Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan peta pokok di atas, emosi guru yang terganggu memberi kesan

terhadap diri guru itu sendiri, pihak sekolah, kesan kepada ibu bapa dan juga
profesionalisme keguruan itu sendiri. Pada pendapat saya, kesan emosi guru ini boleh
terbahagi kepada kesan positif dan kesan negatif. Antara kesan positif yang dapat
disenaraikan berdasarkan peta di atas adalah motivasi guru semakin meningkat,
berjaya menyelesaikan masalah murid, mendapat Guru Cemerlang (APC),
profesionalisme guru dipandang tinggi serta guru akan disayangi murid. Melalui video
yang ditonton, dapat dilihat emosi guru tersebut terganggu apabila berhadapan dengan
kelakuan dan tingkah laku murid yang negatif. Walau bagaimanapun, guru tersebut
tidak mengalah malah semakin bermotivasi tinggi untuk mencari penyelesaian bagi
masalah yang dihadapi di dalam kelas. Hal ini berbeza dengan rangsangan guru di
dalam mesej tersebut iaitu perletakkan jawatan. Hal ini demikian kerana, guru tersebut
tidak mampu untuk bertahan dalam kerjaya ini. Isu ini turut disentuh oleh satu kajian
kes yang telah dijalankan oleh Erkultu dan Chafra (2006) yang menyebut bahawa
tekanan yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja berfikir untuk meletakkan
jawatan. Justeru, tidak hairanlah para guru yang sememangnya berhadapan dengan
bebanan kerja yang tinggi akan berniat untuk menarik diri daripada jawatan ini.