Anda di halaman 1dari 11

refleksi Bina Insan Guru 2 (part 1)

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada bulan Januari 2001 untuk memenuhi
keperluan Latihan Perguruan Pra perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekankan
unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru.
Model konseptual Pendidikan Guru yang mengandungi elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan
emosi diberi penekanan dalam program ini.

Satu sukatan pelajaran yang standard bagi semua program pra perkhidmatan
di Institut Pendidikan Guru (KDPM/KPLI/KPLI-SR/KPLSPM) telah disediakan untuk
program ini. Semua pelajar pra perkhidmatan diwajibkan bagi melayakkan mereka
ditauliahkan dengan Diploma perguruan Malaysia. Sukatan pelajaran ini
mengandungi tiga menu utama iaitu Konsep dan Ciri-Ciri Pembinaan Insan Guru,
Pembangunan Insan guru serta Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru.

Tujuan utama Program Bina Insan Guru (BIG) diadakan adalah untuk menunjukkan ciri ciri
insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Meningkatkan semangat berpasukan
dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
Disamping itu dapat meningkatkan katahanan fizikal dan mental. Para guru pelatih juga dapat
meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan
masyarakat dan meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan .
Akhirnya, dapat meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui
amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.



2.0 MATLAMAT

Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan
insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai
ketahan fizikal dan mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta
negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

3.0 OBJEKTIF

1) Memupuk kesediaan berbakti secara sukarela kepada komuniti.

2) Memupuk kerjasama dan kerja sepasukan.

3) Membina hubungan sosial dengan masyarakat dan komuniti setempat.

4) Mendedahkan pelajar-pelajar kepada pelbagai persekitaran komuniti

5) Melatih pelajar-pelajar menjadi peka kepada komuniti, persekitaran, budaya, taraf
hidup serta keperluan pendidikan komuniti.

4.0 Jadual Perlaksanaan BIG Siri 2

Tarikh : 23.Julai.2011

Masa Aktiviti
7.30 pagi Para guru pelatih yang terlibat berkumpul di
hadapan Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce
(TAZA).
Taklimat ringkas daripada Penyelaras Program
BIG, Encik Michael Tarang Jelaming.
7.45 pagi Tiba di Pra-sekolah Institut Pendidikan Kampus
Batu Lintang.
Kehadiran para guru pelatih diambil. (Peralatan
yang diperlukan dibawa ke lokasi)
Para guru pelatih yang terlibat dibahagikan kepada
beberapa kumpulan untuk pembahagian tugas
khidmat masyrakat yang pelu dilaksanakan.
8.15pagi Para guru pelatih melaksanakan tugasan yang
telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-
masing.
Tugasan dikategorikan kepada dua iaitu, aktiviti di
luar dan di dalam.
Antara aktiviti luar yang dilakukan oleh para guru
pelatih adalah mencuci longkang,
mencabut/mencantas rumput,mencangkul tanah
dan lain-lain.
Antara aktiviti dalam yang dilaksanakan pula ialah
seperti mengemas bilik darjah pra-sekolah,
mencuci tingkap, membersihkan bilik stor dan
dapur dan sebagainya.
10.00pagi Sarapan pagi disediakan.
Para guru pelatih berehat sebentar untuk menjamu
sarapan pagi yang telah disediakan.
11.00pagi

Para guru pelatih mengemas sisa-sisa sarapan
pagi bersama dan melaksanakan tugas masing-
masing semula.
1.30petang Setelah siap melaksanakan semua aktiviti-aktiviti
tersebut, para guru pelatih mula membersihkan
lantai serta jalan tar yang kotor disebabkan sisa-
sisa tanah di prasekolah tersebut.
Aktiviti murai juga dilakukan oleh para guru
pelatih.
2.00petang .Para guru pelatih mengemas dan membersihkan
semua peralatan yang telah digunakan.
Semua peralatan yang telah dibersihkan disimpan
dengan baik di tempat asal.
2.15petang Semua guru pelatih yang terlibat diarahkan untuk
berkumpul di depan Pra-sekolah.
Para guru pelatih berkumpul mengikut kumpulan
dan kehadiran diambil semula.
Ucapan penghargaan ringkas oleh Encik Michael
Tarang Jelaming.
2.30petang Nyayian lagu
Negara Ku
IPG Batu Lintang
Ibu Pertiwiku
Bersurai



5.0 Kandungan (sebelum, selepas dan semasa BIG siri 2)

Sebelum Bina Insan Guru Siri 2

Kami mendapat surat pemberitahuan
mengenai program yang akan dilakukan
pada hujung minggu nanti
Kami juga berbincang semasa sesi
tutorial bersama-sama tutor tentang baju
yang seragam yang perlu dipakai pada
hari tersebut. Kami telah bersetuju untuk
memakai baju T kelas yang berwarna
biru.
Kami juga mendapat serba sedikit
makluman tentang masa dan tempat
berkumpul melalui ketua kumpulan.
Semasa Bina Insan Guru Siri 2

Kami mendengar penerangan
daripadaEn. Michael Tarang Jelaming
tentang pembinaan portfolio. Kami juga
turut membahagikan ntugas masing-
masing

Mendengar taklimat mengenai tugas-
tugas yang akan dilakukan nanti.
Selepas Bina Insan Guru Siri 2

Membuat refleksi individu
Mengumpulkan gambar-gambar tentang
aktiviti yang telah dijalankan.
Berbincang dengan rakan-rakan tentang
cara pembinaan portfolio.
Menghantar portfolio



6.0 REFLEKSI INDIVIDU (SITI MIRANI BINTI CHE RAHIM)

Bina Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti
oleh setiap penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di
institut pendidikan guru Malaysia kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina
jati diri pelajar yang mantap dari segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi,
dan juga memberi sedikit pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang situasi-situasi
yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang terutamanya kepada mereka
yang ditempatkan di kawasan pedalaman.

Pertama kali menjejakkan kaki ke prasekolah IPGKBL meninjau kenangan
silam semasa masih bergelar seorang pelajar tadika. Sekolah ini sangat cantik dan
berwarna-warni. Saya dan rakan-rakan berkumpul di dalam kelas prasekolah
bersama-sama guru-guru pelatih daripada kumpulan pengajian lain dalam program
yang dinamakan Bina Insan Guru (BIG). Untuk BIG kali ini (siri 1/ 2011), guru-guru
pelatih yang terlibat ialah dari PISMP PA/AQ dan KS Ambilan Jan 2011. Saya
berasa sangat seronok kerana dapat menjalankan aktiviti bersama guru-guru pelatih
yang sungguh kreatif dan bersemangat.

Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah.
Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat
menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga
menekankan manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas
bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan
terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru
perlulah sentiasa up to date dengan mengamalkan adab-adab yang terpelihara.

Saya sebagai seorang guru pada masa hadapan dapat mempelajari pelbagai
aspek pengalaman dengan adanya Program Bina Insan Guru ini. Terima kasih tidak
terhingga En. Michael Tarang Jelaming yang banyak membimbing saya sebagai
pelajar di IPGM Kampus Batu Lintang. Tanpa tutor sehebat beliau siapalah saya dan
terima kasih juga kepada Cik Florence Teo Tze Chin dan Pn. Tay Meng Guat
sebagai tutor kelas saya yang menjadi tonggak utama penyuntik semangat kepada
saya dan rakan sekelas semasa menjalankan aktiviti khidmat masyarakat bina insan
guru siri 2. Setiap aktiviti dalam Program Khidmat Masyarakat yang telah di
jalankan di prasekolah IPGKBL, telah menyedarkan saya sebagai seorang guru
yang perlu menyedari apakah itu tugas sebenar sebagai seorang guru kelas, yang
bukan tugasnya hanya meliputi tugas pengajaran dalam kelas sahaja tetapi meliputi
segala aspek samaada luar atau dalam kelas termasuk apkek kebersihan.

Sepanjang program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri
setiap guru pelatih yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain
membersih kawasan prasekolah tersebut. Persiapan sebelum program berlansung
juga dilakukan, dimana saya dan rakan-rakan membuat tinjaun di tapak yang akan
kami bersihkan. Sebagai seorang guru pelatih, saya perlu membuang satu-satunya
kelemahan diri saya iaitu perasaan malu untuk berkomunikasi dengan dengan
masyarakat. Semasa menjalankan kerja, saya turut bersama-sama guru dan
pembantu prasekolah untuk membersihkan kawasan dalaman prasekolah tersebut.

Saya dan rakan-rakan mendengar penerangan daripada guru dan pembantu
prasekolah sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan. Kami ditugaskan untuk
menghias meja-meja di prasekolah tersebut, memenuhi sudut-sudut info yang masih
kosong dengan info-info yang bersesuaian untuk pelajar prasekolah. Kami juga
ditugaskan untuk mengemas bahagian dapur dan membersihkan semua rak-rak
buku dan menyusun semua alatan di dalam prasekolah dengan baik. Rakan-rakan
lain pula, ditugaskan untuk membuat mengatur batu bata dan membuat batas bagi
menanm pokok bunga. Mereka bersama-sama berkerjasama bagi memindahkan
tanah ke dalam batas batu bata di sepanjang kawasan pagar prasekolah dan
melakukan kerja pembersihan longkang di sepanjang kawasan prasekolah tersebut.

Tiada kata pengeluhan atau kata tidak yang keluar dari mulut kami, tetapi apa
yang ada hanyalah kami boleh melakukannya. Malah, saya dan rakan-rakan juga
membersihkan tandas, mengelap tingkap, memotong rumput dan mengemop lantai.
Setiap aktiviti yang dilakukan saya rasa itu masih belum mencukupi bagi program ini.
Pada pendapat saya, saya rasa Program Bina Insan Guru ini perlu dijalankan lebih
ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi
pendidikan di masa hadapan. Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh jika
saya di minta melakukan tugas seumpama ini. Dalam pemikiran saya apabila
posting nanti mungkin saya akan di hantar mengajar di kawasan pendalaman yang
mempunyai kawasan yang kurang bersih dan di situlah tugas saya yang akan
menyedarkan orang kampung tentang apakah pentingnya kebesihan itu. Saya akan
menganjurkan pelbagai program seperti gotong-royong dan sebagainya.

Bagi saya tiada apa yang mampu mengancam semangat saya sebagai
seorang guru pelatih yang akan bergelar seorang guru tidak lama lagi. Melalui
program ini saya dapat belajar cara yang baik untuk membimbing para pelajar pada
masa hadapan dalam bidang pendidikan kurikulum dan kokurikulum. Program ini
juga membantu saya untuk memantapkan jati diri saya dan membentuk peribadi
mulia. Selain itu, program ini juga membantu saya untuk menjadi setanding modal
insan kelas pertama yang mantap dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial.
Saya juga belajar cara-cara yang betul untuk menghiaskan bilik darjah dan
menyusun bilik darjah . Saya berharap segala ilmu ini akan dapat saya aplikasi
apabila saya bergelar seorang guru pemulihan pada masa hadapan.

Saya juga amat bersyukur kerana program bina insan ini dilaksanakan di
prasekolah kerana sebagai seorang guru pemulihan saya dapat berbual-bual
dengan guru prasekolah tersebut dan mendapat info-info berguna tentang masalah
para pelajar saya pada masa hadapan. Hal ini kerana, para pelajar akan
dimasukkan ke dalam kelas pemulihan sekiranya mereka gagal menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M), semasa berada di
prasekolah. Oleh itu, saya haruslah mengajar daripada peringkat kemahiran asas
paling bawah supaya mereka juga dapat menguasai kemahira 3M dan dapat berada
di dalam kelas perdana bersama-sama rakan-rakan lain. Antara nasihat yang saya
dapat perolehi daripada guru prasekolah tersebut adalah, mengajar para pelajar dari
senang kepada sukar, konkrit kepada abstrak. Antara tip-tip mengajar yang saya
perolehi pula adalah, kaedah belajar melalui bermain. Kaedah ini amat berkesan
apabila diberi peneguhan positif contohnya hadiah. Hal ini kerana, memang fitrah
seorang pelajar untuk bermain.

Selepas menyiapkan semua tugasan di bahagian dalam prasekolah tersebut,
saya turut membantu rakan-rakan yang kelihatan kepenatan mengangkat tanah.
Walaupun sangat penat mereka kelihatan sangat gembira. Kedengaran suara
mereka sangat riuh sekali. Kami bersama-sama bekerjasama membantu antara satu
sama lain. Selepas itu, kami makan bersama-sama. Seorang pelajar telah membaca
doa dan kami makan. Saya sangat berterima kasih kepada semua tutor-tutor
kumpulan, En. Michael Tarang Jelaming dan semua warga prasekolah yang banyak
memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berguna kepada saya dalam
meningkatkan keupayaan diri dalam pembentukkan seorang guru yang berguna
pada masa hadapan. Cuma saya masih lagi mempunyai kelemahan dalam
perhubungan sosial ketika bergaul dengan rakan-rakan kumpulan lain terutama
guru pelatih yang terdiri dari kaum adam. Tetapi saya telah cuba sedaya upaya
meningkatkan dan mempelajari bagaimana cara untuk meningkatkan keupayaan
berinteraksi dengan mereka. Dalam program ini saya juga dapat berkenalan dengan
beberapa orang guru pelatih yang sebelum ini kami hanya sekadar membalas
senyuman sahaja.

Program pada hari ini telah ditutup dengan kehadiran En. Michael Tarang
Jelaming, pegawai dari Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Batu Lintang. Semua guru
pelatih yang terlibat diarahkan untuk berkumpul di depan Pra-sekolah.Para guru
pelatih berkumpul mengikut kumpulan dan kehadiran diambil semula. Ucapan
penghargaan ringkas oleh Encik Michael Tarang Jelaming diikuti nyanyian lagu
Negara Ku, IPG Batu Lintang dan Ibu Pertiwiku dan bersurai. Ucapan terima kasih
tidak terhingga saya ucapkan kepada Cik Florence, tutor kumpulan kami yang
bersama-sama semasa program ini berlansung. Program seumpama ini harus
dijalankan kerana memberi banyak manfaat kepada guru pelatih IPGM Kampus Batu
Lintang untuk keluar sebagai seorang bakal pendidik yang cemerlang, gemilang dan
terbilang pada masa hadapan. Program ini dapat mengeratkan sillaturrahim dan
ukhuwah sesama guru pelatih.

7.0 PENUTUP

Saya berpendapat, aktiviti yang dijalankan sepanjang program BIG ini adalah
sangat sesuai dan menyeluruh kerana saya dapati, ia dapat membina kemantapan
jasmani, kekuatan rohani dan juga ketahanan mental dan sosial. Maka, dengan
kemahiran-kemahiran yang diterapkan, tentunya dapat melahirkan seorang bakal
guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
fasilitator dan jurulatih kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang
bermanfaat sepanjang saya berada di prasekolah ini. Saya berjanji akan
mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan untuk kebaikan diri saya sendiri dan
juga orang lain. Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas kalian.
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya telah berjaya melaksanakan Bina Insan
Guru(BIG) sesi pertama bagi tahun 2009. BIG yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di Pulau
Poh, Tasik Kenyir. BIG yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam ini benar-benar telah
memberi saya banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan
seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan.
Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan yang
telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa saya sedar semua cabaran dan halangan
ini semua sebenarnya mempunyai motif yang sangat besar. Setiap perlakuan kami ketika
mengikuti BIG, para pensyarah pembimbing sentiasa awasi dan sentiasa memberi bantuan supaya
kami dapat mencapai motif tersebut.
BIG yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak
ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga
telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang
untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang proaktif,
fleksibel dan berkeyakinan tinggi.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah berkayak, water confident, jungle
trecking, latihan dalam kumpulan(LDK), memancing, masakan rimba, kawad kaki, BBQ, dan
malam persembahan. Pada mata kasar, boleh dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat
seperti satu aktiviti untuk berseronok. Namun, saya yakin bahawa semua aktiviti ini mempunyai
motif tersendiri dan hanya kami semua yang perlu lihat, kaji, dan aplikasikannya nanti.
Pada hari pertama, sebelum bertolak kami semua seramai 82 orang guru pelatih telah dibahagikan
kepada 6 kumpulan. Jika dilihat pada mata kasar, pembahagian kumpulan ini mungkin untuk
memudahkan sesuatu kerja sahaja. Namun, motif utamanya adalah untuk memberi peluang
kepada kami semua bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan mereka yang saya tidak
sempat kenal lagi sebelum ini. Keadaan ini jika dilihat dengan lebih terperinci adalah bertujuan
untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan sebenar profession perguruan yang sebenarnya
memerlukan seseorang guru itu berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang
mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Pendedahan seperti ini menjadikan saya lebih bersedia
apabila saya ditugaskan di tempat baru dimana tiada siapa lagi yang saya kenal sebelum ini.
Pada sebelah malamnya, Latihan Dalam Kumpulan(LDK) pula dilakukan. LDK yang dijalankan telah
banyak membantu saya untuk lebih yakin apabila bercakap dihapadan ramai. LDK ini telah
membantu saya untuk lebih berani melontarkan idea-idea saya dan bersedia untuk mendengan
kritikan atau pandangan dari pihak lain. Aktiviti ini juga telah membentuk saya menjadi seorang
yang lebih peka dan fokus terhadap seseorang yang melontarkan idea atau sedang berhujah.
Semua ini penting bagi saya kerana latihan seperti ini adalah satu perkara yang pasti dilalui oleh
seorang guru. Sebagai contoh apabila bermusyuarat saya pasti diberikan peluang untuk bercakap
dan memberikan idea kepada ahli lain dan mendengar idea-idea dari orang lain. Tanpa nilai murni
seperti ini, pasti saya tidak mampu untuk bekerjasama dengan guru-guru lain dan gagal
meneruskan agenda mesyuarat.
BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih yakin kepada kebolehan
diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Ketika aktiviti water confident, saya
terpaksa menyelam didalam air dan berenang di Tasik Kenyir. Walaupun saya tidak pandai
berenang dan takut pada mulanya,namun begitu dengan tunjuk ajar pensyarah dan juga
semangat yang diberikan oleh rakan-rakan saya akhirnya berjaya melakukannya juga. Kini saya
berasa lebih yakin untuk melakukan sesuatu kerana bagi sekarang saya faham bahawa sesuatu
perkara yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh lakukan sama ada seorang diri mahupun
dengan tunjuk ajar dari orang lain. Perkara yang menjadi tunjang utama adalah semangat yang
datang dari dalam diri dan jika saya mempunyai semangat itu, saya yakin saya mampu melakukan
perkara yang sukar. Jika dilihat dari segi yang lebih luas, perkara ini amat penting kerana sebagai
seorang guru saya pasti akan diberikan pelbagai tugas sama ada dalam sekolah atau diluar
sekolah. Jadi dengan adanya pendedahan seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih
yakin menghadapi tugasan, saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan tugasan yang
diberikan itu dengan sempurna dan jayanya.
Selain itu, saya juga dilatih untuk menjadi lebih bertolak ansur antara satu sama lain. Sebagai
contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan telah bergilir-gilir berkawal dikawasan
khemah bermula dari jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. Akiviti ini yang dilihat amat
memenatkan telah berjaya dilakukan apabila kami semua bertolak ansur untuk sama-sama
berkawal mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan. Saya dan seorang lagi
rakan yang telah diberikan tugas untuk berkawal pada jam 3 pagi telah berkawal di sekitar
khemah bagi menjaga keselamatan setiap ahli dari apa juga perkara yang mungkin boleh
membawa padah. Aktiviti seperti ini tidak mungkin berjaya jika ada ahli kumpulan yang
mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkawal apabila tiba giliran mereka tiba. Saya yakin,
suatu hari nanti pasti saya akan diberikan tugas oleh pihak atasan bersama guru-guru lain untuk
melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan kami bertolak ansur supaya matlamat perkara
tersebut dapat dicapai. Pendedahan awal ini telah menjadikan saya lebih bersedia menghadapi
semua perkara itu.
Kreativif dan fleksibel juga merupakan perkara penting dalam diri seorang insan bergelar guru.
Ketika menghadiri program BIG ini, saya telah dilatih untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel
dan kreatif dalam menghadapi sesuatu perkara. Ketika melakukan persiapan bagi malam
persembahan, kami semua telah berjaya mewujudkan satu persekitaran yang meriah dan
bertepatan dengan malam persembahan. Masa yang singkat yang diberikan untuk melakukan
persiapan itu menyebabkan kami semua lebih kreatif memberi idea bernas dan fleksibel dengan
suasana hutan tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di institut. Dekorasi yang dilakukan
menggunakan item-item yang berada dihutan dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan bagi
memeriahkan lagi majlis menjadikan pemikiran saya lebih terbuka kerana semua ini menuntut
tahap kreativiti yang amat tinggi. Perkara ini pasti saya dapat aplikasikan suatu hari nanti apabila
saya dihantar untuk mengajar di sekolah terutamanya di sekolah yang infastrukturnya kurang baik
dan alat bantu mengajar yang terhad. Saya yakin bahawa, dengan pemikiran kritikal yang hebat
pasti saya dapat mereka satu alat bantu mengajar yang hanya terdiri dari item-item yang berada
di kawasan sekitar sahaja. Semua ini pasti berguna dan membantu pelajar dalam pembelajaran
mereka.
Pengalaman mengikuti program BIG juga banyak mengajar saya untuk berkomunikasi dan bekerja
dalam satu organisasi. Sebelum bertolak ke Tasik Kenyir, kami semua iaitu seramai 82 orang guru
pelatih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan pula masing-masing
diberikan satu tugas pada satu masa seperti ketua, setiausaha, tukang masak, penolong tukang
masak, tugas-tugas khas dan lain-lain lagi. Sistem yang diketengahkan di BIG ini ialah sistem
putaran atau rotation tugas. Hal ini memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk
merasai memegang setiap jawatan dalam kumpulan. Perkara ini amat berkesan kerana sistem
yang dibentuk oleh pensyarah pembimbing ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kami
semua untuk menjadi pemimpin dan orang yang dipimpim. Pendedahan ini merupakan satu
pendedahan positif yang memberi impak besar kepada saya terutama apabila saya menjadi ketua
kumpulan. Ketika itu saya sedar bahawa tugas menjadi seorang ketua amat berat kerana semua
kebajikan, tugas dan banyak perkara lagi menjadi satu tugas ketua. Pengalaman berorganisasi ini
akan saya manfaatkan sepenuhnya sama ada di institut atau ketika berada di alam pekerjaan
kerana saya sedar bahawa ada ketika saya akan menjadi pemimpin dan ada ketika saya akan
menjadi mereka yang dipimpin.
Aktiviti pagi iaitu akiviti berkawad di padang juga mempunyai objektif tersendiri. Berdasarkan
pemerhatian saya ketika di BIG, saya dan rakan-rakan semua telah diajar untuk menepati masa
dalam melakukan aktiviti. Ketika berkawad pada sebelah pagi, tepat jam 7.30 pagi kami semua
mesti berkumpul di padang kawad. Arahan yang diberikan oleh pensyarah merupakan satu lagi
latihan yang saya lihat satu usaha bagi membentuk guru pelatih menepati masa. Perkara ini
penting kerana sebagai seorang bakal guru dan seorang guru, masa memainkan peranan penting
dalam kehidupan. Ketika di insitut atau di sekolah nanti, saya perlu berada di sana sebelum jam
7.45 lagi dan ini bermakna untuk sampai kesana saya perlu bersiap dengan lebih awal. Jika dilihat
sekarang, ramai guru pelatih sama ada lelaki atau perempuan yang datang lewat ke kuliah dan ini
merupakan satu fenomena yang amat merungsingkan pensyarah. Pendedahan di BIG ini telah
merubah saya dan rakan-rakan lain supaya menepati masa sama ada ketika ke kuliah ataupun
mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian kami.
Selama 4 hari 3 malam saya mengikuti program BIG ini, begitu hebat saya rasakan kekuatan
mental dan fizikal saya telah diuji. Bermula dari bahang panas matahari, kesejukan air tasik kenyir,
kepenatan meredah hutan dan banyak lagi aktiviti yang sangat mencabar telah saya lalui.
Pendedahan sebegini saya anggap satu pendedahan yang amat baik bagi saya kerana dengan cara
inilah saya dan rakan-rakan dapat mengukur sejauh mana ketahanan diri kami sendiri. Persediaan
dari segi mental dan fizikal amat penting kerana kami semua sebagai bakal pendidik belum pasti
lagi kemana arah kami seterusnya apabila tamat belajar di institut perguruan ini. Mungkin kami
dihantar ke kawasan bandar, tetapi mungkin juga kami akan diarahkan untuk mengajar di
kawasan jauh ke pedalaman. Pendedahan sebegini membolehkan kami semua mengukur sejauh
mana tahap dan kemampuan diri kami sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke
sekolah yang mungkin juah ke pelusuk rimba atau belum.
Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah banyak
memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat
membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya
berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi
mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.

Anda mungkin juga menyukai