Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Kebanyakan orang menggelarkan fabrik sebagai tekstil. Namun begitu, tekstil


dan fabrik adalah dua benda yang berbeza tetapi ia saling berkait. Tekstil adalah
material fleksibel yang terbuat daripada tenunan benang. Tekstil dibuat dengan cara
penyulaman, penjahitan , pengikatan atau pun pressing. Terdapat dua perbezaan
antara dua istilah ini, tekstil digunakan untuk menyebutkan bahan apa pun yang
terbuat daripada tenunan benang manakala fabrik merupakan hasil jadinya.


Fabrik dihasilkan daripada gentian asli atau gentian buatan. Gentian ini
diproses untuk dijadikan yarn, benang, dan seterusnya menghasilkan fabrik. Fabrik
dihasilkan dengan kaedah tenun, kait, dan tanpa tenun. Setiap cara ini
menghasilkan fabrik yang berlainan rupa dan sifat. Fabrik boleh ditambah baik dan
diberi kemasan. Proses kemasan dilakukan kepada fabrik bagi membaiki
kelemahan gentian fabrik supaya menjadi lebih baik dan kemas.































Jenis-jenis binaan fabrik



Terdapat 3 jenis binaan fabrik iaitu:


Tenun
Kait
Tanpa tenun



a) Fabrik Tenun

Dua set yarn iaitu yarn memanjang dan yarn melintang dijalinkan untuk melakukan
tenunan. Yarn memanjang menjadi asas kepada benang lungsin

Anda mungkin juga menyukai