Anda di halaman 1dari 16

Sajak : Mengintai Ruang

Insaf
Menengah Atas Satu
Cikgu Jamilah
Semakin berat kejahilan
terpikul di bahu
semakin jauh perjalanan
memburu nur-Mu.
Sewaktu berlari di padang hidup
kerap kakiku tersadung selirat
akar
tubuhku tercalar duri pidana
pada samar kejauhan
ancala mulia makin kabur
dan menghilang.


Sekadar songsong aksara
kata
tanpa kembali ke tunjang
makna,
Apakah dalam sarat
khilaf masih terbuka
untuk dianugerahkan
keinsafan?
Rabb,
Moga pintu taubat-Mu
terbuka
sebelum api dan bara itu
menyala.
TEMA
Cetek ilmu
pengetahuan
Banyak
melakukan
kesalahan
Keinsafan
Persoalan
Kejahilan dalam agama
mendedahkan
seseorang itu kepada
perbuatan yang
bertentangan dengan
ajaran agama.
Persoalan
Semakin banyak
melakukan kesalahan
semakin jauhlah sifat
seseorang itu daripada
sifat-sifat yang mulia.
Persoalan
Manusia hendaklah
berhenti melakukan
kesalahan sebelum
menerima balasan
Tuhan.
Nilai
Nilai
keinsafan
Penyajak insaf akan
kesalahan yang telah
dialkukannya dan
mengharapkan taubatnya
diterima oleh Tuhan.
Nilai
Kemuliaan
Penyajak sedar
bahawa martabat
yang mulia tidak
akan diperoleh
sekiranya banyak
melakukan
kesalahan.
Pengajaran
Kita hendaklah sedar
bahawa kejahilan
dalam agama
menyebabkan kita
tidak akan mendapat
rahmat daripada
Tuhan.

Kita hendaklah insaf
akan kesalahan yang
telah kita lakukan.

Kita hendaklah
berusaha untuk tidak
melakukan kesalahan
dalam agama.

Kita hendaklah
bertaubat sekiranya
telah melakukan
kesalahan.

Anda mungkin juga menyukai