Anda di halaman 1dari 20

Disediakan Oleh :

Siti Armiza Ramlan


Faizah Ismail
KEMAHIRAN MENGARANG
(TUTORIAL 5)
Pensyarah Pembimbing : Pn. Zaleha binti Thamby Adam
DEFINISI KARANGAN
Prof. Dr. Koh Boh Boon (1983) menyatakan
bahawa :
.karangan adalah hasil dari kerja mengarang, satu
proses melahirkan satu idea atau satu rangkaian
idea dalam bentuk penulisan secara tersusun
Kamaruddin Haji Husin (1986) pula menyatakan
bahawa:
karangan bukanlah hasil kepandaian atau
kemahiran menggubah atau menyusun kata-kata, frasa
dan ayat sahaja, tetapi merupakan kemahiran
menyambung idea, fakta dan sebagainya yang
terdapat dalam pemikiran manusia melalui alat
komunikasi yang dinamakan bahasa.
Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam
(1985);
.karangan ialah pelahiran perasaan dan fikrian
secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh
guru dalam jumlah perkataan yang terhad dan masa
yang ditetapkan oleh guru.
DEFINISI KEMAHIRAN MENGARANG
Kemahiran :
kecekapan dan kepandaian melakukan
sesuatu
Ruj : Kamus Dewan Edisi ke-2
Mengarang :
.. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel,
dll), mencipta (sajak dll)
Ruj : Kamus Dewan Edisi ke-4
MENGAPA KEM. MENGARANG
DIAJAR..??
Melatih murid melahirkan idea
Melatih murid mengembangkan idea
Melatih murid menggunakan format karangan
yang betul
Melatih murid menggunakan pengalaman
menulis karangan ke dalam situasi sebenar
Maka KEMAHIRAN MENGARANG ialah :
kecekapan dan kepandaian dalam mereka,
menulis dan mencipta cerita
Masalah Mengarang
Kesalahan Struktur ayat
- salah susunan subjek dan predikat dalam
ayat tunggal.
e.g : makan ikan adik
- salah menggunakan kata penghubung dalam
ayat majmuk.
e.g : Sara atau Nina sedang menangis (dan).
- keliru dalam menggunakan ayat penyata dan
ayat perintah
- salah menggunakan tanda baca
Lemah Kosa kata
- dipengaruhi oleh dialek menyebabkan lemah
dalam penguasaan kosa kata bahasa standart
- tidak faham maksud perkataan dalam tajuk
karangan menyebabkan sukar untuk
mengarang
Masalah dalam penggunaan ayat mudah
- tidak tahu hukum tatabahasa menyebabkan
sukar membina ayat mudah.
Masalah pemerengganan
- isi tidak saling berkait antara perenggan
- terlalu banyak isi dalam satu perenggan
- isi bercampur aduk
- format perenggan yang salah
PERINGKAT PENGAJARAN
MENGARANG
Pra Mengarang
(cara untuk mengembangkan idea)
- berbincang menetukan format
- membuat peta minda
- menentukan watak
-menyaring bahan
- menulis draf
Semasa Mengarang
- menentukan format
- transformasi perancangan kepada
bentuk karangan
- ambil kira aspek tatabahasa (ejaan,
tanda baca dll).
Pasca Mengarang
- menyemak karangan
- melakukan pembetulan
- buat penambahan jika perlu
- hantar karangan
STRATEGI PEMULIHAN KEMAHIRAN
MENGARANG
1. Menulis Ayat Mudah
- minta murid menyalin ayat mudah
- minta murid menulis tentang diri secara
ringkas.
e.g : Nama saya Amir
2. Menulis karangan berpandu gambar
GAMBAR TUNGGAL
GAMBAR BERSIRI
Langkah- langkah :
- Minta murid cerita tentang apa yang dilihat
dalam gambar
- Minta murid bina satu ayat mudah
- Minta murid menggabung ayat tunggal
menjadi ayat majmuk
- Murid bina ayat berdasarkan soalan yang
diberi.
3. Menulis karangan terkawal
- isi tempat kosong dengan perkataan yang
sesuai.
- susun ayat ikut urutan sehingga menjadi ayat
yang lengkap.
- memadankan ayat
- menggantikan perkataan
4. Menulis Karangan Berpandu
- menulis semula petikan cerita
- pindahkan karangan dialog kepada karangan
penceritaan
- menyudahkan cerita
- menulis semula cerita yang didengar
i. PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS
http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/pengajaran-bahasa-melayu-
kelas.html
ii. Pengajaran dan Pembelajaran Karangan
http://www.saujana.sg/portals/0/bahan%20pengajaran/pancaindera.pdf
iii. Kamrudin Hj. Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur : Longman Malaysia.