Anda di halaman 1dari 16

http://yushazwani.blogspot.com/2011/09/updates-isu-isu-dalam-pendidikan-khas.

html
Isu-Isu Dalam Pendidikan Khas
1.1 Isu: Program Intergrasi/ Pelabelan dan Pengasingan
Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak tahun
1997. Program Pendidikan Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi Program
Pendidikan Khas Percantuman. Program ini menempatkan murid kelas khas di kelas
khas di dalam sebuah sekolah biasa (Dr Abdullah Yusoff,2007). Kebiasaannya
intergrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan keperluan
khas dan murid biasa berkongsi padang sekolah, bangunan dan kantin. Walaupun
harapan kerajaan semasa mewujudkan intergrasi ini adalah untuk mengintergrasikan
murid khas dan murid normal, namun kajian Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon
Seng (2004) mendapati intergrasi sosial di kalangan murid khas dan murid normal
berada pada tahap yang rendah atau minima.
Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat beberapa isu
yang timbul. Melalui pemerhatian di Sekolah A, didapati terdapat beberapa isu yang
boleh dikupaskan dalam program intergrasi yang dijalankan di sekolah ini. Antara
contoh-contoh isu yang berbangkit dalam program intergrasi ini ialah murid-murid
berkeperluan khas ini diasingkan daripada kelas normal. Waktu rehat yang berlainan
daripada murid-murid aliran normal juga menyebabkan wujudnya jurang sosial antara
murid-murid berkeperluan khas dengan normal ini.
Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama lain
mereka sahaja. Hal ini menyebabkan kanak-kanak yang normal tidak dapat mengenali
dan memahami murid-murid yang istimewa ini. Akibatnya murid-murid yang normal ini
tidak mampu memahami murid-murid bekerpeluan khas ini dengan sebaiknya.
Isu mengenai pelabelan pada hari ini masih ketara terutama pada golongan anak
kurang upaya ini. Definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, pelabelan
bermaksud mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik seperti
jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelabelan juga diertikan sebagai satu tanggapan
atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap
sesuatu perkara.
Isu pelabelan terhadap kanak-kanak khas agak ketara di negara kita. Perkara
sedemkian juga wujud di sekolah yang saya telah jalani praktikum yang lalu. Hal ini
kerana terdapat murid-murid normal yang memanggil kanak-kanak sindrom down
sebagai orang yang cacat yang mempunyai mata yang sepet. Mereka menggelarnya
sebagai orang sepet. Keadaan ini boleh menyebabkan kanak-kanak sindrom down
tadi berasa rendah diri dan tidak akan selesa berada di persekitaran sekolah.
Berkenaan dengan isu pengasingan pula terdapat pelbagai jenis pengasingan yang
berlaku terhadap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Mereka seringkali
diletakkan sebagai kumpulan yang asing di sekolah. Menurut kamus Dewan dan
Bahasa dan Pustaka ,pengasingan bermaksud perihal atau perbuatan yang
mengasingkan atau pun melibatkan pemisahan.(edisi keempat). Pengasingan dalam
Pendidikan Khas bermaksud kanak-kanak pendidikan khas diasingkan dari kanak-
kanak normal di dalam sistem pendidikan dan juga dari aspek pengajaran dan
pembelajaran
Selain itu juga, mengenai isu pengasingan pula terdapat kanak-kanak berkeperluan
khas di program intergrasi ini diasingkan. Mohd X misalnya telah pun diasingkan
daripada rakan-rakan semasa berada di dalam kelas. Walaupun sebenarnya tindakan
guru adalah untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran yang
dikehendaki oleh beliau namun beliau harus sedar akan kesan buruk terhadap kanak-
kanak berkenaan. Menurut guru di situ, tujuan kanak-kanak itu diasingkan adalah bagi
mengelakkan kanak-kanak itu mengganggu rakan sekelasnya. Disebabkan itulah
kanak-kanak itu diasingkan jauh daripada meja rakan-rakan yang lain.

1.2 Isu: Penglibatan Ibu Bapa
Dari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa
mengenai masa depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam
keadaan yang minima. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa yang
mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana terdapat setengah
ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak layak dan tidak berkeupayaan
untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan sempurna. Disebabkan anggapan
sedemikian maka wujudlah keciciran murid-murid berkeperluan khas daripada alam
persekolahan. Perkara ini terus menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak
mempunyai kemahiran hidup yang baik dan akhirnya memberi bebanan kembali
kepada keluarga masing-masing.
Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai betapa
pentingnya memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri atau kemahiran
hidup kepada anak-anak yang istimewa. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini
berlaku disebabkan kurangnya keyakinan akan kebolehan anak-anak istimewa mereka
ini. Sebagai contoh, pengajaran amali kemahiran memasak dan menjahit, mungkin
boleh menyebabkan timbulnya perasaan risau ibu bapa terhadap anak-anak mereka
berada di dapur. Hal ini mungkin disebabkan memikirkan keadaan yang mungkin boleh
mengundang bahaya semasa di dapur dan semasa menggunakan jarum untuk
menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan perkara negatif inilah
menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia agak ketinggalan.
Isu ini juga berkait dengan isu yang melanda di sek A ini. Melalui pemerhatian didapati
penglibatan ibu bapa dalam apa jua aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah masih
dalam tahap sederhana. Hal ini kerana masih terdapat ibu bapa yang tidak yakin dan
tidak mahu memberi peluang kepada anak mereka ini mencuba sesuatu yang baru.
Sebagai contohnya, aktiviti renang yang dijalankan pada hari Jumaat ( 2 kali sebulan)
ini tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pihak ibu bapa.
Disebabkan itulah hanya sedikit ibu bapa yang membayar yuran untuk aktiviti renang
ini. Apabila perkara ini berlaku maka program terapi berenang yang sepatutnya
dijalankan untuk semua murid tidak dapat dijalankan. Maka murid-murid akan tidak
mempunyai keseronokan untuk mengikuti aktiviti luar.
Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak sekolah
semata-mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka terutama
dalam aspek pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang masih tidak
tahu untuk membuang air kecil atau besar di tempat yang sepatutnya iaitu tandas.
Perkara ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas. Akibatnya guru sendiri terpaksa membantu menguruskan kanak-kanak
tersebut semasa berada di dalam kelas.

1.3 Isu: Stigma Masyarakat (Isu Sistem Sosial)
Negara kita sememangnya mempunyai beberapa kelas lapisan sosial yang tertentu.
Walaupun wujudnya jurang sosial antara golongan berada dan golongan pertengahan,
masing-masing masih dapat berinteraksi dengan baik dan hidup dengan hormone.
Namun begitu, bagi golongan yang tidak berkeupayaan atau pun dikenali sebagai orang
kurang upaya, masyarakat di negara kita masih lagi memandang rendah dan
mendiskriminasi golongan berkenaan.
Di sekolah ini misalnya, masih wujud pandangan negatif mengenai kanak-kanak
berkeperluan khas ini. Perkara ini dapat dibukti dengan wujudnya ejekan yang
mengatakan budak kanak-kanak khas ini sebagai budak lembam dan bodoh. Malah
terdapat murid-murid normal yang tidak mahu berkawan dengan kanak-kanak
sedemkian disebabkan dikhuatiri menjadi seperti kanak-kanak berkeperluan khas ini.

1.4 Kepelbagaian Kompetensi Murid
Setiap murid berkeperluan khas sudah pastilah mempunyai kepelbagaian kecerdasan
dan keupayaan yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini jelas seperti yang
diterangkan oleh Howard Garner (1983) yang mengatakan setiap manusia ini
mempunyai 9 kecerdasan yang pelbagai. Menurut Gardner, kaedah lama untuk
mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad.
Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai
satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.
Bagi kanak-kanak khas sudah pastilah mereka mempunyai kepelbagaian kompetensi
tersendiri. Sebagai contohnya, kanak-kanak autism selalunya mempunyai IQ yang
sederhana berbanding dengan kanak-kanak sindrom down yang mempunyai IQ yang
rendah. Hal ini adalah disebabkan kebiasaannya kanak-kanak sindrom down
mengalami kerencatan akal sejak lahir lagi.
Melalui pemerhatian saya ialah, di Program Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah A
wujudnya penempatan yang tidak sesuai berdasarkan kebolehan dan keupayaan
murid-murid. Sebagai contohnya, terdapat murid yang mempunyai keupayaan IQ yang
terlalu rendah dicampurkan bersama dengan murid yang mempunyai keupayaan yang
sederhana. Hal ini boleh menyebabkan murid yang IQ rendah itu akan lebih ketinggalan
semasa mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya
kanak-kanak tadi tidak lagi berminat untuk menumpukan perhatian dan belajar dengan
baik di dalam kelas. Maka dengan disebabkan itulah terdapatnya murid yang tidak
menumpukan perhatian dan mengganggu rakan disebelahnya.

1.5 Isu: Pelaksanaan Pengajaran dan Pengajaran.
Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan perkara yang sangat berkaitan dalam
aspek pendidikan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan
mencapai matlamat pembelajaran atau hasil pembelajaran seperti yang
dihasratkan.(Noriati Abd Rashid & etc, 2011). Definisi bagi pengajaran menurut Kamus
Dewan dan Bahasa Pustaka edisi keempat ialah berkaitan dengan perihal mengajar
dan segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Manakala menurut (Slavin
,1997) pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang
disebabkan oleh pengalaman. Perubahan akibat perkembangan (seperti mengalami
pertambahan ketinggian) bukanlah pengajaran. Manakala menurut (Crow & Crow
,1983) pembelajaran adalah pemerolehan tabiat dan sikap. Pembelajaran melibatkan
cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berkait percubaan individu untuk mengatasi
rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru.
Sebagai guru kita hendaklah bijak memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dengan tahap murid. Hal ini adalah demikian bagi memastikan guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah. Isu yang
seringkali timbul semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah
metodologi dan pedagogi yang digunakan oleh pihak guru dalam memastikan murid-
murid dapat mencapai matlamat objektif yang telah ditetapkan.
Berdasarkan artikel Perancangan Pengurusan Kakitangan Profesional Pemangkin
Kejayaan oleh En Mohd Isa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
ketidakberkesanan pengajaran. Antaranya adalah disebabkan sikap oleh guru sendiri.
Ini kerana guru tidak mempamerkan sikap profesionalisme sebagai input yang
menjamin kejayaan aktiviti akedemiknya. Akibatnya wujud segelintir guru yang tidak
mahu meningkatkan ilmu dan disiplin yang diajar serta memperbaiki kaedah dan teknik
pengajaran. Maka kesannya teknik pengajaran yang dilakukan tidak berjaya menarik
perhatian murid. Akibatnya murid menjadi bosan dan tidak berminat terhadap proses
pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Penggunaan secara kekerasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap
murid-murid berkeperluan khas juga perlu diambil kira. Perkara ini sepatutnya tidak
boleh diamalkan oleh. Sepanjang pengalaman saya di situ, saya dapati wujud unsur
kekerasan yang digunakan oleh guru semasa mengajar murid. Murid-murid
berkeperluan khas ditakutkan dengan rotan dan mereka juga dipukul kerana tidak
mendengar arahan guru. Isu ini sangat serius kerana boleh menyebabkan murid
menjadi takut dan menjadi lebih degil dan tidak mendengar kata.
Apa yang diperhatikan, terdapat satu ketika di mana pembantu pengurusan murid
(PPM) menakutkan murid yang nakal dengan besi yang panas. Walaupun niat beliau
mungkin hanya untuk memberitahu bahawa besi itu panas namun tidak seharusnya
beliau membiarkan kanak-kanak berkeperluan khas yang nakal tadi menyentuh besi
tersebut. Perkara yang lebih membimbangkan seperti kecederaan boleh berlaku. Ini
sekaligus akan memberi kesan yang lebih buruk terhadap sekolah.

1.6 Isu: Profesionalisme Guru
Dewasa kini, isu hangat yang seringkali diutarakan mengenai profesionalisme guru.
Perkara ini berkaitan dengan sikap guru yang tidak bermoral, malas dan tidak
mempunyai kemahiran pedagogi yang baik semasa mengajar di dalam kelas. Sebagai
guru sepatutnya, perlu sedar bahawa pentingnya menjaga profesionalisme guru. Ini
kerana profesion keguruan bukanlah satu profesion yang tidak tinggi malah telah pun
diiktirafkan sebagai professional.
Dalam pendidikan khas, isu yang berkaitan guru ialah kekurangan guru khas yang
terlatih. Akibatnya pihak kerajaan termasuk menerima masuk permohonan guru aliran
perdana ke dalam aliran pendidikan khas. Apabila ini berlaku maka sudah pastilah akan
wujud pertentangan kaedah pengajaran guru tadi terhadap kanak-kanak khas.
Kesannya guru atau murid tadi akan mengalami tekanan dan tidak mampu menghayati
dengan perasaan gembira semasa melakukan proses pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas.
Pemilihan kriteria guru yang tidak telus semasa temuduga juga boleh menyebabkan
masalah dalam mendidik bakal guru yang betul-betul layak menjadi guru Pendidikan
Khas kelak. Kesannya mungkin hanya dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak
namun hakikatnya kesannya boleh menyebabkan nasib yang malang kepada murid-
murid. Cuba bayangkan sikap guru yang tidak bertanggungjawab dalam mendidik anak
didiknya. Maka sudah tentulah akan menyebabkan murid-murid tadi terabai dan
sekaligus mendorong masalah yang lain seperti masalah keciciran dan sosial.
Isu Guru Sandaran Tidak Terlatih juga seringkali hangat disebut dalam kalangan
pendidik dan juga golongan akademik yang lain. Di sebabkan itulah kerajaan telah pun
mengambil beberapa langkah seperti mengadakan Kursus Dalam Cuti untuk Guru
Sandaran Tidak Terlatih (akhbar utusan,27/07/2011). Namun apa yang menjadi
persoalan di sinikah apakah kesan terhadap murid-murid yang menerima pengajaran
dan pembelajaran daripada guru yang tidak terlatih tadi semasa mereka dalam proses
pembelajaran. Seperti sedia maklum guru yang tidak terlatih ini langsung tidak
mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai ilmu perguruan maka sudah
tentulah akan berlaku juga kepincangan dan kelemahan dalam mendidik anak-anak
murid. Dalam Pendidikan Khas misalnya, kurangnya pengetahuan mengenai kanak-
kanak berkeperluan khas boleh menyebabkan guru menggunakan kaedah dan teknik
yang salah. Disebabkan itulah wujudnya guru Pendidikan Khas yang merotan dan
memukul murid. Perkara ini sangatlah memalukan golongan guru kerana guru tidak
mampu memahami keperluan dan ketidakupayaan murid-murid berkeperluan khas itu
tadi
Kejadian sebegini juga sebenarnya berlaku di sekolah yang saya jalani praktikal yang
lalu. Terdapat murid yang dipukul dan dirotan oleh guru semasa guru mengajar di
dalam kelas. Pada pandangan saya tindakan ini tidak sesuai kerana murid
berkeperluan khas adalah murid yang istimewa. Maka sudah tentulah layanan yang
diberikan kepada mereka sepatutnya lebih istimewa dan bukannya dikasari dengan
sewenang-wenangnya.

1.7 Isu: Ujian pentaksiran
Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod , memberi skor dan menterjemah maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan
Malaysia,2000). Segala maklumat yang diperolehi yang diperolehi oleh pentaksiran
akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.
Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan standard
perkembangan murid tersebut.
Ujian pentaksiran juga seringkali dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.
Pentaksiran dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan murid-murid berkeperluan khas.
Tujuan pentaksiran juga adalah untuk memberi pengetahuan akan kebolehan murid-
murid berkeperluan khas. Disinilah guru-guru, ibu bapa dan pihak sekolah dapat
mengenalpasti daya dan kompentensi murid-murid berkenaan.
Di Malaysia, ujian pentaksiran kebiasaanya dijalankan bagi tujuan membantu murid
untuk penempatan kelas khas atau pun sebagai salah satu cara untuk mengetahui
tahap kebolehan murid-murid tersebut. Apa yang menjadi isu di sini ialah,
keberkesanan pentaksiran yang dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini.
Kebanyakan ujian pentaksiran yang diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas
ini adalah secara umum dan bersifat meluas. Hal ini mungkin disebabkan kita banyak
mengambil contoh-contoh ujian pentaksiran daripada negara luar untuk dilaksanakan
kepada murid-murid di sini. Akibatnya mungkin setengah ujian yang diberi sebenarnya
tidaklah bersesuaian dengan pengetahuan murid-murid di Malaysia.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidaksesuaian itu , antaranya adalah
disebabkan persekitaran yang berbeza. Persekitaran yang berlainan sememangnya
mampu memberi impak yang besar terhadap kebolehan dan pengetahuan kanak-kanak
berkeperluan khas. Selain itu persekitaran yang berbeza juga akan memberi perbezaan
mengenai bagaimana murid itu mengurus diri. Contohnya di negara beriklim sejuk, cara
membersihkan diri mungkin berbeza dengan cara membersihkan diri di iklim negara
panas. Maka ujian yang ingin dilaksanakan mestilah bersesuaian dan dapat diterima
secara universal oleh murid-murid berkeperluan khas.
Kekurangan bahan yang mencukupi semasa melakukan pentaksiran juga mampu
menjejaskan kepercayaan hasil pentaksiran yang dijalankan. Bahan yang baik perlulah
disediakan bagi membantu ibu bapa, guru atau pihak sekolah yang ingin melakukan
pentaksiran terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebagai contoh, untuk mentaksir
kemahiran membaca, selain daripada mempunyai buku-buku yang bersesuaian guru
juga sepatutnya memerlukan bilik atau ruang yang sesuai untuk menjalankan ujian
terhadap murid. Keadaan yang tidak sesuai atau buku yang tidak sesuai dengan tahap
pengetahuan murid akan menjejaskan sedikit hasilnya nanti.
Isu yang berkaitan pentaksiran di sekolah saya ialah mengenai ujian bulanan yang
dilakukan oleh pihak sekolah. Apa yang saya dapati, pihak sekolah membuat ujian
bulanan terhadap murid istimewa ini berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan.
Pada pandangan saya seharusnya ujian ini perlulah dilakukan berdasarkan
pengetahuan sedia ada murid dab bukannya berdasarkan Rancangan Pengajaran
Tahunan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Kesannya keputusan pentaksiran
nanti mungkin tidak dapat memberi gambaran kebolehan yang sebenar murid-murid
berkeperluan khas. Jadi ketidakjituan dalam memperolehi keputusan pentaksiran hasil
penilaian boleh menyebabkan guru salah merancang strategi yang sesuai bagi
meningkatkan kebolehan murid itu lagi.
Selain itu, Ujian Penilaian Sekolah Rendah juga menjadi masalah kepada kanak-kanak
yang berkeperluan khas ini. Terdapat ibu bapa yang beranggapan bahawa dengan
mengambil ujian ini anak mereka mungkin dapat berjaya dan menjadi lebih bijak.
Memang benar terdapat murid istimewa memperolehi keputusan yang baik namun
hanya beberapa bilangan sahaja. Sepatutnya ujian ini harus dikaji semula untuk kanak-
kanak khas. Walaupun ujian ini boleh dipilih sama ada hendak menduduki atau tidak
namun kesan pandangan ibu bapa terhadap Ujian Penilaian Sekolah Rendah ini
hendaklah diubah dengan cara yang lain.

1.8 Isu: Bahasa dan Komunikasi.
Bahasa dan komunikasi memainkan peranan penting dalam menjalankan interaksi
antara dua pihak. Bahasa juga digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu
dengan baik disamping berkongsi maklumat Bahasa ialah kebolehan semulajadi
manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan
digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Abdullah Hassan (1998)
berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri
bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat
bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan.Dengan itu bahasa dan
komunikasi menjadi tautan yang perlu dijalani bersama.
Isu yang seringkali menjadi perhatian dalam bahasa dan komunikasi ialah kesukaran
untuk berhubung dan berkomunikasi dengan murid-murid berkeperluan khas. Murid
yang kategori autism misalnya sangat sukar untuk berinteraksi dengan guru atau rakan
sebaya yang lain. Hal ini adalah disebabkan kanak-kanak autism ini lebih cederung
untuk berada dalam dunia mereka sendiri. Selain itu mereka juga mempunyai bahasa
sendiri seperti ekolalia yang bersifat pengulangan dan juga nada yang sterotaip. Kesan
daripada itu, guru dan rakan sebaya sangat sukar memahami mereka.
Apa yang saya perhatikan di dalam kelas khas Sekolah A, isu yang berkaitan bahasa
dan komunikasi adalah berkaitan dengan pembantu murid dengan kanak-kanak
berkeperluan khas ini. saya dapati pembantu murid tidak dapat memahami dengan
jelas mengenai bahasa isyarat tangan yang ditunjukkan oleh sesetengah murid. Hal ini
menyebabkan murid-murid seringkali menjerit atau menangis sekiranya ingin ke tandas.
Selain itu juga, terdapat murid-murid yang langsung tidak boleh berkomunikasi
disebabkan masalah aphasia yang dihadapi. Aphasia adalah disebabkan kecederaan
atau pun kecacatan pada otak yang menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk
berbahasa. Akibat daripada itu, murid yang mengalami Aphasia iaitu D seringkali
ditinggalkan dan agak ketinggalan di dalam kelas. Murid-murid lain juga sukar
memahami dan berinteraksi dengan beliau. Keadaan ini sekaligus boleh memberi
kesan yang lebih buruk kepada kanak-kanak ini.

1.9 Isu:Kemudahan Fizikal
Kemudahan fizikal memainkan peranan yang penting dalam membantu proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Woolfolk (200:427) persekitaran
bilik darjah yang melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial
mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Semua faktor tersebut perlu
diambil kira oleh guru dalam menyediakan pelan bilik darjah lantai. Di negara kita, isu
yang seringkali timbul mengenai kemuddahan bilik darjah adalah seperti kelas yang
sempit, bahan kemudahan fizikal yang digunakan dan kedudukan ruang fizikal yang
diguna pakai dalam system bilik darjah.
Perkara sedemikian juga berlaku di Sekolah A Masih banyak kemudahan yang perlu
ditingkatkan. Kemudahan jalan kerusi roda masih belum dibina dan disediakan di
sekolah ini. Seharusnya pihak sekolah perlu peka akan keperluan murid-murid
berkeperluan khas yang menggunakan kerusi roda. Akibatnya akan menyusahkan
pembantu murid dan juga murid itu sendiri.
Keadaan kelas yang sempit dan tidak selesa menggangu proses pembelajaran dan
pengajaran guru. Sepatutnya bilik dan kelas perlu dibina secara berasingan. Akan tetapi
disebabkan kurangnya kemudahan kelas yang kosong maka satu bilik yang besar itu
telah pun dipisahkan dengan hanya menggunakan papan lembut sebagai pembahagi
bagi setiap kelas. Hal ini jelas tidak mampu mengawal kelantangan suara yang
dilontarkan oleh guru atau pun murid di kelas yang bersebelahan. Akibatnya murid
kelihatan terganggu dan terpinga-pinga untuk mendengar maklumat yang disampaikan
oleh guru.
Selain itu saya juga dapati bahawa sekolah ini sangat kekurangan alatan permainan
yang sesuai untuk diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas. Seharusnya alatan
permainan untuk kanak-kanak istimewa ini mestilah bersifat lebih selamat dan tidak
merbahaya. Alatan itu mestilah lebih bersifat ringan dan lembut. Akan tetapi saya
dapati, guru di sekolah berkenaan menggunakan alatan bola yang keras dan berat.
Bola sebegini jelas tidak memenuhi spesifikasi keselamatan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas. Kita sedia maklum bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak
semuanya mampu menggunakan alatan yang serupa dengan murid yang normal.
Sebagai contoh murid B yang mempunyai kemahiran motor halus yang rendah tidak
mampu menangkap bola yang keras dan kasar. Jadi ini akan menyebabkan
kecederaan kepada murid-murid berkeperluan khas.

1.10 Isu: Kewangan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun memberi peruntukan sebanyak rm150
sebulan kepada setiap kanak-kanak berkeperluan khas. Elauan yang diberi ini adalah
bertujuan untuk membantu golongan kanak-kanak berkeperluan kanak-kanak yang
tidak berkeupayaan ini untuk menampung kos hidup mereka. Selain itu elaun ini juga
bertujuan untuk meringankan bebanan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang
kurang upaya ini. Seperti yang sedia maklum perbelanjaan untuk menampung kanak-
kanak berkeperluan khas sebenarnya agak memerlukan jumlah wang banyak. Hal ini
termasuklah kos perubatan dan juga terapi yang melibatkan pertuturan atau pun
fisioterapi.
Namun begitu, apa yang menjadi isu di sini ialah penyalahgunaan wang elaun yang
diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini oleh ibu bapa. Ada ibubapa yang
menggunakan wang elaun tersebut untuk urusan peribadi dan kemudahan keluarga
masing-masing. Seharusnya perkara itu tidak harus berlaku dan perkara ini seharusnya
menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk menjaga wang saku yang diberi oleh
kerajaan dengan sebaiknya.
Elaun yang hangat diperkatakan dalam dunia Pendidikan Khas juga ialah berkaitan
dengan elaun khas yang diberikan oleh kerajaan kepada guru-guru pendidikan khas.
Tujuan elaun ini diberikan adalah sebagai ganjaran kepada guru-guru pendidikan khas
yang bersabar dan tabah menghadapi karenah murid-murid khas di sekolah. Namun
elaun yg diberikan ini seringkali diambil oleh kesempatan oleh pihak tertentu. Misalnya
wujud guru-guru aliran perdana yang memohon masuk ke aliran khas dengan bertujuan
untuk mendapatkan elaun khas itu bagi kepentingan diri. Akibat daripada itu, maka
akan wujudlah kurangnya kualiti dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang
dikehendaki beliau. Disebabkan itulah terdapat pengabaian terhadap murid-murid khas
ini disebabkan oleh sikap guru yang sedemikian. Jelas di sini membuktikan bahawa
pemberian elaun khas kepada guru juga boleh menyebabkan guru-guru bekerja
semata-mata untuk mendapatkan elaun sahaja.
Perkara yang berkaitan kewangan juga seringkali dikaitkan peruntukan yang diberikan
kepada sekolah dalam menjayakan program di sekolah bagi membantu golongan
kanak-kanak berkeperluan khas. Misalnya penggunaan terapi di sekolah masih lagi
tidak meluas disebabkan kekurangan wang atau bajet untuk menampung tenaga pakar
daripada ahli terapi yang berkebolehan. Disebabkan itulah murid-murid di sekolah
terutama di luar bandar kurang memperoleh peluang untuk mengikuti mana-mana
terapi kerana desakan wang atau pun peruntukan.
Kemudahan yang tidak lengkap disebabkan kekurangan wang juga sering menghantui
mana-mana sekolah yang mempunya program intergrasi di sekolahnya. Jika kita lihat di
kebanyakan sekolah yang mempunyai program pendidikan khas, kebanyakannya
mempunyai kemudahan fizikal yang asas sahaja. Keperluan fizikal yang berbentuk
sampingan seperti bilik terapi, bilik snoozlen dan kolam mini renang tidak dapat
disediakan akibat bajet yang kurang dan tidak mencukupi.
Hal ini juga dapat dilihat dengan jelas di sekolah yang pernah saya menjalani praktikal
yang lalu iaitu Sek A. Di dapati di sekolah itu, kemudahan bilik terapi, bilik mainan dan
bilik snoozlen masih tidak disediakan. Apabila disoal penyelaras disitu, belia
mengatakan bahawa peruntukan tidak mencukupi. Selain itu kewangan daripada pihak
Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga berada dalam keadaan minima. Maka banyak
program bagi membantu murid-murid berkeperluan khas ini tidak dapat dilaksanakan
dengan sepenuhnya.
Akibat daripada itu, maka kebanyakan program yang dijalankan adalah bersifat
dalaman sahaja kerana memerlukan belanjawan yang rendah. Namun kesan kepada
murid pula mungkin murid akan mudah bosan dengan kaedah yang sama sahaja
digunakan oleh pihak guru di sekolah berkenaan.

1.11 Isu:Pentadbir dan Pentadbiran Sekolah

Pentadbir adalah merupakan orang yang mentadbir dan mengurus sekolah atau pun
sesuatu institusi. Dalam bidang pendidikan pentadbir adalah seperti guru besar atau
pun pengetua. Manakala pentadbiran pula melibatkan delegasi tugas yang
bersangkutan dengan tanggungjawab kesemua kakitangan yang berada di sekolah
atau pun institusi.
Dalam bidang Pendidikan Khas pentadbir memainkan peranan penting dalam
menyediakan pelbagai program dan rancangan yang menarik untuk disediakan kepada
Program Intergrasi Pendidikan Khas di sesuatu sekolah. Walaupun begitu terdapat
beberapa isu yang seringkali berkait rapat dengan pentadbir dan pentadbiran sekolah
dengan dunia Pendidikan Khas hari ini.
Antara isu yang hebat diperkatakan di kebanyakan sekolah ialah mengenai isu
petempatan kanak-kanak berkeperluan khas ini ke dalam system Pendidikan Khas di
sekolah. Hal ini adalah kerana terdapatnya murid yang tidak layak dimasukkan ke
dalam program intergrasi di sekolah namun atas dasar peribadi antara ibu bapa dan
pihak tertinggi pengurusan di sekolah (sama ada di aliran perdana atau aliran khas) ,
murid ini diberi peluang untuk mendudukan Program Pendidikan Khas di sekolah.
Kesannya akan menyusahkan guru terutama dalam menyediakan Pengurusan Tingkah
Laku dan merancang intervensi kepada murid berkenaan. Selain membebankan guru
sudah pastilah guru juga akan mengeluh dan tidak akan memberi komited sepenuhnya
kepada murid sedemikian rupa. Jadi kesan buruk akan berlaku kepada murid itu dan
juga guru.
Kesilapan penempatan murid dalam pembahagian kelas juga misalnya mampu kesan
buruk kepada murid berkenaan. Sebagai contoh murid yang mengalami masalah
pendengaran dimasukkan bersama dengan murid masalah pembelajaran. Akibatnya
murid sudah pasti ketinggalan dan tidak mengikuti proses pembelajaran dan
pengajaran dengan sempurna.
Menurut temuramah dengan guru Pendidikan Khas di sekolah yang saya jalani
praktikum itu iaitu Puan B, beliau mengatakan bahawa pentadbiran di sekolah ini tidak
begitu membantu program Pendidikan Khas di situ. Hal ini mungkin disebabkan pihak
pentadbiran beranggapan bahawa murid-murid ini tidak pun mampu menyumbang
kepada peratus kenaikan sekolah. Di sebabkan itulah kurangnya pemerhatian dan dana
diberikan kepada program Pendidikan Khas di sekolah berkenaan.
.


Dicatat oleh wanie azmie di 8:09 AM

Anda mungkin juga menyukai