Anda di halaman 1dari 1

Program Bina Insan Guru (B.I.

G) bagi pelajar guru PISMP pengajian Tamil,


Semester Tiga Ambilan Januari 2013 ialah menganjurkan sebuah majlis rasmi iaitu
Majlis Penutupan Kolej Kediaman Dan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang
telah dijalankan di gelanggara IPG Kampus Pulau Pinang.
Semua pelajar guru dari kelas saya telah terlibat dalam jawatankuasa
program tersebut, setiap orang diberi tanggungjawab untuk menjayakan program ini.
Saya diberi tugas sebagai naib pengerusi. Setelah diberi tanggungjawab, kami telah
memulakan tugasan masing-masing tanpa melengangkan masa. Apabila mendapat
kelulusan, kami memulakan persiapan yang lain. Pada hari 15 Ogos 2014, majlis
rasmi iaitu Majlis Penutupan Kolej Kediaman Dan Majlis Pelancaran Bulan
Kemerdekaan telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Selepas tamatnya majlis rasmi tersebut, kami berjumpa dengan Encik Mohd
Nadzri Bin Noordin, Penyelaras Kursus BIG dan beliau memberi maklum balas
berkenaan pengendalian majlis tersebut. Dengan itu, saya dapat mengetahui
tentang kesilapan yang dilakukan oleh kami yang menyebabkan berlakunya kelang
kabut semasa majlis berjalan. Oleh itu, saya akan lebih berwaspada semasa
mengendalikan majlis supaya ia lebih teratur pada masa akan datang.
Setelah mendapat satu pengalaman yang cukup baik dengan mengendalikan
majlis rasmi ini, saya berasa amat bangga kerana wujudnya kemantapan akhlak dan
juga nilai-nilai kerohanian dan keguruan dalam diri saya. Kekuatannya, saya
mendapat banyak pengalaman kepimpinan. Saya juga akan menjadi seorang
pemimpin yang baik seperti berikut untuk mencapai matlamat bersama. Saya sangat
berasa yakin untuk menjadi seorang pemimipin yang berakauntibiliti dan amanah
untuk menjayakan sesuatu program setelah melibatkan diri dalam program BIG ini.
Saya berasa program BIG ini dapat membantu saya untuk menjadi seorang guru
yang berpengurusan kreatif dan inovatif.
Secara kesimpulannya, Progaram Bina Insan Guru (BIG) fasa 3 ini amat
berguna kepada saya. Ia memberikan pendedahan kepada saya dalam
mengendalikan suatu majlis rasmi dengan menunjukkan kepatuhan dan memahami
serta menghayati nilai etika perguruan. Selain itu, saya juga dapat membina
pemikiran yang positif dan mempunyai motivasi yang tinggi dalam mendidik dan
melahirkan generasi yang akan datang melalui program ini.