Anda di halaman 1dari 21

SEJAUH MANAKAH PENGETAHUAN

INTEGRITI GURU DAPAT MELAHIRKAN


INSAN GURU YANG DIASPIRASIKAN OLEH
NEGARA

AHLI KUMPULAN : RASHIDAH BT ZAKARIA
NAHIMAH BT IJON
FARIDAH BT CHE DIN

Pensyarah Pembimbing:
EN. MOHD MASHOR B. MUSTAFA
Integriti
kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu
pada individu dan organisasi pendidikan berlandaskan
etika dan piagam pelanggan berdasarkan sistem dan
proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik.

integriti guru = melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan mengikut kepentingan umum.

tidak boleh menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri,
keluarga, saudara mara atau kroni.
integriti menjadi asas kepada pembentukan masyarakat
negara bangsa yang hendak dilahirkan.

Melalui teras membangunkan Modal Insan, Malaysia
berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang berpegang
kepada sistem nilai, berdisiplin, bersahsiah mulia dan
mempunyai jati diri yang kukuh.

Dalam teras Memartabatkan Profesion Keguruan, integriti
merupakan dorongan dalaman agar guru melaksanakan
amanah mendidik anak bangsa sebaik-baiknya serta
berusaha meningkatkan keupayaan diri

MENGAPA NILAI, ETIKA DAN INTEGRITI
SANGAT PENTING?
Kepada Individu membina jati diri, identiti dan
personaliti setiap individu.

Kepada Masyarakat menentukan kewujudan
sebuah masyarakat bertatasusila, ikatan hidupan
berdasarkan kesopanan, saling menghormati dan
lestari.




Kepada Organisasi memastikan penyampaian
perkhidmatan terbaik, pengamalan tadbir urus terbaik,
membina imej dan keyakinan skateholders dan juga
pelanggan

Kepada negara faktor yang menentukan jatuh
bangunnya sesebuah institusi pentadbiran,
pemerintahan, kerajaan dan ketamadunan negara

Guru sebagai penjawat awam perlu mempunyai nilai dan integriti dari segi:

Keunggulan peribadi amanah, ikhlas, disiplin,
dedikasi.
Utamakan pelanggan berbudi mulia, sabar, sopan,
penyayang
Nilai kepimpinan adil, berani, cekap, motivasi, misi,
visi
Nilai profesionalisme berilmu, intelek,
kreativiti,inovasi
Nilai produktiviti produktif, kuantitatif, kualitatif
Nilai keagamaan beriman, bertaqwa, bersyukur,
berjihad

Ciri-ciri guru berintegriti :-

Keadilan dalam mendidik.

Berakhlak mulia

Ikhlas dalam mendidik

Profesional dan peka dengan perkembangan
pendidikan

Amanah mengikut kepentingan awam.
Pengetahuan guru tentang integriti akan melahirkan insan guru yang diaspirasikan oleh
negara
Bersifat profesional dan peka dengan segala
perkembangan pendidikan
Seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.
guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran asas sebagai
pendidik danmemahami Pengetahuan Kandungan Pedagogi.
Mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat-cari,
mengkaji dan menyelidik ilmu dan kemahiran pengajaran bagi-
menyampaikan ilmu pengetahuan-semua guru perlu rajin mencari,
meneliti dan membuat penyelidikan


hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai
kemahiran menggunakan internet untuk memperoleh
maklumat tentang perkembangan matematik dan
pedagogi pengajaran masa kini di samping
membimbing murid-murid menggunakan internet
sebagai Pengajaran & Pembelajaran.

perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di
dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart
Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan
pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT.

guru yang berintegriti perlu memastikan diri mereka
lengkap dengan segalakemahiran dan pengetahuan
untuk mendidik para pelajar mereka.

Amanah mengikut kepentingan awam

amanah = amanat sesuatu yang dipercayakan kepada
orang(Kamus Dewan edisi Ketiga)
guru akan mengambil berat dalam aspek
i. Tugas-tugas pengajaran
- ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban
p & p dan bimbang tentang perasaan murid
terhadap guru.

ii. Impak pengajaran
- ambil berat dan yakin terhadap kebolehan pelajar
- guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan
penambahbaikan




Guru harus memaksimumkan ruang yang ada bersama
generasi pelapis negara

memastikan anak harapan negara terdidik sempurna.


melahirkan generasi yang berkualiti pada masa akan
datang
Berakhlak mulia

gurulah yang menjadikan para pelajar seorang yang berguna kepada
masyarakat dan negara.

Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan
instrumental.

guru wajib mempunyai pekerti mulia yang bukan saja
menjamin kecemerlangan pendidikan, juga sebagai modal
mentarbiahkan insan.

guru adalah contoh terbaik kepada pelajar. Para
pelajar cenderung meniru atau mencontohi tingkah laku
mereka.

guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi,
profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya
dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna.

Secara tidak langsung, guru akan dapat memupuk
beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-
amalannya di dalam bilik darjah dan melahirkan para
pelajar yang berakhlak mulia sekali gus melahirkan
bangsa yang bertamadun.
Ikhlas dalam mengajar

ikhlas - amalan hati iaitu melakukan sesuatu semata-mata mencari
keredhaan Allah SWT, tanpa dicampuri dengan tujuan lain.

Guru yang ikhlas sanggup berkorban masa dan tenaga
dan mempunyai sikapmembantu dan menyampaikan seberapa
banyak ilmu kepada murid-muridnya.




Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin
supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar
bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu
sekaligus melahirkan bangsa yang berkualiti.

Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah
menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara
kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi
pelajar dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial bagi mencapai pendidikan bertaraf
antarabangsa

Kesimpulan

Guru yang mempunyai pengetahuan tentang integriti
akan :
a)Sedar atas perubahan
b)Minat pada perubahan
c)Mengenali pembawa perubahan
d)Mengurus perubahan
e)Menilai kesan perubahan
f)Bekerjasama dengan rakan
g)Membuat penambahbaikan

Tumpuan perhatian terhadap pelajar

Memenuhi keperluan pelajar

Mementingkan perkembangan pelajar dr segi rohani,
intelek,emosi & jasmani

Mengeratkan hubungan dgn pelajar, prihatin &
mendengar pandangan pelajar.

Mewujudkan suasana kondusif,memahami pelajar
secara individu, berempati & memenuhi keperluan
akademik & emosi pelajar


Dalam memartabatkan Profesion Keguruan, integriti mer
upakandorongan dalaman agar guru melaksanakan
amanah mendidik anak bangsa serta berusaha
meningkatkan keupayaan diri.

Guru perlu telus dan tulus dalam memikul
tanggungjawab terhadap ketua, orang bawahan dan
pihak lain.

Guru berintegriti akan melaksanakan tugas dengan
amanah dan prihatin serta penuh kasih sayang, juga
bersikap positif dalam menyelesaikan masalah.


Dalam teras Membina Negara Bangsa, integriti menjadi
asas kepada pembentukan masyarakat negara bangsa
yang hendak dilahirkan.

Melalui teras Membangunkan Modal Insan, hasrat
kementerian adalah untuk melahirkan masyarakat yang
berpegang kepada sistem nilai, disiplin, bersahsiah
mulia, berakhlak tinggi dan jati diri yang kukuh.




JADILAH
GURU BERINTEGRITI
CEMERLANG
SEPANJANG MASA

Anda mungkin juga menyukai