Anda di halaman 1dari 1

Program Bina Insan Guru (B.I.

G) bagi pelajar guru PISMP Semester Tiga


Ambilan Januari 2013 ialah mengurus dan mendengar bengkel etika sosial yang
bertajuk Pengucapan Awam yang disampaikan oleh En. Mat Salleh Bin Mohamad
Zain dari Unit Kokurikulum. Melalui pengalaman dalam bengkel, saya bukan sahaja
dapat memperolehi ilmu tentang etika sosial iaitu pengucapan awam, malah saya
juga dapat mempratikkan ilmu-ilmu yang diperolehi untuk membina insan guru yang
berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi selain bermanfaat kepada diri,
keluarga, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Berdasarkan bengkel ini, saya banyak memperolehi ilmu pengetahuan dan
pengalaman. Saya mendapati bahawa bengkel ini merupakan satu wadah untuk
melahirkan pelajar guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam dunia
pendidikan. Dengan ini, saya juga dapat menjadikan pengalaman yang diperolehi ini
ke arah menjadi guru yang unggul. Tambahan pula, saya juga memperolehi ilmu
pengetahuan tentang kepentingan pengucapan awam kepada seorang guru kerana
sebagai seorang guru perlu berkemahiran dalam pengucapan awam yang baik dan
lancar mengikut teknik-teknik yang betul.
Selain itu, melalui bengkel ini, dapatlah juga meningkatkan tahap disiplin
saya. Malah dalam bengkel ini juga, saya tidak dibenarkan bergerak sesuka hati
sebaliknya berfokus dan membuat nota penting. Antara perkara baru yang saya
pelajari ialah kita perlu menjadi seorang yang peka dan berdisiplin dalam setiap
pekerjaan terutama dalam bidang keguruan. Ini kerana kita akan melakukan
kesilapan jika kita lalai atau tidak berdisiplin.
Kesimpulannya, melalui aktiviti program BIG ini, saya menyedari bahawa
aktiviti program ini membuka peluang kepada pelajar-pelajar guru untuk membantu
para bakal guru dalam mengimbangkan dan memantapkan serta menguatkan jati
diri dalam lima aspek penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangasaan. Selain itu, aktiviti program ini bukan
sahaja dapat melahirkan pelajar guru yang berkebolehan untuk mengajar, tetapi juga
mempunyai nilai murni sekali gus menjadi insan guru yang seimbang, akaunbiliti
profesionalisme, amanah, kreativiti dan inovatif.