Anda di halaman 1dari 9

2012 | krysaid@yahoo.com.

my







KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME
SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM, KUALA KANGSAR
NEGERI PERAK TAHUN 2012

TAJUK: ANALISIS ITEM

Disediakan Oleh:
MOHAMAD KHAIRI BIN MAT SAID
GURU CEMERLANG KHB



ANALISIS ITEM

Analisis Item ialah satu proses menganalisis secara statistik tindak balas calon
terhadap setiap item dalam sesuatu ujian untuk membuat pertimbangan
mengenai kualiti dan keberkesanan item-item tersebut. Ia memberi maklumat kepada
kita mengenai bagaimana sesuatu item itu akan berfungsi dalam ujian. Secara khusus
melalui analisisi item, kita akan mengetahui indeks kesukaran, indeks diskriminasi, dan
keberkesanan tiap-tiap pilihan (pengganggu) bagi setiap item.

2012 | krysaid@yahoo.com.my

Kandungan:
Indeks Kesukaran Item
Indeks Kesukaran Pengganggu
Indeks Diskriminasi Item
Indeks Diskriminasi Pengganggu
Contoh-contoh Hasil Analisis

INDEKS KESUKARAN ITEM

Indeks Kesukaran (diff) ialah satu petunjuk mengenai kesukaran sesuatu item. Secara
amnya, sesuatu item itu dikatakan senang jika ramai calon dapat menjawabnya dengan
betul, dan sebaliknya. Oleh itu, Indeks Kesukaran bagi kunci (jawapan betul) dapat
dihitung dengan formula berikut:


diff =

di mana

N* : bilangan calon yang memilih kunci (jawapan betul)
N : jumlah calon yang cuba menjawab item itu

Secara statistik, Indeks Kesukaran mempunyai nilai di antara 0.0 dan 1.0 Indeks yang
bernilai tinggi menunjukkan item itu senang, dan indeks yang bernilai rendah
menunjukkan item itu sukar. Jadual berikut memberi panduan taksiran terhadap Indeks
Kesukaran Item:

Jadual 1: Tafsiran bagi Indeks Kesukaran Item
Nilai diff (kunci) Tafsiran item
0.7 ke atas Item ini senang
0.3 - 0.7 Kesukaran item ini sederhana
kurang dari 0.3 Item ini sukar

JADUAL 1
N*
N
2012 | krysaid@yahoo.com.my

INDEKS KESUKARAN PENGGANGGU

Pengiraan Indeks Kesukaran boleh diperluaskan kepada tindak balas calon terhadap
pengganggu-pengganggu item. Formulanya ialah:


diff =

di mana

Np : bilangan calon yang memilih pengganggu itu
N : jumlah calon yang cuba menjawab item itu

Jadual 2: Tafsiran bagi Indeks Kesukaran Pengganggu

Nilai diff (pengganggu) Tafsiran
kurang dari 0.05
Pengganggu ini lemah dan perlu
diubahsuai
supaya dapat menarik calon memilihnya
lebih dari 0.05 tetapi kurang dari diff kunci
Pengganggu yang baik kerana dapat
menarik lebih 5% calon untuk memilihnya
lebih dari diff (kunci)
Pengganggu yang tidak baik.
Kemungkinan
pengganggu ini adalah jawapan sebenar

JADUAL 2
Pengganggu dikatakan berfungsi jika ia dapat menarik sebilangan kecil calon (lebih
kurang 5% dari jumlah calon) untuk memilihnya sebagai jawapan. Bagaimanapun,
adalah perlu juga untuk mempertimbangkan tujuan ujian dimana item digunakan
apabila mentafsir indeks kesukaran pengganggu ini. Jika ujian adalah untuk
penggredan rujukan kriteria dengan hasrat semua pelajar mencapai kemahiran, maka
kuranglah penekanan untuk memastikan ada calon memilih tiap-tiap pengganggu,
dibandingkan jika ujian itu adalah untuk penggredan rujukan norma.


Np
N
2012 | krysaid@yahoo.com.my

INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Suatu item yang baik (dari segi kuasa diskriminasi) ialah item yang berupaya
mengenalpasti dan membezakan calon berpencapaian tinggi (CPT) daripada calon
berpencapaian rendah (CPR). Jika item tersebut diberi kepada sekumpulan calon,
calon pencapaian tinggi akan menjawab item itu dengan betul, manakala calon
pencapaian rendah akan menjawab item itu dengan salah. Dengan kata lain, calon
yang menjawab betul item tersebut dapatlah dikenalpasti sebagai calon yang
berpencapaian tinggi.

Jika kedua-dua kumpulan calon CPT dan CPR mempunyai bilangan calon yang hampir
sama menjawab suatu item dengan betul, maka item itu dianggap tidak atau kurang
mempunyai keupayaan pengasingan. Petunjuk keupayaan pengasingan item ini
dipanggil Indeks Diskriminasi (ID) dan sangat penting dalam ujian jenis
pengasingan atau rujukan norma.

Ada berbagai cara mengira Indeks Diskriminasi. Antaranya kaedah "point-biserial
correlation" atau r-pbis. Di bawah kaedah ini, jumlah skor yang diperolehi oleh
seseorang calon dalam ujian yang mengandungi item itu digunakan untuk mengukur
pencapaian calon. Dengan itu, koefisien korelasi di antara skor calon dengan skor item
dapat dikira. Skor item ialah samada 1 (jika calon menjawab betul) atau 0 (jika calon
menjawab salah). Jika kebanyakan calon yang mendapat skor 1 bagi sesuatu item itu
juga mendapat skor ujian yang tinggi, dan kebanyakan calon yang mendapat skor 0
bagi item yang sama juga mendapat skor ujian yang rendah, maka item itu mempunyai
korelasi positif yang tinggi. Oleh itu korelasi ini boleh digunakan sebagai Indeks
Diskriminasi.





2012 | krysaid@yahoo.com.my

Formula r-pbis yang digunakan adalah seperti berikut:
di mana

X - skor item
Y - skor ujian
N - jumlah calon

Jadual 3: Tafsiran Indeks Diskriminasi Item
Nilai r-pbis (kunci) Tafsiran
0.4 - 1.0 Item ini mempunyai kuasa diskriminasi tinggi
0.2 - 0.39 Item ini mempunyai kuasa diskriminasi sederhana
0.01 - 0.19
Item ini mempunyai kuasa diskriminasi tetapi
rendah
0.0 Item ini tiada kuasa diskriminasi
Negatif
Diskriminasi songsang, di mana lebih ramai CPR
dari CPT yang menjawab betul. Item perlu
diubahsuai/digubal semula.

JADUAL 3

Perlu diingatkan bahawa hasil analisis item tidak mengatakan suatu item itu baik atau
tidak baik dari segi kandungan yang diajar. Contohnya, satu item yang dijawab oleh
semua calon dengan betul (IK=1.0) akan mempunyai ID sifar. Ini tidak bermakna item
itu tidak baik. Keadaan ini (IK=1.0, ID=0) mungkin kerana guru telah mengajar dengan
berkesan sehingga semua calon telah menguasai kemahiran yang diuji itu. Cuma item
itu tidak dapat membezakan calon dalam ujian rujukan norma.




2012 | krysaid@yahoo.com.my

INDEKS DISKRIMINASI PENGGANGGU
Pengiraan Indeks Diskriminasi boleh diperluaskan kepada tindak balas calon terhadap
pengganggu-pengganggu item. Cara pengiraan adalah seperti formula r-pbis di atas
kecuali skor item (X) dianggap sebagai 1 jika calon memilih pengganggu itu, 0 jika calon
tidak memilih.

Tafsiran Indeks Diskriminasi Pengganggu

Nilai r-pbis (pengganggu) Tafsiran
Negatif
Lebih ramai *CPR daripada *CPT memilih
pengganggu ini sebagai jawapan. Pengganggu
berfungsi seperti yang diharapkan.
0.0
Sama ramai *CPR dan *CPT memilih pengganggu
ini.
Positif
Lebih ramai *CPT daripada *CPR memilih
pengganggu ini sebagai jawapan betul.
Pengganggu ini mengelirukan *CPT.

*CPT = Calon pencapaian tinggi
*CPR = Calon Pencapaian rendah












2012 | krysaid@yahoo.com.my

CONTOH 1 HASIL ANALISIS


CONTOH 2 HASIL ANALISIS


2012 | krysaid@yahoo.com.my

Contoh 3: Item 3 (Jawapan: D)
A B C D* Omit
diff 0.1765 0.2235 0.0059 0.5882 0.0059
r-pbis -0.1607 -0.0617 -0.0223 0.2044 -0.0389
N 30 38 1 100 1

Keterangan:
Item ini sederhana kesukarannya (diff item = 0.5882).
Kuasa diskriminasi juga sederhana (r-pbis item = 0.2044).
Pilihan A dan B adalah pengganggu yang baik di mana diff masing-masing
adalah lebih dari 0.05, manakala r-pbis adalah negatif (diskriminasi songsang).
Pengganggu C agak lemah dan patut diperbaiki (diff kurang dari 0.05)
Kesimpulan: Item ini boleh diterima jika pengganggu C diubahsuai/diperbaiki.

Contoh 4: Item 4 (Jawapan: B)
A B* C D Omit
diff 0.0588 0.8059 0.1059 0.0294 0.0000
r-pbis -0.0432 0.1417 0.1654 0.0296 0.0000
N 10 137 18 5 0

Keterangan:
Item ini senang (diff item 0.8059 )
Kuasa diskriminasi yang rendah (r-pbis 0.1417).
Pilihan A adalah pengganggu yang baik (diff melebihi 0.05 dan diskriminasi
negatif).
Pilihan C kurang berkesan kerana mempunyai kuasa diskriminasi yang positif,
walaupun dapat menarik lebih dari 5% calon untuk memilihnya.
Pilihan D adalah pengganggu yang tidak baik kerana diff < 0.05 dan r-pbis positif.
Kesimpulan: Item tidak baik. Pokok soalan dan pilihan perlu dikaji semula.


2012 | krysaid@yahoo.com.my

Bacaan Tambahan:

Kehoe, Jerard (1995). Basic item analysis for multiple-choice tests. Practical
Assessment, Research & Evaluation, 4(10). [Available
online: http://ericae.net/pare/getvn.asp?v=4&n=10]

Frary, Robert B. (1995). More multiple-choice item writing do's and don'ts. Practical
Assessment, Research & Evaluation, 4(11). [Available
online: http://ericae.net/pare/getvn.asp?v=4&n=11]

Rudner, Lawrence (1998). Item banking. Practical Assessment, Research & Evaluation,
6(4). [Available online: http://ericae.net/pare/getvn.asp?v=6&n=4]

Anda mungkin juga menyukai