Anda di halaman 1dari 12

RANCANGAN

PENGAJARAN HARIAN
B.MELAYU TAHUN 3
KUMPULAN 1
TAJUK 5 :
Perkataan Digraf
&
Konsonan Bergabung

RPH B.Melayu Tahun 3
Kelas : 3 Mawar
Tema : Kekeluargaan
Tajuk : Nenek Saya

Standard Kandungan
3.2 ~ Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara
mekanis dengan betul dan kemas.
Standard Pembelajaran
3.2.6 ~ Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dengan
betul dan kemas.
Kemahiran Literasi
~ Menulis ayat tunggal secara mekanis.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis secara betul
dan kemas.
Menulis ayat tunggal secara mekanis dengan betul dan kemas.

Pengisian Kurikulum: Ilmu Pendidikan Moral
Nilai Murni: Kasih Sayang
EMK: TMK
BBB/Media : Kad imbasan, lembaran kerja, Slaid Power Point
Langkah Aktiviti PdP Catatan
Set Induksi
5 minit
Guru meminta seorang murid
melakokan aksi berdasarkan kad
arahan.
Kad Arahan:
Lakonkan aksi seorang
nenek berjalan
menggunakan tongkat.
KP: Kinestetik
Langkah 1
10 minit
Guru meminta murid membaca
petikan cerita menerusi paparan
slaid dengan nada dan intonasi
yang betul secara individu,
kumpulan atau kelas.
Guru membimbing murid yang
tidak menguasai membaca dengan
sebutan yang betul.

KP : Verbal linguistik
Langkah 2
20 minit
Guru memaparkan kad ayat
tunggal dan kad ayat majmuk
menerusi paparan slaid.
Murid yang menguasai diminta
menulis ayat tunggal dan ayat
majmuk yang dilihat
pada papan putih.
Murid yang belum menguasai
dibimbing untuk menulis ayat
tunggal yang dipaparkan.
Cth ayat
.
KP : Verbal linguistik

Langkah Aktiviti PdP Catatan
Langkah 3

20 minit
Guru membahagikan murid
kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan diberi kertas
mahjong.
Setiap ahli dalam kumpulan
diminta menulis ayat tunggal dan
ayat majmuk yang terdapat
dalam petikan.
Kumpulan khas diminta menyalin
ayat tunggal yang diberi oleh
guru.
Kumpulan yang paling cepat siap
dan paling kemas dikira sebagai
pemenang.
BBB
Kertas mahjong
TKP
Kinestetik
Penutup
5 minit
Murid menyanyikan lagu Nenek-
nenek Si Bongkok Tiga.
Guru membuat rumusan tentang
nilai murni dalam cerita sambil
bersoal jawab dengan murid.
BBB
Lirik lagu
Nilai Murni
Kasih sayang
TKP
Verbal linguistik

Penilaian
1. Murid menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan kemas.
2. Murid menulis ayat tunggal dengan betul dan kemas.
KAD ARAHAN
Lakonkan aksi seorang nenek
berjalan dengan
menggunakan tongkat
Saya ada seorang nenek. Nama nenek saya Syila.
Nenek saya tinggal di Kluang, Johor. Rumah
nenek di tepi sungai dan banyak nyamuk.
Walaupun nenek saya berusia 80 tahun tetapi
nenek saya tidak nyanyuk. Nenek akan mengajar
saya mengaji Al-Quran selepas sembahyang
maghrib. Nenek bukan sahaja pandai mengaji,
malah pandai menyanyi dan bersyair.
Nenek Syila
Pada hari Khamis, nenek membawa
saya ke pasar malam berdekatan
stadium. Nenek membeli strawberi,
longan dan nyiru. Saya meminta
nenek membelikan minuman kerana
dahaga. Saya minum menggunakan
straw. Saya lihat ada traktor
diparkir di tepi jalan.
Sampai di rumah, kaki nenek sakit.
Saya membantu nenek menyapu
minyak angin di kakinya. Kemudian,
saya memakaikan nenek stoking.
Sebelum tidur nenek memasang
kelambu agar tidak digigit nyamuk.
Arahan: Salin semula ayat tunggal dan ayat
majmuk yang terdapat dalam petikan

1. Ayat Tunggal
__________________________________________

2. Ayat Majmuk
__________________________________________

Tulis semula perkataan berdasar gambar di
bawah.
nyiru
stoking
penyu
belalang seluar
traktor
nyamuk
strawberi
Nenek nenek Si Bongkok Tiga
Nenek-nenek si bongkok tiga
Siang malam asyik berjaga
Mencari cucu di mana saja
Nenekku kahwin dengan anak raja.
Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti
Siapa yang kena dia yang jadi.