Anda di halaman 1dari 3

KAJIAN KES: KECELARUAN HIPERAKTIF DAN

KURANG TUMPUAN (ADHD)


Menurut Sarafino (1996), tingkah laku adalah apa sahaja yang seseorang
lakukan sebagai respons ataupun tindak balas kepada apa yang berlaku, sama ada
perkara itu berlaku didalam dirinya ataupun di luar. Walau bagaimanapun setiap
individu tidak terlepas dari mengalami masalah kecelaruan psikologi dalam menepuh
kehidupan seharian. Masalah kecelaruan psikologi yang merangkumi kecelaruan
tingkah laku, kecelaruan mental dan kecelaruan personaliti sering berlaku kepada
individu. Ia lazimnya akan menggangu perjalanan kehidupan harian individu yang
mengalaminya dan individu yang menjaganya. Secara tidak langsung seseorang
yang mengalami kecelaruan akan kelihatan janggal atau asing jika dibandingkan
dengan anggota masyarakat yang lain di sekelilingnya. Masalah kecelaruan bukan
sahaja merujuk kepada orang dewasa, malahan ia turut berlaku di kalangan kanak-
kanak. Pelbagai jenis kecelaruan yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak
sehingga menggangu tahap perkembangan dan aktiviti harian.
Sorotan Kajian Kes (RIZAL)
En. Kamarudin dan Pn. Halimah telah berkahwin selama 12 tahun dan
mempunyai 3 orang anak. Rizal berusia 7 tahun merupakan anak kedua pasangan
ini dilaporkan oleh gurunya dia kerap kali menganggu dalam bilik darjah, sering
bertindak agresif dan tidak menyiapkan kerja yang diberikan. Apabila guru kelas Pn.
Noraini menanya pada ibu Rizal tentang kelakuannya, beliau melaporkan bahawa
kenakalan dia sudah bermula semasa di taman asuhan. Beliau turut melapor
bahawa Rizal sangat nakal dan selalu menganggu adik beradiknya.
Rizal juga dilaporkan kerap menangis dan selalu mengadu sakit perut. Ketika
Rizal berusia 7 tahun, Rizal sering bertindak agresif dan ganas berbanding adik
beradiknya yang lain. Apabila dia dimarahi ibunya, Rizal akan bertindak membuang
barang - barang yang berdekatan dengannya dan memecahkan barang - barang
sesuka hati. Selain itu hubungan Rizal dengan adik beradiknya yang lain kurang
mesra.

Ibu bapa Rizal menyifatkan kelakuan dia sama dengan kelakuan anak
jirannya. Rizal juga tidak boleh menumpukan perhatian dalam sesuatu perkara dan
adalah mustahil.
Di sekolah, Rizal dilaporkan oleh guru kelas bahawa dia menghadapi
masalah disiplin dan mempunyai mood tidak baik, suka menganggu rakan-rakannya
dan sering bertindak agresif. Ujian IQ telah dilakukan untuk melihat tahap
kebijaksanaan Rizal. Walaupun tahap IQ Rizal berada pada paras 120, namun dia
tidak dapat membaca dengan baik dan lemah dalam subjek matematik. Dia tidak
suka duduk diam dalam kelas, tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dan
mempunyai hubungan yang tidak baik dengan rakan-rakannya.
Rizal memperlihatkan tingkahlaku mengganggu dengan bertindak
mengganggu rakannya yang lain untuk menyiapkan tugasan yang diberi selain kerap
membuat bising di dalam kelas. Namun begitu, gurunya memberi amaran dengan
nada yang tinggi. Sikap Rizal yang suka mengganggu rakan-rakannya semasa
menyiapkan tugasan yang diberi ternyata berbeza bila diberi arahan oleh guru untuk
menyiapkan tugasannya sendiri. Rizal semakin sukar dikawal terutamanya jika
melibatkan aktiviti kumpulan dengan bertindak mengganggu rakannya di dalam
kelas. Rizal juga gagal memberi kerjasama kepada guru dan rakan-rakannya
terutama apabila diminta untuk melakukan aktiviti pergerakan.
Guru turut menggunakan pelbagai kaedah untuk mendisiplinkan Rizal. Guru
juga menggunakan soal selidik Conner Rating Scale untuk melihat tingkah laku Rizal
(Hiperaktif).
Puan. Noraini turut melapor bahawa dia akan bangun dari tempat duduknya
melebihi enam kali dan melihat ke luar tingkap apabila mendengar bunyi. Rizal
sering bercakap dengan rakan-rakannya dan tidak menumpukan perhatian pada
pembelajaran. Apabila guru menegurnya, Rizal tidak ambil kisah sehinggalah
gurunya terpaksa menjerit dan memarahinya.



Jagaan diri
Bagi aspek penjagaan dan pengurusan diri, dia telah berjaya membuktikan
dia tidak memerlukan pengawasan dan bantuan individu lain contohnya ibu bapanya
dalam melakukan aktiviti rutin kebersihan diri seperti mandi, membuang air kecil dan
besar serta menyikat rambut.
Bahasa dan Komunikasi
Bahasa merupakan satu unit alat pertuturan bagi seseorang individu itu
menyampaikan sesuatu maksud berupa maklumat arahan, permintaan, ayat
penyata, pertanyaan dan sebagainya. Komunikasi pula merupakan jenis
penyampaian bagi menyampaikan maksud sesuatu yang ingin dinyatakan kepada
individu atau kumpulan lain samada secara lisan, bertulis, memek muka, bahasa
isyarat dan sebagainya. Berdasarkan pemerhatian dan senarai semak yang dibuat,
Rizal didapati tidak mempunyai masalah komunikasi dan tahap penguasaan bahasa
adalah tinggi.

Sumber : http://muhamadroslan.blogspot.com/2010/05/adhd.html