KAMPUS KOTA BHARU, PENGKALAN CHEPA 16109 KOTA BHARU,KELANTAN.
KERTAS KERJA
PJM 3112 PERMAINAN TRADISIONAL (KONDA-KONDI) PISMP PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2012
ANJURAN PISMP Pendidikan Khas Semester 5 Ambilan Januari 2012
DENGAN KERJASAMA Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
TARIKH 19 MAC 2014
MASA 8.00 pagi 2.00 petang
TEMPAT Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan
2
1.0 PENGENALAN
Kesihatan dan kecergasan adalah di antara keperluan asas bagi pencapaian kejayaan dan kesejahteraan dalam segala kegiatan hidup seseorang setiap hari untuk sepanjang hayat. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah galah panjang, congkak, wau, batu seremban dan lain-lain. Permainan tradisional merupakan permainan warisan nenek moyang . Kebanyakan permainan tradisional hampir dilupakan oleh masyarakat akibat kemunculan pelbagai bentuk budaya moden. Adalah menjadi tanggung jawab generasi masa kini untuk mempertahankan budaya warisan bangsa dan memastikan budaya ini dikekalkan. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Antara permainan itu termasuklah Konda - Kondi.
3
2.0 TAJUK
Nama Permainan : Konda-kondi
3.0 MATLAMAT Matlamat utama mempelajari permainan tradisional ini ialah :-
1. Memupuk semangat kesukanan dalam diri guru pelatih. 2. Memberi keseronokan kepada murid 3. Memberi peluang untuk murid mengembangkan minda 4. Mengukuhkan perhubungan persahabatan 5. Membentuk fizikal yang mantap dari aspek motor kasar daan motor halus. 6. Menyuburkan kembali kegiatan permainan tradisional agar tidak pupus. 7. Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial setiap individu mencapai pembangunan yang optimum dan memberi sumbangan kepada masyarakat. 8. Meningkatkan kecergasan jasmani keseluruhan murid supaya mereka boleh melakukan kerja-kerja hariannya dengan cekap dan kreatif. 9. Memberi keyakinan diri kepada setiap guru pelatih untuk mengajar Pendidikan Jasmani dengan menarik dan kreatif pada masa kelak. 10. Membantu guru pelatih untuk mencapai pertumbuhan sosial dan kemanusiaan dalam diri. 11. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dalam permainan. 12. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. 13. Menguasai konsep aktiviti permainan tradisional mengikut kemampuan diri. 14. Membentuk keputusan bijak mengikut keadaan persekitaran dalam kehidupan.
4
4.0 OBJEKTIF
1. Memberikan pengetahuan dan pendedahan tentang cara melakukan aktiviti permainan tradisional serta cara-cara mengaplikasikan dalam kurikulum PJK sekolah. 2. Melatih guru pelatih untuk mengelola dan menganjur permainan tradisional. 3. Menginterpretasikan bahan kurikulum yang relevan bagi aktiviti permainan tradisonal untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kurikulum PJK sekolah. 4. Membolehkan pelajar menghayati dan mengamalkan nilai murni semasa menjalankan aktiviti permainan sesama murid. 5. Memupuk etika kerjasama sesama pelajar bagi menghasilkan suasana konduksif. 6. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan dan kecergasan serta membentuk sahsiah dan disiplin diri individu. 7. Membantu dalam mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. 8. Menerapkan nila-nilai positif dalam diri pelajar seperti toleransi dan nilai bekerjasama dalam satu pasukan.
5.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 19 Mac 2014 Masa : 8.00 pagi- 2 petang Tempat : Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
6.0 KUMPULAN SASARAN Guru Pelatih PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2012 ( MATEMATIK 1, MATEMATIK 2, SAINS, MUZIK, PENDIDIKAN SENI VISUAL, PRA- SEKOLAH)
5
7.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI
7.1 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PENASIHAT : TN. HJ. HASHIM BIN DERAMAN
PENGERUSI : EN. WAN ZAMRI BIN WAN MUHAMAD
PENYELARAS : EN. ROSLI BIN ABDULLAH
PENGERUSI : NUR SHAMSIYAH BINTI HUSSEIN
NAIB PENGERUSI : NOORDINIE ADILAH BINTI ABDUL GHAFAR
SETIAUSAHA : FATIHATUL MURSYIDAH BINTI MOHD ISWAN
NAIB SETIAUSAHA : SITI NOOR HAZLIN MAISARAH BINTI CHE MAT
BENDAHARI : MOHD NADZIM BIN BAKRI
NAIB BENDAHARI : MOHD SHAHRUL BIN SULIMAN
6
7.2 AHLI JAWATANKUASA KERJA
PERALATAN : MOHD BAIHAQI BIN NADZRI MOHAMMAD HAZWAN BIN OMAR NURUL NAJIAH BINTI AWANG
PERSIAPAN TEMPAT : MOHD IKRAM HAFIFI BIN ABDUL HADI NUR SYAHMIMI BINTI IBARAHIM FATIN SYAZRINA BINTI MOHD YUSOF NUR SYIFAA BINTI SHAHRI
PERSEGARAN : MOHD AMER FARIS BIN MOHD ASRI JUPERSILA BINTI PURISILI
KESELAMATAN : MOHD FIRDAUS BIN CHE SOH G. MARYSIAH MICHAEL ASANG
AKTIVITI : AHMAD SYAFIQ BIN ABDULLAH HENDRY ALOYSIUS MUHAMAD HIRZAN BIN PAWANCHIK KAMARIAH BINTI ABD RAHMAN AMRI BIN ALI
KEPEGAWAIAN : MOHD SAIFUL BIN BOHARI RESTIN KEMUN ANAK ULIE UMMAIRA BINTI PAUZI
7
7.3 BORANG PENYERTAAN
KELAS : .............................................................
KETUA KUMPULAN : .............................................................
BIL NAMA PESERTA NO. TELEFON NO. IC
8
7.4 SENARAI SEMAK SEBELUM, SEMASA & SELEPAS PERLAKSANAAN
7.4.1 Sebelum Permainan
BIL SENARAI SEMAK YA TIDAK CATATAN
1
Mengadakan perbincangan/lantikan jawatankuasa
2
Membuat kertas kerja
3
Menyenaraikan peralatan/menentukan kawasan
4
Bilangan peserta ditentukan
5
Setiap ahli menjalankan tugas sebelum permainan
6
Penetapan syarat-syarat, peraturan, jadual dan borang permainan
9
7.4.2 Semasa permainan
BIL SENARAI SEMAK YA TIDAK CATATAN
1
Senarai semak peralatan
2
Pendaftaran peserta dan pegawai
3
Kekemasan dan kesesuaian pakaian
4
Kelancaran acara seperti perancangan
5
Taklimat syarat dan peraturan oleh pengadil
7.4.3 Selepas Permainan
BIL SENARAI SEMAK YA TIDAK CATATAN
1
Jumlah alatan yang mencukupi
2
Kekemasan kawasan permainan
3
Pengurusan sampah yang baik
4
Post Mortem
5
Refleksi Permainan
10
8.0 SENARAI ALATAN
BIL
IMEJ PERALATAN
JENIS PERALATAN
KUANTITI
1
KAYU IBU (PANJANG) 2
2
SKITAL 20
3
WISEL
2
4
KAYU ANAK (PENDEK)
4
11
9.0 PROSEDUR PELAKSAAN PERMAINAN 9.1 Pelan Kedudukan Permainan
KAYU PANJANG DILETAK DI BAWAH KAYU PENDEK UNTUK DIKUIS KAYU PENDEK AKAN DILETAK DI ATAS LUBANG AHLI KUMPULAN LAWAN MENUNGGU UNTUK MENYAMBUT KAYU PENDEK
12
10.0 PERATURAN PERMAINAN
Antara peraturan yang perlu dikenakan kepada pemain atau pasukan dalam permainan ini ialah: 1. Permainan hanya boleh dimainkan secara kumpulan sahaja. Sebaik-baiknya dimainkan dua kumpulan yang masing-masing mempunyai dua atau tiga orang pemain. 2. Setiap pasukan harus mempunyai satu set alat permainan konda-kondi. 3. Hanya dua batang kayu yang berlainan saiz diperlukan. 4. Setiap pemain termasuk pihak lawan tidak boleh mengacah ketika pemain pertama memulakan permainan. 5. Sekiranya pemain telah terbatal permainannya, kayu yang digunakan harus diberi kepada pihak lawan dengan baik.
10.1 Perkara yang Membatalkan Permainan
1. Jika kayu anak dapat disambut oleh penjaga. Pemain dikira mati 2. Jika kayu anak yang dilemparkan oleh penjaga mengena kayu ibu atau termasuk lubang, pemain pemain dikira mati dan permainan terpaksa diberhentikan. 3. Pemain akan dikira mati apabila kayu anak jatuh di suatu tempat yang jaraknya dengan lubang tidak sampai satu ukuran kayu ibu. 4. Pada peringkat ketiga, pemain tidak dapat memukul kayu anak sebanyak tiga kali, pemain seterusnya akan melakukan pukulan. 5. Jika kayu anak terkena badan pemain, satu mata kiraan akan ditolak. 6. Kumpulan penjaga dapat bermain selepas pemain akhir mati .
13
10.2 Kiraan Mata Terdapat dua cara mengira mata kemenagan: 1. Mengukur menggunakan panjang kayu ibu. Cara ini adalah cara yang paling banyak digunakan oleh para pemain. 2. Mengira padang atau mengira satu-satu pusingan dengan menentukan masanya. Misalnya selama satu jam.
Sekiranya salah satu kumpulan mempunyai mata yang lebih tinggi berbanding pihak lawan, bermakna pusingan tersebut dimenangi oleh kumpulan yang mengutip mata yang banyak
10.3 Sistem Pertandingan Sistem pertandingan dimainkan secara kalah mati. Permainan ini memerlukan kumpulan yang mempunyai mata tertinggi sebagai pemenang.
10.4 Pendaftaran Pemain
Tiap-tiap pasukan terdiri daripada 8 orang pemain yang terdiri daripada 4 lelaki dan 4 perempuan.
10.5 Pakaian
Setiap kumpulan perlu memakai pakaian seragam Pendidikan Jasmani dan setiap pemain tidak dibenarkan memakai sebarang alat bantuan seperti sarung tangan dan sebagainya.
10.6 Menarik Diri dan Menyerah Kalah
Sekiranya ada pasukan yang menarik diri dan meyerah kalah dengan sengaja dalam pertandingan, mereka dikira kalah tanpa bertanding.
14
11.0 JADUAL PERLAWANAN
15
12.0 KEWANGAN 12.1 PERBELANJAAN PERKARA BAJET JUMLAH(RM) CATATAN AIR MINERAL 2 KOTAK STOR IPGKKB KERTAS A4 - PUTIH - WARNA
1 RIM STOR IPGKKB TALI RAFIA STOR IPGKKB BENDERA WARNA WARNI STOR IPGKKB PERSEGARAN RM 5.00 X 25 RM 75.00 LAIN-LAIN RM 20.00 RM 20.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 95.00
16
13.0 PENUTUP
Melalui permainan Konda-Kondi ini, guru-guru pelatih dapat mengekalkan warisan nenek moyang yang semakin pupus di mamah zaman. Jika diteliti dari sudut kesepaduan pemain, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga memberi peluang kepada murid-murid bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu guru-guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekaligus membantu mereka mahir dalam kemahiran tersebut.
Aktiviti ini juga akan memberikan keseronokan kepada guru-guru pelatih. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap guru pelatih diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka sendiri tanpa melangkaui had peraturan permainan. Oleh demikian, guru-guru pelatih menjadi lebih seronok ketika bermain dan sekali gus membantu mereka untuk menguasai permainan ini. Secara keseluruhannya, permainan tradisional Konda Kondi ini bukan sahaja dapat menjadikan guru-guru pelatih lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai nilai-nilai murni dalam diri guru-guru pelatih.
17
Disediakan oleh, Disemak oleh:
............................................................ ........................................................... (FATIHATUL MURSYIDAH MOHD ISWAN) (HASHIM BIN ISMAIL) Setiausaha, Pensyarah Penasihat, Permainan Tradisional, Permainan Tradisional IPG Kampus Kota Bharu. IPG Kampus Kota Bharu,
Disokong oleh:
..................................................... (ROSLI BIN ABDULLAH ) Penyelaras Program, Permainan Tradisional IPG Kampus Kota Bharu.
Disahkan oleh:
................................................................... (WAN ZAMRI BIN WAN MUHAMAD) Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu.