Anda di halaman 1dari 1

Guru adalah merupakan profesion yang begitu penting dalam masyarakat.

Setiap hari mereka


menjalankan tugas menyebarkan pelbagai maklumat dan mengubah sikap dan kelakuan
pelajar-pelajar secara langsung melalui kurikulum yang diajar dan secara tidak langsung melalui
amalan, sikap, kelakuan, nilai dan hubungan dengan pelajar-pelajar mereka. Guru yang baik
sentiasa optimis dengan apa yang akan dicapai oleh pelajar mereka dalam sebarang situasi
dan latar belakang. Berdasarkan kes Cikgu Sabrina tadi, dapatlah kita menilai bahawa Cikgu
Sabrina tidak boleh menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan. Seorang guru yang
efektif harus memiliki pengetahuan terhadap pengurusan bilik darjah supaya dapat menjurus
kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif
aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh
Canter. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak
murid untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa
gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh Cikgu Sabrina untuk
mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif canter ini. Berikut merupakan
cara-caranya.

Anda mungkin juga menyukai