Anda di halaman 1dari 36

UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM

adalah peperiksaan awam yang paling


utama di Malaysia. Selain itu, terdapat
juga ujian lain yang diduduki oleh
pelajar di negara ini seperti TIMSS dan
PISA. TIMSS dan PISA sebenarnya
bukan semata-mata ujian tetapi adalah
suatu kajian tentang pendidikan
sesebuah negara.
TIMSS dan PISA adalah satu kajian
yang dijalankan oleh organisasi
antarabangsa untuk menilai dan
membandingkan kualiti pendidikan
sesebuah negara. Kajian ini juga
membantu negara-negara di seluruh
dunia untuk meningkatkan
pembelajaran dalam Sains dan
Matematik.
Apa Itu Ujian PISA dan TIMSS?


Ujian PISA adalah merupakan
akronim kepada Programme
International Student Assessment
yang diperkenalkan oleh OECD
(Organisation For Economic Co-
operation and Development). Ujian
ini diadakan 3 tahun sekali bermula
pada tahun 2000, dan negara kita
Malaysia mula menyertainya pada
tahun 2009.

PISA 2012 merupakan kajian ke-5
yang diadakan. Ujian ini adalah bagi
menguji tahap penguasaan remaja
berusia 15 tahun terhadap keupayaan
membaca, Sains dan Matematik.
Sebanyak 65 buah negara terlibat
pada Ujian PISA 2012, dengan hampir
seramai 510 000 pelajar terlibat.
Ujian berlangsung selama 2
jam. Ujian terdiri daripada
gabungan soalan terbuka
(open-ended) dan juga soalan
pelbagai pilihan jawapan
(multiple-choice).
Ada dua lagi ujian atau pun
kajian yang juga berkaitan
dengan PISA, iaitu TIMSS dan
PIRLS.

TIMSS adalah singkatan kepada
Trends in International
Mathematics and Science Study,
dan PIRLS adalah singkatan
kepada Progress in International
Reading Literacy Study. Boleh
dikatakan bahawa Ujian PISA
adalah gabungan kepada dua
ujian/kajian ini.
Bezanya, TIMSS diadakan bagi
mengkaji penguasaan pelajar
antarabangsa dalam subjek
Matematik dan Sains sahaja.
Dan juga TIMSS dilaksanakan 4
tahun sekali.
Video ini boleh membantu anda
memahami apa itu Ujian PISA
Antara negara-negara yang sering
mengungguli Ujian PISA ini adalah
Finland, Korea, Hong Kong, Jepun,
Shanghai (China) serta Singapura.
Disebabkan itu jugalah negara-
negara ini sering dijadikan rujukan
bagi sistem pendidikan antara yang
terbaik di dunia, terutamanya sistem
pendidikan negara Finland.
Ujian PISA yang terkini pada
tahun 2012 juga mendapati
Shanghai (China), Hong Kong
dan Singapura merupakan tiga
negara yang mendapat
kedudukan tertinggi dalam
ujian membaca, Sains dan
Matematik.
Manakala kedudukan Malaysia dalam
Ujian PISA adalah seperti berikut:
2009 dari 74 negara
Matematik - 57 (mata 404)
Sains - 53 (mata 422)
Membaca - 55 (mata 414)



2012 (PISA)
Matematik - 52 (mata
421)
Sains - 53 (mata 420)
Membaca - 59 (mata 398)
Jika diperhatikan daripada segi mata yang
diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas
menunjukkan penurunan bagi subjek Sains
dan Membaca.
Dikatakan ada 3 faktor yang
menyumbang kepada keputusan ini, iaitu
sikap pelajar yang tidak menjawab
dengan bersungguh-sungguh, format
soalan PISA yang berbeza daripada
format soalan peperiksaan Malaysia yang
lebih ringkas dan keutamaan guru dalam
menghabiskan sukatan berbanding
menerangkan konsep sebenar
pengetahuan
TIMSS merujuk kepada Trends in
Mathematics and Science Study. Sampel
kajian TIMSS melibatkan pelajar
Tingkatan 2 (Gred 8).Kajian ini dijalankan
oleh International Association for the
Evaluation of Educational Achievement
(IEA). Negara kita telah menyertai
TIMSS sebanyak 4 kali iaitu pada tahun
1999, 2003, 2007 dan 2011.
Keputusan kajian TIMSS pada tahun
2011 menunjukkan penurunan
prestasi Matematik dan Sains secara
mendadak sepanjang empat kali
penilaian daripada tahun 1999.
Pada tahun 1999, Malaysia menduduki tempat ke-16 daripada 38 negara
yang mengambil bahagian dalam TIMSS untuk matematik. Kedudukan
Malaysia meningkat ke tempat ke-10 daripada 50 negara pada tahun
2003, tetapi merosot jatuh ke kedudukan ke-20 daripada 49 negara pada
tahun 2007.
Bagi mata pelajaran Sains pula, Malaysia menduduki
tempat ke-22 daripada 38 negara pada tahun 1999.
Kedudukan Malaysia meningkat ke kedudukan ke-20
daripada 50 negara pada tahun 2003 tetapi merosot
satu tempat ke kedudukan ke-21 daripada 49 negara
pada tahun 2007
Daripada prestasi yang diperolehi
ternyata pelajar kita belum bersedia
menghadapi peperiksaan tersebut
kerana bentuk soalan dan tajuk yang
diberikan adalah soalan berbentuk
HOTS (KBAT)
Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input
utama dalam merangka Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA
dan TIMSS merupakan penandaaras kepada
pencapaian pelajar seluruh dunia dalam
penguasaan Matematik, Sains dan Membaca.

Peperiksaan peringkat sekolah dan
kebangsaan akan diubahsuai dengan
menambahkan bilangan soalan aras
tinggi yang menggunakan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT).


Pasukan khas ini ditubuhkan bagi memberi
tumpuan dalam meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan murid dan
guru.

GURU-GURU TELAH DIHANTAR
BERKURSUS DSBNYA UNTUK
TUJUAN TERSEBUT.

SEKIAN TERIMA KASIH
DI SEDIAKAN OLEH :
NAWAWI ABD KADIR 2
SAAD