Anda di halaman 1dari 8

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

UNESCO dan Pendidikan?





United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization
(UNESCO) adalah merupakan sebuah organisasi yang dibentuk
bertujuan membentuk sebuah keamanan dan keselamatan dengan
mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui pendidikan, sains
dan budaya.

Umumnya UNESCO ditubuhkan pada 16 November 1945 dan matlmat
penubuhannya adalah untuk membina keamanan, menangani
kemiskinan, pembangunan yang mampan dan dialog antara budaya
melalui pendidikan, sains, budaya, komunikasi dan maklumat.
Sehubungan itu, keutamaan yang diketengahkan oleh pihak UNESCO
adalah pendidikan untuk semua dan pembelajaran sepanjang hayat.
Antara projek yang ditaja oleh UNESCO adalah merangkumi literasi,
teknikal, program latihan perguruan, program sains antarabangsa,
mempromosi kebebasan media; projek budaya dan sejarah,
kepelbagaian budaya, memelihara warisan budaya dan alam
semulajadi dunia serta melindungi hak kemanusiaan.

i. Belajar untuk menguasai ilmu (Learn to know)

Ini adalah merupakan faktor pembelajaran utama di mana manusia
perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling mereka supaya dapat
memperkembangkan kemahiran kerjanya serta berkomunikasi
dengan orang lain.



ii. Belajar untuk menguasai kemahiran (Learn to do)

Tonggak kedua ini pula adalah membawa maksud pendidikan dapat
melengkapkan seseorang dengan kemahiran untuk diaplikasikan
dalam bidang pekerjaan. Antara kemahiran yang penting adalah
termasuk kemahiran komunikasi, berpasukan dan menyelesaikan
masalah.




iii. Belajar untuk menjadi insan berguna (Learn to be)

Manakala dalam tonggak ketiga ini pula adalah berfokus terhadap
peranan pendidikan yang harus menyumbang kepada pembentukan
insan secara menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi,
kepekaan dan penghargaan estetika.




iv. Belajar untuk harmoni dan bekerjasama (Learn to live together)

Toggak keempat UNESCO adalah merupakan salah satu cabaran yang
sukar dipupuk dalam dunia yang dilanda konflik. Oleh itu, adalah
penting pendidikan di semua negara memainkan peranan dalam
menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat
dapat hidup aman damai dan berharmoni dalam negara yang
berbilang kaum dan silang budaya.



Keoelbagaian masyarakat yang saling menghormati dan hidup harmoni

Selari dengan perkara tersebut dan demi memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan di negara kita, terdapat pelbagai perubahan dalam
pendidikan semasa di negara kita sama ada dari segi kurikulum
mahupun kurikulumnya. Antaranya adalah perubahan dari KBSR ke
KSSR, pengenalan terhadap PPSMI dan seterusnya kepada MBM dan
MBI. Kemudiannya pula perubahan dari segi penekanan pendidikan
awal (Pra Sekolah) untuk kanak - kanak, perubahan keseluruhan
tempoh persekolahan dan sebagainya. Selain itu, penaiktarafan
institutsi pendidikan di negara kita dari semasa ke semasa juga telah
menunjukkan kepentingan pendidikan ini seperti yang telah
digariskan oleh UNESCO. Oleh itu, kita seharusnya peka dan mampu
untuk mengikut perubahan arus perdana pendidikan ini bagi
menjamin ke arah pembentukan positif dalam diri semua insan.

http://educatestory.blogspot.com/2012/09/unesco-dan-pendidikan.html

Pengenalan UNESCO :
UNESCO merupakan sebuah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB.
Ia juga dikenali sebagai UN Educational, Scientific and Cultural Organization dalam
Bahasa Inggeris.
Ia adalah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB.
UNESCO telah ditubuhkan pada tahun 1945.
Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan
dunia.

Lima Program Utama UNESCO Adalah:

~ Pendidikan
~ Sains semula jadi
~ Sains manusia dan sosial
~ Kebudayaan
~ Komunikasi dan maklumat

Projek Yang Menerima Penajaan UNESCO Termasuklah:
~ Kemahiran menulis dan membaca
~ Teknikal, dan program latihan kepada guru-guru
~ Program Sains Antarabangsa
~ Promosi kebebasan bersuara
~ Media yang bebas
~ Projek sejarah kebudayaan setempat



Tonggak Pendidikan UNECSO :
Sejak tahun 1996 UNESCO telah menetapkan 4 (empat) pilar pendidikan yang harus
diperhatikan secara sungguh-sungguh oleh pengelola dunia pendidikan.
Keempat-empat pilar pendidikan tersebut adalah:-
~ Belajar untuk Menguasai Ilmu ( learning to know )
~ Belajar untuk Menguasai Kemahiran ( learning to do )
~ Belajar untuk Menjadi Insan Berguna ( learning to be )
~ Belajar untuk Harmoni dan Bekerjasama ( learning to live together )
Ia dibentuk UNESCO pada tahun 1993, dengan beranggotakan 14 orang dari berbagai
belahan
Pendidikan formal kini seharusnya merancang kurikulum yang memberi ruang dan
masa untuk
pelajar melibatkan diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti sukan atau
budaya.
Sekolah dan guru-guru boleh merancang program amal atau aktiviti dalam gerak
kokurikulum
Pelajar menjalankan kerja-kerja amal atau komuniti di luar bandar dan juga di kawasan
orang asli untuk memahami cara hidup mereka.

Belajar Untuk Menguasai Ilmu :
Merupakan faktor pembelajaran utama.
Manusia perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling mereka supaya dapat
memperkembangkan kemahiran kerjayanya serta berkomunikasi dengan orang lain.
Termasuk Belajar Cara Belajar (Learning how to learn) dengan memperkembangkan
tumpuan, kemahiran ingatan dan kebolehan untuk kanak-kanak.
Peranan Guru :
Cara penyampaian yang berkesan.
- Penggunakan ICT dalam pengajaran.
- Gambar.
- Aktiviti pengajaran yang menarik. Contohnya, bercerita, permainan, perbincangan
dan lakonan.

Mengikut trend perubahan dalam dunia ledakan maklumat dan mengemas kini
pengetahuan.
- Supaya murid menerima pengetahuan terkini untuk bersaing setanding dengan orang
lain dalam dunia yang berteknologi tinggi.

Belajar Untuk Menguasai Kemahiran :
Terbahagi kepada empat bahagian iaitu :
Kemahiran interpersonal.
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran berpasukan
Kemahiran menyelesaikan masalah.

Peranan Guru :
Aktiviti Hands-On seperti membuat eksperimen, membuat model dan lain-lain.
Aktiviti Kokurikulum. (Kelab atau Persatuan)
Contohnya, Kelab Memasak, Kelab Kemahiran Hidup dan Persatuan Sains.
( Peranan guru sebagai Pembimbing sahaja)

Belajar Untuk Menjadi Insan Berguna :
Pendidikan harus menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal,
intelek, rohani, emosi, kepekaan & penghargaan estetika.
Pembentukan modal insan berpandanan dengan saranan yang diusulkan di dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengenai gagasan JERISE dalam melahirkan
individu seimbang.
Kurikulum di Malaysia: membantu perkembangan potensi murid secara seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Setiap individu perlu menerima didikan awal sejak kanak-kanak sehinggalah dewasa
dalam semua aspek sehingga mereka boleh berfikir secara kritis, berdikari dan
berupaya membuat keputusan.

Peranan Guru:
Mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan
mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara development mengikut
kadar pembelajaran bagi mencapai hasrat kritis, kreatif dan inovatif.

Belajar Untuk Harmoni Dan Bekerjasama:
Pendidikan berperanan penting dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain
supaya rakyat dapat hidup aman damai di dalam negara berbilang kaum dan budaya.
Tonggak pendidikan di mana pelajar belajar untuk bekerjasama dan hidup secara
harmoni tanpa mengira bangsa dan latar belakang.

Apakah Implikasi Tonggak Pendidikan Ini Terhadap Sistem Pendidikan?
Beri peluang kepada murid meneroka dan memahami orang lain diawal persekolahan.
Didedahkan kepada kepelbagaian budaya rakyat negara & kesedaran tentang saling
memahami serta saling memerlukan antara sama lain.
Pendidikan menjadi wadah untuk belajar tentang budaya, agama dan tingkah laku setiap
etnik.

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan :
Memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka
dalam masyarakat dan negara.
Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik & boleh
menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.
Menjadikan ikatan dan nilai yang sama menerusi projek seperti sukan.
Merancang kurikulum yang melibatkan murid di dalam projek kolaboratif sama ada
aktiviti sukan atau budaya.
Program Angkat Angkat
Program Perkhemahan Kem 1 Malaysia


http://nidaspecialeducation2.blogspot.com/2012/08/tonggang-pendidikan-unesco.html