Anda di halaman 1dari 27

PENGANGKUTAN SUNGAI

Konsep pengangkutan
Pengangkutan merujuk kepada proses pergerakan bahan-bahan atau pemindahan beban yang sedang
atau yang telah terhakis mengikut aliran sungai oleh agen-agen pengangkutan sungai seperti air
mengalir , dan glasier.

Kata Kunci
- proses pergerakan bahan-bahan atau pemindahan beban
- beban yang sedang atau telah terhakis
- mengikut aliran sungai
- oleh agen-agen pengangkutan sungai seperti air mengalir , dan glasier


CARA PENGANGKUTAN

Cara apungan
- bahan diangkut oleh aliran sungai di atas permukaan air.
- melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti sampah sarap, sisa pertanian, dan bahan yang mempunyai
daya apungan yang tinggi.

Cara ampaian
- bahan-bahan diangkut oleh aliran sungai hampir dengan permukaan.
- melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti habuk.
- bahan-bahan ini terampai-ampai berhampiran permukaan air.

Cara golekan
- melibatkan pergerakan bahan / batuan secara bergolek di dasar sungai.
- bahan-bahan bergerak secara golekan ini biasanya berat dan berbentuk bulat.

Cara loncatan/lompatan
- melibatkan pergerakan bahan seperti serpihan batuan yang bentuknya bersegi-segi atau bujur.
- batuan ini bergerak secara melompat-lompat di bahagian dasar sungai.

Cara larutan
- batuan yang mudah larut seperti batu kapur, dolomit akan dilarutkan oleh air sungai.
- bukti adanya proses larutan berdasarkan perubahan warna, rasa dan bau air sungai.
Cara seretan
- berlaku kepada bahan-bahan yang sangat besar seperti batu tongkol.
- proses ini berlaku secara perlahan-lahan di bahagian dasar sungai.


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI

Tenaga
- berkait rapat dengan halaju dan isipadu air sungai.
- semasa isipadu air sungai tinggi ( semasa banjir ), halaju aliran air sungai turut bertambah.
- aliran air sungai yang deras mempunyai tenaga kinetik yang tinggi.
- dengan tenaga kinetik yang tinggi, aliran air sungai berupaya untuk mengangkut bahan dengan lebih banyak
dan cepat.

Cerun
- pada peringkat hulu ,cerun sungai curam dan mempunyai aliran air yang deras. Pada peringkat ini semua
bahan yang dihakis akan diangkut secara maksimum.
- pada peringkat tengah, cerun sungai agak landai, menyebabkan halaju aliran air berkurangan. Proses
pengangkutan bahan pada peringkat ini agak kurang berkesan di mana sungai mulai memendapkan
sebahagian daripada bahan yang diangkutnya.
- manakala pada peringkat hilir, cerun sungai landai, proses pengangkutan minimum sekali dan sungai mulai
memendapkan bahan yang diangkutnya.

Kekasaran alur
- merujuk kepada licin atau kasar ( berlekuk-lekuk ) sesuatu alur sungai.
- sekiranya alur sungai licin, bahan-bahan diangkut dengan lebih mudah terutama pengangkutan cara
golekan dan seretan.
- alur sungai yang berlekuk akan menyebabkan bahan yang diangkut akan tersekat dan melompat- lompat di
dasar sungai tersebut.

Halangan
- sungai yang lurus dan tanpa halangan pada alur, biasanya kurang melakukan proses pemendapan bahan.
- sungai yang pada alurnya terdapat halangan sama ada halangan semula jadi ataupun buatan manusia akan
berupaya unuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai tersebut lalu memendapkannya.

Bentuk alur
- alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan pengangkutan bahan
berlaku secara maksimum dan keadaan ini mengurangkan proses pemendapan bahan.
- alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang.
Kesannya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.

Saiz bahan
- bahan yang bersaiz besar dan berat seperti batu tongkol diangkut secara perlahan melalui cara golekan
atau seretan.
- bahan-bahan yang bersaiz kecil dan ringan seperti kelodak, habuk dan debu akan diangkut secara apungan
atau ampaian.

Jenis bahan
- bahan yang mempunyai daya apungan yang tinggi seperti sampah sarap, sisa pertanian akan diangkut
oleh aliran air sungai dengan cara apungan.
- bahan yang berat seperti batu tongkol akan diangkut secara seretan atau golekan.

Bentuk bahan
- bahan yang berbentuk bulat atau hamper bulat akan diangkut di bahagian dasar sungai dengan cara
golekan atau seretan.
- bahan yang berbentuk bersegi-segi seperti serpihan batuan akan terloncat-loncat di
dasar sungai.

BENTUK MUKA BUMI ( SUNGAI PERINGKAT DEWASA )

- Pengangkutan sungai biasanya dikaitkan dengan sungai peringkat dewasa ( pertengahan ).
- Ini kerana sungai peringkat dewasa menjalankan proses pengangkutan ( proses yang dominan ).
- Ini kerana cerun sungai menjadi sederhana berbanding peringkat hulu.
- Kesannya aliran air kurang deras berbanding di hulu. ( tenaga kinetiknya mulai hilang )
- Isipadu sungai semakin bertambah kerana percantungan beberapa cawangan sungai mengalakkan proses
pengangkutan sungai.

Bentuk Muka Bumi Peringkat Dewasa

PEMENDAPAN SUNGAI

Konsep pemendapan
Pemendapan sungai merujuk kepada proses pemendapan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai
di bahagian tebing , dasar atau hilir sungai oleh aliran air sungai itu sendiri akibat daripada hilangnya
tenaga pengangkutan aliran air sungai tersebut .

Kata Kunci
- proses pemendapan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai
- di bahagian tebing , dasar atau hilir sungai
- oleh aliran air sungai itu sendiri
- akibat daripada hilangnya tenaga pengangkutan aliran air sungai tersebut

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN

Isi padu air/ halaju air sungai
- Isi padu atau kuantiti air sungai mempengaruhi halaju air sungai dan keberkesanan pemendapan bahan.
- Semasa isipadu air sungai tinggi terutamanya semasa banjir, air akan melimpahi tebing sungai. Air yang
melimpahi tebing ini akan membawa bersamanya bahan seperti kelodak, pasir, lumpur dan sebagainya
ke tebing sungai. Bahan-bahan ini kemudiaanya akan dimendapkan dibahagian tebing selepas banjir
surut.
- Isipadu sungai yang tinggi juga menyebabkan halaju air sungai bertambah. Aliran air yang laju mempunyai
keupayaan yang tinggi untuk menbawa lebih banyak bahan daripada hulu ke hilir sungai. Bahan yang
banyak ini kemudiannya akan dimendapkan dibahagian hilir atau muara sungai.
- Walaupun begitu, isipadu air yang tinggi akan menyebabkan proses pengangkutan lebih dominan dan ini
mengurangkan proses pemendapan.

Kecerunan
- Kecerunan dasar sungai mempengaruhi halaju air sungai.
- Cerun dasar sungai yang curam di kawasan hulu sungai menyebabkan halaju air sungai tinggi. Oleh itu,
proses pemendapan tidak berlaku kerana terdapatnya proses hakisan dan pengangkutan bahan secara
besar-besaran di kawasan ini.
- Cerun yang landai di kawasan hilir sungai menyebabkan halaju air sungai berkurangan. Halaju air sungai
yang perlahan menyebabkan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai dimendapkan di kawasan ini.

Muatan sungai
- Muatan sungai merujuk kepada bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air sungai seperti kelodak, lumpur,
pasir, kelikir dan sebagainya .
- Bahan-bahan tersebut berasal daripada kegiatan hakisan yang berlaku ke atas tebing dan dasar sungai,
hakisan permukaan berhampiran dengan sungai ataupun kegiatan luluhawa di bahagian hulu sungai.
- Sungai yang banyak muatan bahan aktiviti pemendapan berlaku dengan hebat berbanding dengan sungai
yang tidak mempunyai bahan yang dibawa.

Bentuk alur
- Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan pengangkutan bahan
berlaku secara maksimum dan keadaan ini mengurangkan proses pemendapan bahan.
- Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang.
Kesannya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.

J enis batuan
- sekiranya bahagian dasar dan tebing sungai terbentuk daripada batuan yang lembut daripada kumpulan
batuan enapan , maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi lebih giat.
- hakisan yang giat ke atas dasar dan tebing sungai akan menyediakan bahan ( sedimen ) yang banyak yang
diangkut oleh aliran sungai tersebut. Kesannya proses pemendapan akan berlaku secara giat.

Halangan
- sungai yang lurus dan tanpa halangan pada alur, biasanya kurang melakukan proses pemendapan bahan.
- sungai yang pada alurnya terdapat halangan sama ada halangan semula jadi ataupun buatan manusia
akan berupaya unuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai tersebut lalu
memendapkannya.

BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN SUNGAI ( PERINGKAT TUA / HILIR )

Dataran banjir
- banjir yang melimpahi tebing sungai akan memendapkan bahan-bahan yang dibawanya seperti lumpur,
kelodak, lempung,pasir, kelikir dan sebagainya.
- kejadian banjir yang berulang-ulang menyebabkan
bahan yang dimendapkan bertambah dan membentuk satu dataran yang luas dan lebar dikenali sebagai
dataran banjir.
- satu contoh dataran banjir yang terkenal di Malaysia ialah Dataran Kedah Perlis.
Tasik ladam
- pembentukan tasik ladam berlaku dalam tiga peringkat.
- Peringkat 1 - Hakisan berlaku dengan giat di tebing luar likuan sungai manakala pemendapan berlaku di
tebing dalam likuan sungai. Hakisan di luar likuan dan pemendapan di dalam likuan sungai menyebabkan
kedua-dua lengkok likuan menjadi semakin rapat.
- Peringkat 2 - Kedua-dua lengkok bertemu dan air mengalir terus.
- Peringkat 3 - Pemendapan yang berterusan membentuk likuan sungai yang terpisah daripada alur baru
sungai. Likuan sungai asal yang terpisah daripada alur baru akan membentuk likuan terpenggal lalu
menjadi sebuah tasik yang dikenali sebagai tasik ladam.

Pembentukan Tasik Ladam

Tetambak

- merujuk kepada permatang rendah yang terbentuk selari dengan tebing sungai.
- terbentuk apabila banjir yang melimpahi tebing sungai memendapkan bahan pada tebingnya.
- timbunan bahan ini dibentuk secara berperingkat-peringkat setiap kali berlakunya banjir.
- contoh tetambak ialah di tebing sungai Hwang Ho,Rhine dan Sungai Mississippi.
Pulau

- terbentuk di bahagian hilir sungai.
- bahan-bahan yang dibawa oleh aliran sungai di halang lalu dimendapkan.
- pemendapan bahan berlaku secara berulang kali lalu membentuk daratan yang ditumbuhi pelbagai jenis
tumbuhan.
- Daratan ini dikenali sebagai pulau. Contoh Pulau Duyung di Terengganu.

Beting Pasir

- merujuk kepada timbunan pasir atau kelikir yang mewujudkan permatang rendah selari dengan tebing
sungai.
- beting pasir terbentuk apabila terdapatnya pusaran air yang menggali dan memendapkan semula pasir
tersebut.

Delta

- merujuk kepada satu dataran mendap yang luas dan rata.
- terbentuk apabila bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air sungai ditimbunkan secara berterusan di muara
sungai.
- sebahagian besar bahan yang membentuk delta ialah terdiri daripada kelodak, lempung, pasir dan lain-lain.
- contoh delta di Malaysia ialah Delta Kelantan.




Pembentukan Tasik Ladam di Peringkat Hilir









KEPENTINGAN BENTUK BUMI HAKISAN DAN PEMENDAPAN SUNGAI TERHADAP AKTIVITI
MANUSIA

Bentuk muka bumi ( hakisan ) kepentingan

Air terjun

Pelancongan

Jeram

Pelancongan

Lubuk

Perikanan

Gaung/ lurah

Pelancongan

Bentuk muka bumi ( pemendapan ) Kepentingan

Dataran banjir

Pertanian, perhubungan, akuakultur

Delta

Pertanian, perhubungan, akuakultur

Tasik ladam

Perikanan, rekreasi, akuakultur

Tetambak

Perhubungan, petempatan

Pulau

Rekreasi / pelancongan , pertanian

Beting pasir

Perlombongan, rekreasi

PROSES PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI

Konsep pemendapan pinggir pantai

Proses pemendapan merujuk kepada bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir
pantai telah dimendapkan di pantai atau berhampiran pantai oleh agen-agen pemendapan pinggir laut
seperti ombak, angin, arus dan pasang surut lalu membentuk bentuk-bentuk muka bumi pinggir pantai
seperti anak tanjung, beting pasir dan pantai.

Kata kunci
- bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai telah dimendapkan
- di pantai atau berhampiran pantai
- oleh agen-agen pemendapan pinggir laut seperti ombak ,angin, arus dan pasang surut
- membentuk bentuk-bentuk muka bumi pinggir pantai seperti anak tanjung, beting pasir dan pantai


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI

Ombak dan arus
o Hakisan pinggir berlaku dengan giat sekiranya ombak yang menyerang pinggir pantai adalah jenis ombak
pembinasa atau ombak yang lebih bertenaga seperti ombak ribut dan tsunami
o arus bergerak selari dengan pantai.
o bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat, kelodak dan sebagainya akan diseret selari dengan pantai.
o berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kecerunan
o pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan yang lebih giat. Bahan-bahan pinggir pantai lebih
mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.

Angin
o angin monsum yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia membawa angin yang kuat yang boleh
mengcorakkan pantai
o angin bayu kurang kuat untuk mencorakkan pantai.

Pasang surut
o Air Pasang surut besar / purbani lebih kuat untuk mencorakkan pantai.
o Air pasang biasa kurang kesannya.

Tumbuhan
o tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan terus ombak ke atas pinggir pantai melalui peranan
akarnya.
o sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang secra terus pinggir pantai dan kesannya pantai
terhakis.

Orientasi pantai
o Pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada oleh pulau, beting, tanjung ataupun benteng akan
mengalami kadar hakisan yang giat berbanding pantai yang terlindung.

Jenis dan saiz bahan Bahan muatan
o beban yang mengandungi batuan kelikir lebih senang dimendapkan dan digulingkan ke depan berbanding
batuan tanah liat yang mudah dihakiskan.
o mendakan batuan kelikir akan membentuk pantai yang lebih luas dan lebar.

Halangan
o pulau, benting tembolo tanjung dan tertanjung merupakan halangan kepada ombak untuk membina pantai.
o Kawasan pantai yang terdedah kepada ombak lebih mudah dan banyak membina pantai.

BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI

Pantai

Konsep pantai

Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan
sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara tikas air surut dengan tikas air pasang termasuk pantai
hadapan dan pantai belakang hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan
arus.

Kata kunci
- pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya
- di kawasan pinggir pantai
- antara tikas air surut dengan tikas air pasang
- termasuk pantai hadapan dan pantai belakang
- hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus
Proses pembentukan
- bentuk muka bumi yang terdapat di garisan pinggir pantai.
- mengandungi bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan
- bahan-bahan yang berasal dari daratan atau dari laut akan dimendapkan oleh agen-agen pemendapan
pinggir pantai seperti ombak, arus, angin dan aktiviti pasang surut.

Tetanjung / anak tanjung

- merujuk kepada permatang yang
rendah dan sempit hasil pemendapan bahan-bahan seperti pasir ,kelikir dan lumpur di kawasan pinggir
pantai terutamanya di muara teluk atau muara sungai.
- satu hujungnya bercantum dengan daratan dan satu hujung lagi menganjur ke laut.
- dibentuk oleh hanyutan pesisir pantai.
- proses pembentukannya bermula dengan adanya tempat-tempat yang sesuai bagi membolehkan pasir,
kelikir dan lumpur tersebut dilonggokkan.
- pembentukannya sacara berperingkat-peringkat dan mengambil masa yang lama.


Bentuk Muka Bumi Pemendapan.






KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI KEPADA AKTIVITI
MANUSIA

Bentuk muka bumi hakisan

Teluk - pembinaan pelabuhan,ekopelancongan, akuakultur
Gua , gerbang laut, dan batu bonjol - pelancongan
Geo dan gloup pelancongan, perikanan
Tanjung pelancongan, perikanan

Bentuk muka bumi pemendapan

Pantai ekopelancongan, rekreasi
Beting pasir perikanan, perlombongan pasir
Anak tanjung perikanan dan perlombongan pasir



PERUBAHAN ARAS LAUT

Konsep perubahan aras laut

Perubahan aras laut merujuk kepada kejatuhan atau kenaikan aras laut yang diukur secara
perbandingan dengan daratan sama ada dalam skala kecil ( tempatan ) atau skala besar ( dunia ).

Kata kunci
kejatuhan atau kenaikan aras laut
diukur secara perbandingan dengan daratan
sama ada dalam skala kecil ( tempatan ) atau skala besar ( dunia )

TEORI PERUBAHAN ARAS LAUT

Perubahan aras laut tektonik
Peningkatan aras laut yang disebabkan oleh pergerakan pergerakan endogenetik ( dalaman
bumi ) terutama di dasar laut seperti letupan gunung berapi, gelinciran dan sebagainya.
Hanya melibatkan kawasan yang kecil atau kawasan-kawasan yang tertentu sahaja.
Perubahan aras laut mendapan
berpunca daripada pertambahan bahan-bahan mendapan di dasar laut atau lautan.
mendapan ini berasal daripada kawasan-kawasan daratan seperti mendapan oleh sungai dan
glasier.
berlaku secara tidak menyeluruh atau secara terhad.
Perubahan aras laut eustatik
merujuk kepada kenaikan aras laut secara besar-besaran di bahagian pinggir laut seluruh dunia.
diakibatkan oleh pencairan glasier dan ais secara besar-besaran pada masa lampau.
Perubahan isostatik
Isostatik di maksudkan bumi berada terapung di atas lapisan lautan magma yang panas dan cair.
Blok-blok bumi yang lebih berat akan jatuh / turun menyebabkan peningkatan aras air laut.
manakala blok-blok bumi yang lebih ringan ( kurang berat beban ) akan terangkat ( pemulihan
isostatik ) penurunan aras air laut.

BUKTI PERUBAHAN ARAS LAUT

Kenaikan aras laut.
1. Bukti yang menyokong tentang aras laut yang ada pada masa kini lebih tinggi berbanding masa lampau
adalah:-
a. Wujud pinggir pantai tenggelam dan hutan pantai yang tenggelam sepertimana delta dan muara sungai
tenggelam di Lancashire, Utara Wales, England. Kesannya pada masa kini akibat tenggelam ianya
membentuk paya, dataran berlumpur serta anak-anak teluk. Hutan juga tenggelam membentuk hutan
paya air masin.

b. Wujudnya pelbagai jenis pantai iaitu;
i. Pantai Ria pantai sebenar tenggelam menyebabkan gigi ombak mengentam cenuram yang merupakan
lanjutan banjaran yang menganjur kelaut.
ii. Pantai Fiord aras air laut meningkat lalu menenggelamkan lurah-lurah sungai glasier yang berada di
pinggir pantai seperti Fiord Segne, Norway
iii. Pantai Dalmatia aras air laut meningkat lalu menenggelamkan pinggir laut yang terdiri daripada banjaran
yang selari dengan pantai. Membentuk garis pantai yang selari dan memanjang serta selat-selat yang
lurus seperti di Yugoslavia yang selari dengan laut Adriatik.

c. Kewujudan terumbu karang (pinggir pantai, penghalang dan pulau cincin / atol ) jelas amat dipengaruhi
oleh kenaikan aras air laut.


Penurunan Aras Laut.
Bukti yang menunjukkan aras air laut kini lebih rendah berbanding aras air laut masa lalu
adalah:-
a. Kewujudan pantai timbul / pantai terangkat
bentuk pantai yang bertingkat dengan lekukan, gua dan teluk berada di aras air pasang
besar malah lebih tinggi.
Pentai hakis ombak berada di atas tikah air pasang.
b. Kewujudan teres enapan dan teres hakisan bertingkt-tingkat menunjukkan aras air laut telah
jatuh beberapa kali. Contoh di Pulau Langkawi ada teres enapan bertingkat setinggi 3 meter
daripada aras air laut sekarang.
c. Kewujudan likuan mendalam pada bahagian tengah dan hilir sungai di mana muara sungai
dulunya telah menjalankan balik proses hakisan ( rejuvanisasi )

KESAN KENAIKAN ARAS LAUT
Kawasan daratan mengecil
Kawasan lautan semakin luas.
Pulau yang rendah dan kecil akan tengelam
Kawasan rendah berada di bawah aras air laut seperti dataran tanah pamah rendah, delta dan
kawasan paya bakau serta nipah yang berhampiran laut tengelam.
Muara sungai tengelam dan mempunyai keratan rentas yang lebih luas dan panjang.
Aktiviti ombak dan arus akan masuk kedalam daratan.

KESAN KEJATUHAN ARAS LAUT
Daratan semakin meluas
Kawasan lautan mengecil
Pulau semakin membesar dan tinggi.
Aktiviti sungai berubah, kawasan pemendapan bertukar kepada hakisan pula ( sungai balik muda
/ rejuvanisasi sungai )
Kawasan delta akan semakin membesar.
Aktiviti ombak dan arus lautan turun jauh ke laut.
KULIAH 12 - PINGGIR PANTAI - KONSEP DAN FAKTOR,
PROSES, BENTUK MUKA BUMI DAN KAEDAH KAWALAN
HAKISAN

PINGGIR PANTAI

Konsep Pantai


Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan
sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara tikas air surut dengan tikas air pasang termasuk pantai
hadapan dan pantai belakang hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan
arus.

Kata kunci
- pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya
- di kawasan pinggir pantai
- antara tikas air surut dengan tikas air pasang
- termasuk pantai hadapan dan pantai belakang
- hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus.

Konsep Pantai Seimbang

Pantai seimbang merujuk kepada pantai yang seimbang atau sama daripada segi hakisan dan
pemendapan bahan.

Kata kunci
- pantai yang seimbang atau sama
- hakisan dan pemendapan bahan

PROSES HAKISAN PINGGIR PANTAI
Konsep hakisan pinggir pantai


Hakisan Pantai
Hakisan pinggir pantai merujuk kepada proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan di
kawasan pinggir pantai oleh agen-agen hakisan pinggir pantai seperti ombak, tsunami, arus dan pasang
surut.

Kata kunci
- proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan
- di kawasan pinggir pantai
- oleh agen-agen hakisan pinggir pantai seperti ombak, tsunami, arus dan pasang surut

Agen-agen hakisan pinggir pantai

Ombak
- Wujud akibat tindakan geseran dengan permukaan laut.
- terbahagi kepada dua jenis iaitu ombak Pembina ( pemendapan dan ombak pembinasa )

Tsunami
- Terbentuk apabila berlakunya gempa bumi, letusan gunung berapi, gelinciran dan tanah runtuh di dasar laut.
- mempunyai kuasa tindakan hakisan yang kuat.

Arus atau hanyutan pesisir pantai
- Terhasil daripada kesan perubahan tiupan angin atau biasan angin lazim serta kesan daya koriolis atau
putaran bumi.

Pasang surut
- terbentuk hasil daya tarikan graviti bulan dan matahari ke atas permukaan air laut.
- Air pasang dan surut berupaya untuk menghakis, mengangkut dan memendapkan bahan di kawasan pinggir
pantai.
CARA HAKISAN PINGGIR PANTAI

Hidraul
- berpunca daripada tindakan ombak atau air laut itu sendiri
- ombak atau air laut menghempas pinggir pantai yang berbatuan lalu masuk ke dalam rekahan atau retakan
batuan tersebut.
- semasa damparan, ombak atau air laut akan mengasak dan kemudiannya memampatkan udara yang
terdapat dalam rekahan tersebut.
- semasa unduran ombak ( backwash ), udara yang dimampatkan di celah-celah rekahan tadi dilepaskan.
- berlakunya proses pengembangan dan penguncupan mengakibatkan retakan dan rekahan tersebut
bertambah besar dan lama kelamaan memecah dan meruntuhkan batuan pinggir pantai tersebut.

Geselan/lelasan
- disebabkan tindakan bahan-bahan yang di bawa oleh ombak.
- bahan seperti serpihan batuan, kelikir, pasir, batu lada dan sebagainya menggesel batuan pinggir pantai.
- semakin banyak bahan yang dibawa oleh ombak, semakin giat hakisan geseran yang berlaku.

Larutan
- proses hakisan secara kimia di mana air laut bertindak melarutkan batuan yang terdapat di pinggir pantai.
- berkesan ke atas batuan yang mudah larut seperti dolomit dan batu kapur

Lagaan
- Bahan-bahan yang dibawa oleh ombak berlaga atau berlanggar sesama sendiri sehingga pecah.
- Melibatkan perubahan saiz bahan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN PINGGIR PANTAI

Faktor Fizikal ( semulajadi )

J enis ombak
- Hakisan pinggir berlaku dengan giat sekiranya ombak yang menyerang pinggir pantai adalah jenis ombak
pembinasa atau ombak yang lebih bertenaga seperti ombak ribut dan tsunami

Pendedahan Pantai
- Pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada oleh pulau, beting, tanjung ataupun benteng akan
mengalami kadar hakisan yang giat berbanding pantai yang terlindung.

Arus
- arus bergerak selari dengan pantai.
- bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat, kelodak dan sebagainya akan diseret selari dengan pantai.
- berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bahan
- kawasan pinggir pantai yang kurang mempunyai bahan untuk dimendapkan kadar hakisan lebih tinggi
berbanding pemendapan.
- bahan-bahan pinggir pantai seperti pasir, kelikir, batu tongkol dan batu lada bertindak sebagai agen yang
menggesel batuan pinggir pantai melalui cara hakisan geselan atau lelasan. Kesannya batuan pinggir
pantai akan terhakis.
Batuan
- pinggir pantai biasanya terbentuk daripada pelbagai jenis batuan.
- pinggir pantai yang terbina daripada batuan lembut ( daripada kumpulan enapan ) seperti batu kapur dan
dolomit biasanya lebih lembut dan mudah terhakis sama ada melalui cara geselan, larutan ataupun
lagaan.
- pinggir pantai yang terbina daripada batuan keras ( daripada kumpulan igneus ) seperti batu granit biasanya
lebih keras dan susah terhakis.
- pinggir pantai yang mempunyai batuan di tebingnya lebih susah dihakis berbanding pantai berlumpur.

Cerun pantai
- pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan yang lebih giat.
- bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.

Orientasi pantai
- pantai yang lurus kadar hakisan lebih giat berbanding pantai yang berteluk-teluk dan bertanjung.
- pantai yang lurus menerima serangan ombak secara terus tanpa perlindungan.
- tanjung berperanan menghalang serangan ombak tersebut.
Tumbuhan
- tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan terus ombak ke atas pinggir pantai melalui peranan
akarnya.
- sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang secra terus pinggir pantai dan kesannya pantai
terhakis.

FAKTOR AKTIVITI MANUSIA

1. Pembalakan dan penebangan hutan bakau
o aktiviti ini mengurangkan kestabilan pinggir pantai
o akar bakau berperanan mencengkam dan memegang tebing pinggir pantai daripada hakisan ombak.
o pengurangan kawasan hutan bakau akan menjadikan hakisan kawasan pinggir pantai berlaku dengan giat.
o akar bakau juga berperanan memerangkap sidemen yang di bawa oleh ombak- memungkinkan berlakunya
pemendapan.

2. Perlombongan pasir
o menyebabkan pinggir pantai hilang titik keseimbangan.
o pergerakan pasir pinggir pantai akan berlaku secara besar-besaran kerana secara semulajadinya pasir
kawasan pinggir pantai tersebut akan mencari titik keseimbangan yang baru.

3. Pembinaan
o pembinaan resort,hotel dan jeti berhampiran pinggir pantai melibatkan kerja-kerja pengorekan yang
melonggarkan struktur tanah.
o tanah yang longgar dengan mudah dihakis oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.
o aktiviti pembinaan juga melibatkan tumbuhan yang terdapat di pinggir pantai seperti bakau ditebang.
o penebangan pokok bakau akan mendedahkan pinggir pantai kepada serangan ombak dan seterusnya
menyebabkan hakisan berlaku dengan giat.

4. Pelancongan
o aktiviti sukan air seperti penggunaan jet ski serta pergerakan bot-bot penumpang akan menghasilkan
pergerakan air atau ombak.
o mempertingkatkan kadar hakisan di kawasan pinggir pantai.

5. Pendalaman kawasan pinggir pantai
o pendalaman pinggir pantai untuk tujuan pembinaan pelabuhan misalnya akan mengubah jenis ombak.
o ombak pembinasa akan terhasil akibat pendalaman kawasan pinggir pantai tersebut kesannya hakisan
bertambah.
BENTUK MUKA BUMI HAKISAN PINGGIR PANTAI

Cenuram atau tebing tinggi
o terbentuk di kawasan pinggir pantai barbatu-batan
o tindakan hakisan ombak ke atas dasar batuan di pinggir pantai melalui tindakan hidraul, larutan,
dan geseran menyebabkan terbentuknya lekukan di bahagian dasar batuan tersebut.
o hakisan yang giat dan berterusan menyebabkan lekukan bertambah besar dan akhirnya batuan
di bahagian atasnya runtuh lalu membentuk satu tebing tinggi yang curam.
Pentas atau Pelantar Hakisan Ombak
o tindakan ombak secara berterusan ke atas cenuram atau tebing tinggi menyebabkan berlakunya
runtuhan tebing tinggi secara berulang kali.
o berlakunya pengunduran tebing tinggi ke arah daratan.
o pengunduran secara giat dalam tempoh yang panjang akan membentuk satu pelantar yang rata
dan luas di bahagian hadapan tebing tinggi tersebut yang dikenali pelantar hakisan ombak.
Tanjung dan Teluk
o kedua-duanya terbentuk secara bersampingan
o tanjung merujuk kepada bahagian batuan pinggir pantai yang menganjur ke laut.
o teluk merujuk kepada bahagian yang melengkung kea rah daratan.
o proses pembentukan bergantung kepada susunan batuan lembut dank eras yang tersusun
secara berselang-seli.
o tindakan hakisan ombak ke atas bahagian batuan lembut yang mudah dihakis seperti dolomit,
batu kapur dan batu pasir menyebabkan bahagian tersebut terhakis dengan cepat dan
mengundur ke arah daratan lalu membentuk teluk.
o bahagian batuan yang keras seperti granit, gabro dan basol lebih tahan hakisan ombak akan
membentuk daratan yang menganjur ke laut dikenali sebagai tanjung.
Gua

o Terbentuk hasil tindakan ombak secara hidraul ke atas dasar cenuram atau tebing tinggi yang
mempunyai struktur kelemahan seperti retakan dan rekahan.
o Hakisan yang giat akan membentuk satu lekukan atau lubang yang dalam dan luas yang dikenali
sebagai gua.
Lohong Ombak ( gloup )
o Terbentuk hasil tindakan ombak secara berterusan ke atas lubang-lubang gua.
o Satu lohong ( saluran ) yang menembusi bumbung gua akan terbentuk.
o Lohong ini dikenali sebagai lohong ombak.

KAEDAH MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAI

Kaedah Perundangan
- Menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada- hukuman ke atas pelombong pasir tanpa lessen,
pengharaman penebangan bakau, kawalan aktiviti pembinaan di kawasan pinggir pantai dan sebagainya.
Kaedah bukan Perundangan


Penanaman Pokok Bakau
Penanaman pokok bakau
- Mengekal dan penanaman semula pokok bakau.
- Akar bakau berperanan memegang dan menahan pinggir pantai daripada serangan ombak terutama
semasa damparan ombak. Semasa unduran ombak akar bakau akan memerangkap bahan atau
sediment.
- Kesannya hakisan dapat dikurangkan dan menggalakkan pemendapan.

Penambakan
- pinggir pantai yang telah terhakis dapat ditebus guna atau ditambak.
- Penambakan akan mengubah pergerakan arus pinggir pantai dan sekaligus dapat mengurangkan kadar
hakisan di kawasan tersebut.


Benteng Pemecah Ombak
Benteng pemecah ombak
- benteng yang beberapa meter daripada gigi pantai terutama di zon ombak pecah.
- bertujuan memecahkan ombak yang menyerang pinggir pantai terutamanya ombak jenis pembinasa.
- Ombak-ombak jenis pembinasa apabila terkena benteng ini akan pecah sekaligus mengurangkan kelajuan
dan kebolehannya menghakis.

Tembok
- tembok biasanya dibina di bahagian tebing / tepi pantai.
- Bahan yang digunakan termasuk simen yang dikonkrit dan timbunan batuan ( daripada kumpilan igneus ).
- Bahan binaan yang keras sifatnya akan mengurangkan kadar hakisan.

Guni pasir
- pasir-pasir dimasukan kedalam guni dan disusun di pantai.
- Merupakan kaedah yang bersifat sementara bagi mengurangkan hakisan secara serta merta.

Pendidikan
- melalui pendidikan formal dan tidak formal sama ada di sekolah seperti melalui mata pelajaran geografi,
Pendidikan Moral, Sivik dan sebagainya atau melalui kelab-kelab seperti Kelab Alam Sekitar.
- dididik supaya menghargai alam sekitar dan kepentingan menjaga kawasan pinggir pantai.

Kempen
- kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak-pihak yang berkaitan seperti oleh Jabatan Alam Sekitar ( JAS ),
Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO).
- Kempen dijalan melalui risalah-risalah ataupun melalui media massa.
- Menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kawasan pinggir pantai.


PROSES PENGANGKUTAN PINGGIR PANTAI
Cara Pengangkutan bahan pinggir pantai

Hanyutan Pesisir Pantai
Konsep Hanyutan Pesisir Pantai
o Hanyutan Pesisir Pantai merujuk kepada satu siri aliran air yang bergerak secara selari dengan pantai
akibat daripada pembiasan ombak .
o bahan-bahan seperti pasir, batu lada, kelodak, tanah liat dan sebagainya pindahkan secara selari dengan
garisan pinggir pantai.
o semasa hanyutan pesisir pantai membawa bahan mendapan ini, tindakan damparan ombak ke atas pinggir
pantai akan membolehkan bahan mendapan tersebut ditolak naik ke pantai.

Golekan
o melibatkan pergerakan bahan / batuan secara bergolek .
o bahan-bahan bergerak secara golekan ini biasanya berat dan berbentuk bulat seperti batu tongkol.

Ampaian
o bahan-bahan diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai hampir dengan permukaan.
o melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti habuk.
o bahan-bahan ini terampai-ampai berhampiran permukaan air.

Seretan
o berlaku kepada bahan-bahan yang sangat besar seperti batu tongkol.
o proses ini berlaku secara perlahan-lahan di bahagian dasar .


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN BAHAN PINGGIR PANTAI

Ombak dan arus
o ombak pembina mengangkut bahan dari laut ke pantai lalu memendapkannya. Ombak pembinasa pula
menghakis pantai dan kemudiannya mengangkut bahan dari pantai ke laut.
o arus pesisir pantai mengangkut dan memindahkan bahan-bahan secara selari dengan garisan pantai.

Pasang surut
o semasa air laut pasang bahan-bahan dari laut diangkut ke pantai lalu memendapkannya.
o semasa air surut bahan-bahan yang terdapat di pantai diangkut ke laut.

Cerun
o bahan-bahan pinggir pantai yang bercerun curam lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan
pinggir pantai berbanding pengangkutan bahan ke pantai.

Halangan
o merujuk kepada halangan di hadapan pinggir pantai seperti pulau, tanjung dan benteng pemecahan ombak.
o bahan- bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan biasanya tersekat pada halangan-halangan
tersebut.
o contoh, pembinaan benteng pemecah ombak menyebabkan bahan yang diangkut tidak sampai ke pantai
tetapi sebaliknya dimendapkan sepanjang benteng tersebut.

Orientasi pantai
o bahan-bahan mendapan diangkut ke pantai dengan giat di pantai yang lurus dan terdedah.
o bagi pantai yang berfiord pergerakan bahan biasanya mudah tersekat pada halangan-halangan seperti
tanjung.

Saiz bahan, jenis dan bentuk bahan
o bahan yang kecil dan ringan seperti habuk, debu dan kelodak diangkut secara ampaian.
o bahan yang berat seperti batu tonngkol diangkut secara golekan atau seretan.
o bahan yang berat dan berbentuk bulat diangkut di bahagian dasar secara golekan.
Anda mungkin juga meminati:

SKEMA JAWAPAN GEOGRAFI KERTAS 1 NEGERI KEDAH - SOALAN 1 DAN ...

SKEMA PERCUBAAN GEOGRAFI KERTAS 1 STPM, NEGERI KELANTAN 2011

KULIAH 11 - PENGANGKUTAN DAN PEMENDAPAN SUNGAI


KULIAH 10 - LEMBANGAN SALIRAN (HAKISAN)


Lembangan Saliran di kelilingi oleh Legeh
Konsep lembangan saliran

Lembangan sungai merujuk kepada kawasan tadahan bagi satu sistem sungai di mana terdapatnya satu
sungai induk dan cawangan-cawangannya yang dipisahkan oleh legeh-legeh serta mempunyai kawasan
luahannya yang tersendiri.

Kata kunci
- kawasan tadahan bagi satu sistem sungai
- terdapatnya satu sungai
- cawangan-cawangannya
- dipisahkan oleh legeh-legeh
- mempunyai kawasan luahannya yang tersendiri

PROSES DAN PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI LEMBANGAN SALIRAN

HAKISAN PERMUKAAN

Konsep hakisan permukaan
Proses pengukiran atau penghausan permukaan cerun serta pengangkutan bahan oleh agen-agen
hakisan seperti air mengalir, angin, titisan air hujan, dan glasier.

Kata Kunci
- pengukiran. atau penghausan permukaan cerun
- serta pengangkutan bahan
- agen-agen hakisan seperti air mengalir, angin, titisan air hujan, dan glasier


Jenis-jenis hakisan permukaan

Hakisan percikan
- titisan air hujan yang turun akan mengcungkil butiran tanah lalu membentuk lekukan-lekukan.
- Saiz lekukan bergantung kepada saiz hujan, kelebatan dan faktor perlindungan permukaan bumi.

Hakisan kepingan
- Butiran tanah yang telah terlerai akibat percikan air hujan akan di hakis dan diangkut oleh larian air
permukaan.
- Kesannya kepingan-kepingan kecil tanih di permukaan cerun terhakis.

Hakisan galir ( rills )

Hakisan Galir & Galur
- Bahan bahan tanih dihakis dan diangkut bersama air dari bahagian atas cerun ke bawah cerun menerusi
alur-alur kecil.
- Alur-alur kecil ini bersifat sementara dan akan hilang dalam tempoh yang singkat.

Hakisan galur ( gullies )
- Bahan bahan tanih dihakis dan diangkut bersama air dari bahagian atas cerun ke bawah cerun menerusi
alur-laur yang luas.
- Alur-alur ini bersifat kekal dan menjadi asas kepada pembentukan sungai.


KAEDAH MENGAWAL HAKISAN PERMUKAAN

A. Kaedah Perundangan
- Kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti Akta Pemeliharaan Tanah dan Akta Parit dan
Bangunan.
B. Kaedah bukan perundangan

Pembinaan teres
- Khusus kepada cerun-cerun yang digunakan untuk penanaman tanaman dan pembinaan petempatan.
- Teres dapat mengawal pergerakan air permukaan terutama ketika hujan lebat.
- Teres dapat memperlahankan pergerakan air dan keadaan ini dapat mengurangkan tenaga kinetik
pergerakan air tersebut sekaligus mengurangkan hakisan.

Pembinaan parit / longkang
- Air larian permukaan di cerun dapat dikawal melalui kaedah ini.
- Air tidak mengalir dalam bentuk pelbagai hala yang boleh menyebabkan berlakunya hakisan kepingan.
- Longkang-longkang dibina menggunakan bahan konkrit dan secara bertangga bagi menjamin ketahanannya
terhadap hakisan dan mengurangkan kelajuan pergerakan air.

Penyimenan permukaan cerun
- Permukaan cerun secara keseluruhannya disimen.
- Pada permukaan simen dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air bawah tanah.
- Sesuai bagi mengurangkan hakisan percikan air hujan dan hakisan kepingan.

Penanaman rumput dan tumbuhan kekacang
- Dapat mengurangkan hakisan percikan, mengurangkan air larian permukaan dan sebaliknya menggalakkan
resapan air ke dalam tanih.
- Akar rumput atau tumbuhan kekacang tersebut dapat memegang dan mencengkam tanah daripada dihakis
oleh air larian permukaan.

Pendidikan
- Melalui pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan geografi, alam sekitar, pendidikan moral dan
sebagainya.
- Pelajar-pelajar didedahkan kepentingan kawasan tanah tinggi dan impaknya kepada lam sekitar fizikal dan
manusia sekiranya kawasan tanah tinggi diterokai.
Kempen
- Melalui risalah-risalah dan lain-lain kempen yang dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan
Alam Sekitar ( JAS ), Sahabat Alam Malaysia ( SAM ), Jabatan Perhutanan dan lain-lain.


HAKISAN SUNGAI

Konsep hakisan alur sungai
Proses pengukiran. atau penghausan alur-alur sungai sama ada pada bahagian tebing atau dasar serta
pengangkutan bahan oleh agen-agen hakisan alur sungai seperti air mengalir, dan glasier.

Kata Kunci
- pengukiran. atau penghausan alur-alur sungi
- pada bahagian tebing atau dasar
- serta pengangkutan bahan
- agen-agen hakisan seperti air mengalir, dan glasier


JENIS HAKISAN SUNGAI

Mendalam / menegak / dasar
- merujuk kepada hakisan bahagian dasar sungai.
- berlaku dengan giat di bahagian hulu sungai di mana pada peringkat ini aliran air sungai deras.
- alur sungai lama kelamaan akan menjadi dalam , sempit dan berbentuk V .

Melebar / tebing
- merujuk kepada hakisan secara mendatar ke atas kedua-dua arah tebing sungai.
- lebih aktif di kawasan tengah sungai di mana aliran air sungai sudah mula perlahan.
- Alur sungai menjadi semakin luas dan berbentuk U.

Mengundur / kebelakang
- merujuk kepada hakisan sungai ke arah belakang atau mengundur ( semakin ke hulu )
- aktif di kawasan hulu sungai yang mempunyai air terjun atau jeram.
- hakisan air sungai yang semakin giat ke atas air terjun menyebabkan lama kelamaan batuan yang
membentuk air terjun tersebut runtuh.
- akibatnya air terjun tersebut semakin mengundur ke belakang.


CARA HAKISAN SUNGAI

Hidraul
- hempasan air aliran sungai terhadap lubang-lubang, rekahan, dan retakan batuan di lurah-lurah sungai.
- Lebih berkesan di bahagian alur sungai yang terdapat pusaran air seperti di sekitar lurah sungai yang
terdapatnya air terjun, jeram dan lubuk.
- Tindakan hidraul berupaya untuk mencungkil bahan batuan yang berstruktur longgar dan memecahkan
batuan pada tebing atau dasar sungai tersebut.

Geseran/lelasan
- bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan, pasir, kelikir dan sebagainya
menghakis atau bergesel dengan dasar dan tebing sungai.

Lagaan
- merujuk kepada perlanggaran antara bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai sama ada sesama
sendiri, ataupun perlanggaran bahan dengan dasar atau tebing sungai.
- bahan-bahan tersebut berlanggar antara satu sama lain menyebabkannya pecahan, lalu mengalami
perubahan saiz dan bentuk bahan.
- perlanggaran bahan berlaku disebabkan sifat pergerakan bahan itu sendiri di mana serpihan batuan yang
kasar dan berat bergerak secara perlahan manakala serpihan batuan yang kecil, lebih ringan bergerak
dengan kadar yang lebih cepat. Kesannya bahan-bahan tersebut berlanggar antara satu sama lain.

Larutan
- merujuk kepada hakisan secara kimia di mana air sungai bertindak melarutkan batuan yang terdapat pada
dasar dan tebing sungai tersebut.
- melibatkan batuan yang mudah larut seperti batu kapur, dan dolomit.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN SUNGAI

Isi padu dan halaju air
- halaju aliran air sungai bertambah seiring dengan pertambahan isipadu air sungai.
- hakisan dan halaju air bertambah semasa isipadu sungai banyak terutama semasa banjir.

Kecerunan
- halaju aliran sungai adalah berkadar langsung dengan kecerunan dasar sungai.
- halaju aliran air bertambah apabila kecerunan bertambah.
- sungai di peringkat hulu mempunyai topografi yang sangat curam menyebabkan halaju air sungai pada
peringkat ini sangat deras. Proses hakisan dasar sangat dominan pada peringkat ini.
- sungai peringkat tengah mempunyai kecerunan yang semakin berkurangan. Aliran air pada peringkat ini
sederhana deras menyebabkan hakisan tebing lebih giat berbanding hakisan dasar sungai.
- di bahagian hilir sungai topografinya rata dan rendah. Proses hakisan pada peringkat ini begitu minima
sebaliknya aliran sungai mulai memendapkan bahan-bahan yang dibawanya.

Bentuk alur
- Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan hakisan menegak.
- Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang.
Kesannya kadar hakisan menjadi kurang dan sebaliknya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan
dimendapkan.


J enis batuan
- tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang keras daripada kumpulan batuan igneus , maka kadar
hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi kurang giat.
- manakala bahagian dasar dan tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang lebih lembut daripada
kumpulan batuan enapan seperti batu kapur dan dolomit maka kadar hakisannya adalah lebih giat.

Bahan muatan
- bahan-bahan muatan ( beban ) yang diangkut oleh aliran sungai banyak membantu keberkesanan kerja-
kerja hakisan yang dilakukan.
- bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan, batu tongkol dan lain-lain akan
melakukan hakisan seperti geselan, lagaan, dan lain-lain dengan giat.


Pembentukan Air Terjun
Bentuk muka bumi hakisan sungai ( Peringkat Hulu / Muda )
Air terjun
- terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun secara mendatar dan
berselang- seli antara batuan keras dan batuan lembut.
- lapisan batuan lembut akan lebih mudah dihakis berbanding batuan keras.
- lapisan batuan keras yang tahan hakisan akan tertnggal lalu menghalang aliran air sungai lalu membentuk
air terjun.

J eram

Jeram Bertingkat
- terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai susunan batuan lembut dan batuan keras yang
tersusun berselang seli secara tegak atau hampir tegak.
- hakisan sungai yang giat ke atas batuan lembut menyebabkan batuan keras yang tahan hakisan akan
tertonjol ke atas.
- akibatnya aliran air sungai akan tersekat lalu mengalir secara melompat-lompat menuruni bonjolan yang
keras.




Lubuk
- lubuk merujuk kepada lekukan yang terbentuk di bahagian dasar sungai.

- tindakan aliran air sungai yang berpusar akan mengorek dan melelaskan dasar lurah sungai terutama di
bahagian dasar air terjun menyebabkan terbentuknya lubang yang dalam pada bahagian dasar sungai
tersebut.
- lubang yang dalam ini dikenali sebagai lubuk.
- contoh lubuk ialah Telaga Tujuh di Langkawi, Kedah.

Gaung dan Lurah
- merupakan bentuk muka bumi hakisan sungai di peringkat hulu sungai.

- hakisan yang giat terhadap dasar alur sungai menyebabkan alur sungai menjadi bertambah dalam dan
sempit, dan bertebing curam.
- lurah sungai yang bertebing curam ini dikenali sebagai gaung.
- contoh gaung yang terkenal ialah Grand Canyon di sungai Colorado, Amerika Syarikat.

Anda mungkin juga menyukai