Anda di halaman 1dari 4

Mata pelajaran : Matematik

Kelas : Tahun 2 Bestari


Tarikh : 22 Julai 2014
Masa : 12.15 tengah hari 01.15 petang
Bilangan murid : 26 orang
Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Wang
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :
8.1 Mengenal dan menyebut nilai mata wang Malaysia.
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :
(i) Mengenal pasti mata wang kertas RM 50 dan RM 100
(ii) Menjawab soalan pada lembaran kerja dengan betul.
EMK : Kreativiti dan Inovasi
Nilai Murni : Kerjasama, berdisiplin dan sistematik.
Bahan Bantu Mengajar : model wang, kertas jawapan dan lembaran kerja
Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

1. Persediaan
Pemerhatian dan
Analisis

a) Tunjukkan beberapa keping
contoh wang kertas RM1,
RM5, RM10, RM50 dan
RM100.
b) Guru menanyakan kepada
murid tentang harga-harga
barangan yang terdapat di
dalam kelas, contohnya pen,
pensil, beg dan sebagainya.



i. Apakah yang kamu lihat?
ii. Sebutkan nilai wang yang
kamu dapat lihat?

iii. Berapakah harga
barangan tersebut?



2. Imaginasi
Penjanaan Idea
Sintesis Idea


a) Murid dibahagikan kepada 6
kumpulan.
b) Setiap kumpulan dibekalkan
dengan model wang contoh
RM 50 dan RM 100.
c) Murid menyebut nilai wang
yang telah diberikan.
d) Murid dikehendaki
senaraikan perbezaan ciri
wang kertas RM 50 dan
RM100 secara berkumpulan
di dalam kotak jawapan yang
telah diedarkan oleh guru.
e) Wakil kumpulan diminta
menyebutkan hasil jawapan
kumpulan masing-masing.
f) Guru membimbing murid
menyemak jawapan.






i. Apakah nilai wang yang
telah kamu perolehi?
ii. Senaraikan perbezaan
ciri-ciri wang kertas RM50
dan RM100.



iii. Wakil kumpulan sila
bacakan jawapan
kumpulan anda.



3. Perkembangan
Penambahbaikan
Menilai

a) Guru menulis nilai wang
dihadapan.
b) Murid dikehendaki menyebut
nilai wang dan menulis nilai
tersebut di dalam perkataan.
c) Wakil murid diminta
memberikan jawapan.
d) Guru menyemak jawapan
bersama murid.




I. Tuliskan nilai wang dalam
bentuk perkataan.

4. Tindakan
Pelaksanaan
Amalan
Berterusan


a) Murid menyelesaikan
lembaran kerja yang diberi.
b) Semak jawapan lembaran
kerja bersama murid-murid.


Pentaksiran


Berdasarkan kepada keupayaan murid menyatakan perbezaan
wang RM 50 dan RM 100 dan menjawab soalan lembaran
kerja.
Nilai dan sikap Kerjasama, berdisiplin dan sistematik























NAMA : KELAS :
Padankan.

RM 50
RM 1
RM 10
RM 100
RM 5
50 SEN
20 SEN
10 SEN

Anda mungkin juga menyukai