Anda di halaman 1dari 10

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang


ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan
soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran,
yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap
yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para
pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan
pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas.
Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk
penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari
segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk,
konteks, san pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan
adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding
soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras
ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan
yang mempunyai kesahan dan keutuhan.


Langkah Pembinaan JSU

Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina
Jadual Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam
rajah berikut:






Rajah : langkah pembinaan JSU




Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk
memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah
dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan
kepentingan tiap-tiap tajik kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah
skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang
telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan
bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diamabil kira.
Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana
kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan
masabagi sesuatu tajuk bermain tersebut.


Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif
pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan
kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk
menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras
pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat
oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat
di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina
soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu
dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU
mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya
mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran
yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga
adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk
dan bilangan soalan.


Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai.
Setelah menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif
pengajaran yang ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan
membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras
kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi
pengajaran dan tahap kecedasan murid.


Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan
bilangan soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili
kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat objektif
pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia
mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah
yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan
pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah
digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan
kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa
ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif
pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.


Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal
kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan
penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan
ujian secara lebih terangcang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan
ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan
sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan
taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun dibina
oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya
mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan
pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian
dengan ujian yang lain.


Rumusan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam
penyediaan sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang
rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan
menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item atau
soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang penting.









3. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa
pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknyamewakili
keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponenpengetahuan,
kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untukmemastikan para
pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif
pengajaran.Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan
JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut
ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu.
Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi
kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980). Menurut
Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta duahala yang
mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini
menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan
konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi
panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran
yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan
kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandunganpengajaran
daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawall mungkin,
misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.

Langkah Pembinaan JSU
Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:
(1) mengkaji sukatanpelajaran,
(2) menganalisis objektif pengajaran,
(3) menentukan jenis soalan, dan
(4)menentukan bilangan soalan.


1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh
tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk
menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;
kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;
kompleksiti sesuatu tajuk; dan
masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran
Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan
pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.
Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh
Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-
maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan
ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan
penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu:

i. Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran:
Kandungan Pengetahuan
Tajuk
Tajuk kecil Objektif Kognitif

Kandungan Kemahiran
Tajuk
Tajuk kecil
Objektif Psikomotor

Kandungan Afek/Perasaan
Tajuk
Tajuk kecil

Objektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan,
yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya
ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan
Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain
objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif
pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Struktur ayat pada peringkat Aplikasi, maka jenis
soalan yang sesuai ialah soalan jenis Objektif yang berbentuk melengkapkan ayat atau
soalan jenis Subjektif yang berbentuk menggubal ayat-ayat. Jenis-jenis soalan/item dan
cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

4. Menentukan Bilangan Soalan
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah
penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara
ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian member markah
yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula
bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.Perkara-
perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.




Kepentingan JSU
JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan Pembina
item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah:

kertas ujian dapat digubal secara sistematik;
kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh
pembina lain.

LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN
Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu (1) meyediakan JPU, (2)
menulis item ujian, (3) menyemak item ujian, (4) menilai item ujian, dan (5) membuat
kajian rintis terhadap keseluruhan item.

1. Menyediakan JPU
Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang dijelaskan
sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran,
menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan. Tujuan utama penyediaan JSU
ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran
mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran
dimulakan. Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan
dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang kita ingin pelajarpelajar kita
kuasai.

Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang akan
digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesian masalah perlu dibina sekiranya
kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik. Sekiranya
kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum, misalnya, mungkin
soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai daripada soalan objektif.
Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin
soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.

2. Menulis Item Ujian
Sebaik sahaja anda siap menyediakan JSU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan bilangan
item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk
membina/menulis item-item ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item
beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank item),
item berjawapan pendek (short-answer item), item betul-salah (true-false item), item
padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan
item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini. Prinsipprinsip tersebut
dijelaskan dalam bahagian berikut.


Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar,
misalnya,
Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan sahaja.
Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat
dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar
memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.
Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang spesifik
daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/ kepintaran am.
Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang benar, tetapi ada kalanya
kita meminta mereka memberi jawapan yang tidak benar. Dalam keadaan ini, arahan
menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar.
Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang
dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.


3. Menyemak Item Ujian
Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item tersebut.
Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah
difahami pelajar.
Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan
mengandungi
maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.
Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda (clue) kepada
jawapan yang dikehendaki.

4.Menilai Item Ujian
Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak
dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi
menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu:

Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami
pelajar.
Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup
untuk pelajar menjawabnya.
Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang untuk mengukur kandungan
dan objektif pengajaran yang ditetapkan.
Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab
dalam masa yang diperuntukkan.

5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item
Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya, kajian
rintis dibuat terhadap keseluruhan item/kertas ujian. Kajian rintis di sini bermaksud kajian
awal tentang kesesuain item-item kepada pelajar yang setara dari segi keupayaan dengan
pelajar sasaran. Biasanya, kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian.
Bagaimanapun, kajian rintis perlu dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam
bank soalan. Kajian rintis begini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan
tidak
ada kesilapan ejaan/istilah yang digunakan.
Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup
untuk pelajar menjawabnya.
Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar
guru
dan tidak ada soalan yang terkeluar daripada kandungan tersebut.
Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut
kehendak
soalan

Anda mungkin juga menyukai