Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN INDIVIDU: PILIH SALAH SATU TEORI-TEORI DALAM HUBUNGAN

ANTARABANGSA.HURAIKAN.


Definisi Realisme
Realisme merupakan perspektif yang timbul apabila pada dasarnya manusia itu mempunyai
sikap egois. Sikap egois ini yang menyebabkan timbulnya sikap agresif dimana boleh
menyebabkan timbulnya peperangan kerana bagi kepentingan sendiri. Realisme adalah
perspektif yang memandang sebuah permasalahan dari segi kompetisi dan konflik (Wardani
2013) .Realisme juga merupakan satu pendekatan teoritikal dalam konsep hubungan
antarabangsa disamping Libiralisme. Realism merujuk kepada konsep kekuasaan sesuah negara
bangsa yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan dari segi militarynya dan negara ini cenderung
menggunakan kekuatan pertahan mereka (military power) atau sikap sesbuah negara itu (state
behavior) ini tertumpu kepada kehendak atau kepentingan yang dikenali sebagai national
interest.
Setiap negara bangsa di dunia ini akan bersaing untuk mendapatkan sesuatu kepentingan
mereka terutama dalam memodenisasikan ketenteraan. Tatkala selain daripada ekonomi
ketenteraan adalah satu kepentongan setiap negara bangsa. Konsep realisme ini telah bermula
berkembang sejak era Yunani , yakni dipelopor oleh seorang Jeneral Athenian yang terkemuka,
Thucydides. Beliau menulis mengenai sejarah Perang Peloponesian dan 'Melian Dialogue' iaitu
menjelaskan mengenai perang antara Sparta dan Athens. Kemudiannya, konsep ini terus
berkembang ke era Sun Tzu (The Art of War), Machiavelli (The Prince) dan Hobbes (The
Leviathan).
Pendekatan Realisme dalam konsep ketiga adalah state adalah bersifat rasional. Hal ini
adalah disebabkan Realis berpendapat bahawa state adalah sentiasa bertindak rasional dalam
membuat sesuatu keputusan. Matlamat semua negara adalah berpegang pada prinsip
memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan risiko atau kerugian negara. Hal ini kerana,
Realis menganggap bahawa demi mencapai kepentingan negaranya, state harus bertindak
rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam menghadapi dunia yang anarki ini. Dunia
anarki inilah yang mendorong state supaya sentiasa bertindak berdikari tanpa bergantung pada
orang lain dalam membuat keputusan. Sifat dunia yang anarki di sini bermaksud ketiadaan satu
kuasa yang agung dan mampu membuat keputusan bagi menjamin kesejahteraan sesuatu negara.
Jadi, state harus bertindak secara sendiri dalam memastikan negara tidak menanggung risiko
besar dan membawa kepada peperangan atau konflik sesama sendiri atau dengan negara lain.
Chamil Wariya mentakrifkan bahawa konflik antarabangsa sebagai konflik yang melibatkan dua
negara atau lebih yang berpendirian bertentangan.









Pemikir kepada realism
Pemikir Machiavelli memberi beberapa pandangan dunia menjadi asas lembar pemikiran
utama politik dan hubungan antarabangsa. Ia di tafsir melalui cara kuasa itu ditakrif, digunakan,
dan dinilai sebagai asas dalam analisis negeri, negara, diplomasi, dan peperangan. Realisme
memberi tumpuan kepada beberapa tuntutan dan yang dipegang untuk menghadkan 'utiliti'
idealisme, nilai dan cita-cita. Antara komponen utama kedudukan realism dalam politik dan
hubungan antarabangsa ialah yang pertama haruslah melihat keadaan sebenar 'sebenar' di dunia,
termasuk aspek-aspek negatif. Kedua, penekanan kepada kuasa, dan pembesaran kuasa dalam
hubungan antarabangsa Ketiga, penekanan kepada kerajaan sebagai pelakon utama dalam
hubungan antarabangsa Keempat, penekanan kepada kepentingan negara sebagai asas motivasi
kumpulan kepimpinan Kelima, penekanan kepada tingkah laku dan hasil, bukan idea-idea dan
cenderung untuk mempunyai pandangan negatif sifat manusia sebagai yang sendiri berminat.
Kenyataan ini tterdapat dalam karyanya yang bertajuk The Prince yang ditulis oleh Niccolo
Machiavelli.
Bagi pendapat pemikir Sun Tzu dalam bukunya The Art Of War menekankan
kepentingan perang dalam erti kata pembukaannya perang adalah perkara yang amat penting
kepada negara, asal-usul kehidupan atau kematian, jalan untuk harus hidup atau keheancuran.
Beliau juga berakata dalam penulisannya bahawa peperangan adalah berasaskan kepada
penipuan.
Bagi pendapat pemikir John Mearsheimer (2001) telah memberi pandangan yang
bertentangan. Beliau berpendapat bahawa ia membuat satu rasa strategik yang baik bagi negara-
negara lain untuk mendapatkan sebanyak mungkin kuasa dan jika keadaannya betul dia akan
meneruskan hegemoni.
Bagi pandangan pemikir teori realism yang lain iaitu Thomas Hobbes menyatakan
bahawa politik dalaman dan matlamat Hobbes adalah untuk keperluan kuasa serta mempusatkan
kekuasaan politiknya. Hobes tidak mempertikaikan state of experiment kerana menurut Hobbes,
cuba bayangkan jika dunia tanpa autoriti kerajaan atau struktur sosial yang lain. Beliau
menyatakan bahawa manusia perlu lari dari situasi hypothical nya dengan menyetujui
meletakkan kuasanya yang penuh terhadap kuasa daulat yang dapat mengekalkan order
seterusnya menamatkan anarki dalam state of nature.






Isu Perlumbaan Nuklear dan senjata canggih

Menurut The World Nuklear Handbook (1988), terdapat kira-kira 50,000 senjata nuklear di
seluruh dunia dan sebahagian besarnya dimiliki oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet
Union (Russia), sementara selebihnya terdapat di United Kingdom, Peranchis dan China.
Teknologi nuklear mencakupi agenda strategik global untuk mengusai politik antarabangsa. Dari
sudut politik, penemuan teknologi nuklear telkah melakar konsep seperti pertahanan rintang,
kemusnahan pasti bersama (MAD) perlumbaan senjata, kawalan senjata dan perlucutan senjata
sebahagian besarnya berpunca dari teknologi ini. Kesan ini kekal sebagai kesan penting sehingga
ke hari ini yang mana senjata nuklear mendominasi strategik global kuasa-kuasa besar dunia
untuk mengawal keseimbangan politik antarabangsa.
Perlumbaan senjata nuklear merupakan satu perkembangan teknologi persenjataan
nuklear telah mendorong negara-negara maju mempertahankan kedudukannya sebagai kuasa
dominan dunia. Negara yang bercita-cita menjadi kuasa utama dan mengekalkan statusnya, perlu
mempunyai keupayaan untuk bertanding dan menjadi jaguh dalam mengamalkan pembaharuan
dalam teknologi pertahanan berasaskan nuclear. Pembangunan senjata nuklear menjadi lebih
rancak bila berlakunya perlumbaan dan permusuhan antara negara-negara. Negara yang telahpun
mengekalkan kedudukan mereka sebagai sebuah negara yang memliki senjata nuklear akan terus
melakukan penerokaan baru untuk mencanggihkan penemuan lama. Negara-negara ini akan
berada dalam situasi berlumba-lumba bagi mengekalkan keupayaan sedia ada ke tahap yang
lebih tinggi.
Negara Amerika Syarikat di fahamkan mempunyai kuasa nuklear terbesar dunia dan di
ikuti negara yang berkuasa lain. Menurut senarai yang dikeluarkan Global Firepower (GFP),
penyedia data terkini kuasa ketenteraan dunia, tanpa mengambil kira kekuatan nuklear yang
dimiliki sesebuah negara, Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan teratas negara paling kuat
daripada segi ketenteraan pada masa ini.Kelebihan Amerika ternyata didorong oleh sumber
kewangan negara itu sendiri.Amerika dilaporkan memperuntukkan kira-kira AS$689 bilion
(RM2.2 trilion) sebagai bajet pertahanan negara itulebih tinggi berbanding negara kuasa-kuasa
besar yang lain. (Utusan Online 13.01.2014)
Sikap aktor dalam sesebuah negara bangsa yang mencetuskan kepada realisme. Faktor
realism ini ditunjukkan melalaui tindakan sesebuah negara yang menumpukan sepenuhnya
kepada soal pembangunan pertahanan atau military modernization melalui peningkatan bajet.
Perlumbaan senjata memerlukan kos yang amat tinggi dan negara yang maju mampu untuk
membuat senjata-senjata canggih pada abad ini seperti Amerika Syarikat dan Rusia. Malah,
China dilihat mampu muncul sebagai kuasa tentera baharu dunia selepas data yang dikeluarkan
GFP menunjukkan negara itu memperuntukkan sejumlah AS$129 bilion (RM422 bilion) untuk
bajet pertahanannya, lebih kecil berbanding Rusia, United Kingdom dan Perancis.
Bagaimanapun secara realitinya, kekuatan sesebuah negara pada zaman moden ini turut diukur
dengan jumlah senjata nuklear yang dimiliki mereka. Dalam aspek ini, Rusia dilaporkan
mendahului negara kuasa besar lain diikuti AS, China, United Kingdom dan Perancis yang
merupakan negara yang menyertai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).Menurut
statistik yang diperolehi BBC, Rusia mempunyai sebanyak 10,000 peledak nuklear, diikuti AS
(8,500 unit), China (240), UK (225) dan Perancis (300).Negara-negara kuasa besar dunia itu
turut dilapor memiliki peluru berpandu balistik jarak jauh yang mampu sampai pada jarak yang
mampu merentas antara benua. Rusia dengan peluru berpandu SS-18 Satan dilaporkan mampu
mencapai jarak sejauh 16,000 kilometer (km) diikuti China dengan (DF-5A) yang mampu
sampai pada jarak 13,000 km, diikuti Amerika dengan Trident D5 yang mampu sampai pada
jarak 11,300km. ( Utusan Online 13.01.14)

Pandangan Mengenai Realisme
Realism adalah satu tindakan yang tidak begitu sesuai digunakan oleh sesebuah negara
yang mementingkan kuasa. Hal ini kerana teori ini telah merendahkan konsep idealism dan
demokratik dalam masalah dunia. (Jackson dan Sorensen, 2005:126). Bagi pendpat saya dalam
hubungan antarabangsa ini teori realism terlalu sempit yang ingin kekuasaan semata-mata agar
negara tunduk dengan tindakan mereka contoh dalam aspek ekonomi da sosial dimana kita
bergantung kepada mereka. Realisme begitu jelas di amalkan oleh Amerika Syarikat dan juga
sekarang China juga sudah mulai menjadi negara yang inginkan kuasa.
Amalan realisme ini kurang tepat kerana ia terlampau menjaga kepentingan sendiri dan
bersikap tamak untuk memiliki kuasa supaya mereka dilihat sebagai negara yang kuat dan tidak
dapat menandingi kekuasaan mereka. Dalam sistem antarabangsa yang bersifat rdapat satu lagi
konsep anarki, terdapat dalam sistem antarabangsa yang bersifat anarki, terdapat satu lagi konsep
yang dipegang oleh realis iaitu bantuan kendiri. Hal ini menunjukkan mereka bahawa telah
melahirkan sikap tidak mempercayai dengan negara negara-negara di dunia yang lain . oleh hal
demikian negara itu akan mengutamakan keselamatan negara mereka terlebih dahulu sebelum
menerima atau berinteraksi dengan negara yang lain.
Akan tetapi sikap realism ini juga mempunyai kebaikannya dalam pemerintahan sesetiap
negara, supaya negara ini tidak mudah ditindas oleh negara lain. Dengan cara sebegini mereka
menunjukkan kekuasaan mereka dari segi militari yang hebat. Sikap berlumba-lumba untuk
mendapat kekuasaan ini juga ada baiknya. Dimana mereka akan berusaha mengubah kedudukan
mereka dengan mencipta sesuatu yang berkuasa seperti nuclear dan ini menyebabkan
perlumbaan senjata yang berlaku dalam kalangan negara berkuasa besar seperti Amerika
Syarikat, Iran, China, Soviet Union. Akan tetapi, bagi negara lain mereka tidak dibenarkan
membuat senjata nuclear seperti negara mereka. Hal ini kerana mereka menganggap ia akan
menggugat kedudukan mereka sebagai negara yang berkuasa yang tidak dapat ditandingi oleh
negara-negara yang kecil yang lain.
Realism perlu difahami bahawa dunia anarki ini dan setiap negara mempunyai
kedaulatannya bagi meningkatkan kuasa. Misalnya, ketika perang dunia kedua, pihak sekutu
menang sekaligus membuat Amerika Syarikat dan Soviet Union sebagai kekuatan yang besar.
Ing Dua negara ini pada mulanya mempunyai jalinan baik ini kemudiann saling melawan. Antara
negara ini kerana kekutan yang besar
Sebagai kesimpulannya, sesebuah negara itu perlu menggunakan teori realism secara
baik. Diamana hubungan Antara negara tidak terjejas berikutan kuasa. Sesbuah negara haruslah
mempunyai kekutan sendiri agar tidak ditidas oleh negara lain. Realisme ini mempunyai pro dan
kontranya. Dimana yang pro nya ialah sesebuah negara yang kuat sukar untuk ditindas oleh
negara lain dan mengikut perintah sahaja. Dan yang kontranya ialah negara yang lemah akan
selalu ditindas seperti Iran dengan Israel dimana berlaku perebutan negara dan umat islam
sentiasa ditindas. Berikutan Israel mendapat sokonga dari negara kuasa besar iaitu Amerika
Syarikat maka, isu ini sukar untuk diselesaikan oleh PBB (Perubuhan Bangsa-bangsa Bersatu).
Negara berkuasa besar dunia haruslah adil dalam kuasanya untuk melindungi negaa yang lemah
dari negara lain yang berkuasa sama hebatnya. Contoh Amerika, Soviet Union, dan sebagainya.



























rujukan
1. Joseph Frankel.,Teori Antarabangsa Sezaman dan Tingkah laku
Manusia.,terjemahan,.Md.Janib Johari. Dewan Bahasa dan Pustaka,1994.

2. Nor Azizan Idris, Zairina Othman & Rashila Hj Ramli. Konstruktivisme Sosial dan
Hubungan Antarabangsa Malaysia. Jurnal UKM. 81(1):39-50

3. http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140113/lu_07/Amerika-Syarikat-
negara-paling-kuat-di-dunia#ixzz2wt285yyY









Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140113/lu_07/Amerika-
Syarikat-negara-paling-kuat-di-dunia#ixzz2wsqxkGGe
Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8343-senjata-nuklear-ancaman-besar-
kepada-dunia