Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Saya ingin mengambil kesempataan ini untuk menujukkan penghargaan saya yang
tertinggi kepada semuan pihak yang pernah menghulurkan bantuan kepada saya sepanjang
masa saya menyiapkan kerja kursus Literasi Nombor ini. Terlebih dahulu, saya berasa amat
bersyukur atas berkatan Tuhan terhadap saya. Semasa saya menyempurnakan kerja kursus ini,
saya telah menghadapi pelbagai masalah yang amat merumiskan. Walau begitu, saya tetap
dapat menghadapi masalah masalah tersebut dengan hati yang tenang sekali atas limpah
kurniaanNya.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan seribuan terima kasih yang setinggi tingginya
kepada guru pensyarah saya. Beliau telah mencurahkan usaha yang banyak untuk membantu
saya dalam memahami kehendakan tugasan supaya saya dapat menyemprnakan lagi kerja
kursus ini. Beliau bukan sahaja sentiasa mengambil berat tentang perkembangan kerja kursus
saya malahan tidak pernah beliau berasa jemu untuk memberi tunjuk ajar. Dengan ini, barulah
saya dapat menghasilkan kerja kursus yang terbaik.
Dengan ikhlas hatiku, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan ahli
keluarga saya atas bantuan dan sokongan mereka. Sepanjang masa saya menyempurnakan
kerja kursus ini, merekalah yang merupakan orang yang memberi galakan dan sokongan kuat
kepada saya supaya saya tidak berputus asa menyempurnakan kerja kursus ini. Ibu bapa saya
juga sentiasa menelefon saya dan mengambil tahu tentang perkembangan kerja kursus saya
serta masalah masalah yang telah saya hadapi walaupun mereka berada di tempat yang jauh.
Dengan ini, tenanglah hati saya untuk mendapat bahan rujukan yang mencukupi atas bantuan
mereka dan usaha sendiri.
Akhir sekali, saya juga ingin menunjukkan penghargaan saya yang setinggi tingginya
terhadap rakan rakan sebaya saya atas kesudian mereka menghulurkan bantuan. Dalam
proses menyiapkan kerja kursus ini, saya telah menghadapi sedikit masalah yang amat
merimaskan, iaitu ketidakpakaran saya dalam penghasilan idea untuk menjelaskan konsep
algoritma tersebut. Namun begitu, mereka tetap sudi menghulurkan bantuan mereka dengan
meminjam mata dan akal mereka untuk memberi tunjuk ajar dan cadangan yang relevan
kepada saya. Justeru, saya dapat menghasilkan kerja kursus saya yang sempurna dengan
menerima cadangan mereka sebagai rujukan.