kepada
dua implikasi, berjaya atau gagal.

Kejayaan yang dicapai akan membawa
ekonomi kepada keseimbangan.

Sebaliknya, sekiranya perancangan pelaburan
gagal mencapai matlamat maka ekonomi akan
berada dalam ketidak seimbangan, iaitu sama
ada berlaku lebihan permintaan atau lebihan
penawaran.

Berdasarkan kepada fenomena di atas, Harrod
cuba menjawab dua persoalan.
Pertama, apabila berlakunya
ketakseimbangan, adakah pengusaha cuba
mencapai semula keseimbangan? Atau
dengan kata lain, sama ada keseimbangan
yang dicapai stabil atau tidak stabil?
Kedua, adakah gunatenaga penuh boleh
dicapai?

MODEL DOMER

Fokus perbincangan Model Domar ialah
kepada pelaburan yang memainkan dua
peranan penting dalam ekonomi kapitalis
iaitu:
Pelaburan menentukan tingkat pendapatan
sebenar melalui proses pengganda Keynesian.

Pelaburan menambahkan stok modal dengan
andaian tiada susut nilai dan meningkatkan
pula potensi maksimum tingkat pendapatan.

Domar mengkategorikan pendapatan kepada
dua jenis iaitu tingkat pendapatan atau output
sebenar, Y, dan tingkat pendapatan atau
output potensi yang maksimum, Y
p
. Dengan
menggunakan angkubah-angkubah berikut,

S = kecenderungan menabung purata atau sut
diandaikan tetap
I = aliran pelaburan
= potensi produktiviti pelaburan purata
sosial yang juga adalah nisbah antara kadar
perubahan dalam pendapatan potensi, Yp
dengan aliran pelaburan, I atau

= Y+p / I .. (3.16)
maka, Y
p
= I
Persamaan (3.16) menunjukkan bahawa perubahan
dalam pendapatan atau output potensi ditentukan
oleh potensi produktiviti pelaburan dan aliran
pelaburan.
Sementara itu, tingkat pendapatan sebenar adalah
ditentukan oleh aliran pelaburan melalui proses
pengganda iaitu;
Y = (1 / s) I
dan Y = (1 / s) I

atau Y = (1/s) I dengan I = I /t
Dalam keadaan keseimbangan gunatenaga
penuh, Y = Y
p
dan Y = Y
p
.
Tujuan asas Domar ialah untuk menentukan
tingkat kadar pertumbuhan pelaburan yang
dapat mengekalkan tingkat keseimbangan ini.
Dalam keadaan keseimbangan gunatenaga,
maka daripada perrsamaan (3.16) dan (3.17)
kita dapati;
(1 / s) I = I

Maka I/I = s (3.18)

Persamaan (3.18) adalah persamaan asas
Model Domar yang menunjukkan kadar
pertumbuhan pelaburan yang dapat
mengekalkan keseimbangan gunatenaga
penuh adalah berkadaran dengan s.

MODEL HARROD - DOMER

Seperti yang telah dijelaskan bahawa Model
Harrod dan Model Domar mempunyai
persamaan asas yang serupa.

Oleh itu gabungan kedua-dua modal ini
dinamakan Model Harrod-Domar.

Bagi Harrod, keseimbangan pertumbuhan
steady-state decapai bila :
G
A
= s/v = s/ v
p

Bagi Domar pula :
I/I = s

Tetapi dari persamaan atas
= Y
p
/ I = Y
p
/ K kerana I = K

Kita ketahui K / Y
p
= v
p
iaitu pertambahan
nisbah modal output potensi (incremental
capital output ratio)

Maka = 1/ Y
p
dan

I/I = 1/ v
p
(s)
= s / v
p

Sebagai kesimpulannya, persamaan asas Harrod
tertumpu kepada kadar pertumbuhan pendapatan
atau output, manakala persamaan asas Domar
menumpukan kepada kadar pertumbuhan
pelaburan.
Walau bagaimanapun faktor penentu kedua-dua
kadar pertumbuhan ini adalah sama iaitu s/v
p

Masalah yang dihadapi oleh model Harrod juga boleh
diaplikasikan kepada model Harrod-Domar.