Anda di halaman 1dari 4

Dalam kajian yang kami buat iaitu perkhidmatan di pusat sumber IPG Kampus Gaya,

kami telah berjaya mendapatkan maklum balas daripada 100 pelajar dalam kampus ini.
Kami mendapati bahawa hanya 5 opsyen sahaja yang memberikan maklum balas kepada
kami iaitu terdiri daripada opsyen Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (TESL), Bahasa
Cina (PC), Pendidikan Seni Visual (PSV) dan Matematik (MATH). Jumlah pelajar yang
membuat maklum balas ini bagi opsyen BM iailah 18 orang, opsyen TESL seramai 46 orang,
opsyen PC seramai 11 orang, opsen PSV seramai 8 orang dan akhirnya 17 orang dari
opsyen MATH. Selepas berbincangan antara ahli kumpulan, kami berpendapat bahawa
bilangan pelajar dari TESL adalah paling ramai kerana dalam institut ini opsyen bagi kelas
TESL adalah paling banyak, manakala bagi opsyen PSV pula bilangan mereka adalah
paling sedikit kerana dalam institut ini kelas PSV hanya adalah 1 kelas sahaja.


Selain itu, kami telah mendapati bahawa kekerapan mereka untuk mengunjungi
pusat sumber dalam sebulan. Bagi pelajar yang hanya mengunjungi ke pusat sumber 1
hingga 3 kali dalam sebulan adalah seramai 38 orang pelajar. 29 orang pelajar yang
mengunjungi 4 hingga 7 kali dalam sebulan. 16 orang pelajar telah pun mengunjungi ke
pusat sumber sebanyak 8 hingga 10 kali dalam sebulan. Terdapat juga 11 orang pelajar
yang mengunjungi ke pusat sumber institute lebih dari 10 kali dalam sebulan. Manakala,
mempunyai segelintir pelajar yang tidak pernah masuk ke pusat sumber dalam sebulan,
mereka adalah sebanyak 6 orang.




Dalam 100 orang pelajar, kami juga dapat mengetahui tentang agama pelajar yang
membuat maklum balas ini. Terdapat 14 orang pelajar yang beragama Islam, 37 orang
pelajar yang beragama Kristian, 47 orang pelajar yang beragama Buddha dan 2 orang
pelajar yang mempunyai agama lain. Tambahan lagi, terdapat seramai 69 orang perempuan
dan 31 orang lelaki yang membuat maklum balas ini. Mereka adalah terdiri daripada 11
orang melayu, 70 orang cina, 2 orang India dan 16 bangsa lain. Di sini kita boleh tahui
bahawa pelajar yang memberikan maklum balas ini adalah beragama Buddha dan



Seterusnya, kami juga mengetahui bahawa tujuan mereka mengunjungi ke pusat
sumber. Seramai 64 orang pelajar pergi ke pusat sumber adalah untuk membuat rujukan
bahan di sana, 30 orang pelajar untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan pusat
sumber, 61 orang pelajar untuk mencari maklumat yang diperlukan dan 62 orang pelajar
bertujuan untuk meminjam buku dari pusat sumber. Di sini kita boleh mendapati bahawa
tujuan kebanyakan pelajar mengunjungi ke pusat sumber adalah untuk membuat rujukan di
pusat sumber.
Selain itu, kami juga mengumpul beberapa cadangan untuk penambahbaikan tahap
perkhidmatan pusat sumber iaitu :
a) Cadangan untuk menyediakan lokar berkunci.
b) Membaiki perkhidmatan wifi. Membuat lebih byk program agar pelajar lebih tertarik
untuk menggunakan pusat sumber.
c) Masa perkhidmatan boleh dipanjangkan lagi.
d) Kemudahan wifi di perpustakaan mesti dibaiki. Pusan sumber yang lengkap dan
sempurna bukan sahaja mengandungi bahan rujukan buku, kemudahan internet
membolehkan pelajar mengakses lebih banyak rujukan.
e) Saya cadangkan pihak tertentu menambah bilik
f) Boleh update terbitan berkala semasa ke semasa...banyakkan lagi koleksi terbitan
berkala
g) Baiki sistem wifi
h) Sistem pengurusan.kadang-kala sistem komputer 'down'.waktu operasi
dilanjutkan...boleh tambah byk lagi perkhidmatan seperti fotostat. Kemudahan
komputer meja utk melayari internet...
i) Meluaskan ruang dalam pusat sumber
j) Menambah buku tentang berkaitan dengan kssr
k) Perkhidmatan wifi, banyakkan lagi koleksi buku
l) Memperbanyakkan lagi buku buku rujukan
m) Waktu operasi dibuka pada hari sabtu. Buka pada waktu malam (isnin-sabtu).
Memasang mesin fotostat di pusat sumber.
n) Pihak pengurusan pusat sumber harus memperbanyakkan lagi bilangan buku bagi
rujukan am.
o) Secara keseluruhan adalah amat memuaskan. Cuma bahan rujukan masih boleh
dipelbagaikan lagi untuk tujuan membuat rujukan semasa melaksanakan tugasan
projek.
p) Perkhidmatan wifi
q) Memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan harian
r) Secara keseluruhannya, perkhidmatan pusat sumber amat baik tetapi boleh
ditambahbaik dari segi koleksi buku rujukan. Terima kasih.
s) Lebihkan pilihan buku di dalam perpustakaan.
t) Ruang perbincangan diluaskan..perkhidmatan lcd utk kuliah di pusat sumber.ruang
bacaan dibanyakkan lagi..koleksi buku rujukan..susunan buku di rak agak
terselerak...
u) Memerlukan pencahayaan yang lebih

Sebagai kesimpulan, selepas perbincangan antara ahli kumpulan, kami berpendapat
bahawa perkhidmatan pusat sumber masih boleh menambahbaikan dengan
menyediakan lokar berkunci untuk menyimpan beg pelajar. Hal ini kerana rak yang
disediakan di luar pintu tidak berkunci dan barang berharga senang diambil oleh orang
lain pada bila-bila masa. Ini juga akan menjamin barang pelajar sentiasa dalam keadaan
yang selamat. perkhimatan wifi yang telah rosak juga perlu diperbaiki kerana pelajar
yang masuk ke pusat sumber biasanya mereka akan membuat ulang kaji dan mencari
maklumat. Oleh itu, kemudahan wifi amat diperlukan supaya dapat memudahkan kerja
elajar. Tambahan lagi, ruang pusat sumber juga perlu diperluaskan untuk menampung
pelajar yang begitu ramai di institut ini. Oleh itu, pihak pusat sumber diharapkan dapat
membuat penambahbaikan atas perkhidmatan yang diberi supaya dapat memudahkan
pelajar mendapatkan maklumat dan belajar di pusat sumber.

Anda mungkin juga menyukai