Anda di halaman 1dari 99

Anatomi Dan Fisiologi

PJM 3063E
Tajuk : Pemakanan dan
Metabolisme
Rajaletchume A/P
Udaya Soorian
2013272340011
Vishveni A/P
Elagamuram
2013272340018
Jamuna A/P
Muniandy
2013272340003
PENGENALAN
Makanan dan kehidupan tidak boleh
dipisahkan.
Pemakanan dan
Metabolisme
Pengenalan
metabolism
selular
Laluan
metabolik
Diet
pemakanan
bioenergetik
Pengenalan metabolism
selular
Proses pengeluaran tenaga oleh badan manusia.
Metabolisme adalah mekanisme perubahan kimia dalam
sel-sel badan yang mengeluarkan tenaga untuk proses-
proses badan yang penting.
Merupakan bilangan kalori yang digunakan oleh badan
semasa rehat atau semasa melakukan sebarang aktiviti.

2 jenis metabolisme :

Katabolisme memecahkan bahan-bahan
organik dalam respirasi sel untuk menghasilkan
tenaga.

Anabolisme menggunakan tenaga untuk
membentuk komponen-komponen sel seperti
protein dan asid nukleik.

Laluan Metabolik
Tindakbalas kimia metabolisme dipersembahkan
dalam bentuk lintasan metabolik.
Satu bahan kimia ditukarkan kepada bahan lain oleh
tindakan enzim.
Enzim protein yang bertindak sebagai mangkin
organik yang dapat mengawal dan mengatur serta
mempercepatkan tindakbalas biokimia dalam sel.
Metabolisme Karbohidrat
Hasil pencernaan dan penyerapan jenis gula dan kanji
dalam darah adalah glukosa.
Kadar gula darah yang normal ialah 100mg glukosa
setiap ml darah.
Glukosa disimpan dalam hati dan otot-otot tulang
sebagai glikogen.
Pencernaan karbohidrat berlaku apabila
ptialin(amilase air liur) mengubah kanji masak menjadi
maltosa.
Peratus gula darah dikekalkan oleh kawalan insulin dan
aktiviti hati.
Karbohidrat memiliki nitrogen,fostor dan sulfur.
Karbohidrat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu
monosakarida, disakarida dan polisakarida.
Di dalam tisu berlaku pengoksidaan karbohidrat untuk
membekalkan haba dan tenaga.
Metabolisme Lipid
Lemak (lipid) adalah sumber tenaga penting pada
tubuh.
Lemak yang tidak segera diperlukan akan
disimpan dalam tisu adiposa selepas diserap.
Lemak akan diuraikan dan dibentuk kembalu
sesuai dengan keperluan tenaga.
Kelompok enzim khusus membantu tubuh
menguraikan dan memproses lemak.
Lemak merupakan satu kumpulan sebatian yang
mengandungi asid lemak dan gliserol yang besar.
Metabolisme Protein
Sejumlah besar asid amino dibentuk sebagai hasil
pencernaan protein dan semua ini membentuk tempat
penyimpanan asid amino, tempat sel tubuh mengambil
protein yang diperlukannya.
Hanya 9 asid amino yang penting untuk pertumbuhan dan
pembaikan tisu tubuh.
Apabila makanan mengandungi lebih protein maka lebih
asid amino dipecahkan dalam hati untuk mengeluarkan
nitrogennya untuk penghasilan haba dan tenaga.
Pencernaan asid amino berlaku di dalam 2 organ
pencernaan iaitu :

Dalam perut:
Pepsin ( dgn HCL) menukar protein menjadi pepton.
Renin menghasilkan kasein dari kaseinogen.
Pepsin (dgn HCL) menukar kasein menjadi pepton.

Dalam usus :
Tripsin memecahkan protein dan pepton menjadi
polopeptida.
Eripsin memecahkan polopeptida menjadi asid
amino.
Metabolisma Nukleik Asid
Asid nukleik sejenis makromolekul yang terdiri daripada
rantaian nukleotida.
Dalam biokimia molekul ini mampu membawa
maklumat dan membentuk struktur dalam sel.
Asid nukleik yang biasa termasuk asid
deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA).
Asid nukleik terdapat dalam semua benda hidup,
kerana mereka terkandung dalam segala sel. Juga
terdapat dalam virus.
MAKANAN SEIMBANG
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan
untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan
normal.
Makanan seimbang memberikan kita tenaga untuk kegiatan harian.
Makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara
optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan
galian, vitamin dan asid lemak.
Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat
mengelakkan kita daripada mendapat penyakit.
Makanan seimbang seharusnya memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi untuk kegiatan harian.
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
Piramid Makanan
Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk
merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan kuantiti
makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .
Piramid Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang
diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid
Makanan Malaysia:
Aras 1 Piramid Makanan
mengandungi kumpulan makanan
yang kaya dengan karbohidrat
kompleks, yang merupakan
sumber tenaga yang utama.
Makanan ini juga membekalkan
vitamin, mineral, serat dan sedikit
protein. Di dalam setiap hidangan,
makanan daripada kumpulan ini
perlu diambil paling banyak.
Contoh makanan bagi kumpulan
ini adalah nasi, bubur, mi, mihun,
roti, pasta, bijirin sarapan, capati,
thosai, biskut, dan ubi keledek,
keladi dan kentang.
ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin
dan Ubi-ubian
Sayur-sayuran dan buah-buahan
terletak di Aras 2 Piramid Makanan.
Makanan ini kaya dengan vitamin,
mineral dan serat. Makanlah buah-
buahan dan sayur-sayuran dengan
banyak, dan pelbagaikan pilihan di
dalamcsetiap hidangan..
ARAS 2
Sayur-sayuran dan
Buah-buahan
Daging, ayam, ikan dan kekacang
terletak di Aras 3 Piramid
Makanan. Makanan ini kaya
dengan protein, vitamin B, zat
besi, zink dan magnesium. Pilihlah
daging rendah lemak dan buang
semua lemak yang kelihatan pada
daging dan ayam. Sekali sekala
tukarkan penggunaan daging
dengan kekacang, kerana ianya
rendah lemak dan kaya dengan
serat. Contoh kekacang adalah
kacang soya dan hasilnya (seperti
tauhu dan tempe), kacang dhal
dan kacang merah.
ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan
dan Kekacang

Lemak, minyak dan gula, juga
makanan yang kaya dengan bahan ini
terletak di Aras 4 Piramid. Ini
menunjukkan hanya sedikit sahaja
makanan daripada kumpulan ini yang
perlu dimakan.
ARAS 4
Lemak, Minyak dan
Gula
Lemak, Minyak, Gula
Dan Garam
Makan sedikit
Ikan, Ayam, Daging dan Kekacang
- 2 sajian ayam/daging/telur sehari
1 sajian ikan sehari
-1 sajian kekacang sehari
Makan secara sederhana
Susu dan Produkt tenusu
1-3 sajian sehari
Makan banyak

Sayur- sayuran
3 sajian sehari
Makan banyak
Buah-buahan
2 sajian sehari
Makan banyak

Nasi, mee, roti,
bijirin, produk
bijirin, dan ubi-
ubian
4-8 sajian sehari
Makan
secukupnya
ARAS 1
ARAS 2
ARAS 3
ARAS 4

Karbohidrat
* Karbohidrat ialah sebatian organik besar terdiri daripada unsur-unsur
karbon, hidrogen, dan oksigen.
* Fungsi utama karbohidrat dalam organisma ialah membekalkan tenaga.

Protein
* Protein terbina daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen, dan
nitrogen.
* Contoh protein ialah susu, kacang tanah, ikan, daging, dan keju.

Lipid
* Lemak dan minyak berasal daripada haiwan dan tumbuhan.
* Pada suhu bilik, lemak berada dalam keadaan pepejal manakala lemak
pula berada dalam keadaan cecair.
* Lemak dan minyak berfungsi sebagai tenaga simpanan, digunakan
sebagai penebat haba, dan perlindungan.
Jenis-jenis dan fungsi vitamin

Vitamin A
Fungsi boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid,
iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A

tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak.

Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah
lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan
salur kencing dari dijangkiti kuman.

menolong badan kita mengatur sistem kekebalan
(immune system) di mana sistem kekebalan badan ini
membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan
membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan
virus merbahaya.
Sambungan
Sumber - telur, susu (lemak susu), dan hati

Kekurangan
lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun
malam.
kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju
pada mata putih.
Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah
pada jangkitan.
Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan.
Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu
sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada
kornea mata yang boleh menjadi buta.
Jenis-jenis dan fungsi vitamin

Vitamin B1 atau Thiamine
Fungsi pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak
dan protin.

memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi
jantung yang normal.

membentuk ATP - iaitu bahan api untuk badan bekerja.

Sambungan
Sumber - gandum atau hasil gandum, kacang peas,tepung
yang diperkayakan, ikan, kacang tanah, daging

Kekurangan
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan
Kegelisahan, gangguan tidur.
Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder"
dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki,
kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Sakit pada bahagian abdomen.
Sembelit
Gangguan mental atau emosi.

Jenis-jenis dan fungsi vitamin

Vitamin B2 atau Riboflavin
Fungsi Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua
jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-sel.
Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin.

Sumber -Hati, susu, bayam, mee yang diperkaya dan kulat
atau cendawan

Kekurangan Kekurangannya boleh menyebabkan pecah-
pecah dan sakit pada mulut dan hidung. Begitu juga
masalah kesihatan.


Jenis-jenis dan fungsi vitamin

Vitamin Niasin (Vitamin B3)
Fungsi - Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.
Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada
tenaga. Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf
yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh membantu
mengurangkan kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos
yang besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar
kesihatan).

Sumber -Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang
tanah, bijirin diperkaya.

Kekurangan Pada kes yang teruk, kekurangan vitamin ini boleh
menyebabkan penyakit pelagra (sejenis penyakit kulit yang
menyebabkan kulit pecah-pecah), cirit-birit dan sakit mulut.

Jenis-jenis dan fungsi vitamin

Vitamin Asid Pantotenik (Vitamin B5)
Fungsi -Mengubah makanan kepada bentuk molekul.
Diperlukan untuk mengeluarkan hormon adrenal dan bahan
kimia yang mengatur fungsi sistem saraf.

Sumber -dalam tisu-tisu haiwan dan bijirin

Kekurangan Ulser pada manusia.


Jenis-jenis dan fungsi vitamin

Vitamin Piridoksin (Vitamin B6)
Fungsi - Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan
penyerapan protein dan juga metabolisme karbohidrat.
Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan
fungsi sistem saraf dan otak.

Sumber -Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang

Kekurangan Anemia, bengkeng, gatal-gatal, kulit bersisik
dan sawan.

Jenis-jenis dan fungsi vitamin

Vitamin Sianokobalamin (Vitamin B12)
Fungsi - Membina bahan genetik dan membantu
pembentukan sel darah merah

Sumber -hasilan haiwan

Kekurangan kekurangan darah (anemia) yang
membahayakan serta kerosakan saraf. (Nota: Kekurangan
jarang berlaku kecuali terhadap vegetarian, golongan tua
dan mereka yang mengalami masalah penyerapan
makanan pada usus.


Jenis-jenis dan fungsi vitamin

Vitamin C
Fungsi Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh
sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan,
termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi
kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat.
pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis
protin sistem imuniti yang penting.
boleh mengurangkan gejala penyakit asma.
mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran ,
menolong mencegah kanser, memelihara daripada
jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
meningkatkan penyerapan zat besi.
sambungan

Sumber -buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau
spt asparagus, avocado, black currants, kobis bunga,
anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang,
oreng, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberri,
tomato, dan selada air.

Kekurangan Lemah badan.
Sakit-sakit dan sengal badan
Bengkak gusi.
Hidung berdarah.
Anemia
Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi
berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot
dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).

Jenis-jenis dan fungsi vitamin

Vitamin D
Fungsi - Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang
mempunyai sifat sebagai vitamin dan hormon, yang
diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan
phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting
terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal
pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi
lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga
penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon,
osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia,
meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid
pembekuan darah yang normal.
sambung

Sumber -Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati
ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . mentega,
minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat,
ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran
. Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari
tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit.

Kekurangan
Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya
tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah;
bengkak sendi; dan lemah otot).
Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi
lembut, yang menyebabkan sakit, terutamanya pada kaki,
pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang;
kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).

Jenis-jenis dan fungsi vitamin

Vitamin E
Fungsi -Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang
penting dalam pencegahan kanser dan penyakit
kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang
mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna
dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit
fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah
yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang
diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan
tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit
katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan
otot kaki dari kekejangan.
sambung

Sumber -Vitamin E didapati daripada sumber makanan
berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap,
kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh
didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,
telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging
organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Kekurangan Mudah radang dan odema ( pengumpulan air
dalam tisu), pada bayi.

Penuaan kulit sebelum masa.

Rambut gugur

Anemia.

Jenis-jenis dan fungsi vitamin

Vitamin K
Fungsi -Vitamin K diperlukan untuk pengeluaran
prothrombin, yang mana perlu untuk pembekuan darah. Ia
juga mustahak untuk pembentukan dan pembaikian tulang;
ia diperlukan untuk sintesis osteocalcin, protin yang
terdapat dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi
hablur. Akibatnya , ia boleh menolong mencegah
osteoporosis.
sambung

Sumber -Vitamin K didapati daripada beberapa jenis
makanan termasuk asparagus, blackstrap molasses, kobis
bunga, Brussels sprouts, kobis, sayuran berdaun hijau
gelap , puteh telur, daun salad , hati, oatl,, rai, kacang soya,
gandum dan yogurt. Bagaimanapun, majoriti bekalan
vitamin ini untuk tubuh kita didapati hasil daripada sintesis
bakteria "baik" yang terdapat dalam usus.

Kekurangan Lemah daya pembekuan darah yang boleh
menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur
kencing; penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan
otak, bagi kes yang teruk.
Mineral

Kalsium
Sumber - Susu, dadih, keju, sardin, brokoli dan daun lobak putih.

Peranan Pada Tubuh - Membantu membina tulang dan gigi yang
kuat. Mengingkatkan fungsi otot dan saraf. Membantu darah
membeku. Menggiatkan enzim-enzim yang diperlukan tubuh
untuk menukarkan makanan kepada tenaga.

Kekurangan:
Riket (sejenis penyakit tulang) pada kanak-kanak, osteomalasia
(tulang lembut) dan osteoporosis pada orang dewasa.

Lebih dos:
Mengalami sembelit, karang, ginjal, pengumpulan kalsium pada
tisu-tisu badan. Menghalang penyerapan zat besi dan mineral-
mineral lain.
Mineral

Fosforus
Sumber - Dada ayam, susu, kekacang, kuning telur dan keju.

Peranan Pada Tubuh - Ia bergantung dengan kalsium dalam
pembinaan tulang dan gigi yang sihat. Diperlukan untuk
metabolisme, kimia tubuh, fungsi saraf dan otot.

Kekurangan:
Walaupun jarang berlaku, ia dapat menyebabkan seseorang itu
mengalami lemah-lemah tubuh, sakit tulang dan kurang selera
makan.

Lebih dos:
Menghalang penyerapan kalsium oleh sistem tubuh.
Mineral

Magnesium
Sumber -Ayam, daging lembu, sayur-sayuran hijau, brokoli, bertih
jagung, biji janggus dan gandum.

Peranan Pada Tubuh - Menjana enzim yang diperlukan untuk
mengeluarkan tenaga dalam tubuh. Diperlukan oleh tubuh dalam
pembentukan bahan genetik dan pertumbuhan tulang.

Kekurangan:
Loya, bengkeng, lemah-lemah otot, kekejangan dan masalah
jantung.

Lebih Dos:
Loya, muntah-muntah, tekanan darah rendah, gangguan sistem
saraf.
Mineral

Kalium
Sumber -Kacang tanah, pisang, jus oren, kacang hijau, cendawan,
brokoli dan biji bunga matahari.

Peranan Pada Tubuh - Membantu mengekalkan keseimbangan
cecair badan dan amat diperlukan oleh fungsi saraf dan otot.

Kekurangan:
Loya, kurang selera makan, lemah-lemah otot dan rasa tidak
selesa terutamanya bagi mereka yagn mengalami cirit-birit.
Jarang terdapat kes lebih dos dalam mineral ini.
Mineral

Folik Asid
Sumber -barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras
perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging
kambing, hati, susu, cendawan, oreng, sayuran berubi, ikan
salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

Peranan Pada Tubuh -Folik Asid dianggap sebagai makanan otak,
ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel
darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu
dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh
kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA
, ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat.
Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah
digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat
ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".
Sambungan
Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu
mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang
mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin
B12 dan vitamin C.

Kesan Kekurangan dan Lebihan Dos
Sakit disekeliling mulut
Sakit lidah
Anemia.
Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.

Mineral

Zat besi atau iron
Sumber -hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak,
ayam/itik dan ikan. Kacang dan sayur yang dikeringkan adalah
sumber iron yang baik daripada tumbuhan

Peranan Pada Tubuh - Zat besi atau iron adalah nutrien penting
untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat
mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan
manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35 hingga 50 mgs per
kilogram berat badan.
Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen
daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di
dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang
memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin.
Sambungan
Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti.
Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat
jangkitan.

Kesan Kekurangan dan Lebihan Dos
Keletihan, lemah badan
Berdebar, sakit dada.
Kesukaran bernafas.
Anemia.

Mineral

iodin
Sumber -udang kara, tiram, sardin dan rumpai laut adalah
sumber iodin yang baik.
Jumlah iodin yang terkandung dalam susu dan telur adalah
ditentukan oleh jumlah iodin yang terdapat dalam makanan
ternakan tersebut. Kandungan iodin yang terdapat pada sayur-
sayuran adalah berbeza mengikut jumlah kandungan iodin yang
terdapat pada tanah.
Sambungan
Peranan Pada Tubuh - Fungsi iodin yang diketahui ialah sebagai
bahagian perlu kepada hormon tairod. Hormon tairod mengatur
banyak aktiviti berlainan termasuk tumbesaran, pembiakan ,
fungsi neuromuskular, pertumbuhan kulit dan rambut,
metabolisma selular, dan menolong melepaskan tenaga ke dalam
sel.
Badan kita biasanya mengandungi 20 30mgs iodin. Lebih
kurang 60% daripadanya terdapat dalam kilang tairod, selebihnya
didapati pada keseluruhan tisu badan , terutamanya dalam ovari,
otot dan darah.

Kesan Kekurangan dan Lebihan Dos
Penyakit Goitre (benguk) iaitu pembesaran kilang tairod
IQ rendah
Hypothyroidism.
Cretinism (cacat fizikal dan mental), pada kanak-kanak
Mineral

Potassium
Sumber -Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam
haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua
makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan
sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat
menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya
dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur,
jus anggur, tembikai, prun, peach, pear, dan avocado.

Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah
mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato.

Sambungan
Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging
termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan

Peranan Pada Tubuh - Potassium diperlukan untuk mengekalkan
imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan
insulin, dan kontraksi otot.

Kekurangan potassium bukanlah sesuatu yang jarang berlaku
kerana pengambilan garam yang banyak, makan makanan yang
dikilang, pengambilan diuretik dan meminum air yang banyak
akan menyahkan potassium daripada badan kita.
sambung

Kesan Kekurangan dan Lebihan Dos
Keletihan, lemah badan.
Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal.
Kulit kering, tekanan darah rendah.
Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot
Serabut Dan Air

* Serabut terdiri daripada gentian selulosa dinding sel
tumbuhan yang melalui salur pencernaan tetapi tidak
dicernakan.

* Serabut membentuk bahan pejal untuk otot usus menolak
semasa otot dinding usus mengecut dalam proses
peristalsis.
Serabut Dan Air

Gizi seimbang

* Gizi seimbang mengandungi lemak, karbohidrat, protein,
serabut, garam mineral, vitamin dan air mengikut kuantiti
yang sesuai bergantung kepada individu.

* Faktor-faktor yang mempengaruhi gizi seimbang ialah
jantina, umur, kesihatan, dan persekitaran, dan aktiviti harian
setiap individu.

Gizi seimbang
Gizi tidak seimbang
* Gizi yang tidak seimbang menyebabkan malnutrisi
berlaku, sama ada akibat kekurangan zat atau terlebih zat.
* Pengambilan gizi tidak seimbang untuk satu jangka masa
yang panjang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit
seperti tekanan darah tinggi, diabetes melitus, dan
osteoporosis.
* Terlalu banyak lemak dalam gizi menyebabkan aras
kolesterol dalam darah meningkat,risiko barah dan risiko
mendapat penyakit jantung meningkat.
* Makanan bertenaga tinggi yang terlalu banyak
menyebabkan kegendutan yang akan menyebabkan
pelbagai penyakit.
MAKANAN DAN PEMAKANAN
Pengetahuan mengenai makanan dan ciri-cirinya adalah
penting untuk memberi nasihat pemakanan, menilai
pengambilan makanan dan merancang menu atau
hidangan makanan.

Di Malaysia, makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan
mengikut zat-zat penting yang terkandung di
dalamnya. Cara ini menyenangkan kita merancang satu
hidangan makanan yang seimbang.

Makanan
untuk
membina
badan
Makanan untuk
menjauhkan
penyakit
Makanan
untuk
memberi
tenaga
Makanan untuk memberi tenaga
Makanan yang kaya dengan karbohidrat (kanji) seperti
nasi, gandum, ubi-ubi dan gula

Makanan yang kaya dengan lemak dan minyak, seperti
minyak masak, majerin, mentega dan kacang.

Makanan untuk membina badan
Makanan yang kaya dengan protein daripada sumber
haiwan (ikan, telur, daging, susu) dan daripada sumber
tumbuhan (bijirin seperti nasi, gandum, jagung dan
kekacang seperti kacang dhal, kacang hijau dan kacang
soya).
Makanan untuk menjauhkan penyakit
Makanan yang kaya dengan vitamin dan garam galian,
seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
PROTEIN ENERGY MALNUTRITION
Sebab : tidak mendapat makanan yang cukup, gangguan
penghadaman / penyerapan
Kwashiorkor
PEM boleh mengakibatkan:
tumbesaran terbantut
kekurangan berat badan
kegagalan untuk membesar
kurang daya ketahanan terhadap jangkitan
Anemia akibat kekurangan zat besi.
Sebab utama : penyerapan yang tidak memuaskan dari
makanan
Kaw luar bandar : akibat kehadiran parasit usus dalam
tubuh eg cacing kerawit
Tanda-tandanya:
berasa letih,
tidak bermaya,
tidak dapat menumpukan perhatian
nampak pucat.

Zat besi penting untuk
membentuk Hb untuk
mengangkut oksigen ke
seluruh tubuh

Zat besi penting untuk
perkembangan otak dan
kemahiran kognitif serta
kelakuan

Zat besi penting dalam menjalankan fungsi
sistem imun tubuh

Walaupun penting, tidak digalakkan memberi
supplemen tambahan

Pengambilan berlebihan akan menyebabkan
ketoksikan
Pengambilan makanan yang
tinggi kandungan vitamin C
akan membantu dalam
penyerapan Fe.

- Elakkan pengambilan minuman
yang berkafein


MASALAH TULANG RAPUH
Berlaku apabila kekurangan pengambilan Ca
dalam diet.

Untuk memastikan ketumpatan tulang yang
maksima pada usia muda boleh mencegah
osteoporosis semasa remaja.


Sumber utama Kalsium ialah :
PENYAKIT KEKURANGAN VITAMIN A
Vitamin A penting untuk
penglihatan yang baik,
kulit yang sihat
perlindungan terhadap penyakit.

Kekurangan vitamin A boleh mengakibatkan
rabun malam buta.

Sumber utama vitamin A ialah
KARIES GIGI
Pengambilan makanan manis dan bergula
galakkan pertumbuhan bakteria dalam
mulut
Kerosakan gigi susu berkaitan dengan
pertumbuhan gigi kekal
Amalan penjagaan kebersihan mulut dan gigi
PRINSIP-PRINSIP PEMAKANAN SIHAT
Cara terbaik untuk memastikan keperluan makanan ahli keluarga
dipenuhi adalah dengan mengambil pelbagai jenis makanan dan
mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat iaitu:
Makan pelbagai jenis makanan
Mengambil pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh
badan mendapat semua khasiat makanan yang diperlukan.
Gunakan Piramid Makanan sebagai panduan untuk memilih
makanan sekeluarga.
Makan bijirin dan kekacang secukupnya
Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya
dengan serat. Contoh bijirin dan hasil bijirin adalah nasi, roti, mi
dan mihun.
Kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ianya juga kaya
dengan protin dan mempunyai kandungan lemak yang rendah.
Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang peas dan kacang
dhal.
Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang
berlebihan daripada makanan. Ianya dapat membantu mengawal
berat badan. Jika berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan
makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal.
Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi
lemak yang rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat seperti
vitamin A, vitamin C, asid folik, zat besi dan kalsium yang
kesemuanya penting untuk kesihatan. Sayur-sayuran dan buah-
buahan juga kaya dengan serat. Pengambilan makanan yang
tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan
pembuangan najis dan dapat membantu mencegah penyakit
sembelit yang kronik, buasir dan penyakit usus (diverticular
diseases). Serat juga dapat membantu mengurangkan risiko
penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.
Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk
membantu menyerap vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin
A, D, E dan K. Ia juga melazatkan makanan dan dapat
memperbaiki tekstur makanan. Lemak yang berlebihan
daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai
lemak badan. Kehadiran lemak badan ini akan menyebabkan
berat badan anda bertambah. Lemak yang berlebihan
meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti
dan masalah-masalah kesihatan yang lain.
Kurangkan pengambilan garam dan gula
Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai
kandungan garam dan gula yang tinggi. Jika menggunakan kicap
atau sebarang sos, garam tidak perlu ditambah di dalam
masakan. Rasalah makanan terlebih dahulu sebelum menambah
garam. Kurangkan juga penggunaan gula dalam penyediaan
minuman dan kuih muih. Lebihkan makanan segar.
Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air
sehari
Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan,
mengawal suhu badan dan mengeluarkan bahan sisa dari
badan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang
hilang, terutamanya jika kita melibatkan diri dalam aktiviti
fizikal. Minumlah air sebanyak enam hingga lapan gelas sehari.
Dan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bekerja di dalam
bilik berhawa dingin, minumlah air dengan banyak walaupun
tidak merasa dahaga.

BIOENERGETIK
Makanan dan Tenaga
Ada lebih 40 zat makanan yang dikumpul
dalam enam jenis zat makanan utama iaitu
karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam
galian dan air
Karbohidrat, lemak dan protein adalah zat
yang membekal tenaga, sebab mereka terdiri
dari bahan kimia dikenali sebagai bahan
organik yang mengandungi karbon dan boleh
membakar
Protein, garam galian dan air adalah
sebahagian dari komposisi tisu badan dan
sangat penting untuk membina dan
membaikpulih sel dan tisu
Fungsi utama vitamin ialah mengawal proses
badan seperti proses metabolisma, fungsi urat
dan otot dan kesihatan tisu
Keperluan kalori
Dewasa lanjut usia memerlu kurang makanan
kerana aktiviti yang berkurangan dibanding
dengan individu yang lebih muda dan aktif.

Kandungan kalori dalam makanan bergantung
kepada kandungan karbohidrat, protein, dan
lemak. Lemak menghasilkan kalori terbanyak
mengikut berat 9 kalori bagi setiap gram.
Alkohol mengeluar 7 kalori/gram.
Metabolisme
Metabolisme adalah proses badan
menukarkan kalori daripada makanan kepada
tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap
orang berbeza-beza mengikut gaya hidup
masing-masing.
Lelaki dewasa yang aktif : 20-39/55 kilogram:
2,530 kalori sehari
Wanita dewasa sederhana aktif : 2,000 kalori
sehari.
Kadar metabolisme
Kadar metabolik asas yang merangkumi
keperluan untuk membolehkan badan berfungsi
dengan baik.
Pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira
10% daripada kalori harian digunakan untuk
tugas ini.
Aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan
membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak
tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti
yang dilakukan.
Faktor yang melambatkan
metabolisme
UMUR : Metabolisme akan menjadi perlahan
dengan peningkatan umur pada kadar 5%
selepas 40 tahun. Apabila usia meningkat,
keanjalan otot juga merosot dan paras lemak
badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding
tisu lemak dan ini sebabnye apabila otot
berkurang, kadar metabolisme juga menurun.
JANTINA : Secara umumnya, metabolisme
lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana
saiz badan mereka lebih besar dan
mempunyai kurang lemak
MASALAH HIPOTIROIDISME : Kelenjar tiroid
yang kurang aktif akan memperlahankan
metabolisme dan masalah ini boleh
menyumbang kepada pertambahan berat
badan.
GENETIK : Sesetengah orang memang
beruntung dilahirkan dengan kadar
metabolisme cepat.

Cara meningkatkan
metabolisme
Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu
setiap 4 hingga 5 jam. Apabila ada kemasukan
makanan, kadar metabolisme akan meningkat
kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan
makanan
Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian
menunjukkan individu yang mengambil secara
tetap dalam masa 2 jam selepas bangun tidur
mempunyai keupayaan lebih baik untuk
mengawal berat badan
Ada yang menyarankan supaya mengambil
protein setiap kali makan. Protein dikatakan
mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih
baik berbanding dengan karbohidrat dan lemak.
Buat senaman aerobik 4 hingga 5 hari seminggu;
sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi
Tidur yang secukupnya membuatkan badan
mendapat rehat dan memperbaiki kerosakan tisu
Thermoregulasi
Termoregulasi adalah suatu pengaturan
fisiologis tubuh manusia mengenai
keseimbangan produksi panas dan kehilangan
panas sehingga suhu tubuh dapat
dipertahankan secara konstan.

Faktor yang mempengaruhi
suhu tubuh
Kecepatan metabolisme basal
Rangsangan saraf simpatis
Hormon pertumbuhan
Hormon tiroid
Demam
Aktiviti

Mekanisme pembetulan apabila
suhu badan tinggi ialah:

Pemvasodilatan - Salur darah mengembang
untuk berdekatan dengan kulit (iaitu
persekitaran luar) yang membolehkan haba
dibebaskan keluar.
Bulu kulit dicondongkan - Mengurangkan
udara daripada terperangkap pada kulit
supaya haba mudah dibebaskan kerana udara
adalah penebat haba yang baik.Bulu kulit
dikawal oleh otot erektor.

Lebih darah pada kulit (Kulit kelihatan merah)
- Memudahkan haba daripada darah terbebas
keluar melalui proses sinaran
Berpeluh - Air peluh yang dirembes oleh
kelenjar peluh mempunyai haba pendam
tentu yang tinggi dapat menyerap haba yang
tinggi dan terbebas ke persekitran apabila air
peluh mengewap
Mekanisme pembetulan apabila
suhu badan rendah ialah
Pemvasocerutan - Salur darah mengecut
untuk menjauhi kulit. Dengan ini haba kurang
dibebaskan ke persekitaran
Bulu kulit ditegakkan - Udara akan
terperangkap dicelah-celah bulu roma dan
bertindak sebagai 'selimut' supaya haba sukar
dibebaskan kerana udara adalah penebat
haba yang baik.
Kurang darah pada kulit (Kulit kurang kelihatan
kemerahanan atau pucat) - Kurang mengalami
proses sinaran untuk mengurangkan haba
daripada terbebas keluar ke persekitaran
Kurang berpeluh - Apabila kurang air peluh
dirembeskan oleh kelenjar peluh maka haba
kurang dibebaskan melalui pengewapan air
peluh
BMR bermaksud Basal Metabolic Rate
jumlah kalori minimum yang diperlukan oleh
badan kita untuk hidup

DCR bermaksud Daily Calories Requirement
jumlah kalori harian bergantung kepada aktiviti
dan keaktifan kita sepanjang hari

BMR & DCR

BMR is the total number of calories your body
requires for normal bodily functions (excluding
activity factors).
This includes keeping your heart beating, inhaling
and exhaling air, digesting food, making new blood
cells, maintaining your body temperature and every
other metabolic process in your body.
In other words, your BMR is all the energy used for
the basic processes of life itself.
BMR
Men: BMR = 66 + (13.7 X wt in kg) + (5 X ht in cm) -
(6.8 X age in years)

Women: BMR = 655 + (9.6 X wt in kg) + (1.8 X ht in
cm) - (4.7 X age in years)
BMR
BIBLIOGRAFI
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/267


http://nutrition.moh.gov.my/

http://www.jpapencen.gov.my/komponen_pemakanan.html

http://www.ukm.my/ppsktm/index.php/my/program-
akademik/program-sains-makanan-dan-pemakanan
http://darlingninie.blogspot.com/2011/01/fungsi-nutrisi-
dalam-makanan.html


BIBLIOGRAFI

http://www.scribd.com/doc/86358811/Pemakanan-
Metabolisme-PJM-3106
http://www.slideshare.net/zue5588/metabolisma-dan-
pemakanan
http://www.scribd.com/doc/92038751/Pemakanan-Dan-
Metabolisme
http://www.scribd.com/doc/85325383/Sistem-Pencernaan-
Digestion-System
http://www.scribd.com/doc/81674571/Modul-PJM3106-
Anatomi-amp-Fisiologi

TERIMA
KASIH