Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

20 MAC 2014

1


SEKOLAH KEBANGSAAN SENA
01000 KANGAR, PERLIS.
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Tarikh : 13 Mac 2014
Masa : 1.40 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Sk Sena
Pengerusi : Puan Hajah Noridah Binti Haji Hamdan (Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum)
Kehadiran : Seperti Lampiran

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang komited hadir ke mesyuarat guru pada
hari ini.

2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Puan Rashida Binti Hasim membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
2.2 En. Hafis Bin Mazlan mengesahkan minit mesyuarat tersebut.

3.0 PUAN HAJAH NORIDAH BINTI HAJI HAMDAN (PENOLONG KANAN TADBIR DAN KURIKULUM)
3.1 pengerusi memaklumkan pengisytiharaan harta benda harus dilakukan bagi kenaikan pangkat
(DGA32DGA34, DGA41DGA 44)
Tindakan : Guru Berkenaan
3.2 Guru perlu mengisi SAPS pada atau sebelum 1 April 2014.
Tindakan : Semua Guru
3.3 Guru yang belum mengemaskini maklumat e-Operasi perlu dilakukan segera
Tindakan : Guru Yang Berkenaan
3.4 Saringan Linus Bahasa Inggeris
Tindakan : Guru Berkenaan
3.5 Majlis Belia menjemput murid sekolah kita menyertai Summer Camp Antarabangsa yang akan
diadakan di Negeri Perlis. Diberi keutamaan kepada murid Lompat Tali dan Tarian Endang.
Tindakan : Guru Berkenaan
3.6 Jadual Baru akan berkuatkuasa pada hari Isnin bersamaan 17 Mac 2014.
Tindakan : Semua Guru

4.0 ENCIK ZUBIR BIN GHAZALI (PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)
4.1 Guru yang bertugas pada setiap hari harus mengisi buku laporan Penerapan Nilai Murni
Tindakan : Guru Bertugas
4.2 Guru bertugas haruslah menjalankan Program Guru Penyayang pada setiap pagi dengan mengalu-
alukan kedatangan murid.
Tindakan : Guru Bertugas
4.3 Guru kelas perlu meraikan hari lahir murid (Program Guru Penyayang)
Tindakan : Guru Kelas
4.4 Program Mentor Mentee dijalankan pada hari rabu minggu pertama setiap bulan
Tindakan : Guru Berkenaan
4.5 Guru RMT perlu mengemaskini fail Program Susu kerana Kementerian akan membuat lawatan pada
bulan April
Tindakan : Guru RMT
4.6 Kehilangan Kamus Besta
Tindakan : Guru Disiplin

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
20 MAC 2014

2


5.0 PUAN NORMA BINTI ISHAK (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
5.1 Buku pelaporan Unit Beruniform, Kelab Dan Persatuan, dan Permainan diserahkan kepada PK
Kokurikulum atau Setiausaha Kokurikulum sebelum cuti.
Tindakan : Guru Berkenaan
5.2 Semua guru dijemput hadir ke Majlis Penutup Kejohanan Balapan dan Padang MSSPs di Stadium Mini
SMK Syed Hassan bermula jam 2.30 petang.
Tindakan : Semua Guru

6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Encik Roslan Bin Yatim (Guru Besar) mengingatkan kepada semua guru mengenai perjumpaan dengan
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis pada 18 Mac 2014 (Selasa) jam 2.00 petang di Dewan
Warisan, Kolej Vokasional Kangar, Perlis.

6.2 Guru Kelas 3D yang baru ialah Encik Abdul Hadi Bin Abdul Halim

Mesyuarat ditangguh pada jam 2.40 petang

Disediakan Oleh:



........................................................................
(ENCIK SHAGUL YUHANIS BIN MOHD YUSUF)
Guru Bertugas Mingguan
Sekolah Kebangsaan Sena
Disemak Oleh



.............................................................
(PUAN HJH NORIDAH BT HJ HAMDAN)
Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Sena


SEKOLAH KEBANGSAAN SENA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
20 MAC 2014

3

Nama Mesyuarat : Mesyuarat Guru
Tarikh : 13 Mac 2014
Tempat : Bilik Mesyuarat Sk Sena

MS PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
1 3.1 Pengisytiharaan harta benda harus dilakukan bagi kenaikan pangkat (DGA32DGA34,DGA41DGA 44) Guru Berkenaan
Telah
Dimaklumkan
1 3.2 Guru perlu mengisi SAPS pada atau sebelum 1 April 2014. Semua Guru
Telah
Dimaklumkan
1 3.3 Guru yang belum mengemaskini maklumat e-Operasi perlu dilakukan segera Guru Berkenaan
Telah
Dimaklumkan
1 3.4 Saringan Linus Bahasa Inggeris Guru Berkenaan
Telah
Dimaklumkan
1 3.5
Majlis Belia menjemput murid sekolah kita menyertai Summer Camp Antarabangsa yang akan diadakan di
Negeri Perlis. Diberi keutamaan kepada murid Lompat Tali dan Tarian Endang.
Guru Berkenaan
Telah
Dimaklumkan
1 3.6 Jadual Baru akan berkuatkuasa pada hari Isnin bersamaan 17 Mac 2014. Semua Guru
Telah
Dilaksanakan
1 4.1 Guru yang bertugas pada setiap hari harus mengisi buku laporan Penerapan Nilai Murni Guru Bertugas
Telah
Dimaklumkan
1 4.2
Guru bertugas haruslah menjalankan Program Guru Penyayang pada setiap pagi dengan mengalu-alukan
kedatangan murid.
Guru Bertugas
Sedang
Dilaksanakan
1 4.3 Guru kelas perlu meraikan hari lahir murid (Program Guru Penyayang) Guru Kelas
Telah
Dimaklumkan
1 4.4 Program Mentor Mentee dijalankan pada hari rabu minggu pertama setiap bulan Guru Berkenaan
Sedang
Dilaksanakan
1 4.5
Guru RMT perlu mengemaskini fail Program Susu kerana Kementerian akan membuat lawatan pada bulan
April
Guru RMT
Sedang
Dilaksanakan
2 5.1
Buku pelaporan Unit Beruniform, Kelab Dan Persatuan, dan Permainan diserahkan kepada PK Kokurikulum
atau Setiausaha Kokurikulum sebelum cuti.
Guru Berkenaan
Telah
Dimaklumkan

Anda mungkin juga menyukai