Anda di halaman 1dari 4

KEJURULATIHAN

Kejurulatihan ialah satu proses yang terancang untuk membantu seorang individu atau
kumpulan atlet mempelajari kemahiran dan mencapai matlamatnya. Jurulatih akan mewujudkan
keadaan yang sesuai untuk merangsangkan pembelajaran dan motivasi atlet. Kejurulatihan
sukan melibatkan 4 aspek iaitu fizikal, teknik, taktikal, dan psikologikal. Kejurulatihan
memerlukan pelbagai kemahiran: merancang, mengurus, melatih, menilai, berkomunikasi,
membuat keputusan

FALSAFAH KEJURULATIHAN
Falsafah kejurulatihan ialah satu pegangan dan kepercayaan tentang manusia dan sukan.
Selain itu, falsafah membolehkan seseorang individu itu berfikir secara kritis dan kreatif bagi
mengatasi sebarang cabaran dan masalah yang dihadapi.
Peranan Jurulatih
Pengajar (Instructor) Mengarah aktiviti
Guru (Teacher) Menyampai pengetahuan dan idea baru
Penggerak (Motivator) Menggerak perlakuan
Pendisiplin (Disiplinarian) Mewujudkan ganjaran dan dendaan
Pengurus (Manager) Mengetuai dan mengarah atlit
Agen publisiti Berhubung dengan media dan orang awam
Pekerja sosial Membimbing, menasihat dan membantu atlit
Rakan Memberi ruang dan masa untuk eratkan perhubungan
Saintis Menganalisis, menilai, dan membuat keputusan
Pelajar Mendengar, mempelajari dan berfikir untuk kebaikan diri.

Selain itu hubungan antara jurulatih dan atlit juga adalah penting untuk mewujudkan suasana
yang baik. Di antara perkara -perkara yang perlu dititik beratkan adalah:
Menjadi contoh yang baik
Jangan memalukan atlit
Persahabatan yang positif
Hormat menghormati
Komunikasi dua hala
Bersikap objektif
Alasan bagi setiap arahan
Sama rata
Adil
Jurulatih yang baik juga harus menjalankan tugas - tugas yang tertentu dan di antaranya
adalah:
Menyediakan program - sebelum, semasa dan selepas pertandingan
Mengawal dan mengendalikan program latihan
Memberi nasihat mengenai latihan
Mengelola latihan seimbang
Menyimpan rekod atlit
Mengendalikan kursus - kursus teknikal
Mempengaruhi cara hidup

Jurulatih Yang Berkesan
Untuk menjadikan seseorang jurulatih itu berjaya menyampaikan segala teknik & taktik
permainan sesuatu sukan, jurulatih perlu:
1. Mengenali diri sendiri
Tentang kekuatan dan kelemahan diri
Tentang kejayaan yang diperolehi
Tentang kejayaan dan kekecewaan
Tentang ilmu pengetahuan

2. Mengenali atlit sendiri
Perlu mengenali atlet dan segi pencapaian, komitmen,objektif, kecerdasan dan lain
lain. Mengenali atlit dan segi emosi, pemikiran, rakan dan keluarga, pemakanan,
kesihatan, dan masalah diri.
Mengecam bakat dan melatih bakat
Kenalpasti hubungan jurulatih dan atlet

3. Pengetahuan tentang sukan yang diceburi
Meningkatkan pengetahuan tentang permainan, teknik dan strategi sukan yang
diceburi.

Sifat-sifat Jurulatih Yang Baik
Berpersonaliti
Berperawakan
Kestabilan Emosi
Tegas & Berani
Yakin din
Objektif
Demokrasi
Terbuka I Jujur
FIeksibeI
Futuristik
Rasional
Kreatif
Pandai Menyesuaikan diri
Berfalsafah
Jurulatih yang baik juga perlu berpengetahuan dan berkebolehan tentang:
Teknik dan taktik permainan
Binaan program latihan
Kaedah pengajaran, menganalisis dan menilai
Struktur dan organ badan (anatomi)
Kesan tubuh terhadap latihan dan pertandingan
Sistem tenaga manusia yang utama
Kesan pemakanan terhadap atlit
Pencegahan dan rawatan kecederaan
Proses dan reaksi pembelajaran motor
Psikologi kemanusiaan dan sosial

GAYA KEJURULATIHAN
Sebagai seorang jurulatih, pemilihan gaya kejurulatihan perlu diberi perhatian untuk mengajar
kemahiran dan strategi permainan. Corak pengurusan program latihan dan pertandingan serta
peranan atlet dalam proses membuat keputusan juga dapat ditentukan.
Tiga gaya yang boleh digunakan untuk mengendalikan sesi latihan adalah:
Gaya Arahan
Semua arahan diberi oleh jurulatih
Atlet mengikut arahan jurulatih
Jurulatih tetapkan pilihan dan buat keputusan
Pengurusan dan pengelolaan latihan yang lebih mudah
Komunikasi satu hala
Gaya Submissive
Jurulatih memberi arahan dan bimbingan yang minimum
Hanya melibatkan diri sepenuhnya semasa wujud masalah
Tidak banyak terlibat dalam proses membuat keputusan
Atlet diberi kebebasan untuk mengendalikan latihan secara sendiri
Gaya Koperatif
Proses membuat keputusan dan pemilihan dibuat bersama oleh jurulatih dan atlet
Atlet diberi peluang untuk menetapkan matlamat dan membuat keputusan sendiri
Komunikasi dua hala
Mewujudkan suasana keterbukaan
Kepercayaan yang lebih tinggi diberi ke atas atlet
Jurulatih boleh memilih kaedah dan teknik yang bersesuaian mengikut kumpulan atlet
masing-masing.