Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3

Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Kelas : 3 Bestari Bilangan Murid : 24 orang


Tajuk : Pergerakan Berirama (Rangkaian Kreatif)
Tarikh : 21 Julai 2014 Masa : 7.45 pagi 8.15 pagi
Standard Kandungan : Berkebolehan melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut irama.
Standard Pembelajaran : 1.5.2 Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo.
2.4.1 Membezakan kelajuan pergerakan yang sesuai mengikut tempo.
5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid :
1. Psikomotor : Boleh melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo.
2. Kognitif : Boleh membezakan kelajuan pergerakan yang sesuai mengikut tempo secara kreatif.
3. Afektif : Boleh mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.
Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti
Bahan Bantu Mengajar : Muzik, skitel(2)




Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Pengelolaan / Strategi PdP Alatan/catatan

1. Permulaan

(3 hingga 5 minit)

1. Memanaskan badan

a) melakukan regangan
otot
- kepala
- badan
- kaki

1. Meningkatkan suhu
badan untuk aktiviti
regangan.
2. Meningkatkan kadar
degupan jantung.
3. Regangan otot di
bahagian kepala, badan
dan kaki untuk elak
daripada kecederaan.


1. Murid berada dalam
kawasan yang telah
ditetapkan.






2. Dilaksanakan secara
beramai-ramai dalam
kumpulan yang besar.





2. Perkembangan

(8 hingga 12 minit)

Aktiviti 1 : Melakukan
kombinasi pergerakan.
Set 1











1. Murid berlari kehadapan
sebanyak 4 langkah
dengan arahan guru.
2. Murid dikehendaki
berlari dalam keadaan
lurus supaya tidak
berlanggar dengan
rakan sebelah.
3. Berhenti di mana tempat
langkah terakhir.
4. Murid berjalan
mengundur sebanyak 4
langkah.



1. Murid berada dalam satu
barisan panjang.
2. Jarak antara satu murid
dengan murid yang lain
adalah satu hasta.
3. Murid akan mula berlari ke
hadapan dengan arahan
guru dan melangkah
sambil membilang.
4. Murid tidak dibenarkan
bergerak setelah berhenti
di langkah yang keempat.
5. Murid berjalan mengundur
dalam kiraan 4.


Skitel


Aktiviti 2 : Melakukan
kombinasi pergerakan
Set 2

1. Murid berdiri dalam
bentuk bulatan secara
berpasangan.
2. Murid berskip dengan
pasangan masing-
masing sebanyak 2 kali
pusingan mengikut arah
jam.
3. Satu skitel diletakkan
sebagai tanda satu
pusingan.
4. Aktiviti diulang dengan
menukar arah pusingan
mengikut arah lawan
jam.

1. Murid berada dalam
bulatan bersama
pasangan yang telah
ditetapkan oleh guru.
2. Murid dikehendaki
memegang tangan
pasangan dan berskip
sehingga cukup 2
pusingan mengikut arah
jam.
3. Skitel yang diletakkan
akan menjadi tanda satu
pusingan.
4. Ulang aktiviti dengan
menukar arah kepada
lawan jam.


3. Kemuncak

(8 hingga 10 minit)

Permainan kecil :
Ikut Rentak Saya

1. Murid berdiri dalam
bentuk bulatan.
2. Ketua setiap kumpulan
akan berada di dalam
bulatan.
3. Ketua kumpulan
memulakan pergerakan
sebaik sahaja muzik
dimainkan oleh guru.
4. Semua ahli kumpulan
perlu mengikut
pergerakan ketua
kumpulan.

1. Murid dibahagikan kepada
4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan berada
dalam bulatan dan
melantik seorang ketua
kumpulan.
3. Kedudukan setiap
kumpulan hendaklah
berada dalam jarak yang
sesuai supaya tidak
mengganggu pergerakan
kumpulan lain.
4. Ketua perlu mengetuai

Muzik
pergerakan lokomotor
sehingga muzik
diberhentikan oleh guru

4. Penutup

(3 hingga 5 minit)

Aktiviti Gerak Kendur :
1. Berjlan disekeliling
kawasan
2. Berdiri sambil
mengembangkan
badan di atas hujung
kaki.
3. Duduk sambil peluk
badan sekecil-kecilnya.
4. Bangun perlahan-lahan
sambil membuka
pelukan.
5. Buat refleksi dan soal
jawab berkaitan
kemahiran yang telah
dipelajari.


1. Merehat dan
memulihkan degupan
jantung.
2. Mengendurkan otot
yang teah diregang
secara aktif ketika
bermain
3. Mengembalikan sistem
fisiologi secara
beransur-ansur selepas
digunakan secara aktif.


Penilai pengajaran dan pembelajaran :
a) Senarai semak markah berdasarkan persembahan rangkaian kreatif.

Anda mungkin juga menyukai