25050, KUANTAN
PAHANG
KERTAS KERJA PERMOHONAN
PERBELANJAAN UNTUK KAWAD
KEBAKARAN
SMK TELUK CHEMPEDAK 2013
Disediakan oleh:
KAMAL JUNAIDI BIN ZAMLI
(Guru Kadet Bomba dan Penyelamat
dan Penyelaras Keselamatan 3K)
1.0 Pendahuluan
Kawad Kebakaran atau fire drill merupakan salah satu kaedah melatih pelajar
dan warga SMKTC berhadapan dengan bahaya kebakaran. Mengikut prosedur
keselamatan, sekurang-kurangnya latihan kebakaran ini perlu dilakukan 2 kali setahun.
Penerangan dan tunjukcara dari mereka yang professional dalam bidang ini
adalah sangat penting memandangkan ilmu menyelamatkan diri ini perlu dititik beratkan
dalam menjadikan sekolah ini sebagai sekolah selamat.
2.0 Rasional
Kawad kebakaran dilakukan untuk memenuhi keperluan penarafan
keselamatan sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebiasaannya penarafan
keselamatan ini dilakukan pada bulan Mac dan Ogos setiap tahun manakala
pemantauan dari Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dilakukan
secara berkala sepanjang tahun.
3.0 Objektif
3.1 Memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran.
3.2 Menimba ilmu memadam kebakaran.
3.3 Menjadikan situasi kebakaran sebagai latihan apabila berlakunya bencana yang
sebenar.
3.4 Mendidik pelajar prosedur yang selamat dan laluan kebakaran yang selamat
mengikut pelan kebakaran yang di sediakan.
4.0 Keperluan perbelanjaan
-Minyak Petrol dan diesel -5 liter setiap satu (RM 1.80 x 5) + (RM 1.90 x 5)
=RM 18.50
-Perbelanjaan makan dan
minum pegawai bomba -(13 orang pegawai x RM 5 sekepala) = RM 65.00
Jumlah perbelanjaan: - RM 83.50
Disediakan oleh Disemak oleh
------------------------------------------ ----------------------------------------
(EN.KAMAL JUNAIDI ZAMLI) (EN.CHOH AH CHIN)
Penyelaras Keselamatan PK HEM
SMK Teluk Chempedak SMK Teluk Chempedak