Anda di halaman 1dari 53

1

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih
mudah diakses, disebar dan disimpan (Ismail, 2009). Hal ini menunjukkan
betapa pentingnya peranan teknologi dalam bidang pendidikan pada masa
kini. Bidang pendidikan pada masa kini semakin menuju ke era evolusi yang
pesat dalam usaha memberikan pendidikan yang berkualiti terhadap
kehidupan manusia sejagat.
Golongan guru seharusnya peka dalam mendalami isu-isu dan
perubahan tersebut supaya sentiasa menjadi proaktif dalam usaha
meningkatkan tahap profesionalisme mereka untuk mencapai kecemerlangan
sahsiah dan akademik. Oleh yang demikian, peranan guru dalam
menentukan kaedah, teknik dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai, sangat penting bagi memastikan murid dapat menguasai
sesuatu pembelajaran dalam masa yang tertentu. Menurut Manisah (2010),
penggunaan teknologi boleh membantu meningkatkan kebolehan seseorang
dalam menjalani kehidupan sehariannya. Dalam bidang pendidikan pada
masa kini sememangnya telah mengiktiraf keupayaan pengunaan teknologi
dalam memajukan bidang pendidikan bermula dari peringkat rendah
sehinggalah peringkat yang tertinggi.
2
Penggunaan sumber dalam pelbagai media teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran menjadi teras kepada peningkatan kualiti
pendidikan (Faisal, 2008). Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan
teknologi berbentuk media khususnya telah menjadi peneraju utama dalam
kemajuan pendidikan di negara kita. Antara penggunaan teknologi media
yang popular digunakan dalam bidang pendidikan pada masa kini ialah
tayangan video. Penggunaan teknologi media seperti tayangan video dalam
pendidikan bukan sahaja mampu menarik minat murid untuk belajar, malah
turut menjadi satu medium pemudahcara bagi murid mendapatkan ilmu
pengetahuan.
Secara kasarnya sahaja, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran berkonsepkan tradisional adalah bersifat sehala di mana murid
kurang berinteraksi dengan guru. Kelemahan jelas yang dapat dilihat dalam
kaedah seperti ini ialah, ia tidak menggalakkan murid untuk meneroka sendiri
dan berfikir dengan lebih mendalam tentang sesuatu topik yang sedang
dipelajarinya. Menurut Piaget (1969, seperti dinyatakan dalam Woolfolk,
2007), murid dalam lingkungan umur 10 hingga 12 telah mencapai tahap
untuk membentuk konsep secara konkrit. Bahan maujud yang mereka lihat
dan kenal boleh membantu mereka membentuk konsep tentang sesuatu
perkara atau benda. Sebagai contoh, murid boleh mengenali pokok, bakul,
rumah atau jambatan apabila mereka melihat rupa, bentuk, warna, saiz atau
kegunaannya pada mereka (Woolfolk, 2007). Walaupun begitu, tidak semua
bahan maujud sebenar dapat ditunjukkan kepada murid. Penggunaan
3
teknologi seperti tayangan video dan gambar mampu menggantikan bahan
maujud tersebut dalam membantu murid membentuk dan memproses konsep
tentang sesuatu benda atau perkara.
Selain itu, pengajaran yang bersifat sehala juga dilihat kurang
membantu murid dalam memproses sesuatu maklumat yang dipelajarinya.
Murid juga terpaksa membuat rujukan sendiri jika mereka ingin tahu dengan
lebih mendalam tentang topik yang sedang dipelajarinya. Permasalahan
biasanya akan timbul apabila murid menjawab soalan peperiksaan.
Lazimnya, murid hanya menghafal fakta dan huraian daripada buku rujukan
sahaja untuk menjawab soalan peperiksaan. Namun begitu, sekiranya
mereka berhadapan dengan soalan proses aplikasi, sintesis, analisis atau
penilaian, mereka gagal menjawab dengan baik dan seterusnya gagal
mendapat markah yang cemerlang (Mahaliza & Rahim, 2001). Maka dengan
itulah teknologi mengambil alih sebagai satu medium yang menggalakkan
murid sentiasa berfikir dan meneroka sendiri tentang sesuatu topik yang
sedang dipelajarinya. Penggunaan teknologi media dalam pengajaran
mampu mengatasi masalah ini dengan menerapkan kemahiran aplikasi,
sintesis, analisis dan penilaian dalam diri murid. Lantaran itu, berlakulah satu
proses pembelajaran yang sebenarnya.
4
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Bermula pada semester lima, saya telah dihantar ke sekolah untuk
menjalani praktikum. Praktikum pertama saya bermula pada 22 Mac 2010.
Apa yang dapat saya kongsikan semasa sesi praktikum bermula hanyalah
sebuah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan hinggalah saya bergelar
seorang guru. Bagi praktikum yang pertama, saya ditempatkan di Sekol ah
Kebangsaan Sri Damai, Petaling Jaya. Oleh kerana pertama kali berhadapan
dengan murid, terdapat beberapa kelemahan yang perlu saya baiki. Jika di
institut saya hanya mempelajari teori pengajaran dan pembelajaran sahaja, di
sekolah pula saya dapat mempelajari dari segi praktikalnya.
Semasa menjalani praktikum di sekolah ini, saya telah menggunakan
seberapa banyak teknik dan kaedah pengajaran yang telah saya pelajari
selama empat semester di institut sebelum ini. Walaupun begitu, penggunaan
teknik dan kaedah pengajaran yang saya gunakan ini tidaklah seratus
peratus menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terhadap
murid. Terdapat faktor kecil lain yang menjadikan pengajaran dan
pembelajaran kurang berkesan. Faktor kecil yang jelas dapat saya nyatakan
di sini ialah wujudnya perasaan gugup semasa mengajar. Seperti yang telah
dinyatakan, praktikum ini merupakan program yang membawa saya
berhadapan dengan murid. Oleh itu, perasaan sedikit gugup pada pendapat
saya merupakan perasaan normal yang akan wujud dalam diri sesiapa
sahaja. Rasa gugup inilah sedikit sebanyak telah mengganggu sesi
5
pengajaran dan pembelajaran terutamanya semasa aktiviti penyampaian
maklumat.
Seterusnya, praktikum kali kedua bermula pada 28 Jun 2010.
praktikum kali ini boleh saya katakan sedikit mencabar kerana terpaksa
berhadapan dengan sekolah yang terdiri daripada murid lelaki sahaja iaitu
Sekolah Kebangsaan St. John (2). Walaupun begitu, saya telah mengambil
beberapa pengajaran melalui sesi praktikum yang lepas dan keseluruhannya
saya berpuas hati dengan praktikum saya pada kali ini. Sepanjang lapan
minggu saya berada di sekolah tersebut, saya telah berusaha memperbaiki
beberapa kelemahan terutamanya diri saya sendiri yang dapat saya kesan
bermula pada praktikum pertama lagi.
Dibantu dengan pensyarah pembimbing yang sangat saya segani dan
hormati, beliau terlalu banyak memberi tunjuk ajar yang sangat berguna
sepanjang saya berpraktikum di sekolah tersebut. Kelebihan jelas yang dapat
saya nyatakan semasa praktikum kedua ini ialah, saya dibantu oleh
pensyarah pembimbing yang sangat berdedikasi dan bertimbang rasa.
Segala nasihat dan tunjuk ajar terutamanya berkaitan dengan teknik dan
kaedah pengajaran yang diberikan oleh beliau dapat saya aplikasikan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan inilah saya gunakan
sepenuhnya untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam diri saya.
Secara umumnya, saya berpuas hati dengan kedua-dua sesi
praktikum yang saya jalani kerana kelemahan pada praktikum pertama dapat
6
saya tangani pada sesi praktikum seterusnya. Walaupun begitu, setelah saya
perincikan, terdapat permasalahan sama yang wujud di kedua-dua sekolah
semasa saya mengajar. Masalah tersebut ialah murid tidak dapat
menggunakan kemahiran hubungkait dengan baik semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran. Masalah ini dapat saya kesan apabila saya masuk ke
langkah dua pengajaran, di mana langkah ini menggalakkan murid
melakukan aktivti. Aktiviti dalam langkah dua ini memerlukan murid
menggunakan kemahiran hubungkait berdasarkan apa yang dipelajari dalam
langkah pertama tadi. Namun, timbul permasalahan apabila murid gagal
menggunakan kemahiran hubungkait ini dan aktiviti tidak dapat berjalan
lancar.
Pada pendapat saya, punca yang menyebabkan timbulnya
permasalahan ini ialah penggunaan alat bantu mengajar yang tidak
bersesuaian. Alat bantu mengajar memainkan peranan yang sangat penting
dalam membantu murid menggunakan kemahiran hubungkait semasa
mereka belajar. Punca lain yang berkemungkinan membawa kepada
permasalahan ini ialah kaedah pengajaran yang digunakan tidak
bersesuaian, murid malu bertanya soalan, kelas tidak kondusif dan
sebagainya.
7
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Pengalaman saya sepanjang menjalani praktikum di beberapa buah
sekolah, telah mengajar saya tentang satu nilai yang sangat penting dalam
menjadi seorang pendidik. Nilai yang telah saya pelajari itu ialah nilai kritis, di
mana saya sebagai bakal pendidik perlulah sentiasa mengamalkan pemikiran
yang kritis. Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada proses
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan menentukan
kemunasabahan sesuatu hujah ataupun idea serta membuat refleksi (Azizi ,
2005). Oleh yang demikian, pemikiran kritis ini sangat penting untuk
diterapkan dalam diri murid bagi memastikan murid sentiasa rasional dalam
mengutarakan setiap hujah dan pendapat mereka. Pemikiran kritis ini juga
sangat penting bagi saya seorang guru untuk mengenalpasti masalah dalam
setiap sesi pengajaran saya. Masalah ini akan saya utarakan dengan
membuat refleksi selepas sesi pengajaran, seterusnya memikirkan satu cara
bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir. Ianya
merupakan satu bentuk pemikiran yang jelas dan bijak yang melibatkan
beberapa kemahiran seperti kemahiran membuat pemerhatian, penilaian dan
pertimbangan (Shahabudin dan Rohizan, 2003). Pemikiran kritis juga
menekankan kebolehan menganalisis dan menilai maklumat bagi memberi
pemahaman yang jelas serta munasabah pada suatu perkara ataupun idea.
Pemikiran kritis seperti inilah yang sangat diperlukan oleh murid untuk
8
meningkatkan kemahiran menghubungkait semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Proses pemikiran kritis ini memerlukan murid itu untuk
menganalisis dan menilai sesuatu maklumat. Pemikiran ini juga boleh dirujuk
sebagai suatu bentuk pemikiran reflektif.
Azizi (2005), menyatakan bahawa seseorang yang berfikiran kritis
akan sentiasa peka kepada perkembangan yang berlaku di sekitarnya. Ini
diikuti dengan gerak balas yang positif dan bersifat segera. Hal ini bermaksud
bahawa buah fikiran selalunya akan datang setelah melihat sesuatu peristiwa
berlaku. Selalunya sifat reaktif ini ditunjukkan dengan perlakuan seperti suka
membuat ulasan, komen dan kritikan terhadap sesuatu peristiwa yang
berlaku. Oleh sebab itu jugalah mengapa saya memilih nilai kritis dalam
menjalankan kajian tindakan saya ini. Saya inginkan murid sentiasa peka
dengan apa sahaja berlaku di sekeliling mereka terutamanya ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan sedang berjalan. Fikiran
murid akan sentiasa berjalan memikirkan dengan sangat mendalam tentang
pelajaran yang sedang dipelajarinya. Setelah mendalami ilmu yang
dipelajarinya, murid mampu untuk mengutarakan pendapat mereka dengan
penuh kritis.
Pemikiran kritis ini bukan sahaja penting terhadap murid, malah turut
berguna kepada setiap guru. Guru haruslah membina secara sedar pemikiran
kritis di dalam pengajaran dan pembelajaran (Supiah, Ramlah & Aziz, 2008).
Hal ini bermaksud, guru perlu sentiasa melakukan sesuatu tindakan
berlandaskan pemikiran yang kritis. Sebagai seorang guru, saya tidak boleh
9
melakukan sesuatu perkara secara melulu tanpa berfikir panjang
terutamanya semasa sesi pengajaran bersama murid. Bagi mengelakkan
perkara seperti ini berlaku, saya perlu kritis semasa menghasilkan rancangan
pengajaran harian. Setiap aktiviti murid yang saya tentukan dalam rancangan
pengajaran, perlu mempunyai munasabah ataupun rasionalnya sendiri.
Contohnya jika saya memilih aktiviti permainan dalam sesi pengajaran yang
akan saya jalankan. Di sini saya perlu mempunyai nilai kritis dalam setiap
sudut bagi menjelaskan alasan saya memilih aktiviti permainan dalam sesi
pengajaran saya.
Selain itu, nilai kritis ini bukan sahaja penting di dalam penyediaan
rancangan pengajaran, malah kritis turut penting sepanjang sesi pengajaran
itu sendiri. Contohnya semasa mengajukan pelbagai jenis soalan kepada
murid. Sebelum saya mengajukan sesuatu persoalan kepada murid, saya
perlu menilai soalan tersebut terlebih dahulu. Bagi mengemukakan soalan
yang berkualiti kepada murid saya perlulah menguasai teknik penyoalan yang
betul terlebih dahulu. Teknik penyoalan untuk memupuk pemikiran kritis juga
disyorkan oleh Bruner. Mengikut Bruner (1960, seperti dinyatakan dalam
Kamarudin, 1997), guru hendaklah menyedari perkembangan mental kanak-
kanak dengan mendengar reaksi mereka apabila mereka menerangkan
sesuatu. Oleh yang demikian, bagi melihat pekembangan ini, saya perlu
membantu murid untuk menunjukkan respon ataupun reaksi terhadap
sesuatu isu ataupun persoalan. Di sinilah pentingnya nilai kritis dalam
menentukan soalan yang akan diajukan terhadap murid.
10
Pemikiran kritis turut mengajar saya bagaimana untuk meningkatkan
mutu pengajaran. Menurut Shahabudin dan Rohizan (2003), pemikiran kritis
adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir. Ianya merupakan satu
bentuk pemikiran yang jelas dan bijak yang melibatkan beberapa kemahiran
seperti kemahiran membuat pemerhatian, penilaian dan pertimbangan.
Pemikiran kritis juga menekankan kebolehan menganalisis dan menilai
maklumat bagi memberi pemahaman yang jelas serta munasabah pada
suatu perkara ataupun idea. Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah,
pemikiran kritis telah membantu saya meningkatkan mutu pengajaran saya
melalui kemahiran-kemahiran yang telah dijelaskan tadi. Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku, saya telah membuat pemerhatian,
pertimbangan, analisis dan juga penilaian dari segenap sudut. Setiap tindak
tanduk yang dilakukan murid semasa sesi pembelajaran merupakan respon
mereka terhadap mutu pengajaran saya. Jika tindak tanduk yang mereka
lakukan adalah positif, ini bermakna mutu pengajaran saya adalah baik. Jika
yang berlaku adalah disebaliknya, di sinilah saya akan gunakan kemahiran
seperti pertimbangan dan analisis tentang kesilapan atau kekurangan
terhadap mutu pengajaran saya. Di sini saya telah menggunakan nilai kritis
dalam pemikiran saya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Daripada hujah di atas, amat jelas bahawa pemikiran kritis merupakan
satu nilai pendidikan yang amat saya hargai. Menurut Som dan Dahlan
(1998), seseorang yang berfikiran kritis akan sentiasa peka kepada
perkembangan yang berlaku di sekitarnya. Saya berharap agar nilai kritis
11
yang saya pegang ini mampu memperkembang pemikiran murid di dalam
dan luar bilik darjah, selain mampu menghasilkan modal insan yang akan
menjadi aset negara satu hari nanti. Secara tidak langsung, melalui amalan
nilai kritis ini, murid itu mampu menyumbang kepada kesejahteraan dan
pembangunan negara pada jangka masa panjangnya. Ainon dan Abdullah
(2005) berpendapat bahawa menggunakan cara berfikir kritis adalah kaedah
berfikir yang digunakan untuk membuang kesilapan, kekeliruan dan andaian-
andaian yang salah. Pemikiran kritis seperti perbuatan membuang antah
daripada beras. Berfikir secara kritis dicipta untuk membuang kesilapan,
kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Dengan membuang semua
antah yang terdapat dalam beras, yang tinggal hanyalah beras belaka.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, sasaran saya apabila memegang
nilai kritis ini ialah memperbaiki kekurangan yang terdapat dalam teknik
ataupun kaedah pengajaran yang saya gunakan. Sesungguhnya, setiap
murid berhak mendapatkan proses pengajaran yang baik dan sempurna
kerana merekalah yang bakal memimpin dunia pada masa akan datang.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian
Fasa ketiga praktikum, saya telah ditempatkan di Sekolah
Kebangsaan Bandar Utama Damansara (4), Petaling Jaya. Di sekolah ini,
saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan dan
12
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk tahun empat dan tahun enam.
Saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengajar murid tahun
empat kerana melalui beberapa pemerhatian saya, saya mendapati bahawa
murid di kelas tersebut mempunyai aras kognitif yang memuaskan.
Namun apa yang merunsingkan saya ialah murid di Tahun 6 X. Saya
mendapati bahawa kebanyakan antara mereka tidak mempunyai kemahiran
hubungkait yang baik. Murid tidak dapat menghubungkaitkan antara satu
fakta dengan fakta yang lain. Apabila soalan diajukan, jawapan murid
kebanyakannya hanya menjurus kepada satu topik yang sedang mereka
pelajari sahaja, sedangkan soalan yang saya ajukan juga memerlukan
mereka berfikir tentang pelajaran yang lepas.
Masalah ini secara jelasnya dapat saya kenalpasti ketika saya
mengajar topik Kegiatan Ekonomi dan Lokasi. Topik ini sebenarnya berada
di bawah tema Ekonomi Negara. Hal ini menunjukkan bahawa murid
sepatutunya sudah mengetahui tentang pelajaran yang lepas seperti jenis
sumber yang terdapat dalam negara. Bagi topik seterusnya, murid hanya
perlu menggunakan kemahiran menghubungkait bagi memudahkan proses
pembelajaran itu berlaku. Contohnya, mengapakah Bukit Tinggi menjadi
antara pembekal utama sumber kayu dalam negara? Persoalan-persoalan
seperti inilah yang memerlukan murid berfikir tentang asal-usul kayu kayan di
Malaysia. Kemudian, murid perlu menghubungkaitkan tentang ciri-ciri
kawasan Bukit Tinggi yang dikelilingi hutan yang kaya dengan sumber kayu
balak.
13
Masalah ini dapat saya kenalpasti apabila saya bertanyakan soalan
ringkas kepada murid. Contohnya, mengapakah industri membuat keropok
lekor banyak terdapat di Terengganu? Antara jawapan yang saya peroleh
daripada beberapa orang murid ialah:
Murid 6: Keropok lekor di Terengganu lebih sedap.
Murid 7: Banyak gerai-gerai yang menjual keropok lekor.
Murid 8: Resipi keropok lekor di Terengganu diwarisi daripada nenek
moyang.
Jawapan yang diberikan oleh murid sudah menunjukkan bahawa murid tidak
langsung mengaitkan jawapan yang perlu diberikan dengan isi pelajaran
yang lepas. Apa yang saya harapkan, murid dapat mengaitkan jawapan
mereka dengan isi pelajaran sebelumnya. Contohnya seperti kedudukan
pantai timur Terengganu yang berhadapan dengan Laut China Selatan,
penduduk setempat yang majoritinya adalah nelayan, seterusnya sumber
ikan di laut yang banyak dan sebagainya.
2.2 Apa Yang Saya Pelajari Tentang Isu Kajian
Pada pandangan saya, antara punca utama yang menyebabkan murid
tidak dapat menggunakan kemahiran hubungkait dengan baik ialah
penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang tidak sesuai. Menurut Gagne
(1968, seperti yang dinyatakan dalam Noriati & Boon 2009), pemeringkatan
pembelajaran penting bagi membantu susunan pembelajaran daripada
14
peringkat asas kepada yang lebih kompleks. Oleh yang demikian, bagi
menjalani setiap peringkat ini, murid sangat memerlukan satu medium yang
boleh menjadi pemangkin dalam proses pembelajaran berperingkat tersebut.
Pemilihan ABM yang sesuai sangat penting bagi menjadi pemangkin kepada
murid untuk menjalani setiap peringkat pembelajaran.
Kaedah pembelajaran juga mungkin boleh menjadi salah satu punca
kepada permasalahan ini. Kaedah pengajaran saya yang terlalu berfokuskan
kepada isi pelajaran mungkin menyebabkan murid tidak dapat menggunakan
kemahiran hubungkait dengan baik. Fokus pemikiran murid hanya tertumpu
kepada isi pelajaran yang sedang dipelajarinya sahaja tanpa mengaitkannya
dengan isi pelajaran lepas ataupun pengalaman lampau. Menurut Ausubel
(1988, seperti dinyatakan dalam Noriati & Boon 2009), konsep utama
pembelajaran yang bermakna dihasilkan berasaskan pengalaman atau ilmu
yang sedia ada murid. Oleh yang demikian, untuk mencapai pembelajaran
yang bermakna seperti yang dinyatakan tadi saya memerlukan satu mangkin
yang boleh menjadi penggerak kepada pencapaian tersebut.
Menurut Muhamad (2000), penggunaan media pengajaran dapat
membantu merangsang pemikiran murid semasa proses pembelajaran
berlaku. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan ABM yang berbentuk
media contohnya memainkan peranan penting dalam membantu murid
menggunakan kemahiran hubungkait dengan baik. Dalam situasi ini, ABM
berperanan untuk memudahkan murid menghubungkaitkan isi pelajaran yang
lepas dengan isi pelajaran yang akan dipelajarinya. Derek (1974, seperti
15
dinyatakan dalam Muhamad, 2000) menyatakan teknologi pendidikan
merupakan satu pendekatan yang sistematik dan sangat sesuai dalam
proses penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran. Menurutnya,
teknologi pendidikan adalah penggunaan prinsip-prinsip saintifik bagi
merancang dan menjalankan sistem pengajaran dengan penekanan kepada
pencapaian matlamat pendidikan yang tepat. Berdasarkan tinjauan literatur
yang saya jalankan ini, saya percaya bahawa penggunaan video merupakan
contoh bahan teknologi pendidikan yang mampu membantu murid
menggunakan kemahiran hubungkait berdasarkan prinsip saintifik yang telah
dinyatakan. Selain dapat menarik minat murid, tayangan video juga mungkin
dapat merangsang murid untuk berfikir dan menghubungkaitkan video yang
ditonton dengan isi pelajaran yang akan dipelajari.
Berdasarkan Modul Belajar Cara Belajar (Pusat Perkembangan
Kurikulum [PPK], 2001), terdapat enam gaya pembelajaran utama iaitu
visual, auditori, kinestetik, kecekapan tangan, berkumpulan dan bersendirian.
Hal ini adalah berkaitan dengan tayangan video yang boleh digunakan
sebagai ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
video menggalakkan murid untuk belajar secara visual dan auditori.
Pembelajaran seperti ini adalah bertujuan untuk memudahkan murid untuk
membuat hubungkaitan dalam apa sahaja topik yang sedang dipelajari
kerana mereka dapat melihat dan mendengar sendiri secara langsung.
Selain itu, kaedah pembelajaran secara koperatif juga boleh
membantu murid menggunakan kemahiran hubungkait dalam tajuk Implikasi
16
Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar. Apa yang perlu dilakukan ialah,
saya perlu membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan
menggalakkan mereka melakukan perbincangan sesama mereka. Mungkin
kaedah koperatif ini membolehkan murid bertukar pendapat sesama mereka
dan membantu mereka menghubungkaitkan topik yang dibincangkan dengan
isi pelajaran yang lepas. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)
menyatakan bahawa pembelajaran koperatif menggalakkan pembelajaran
konstruktivisme, meningkatkan kemahiran sosial dan tanggungjawab pelajar
terhadap pembelajaran.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah penggunaan tayangan
video dapat membantu murid tahun 6 X menggunakan kemahiran hubungkait
bagi tajuk Implikasi Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama
Damansara (4), Petaling Jaya. Kumpulan murid yang saya pilih ialah murid
Tahun 6 X yang mempuyai bilangan seramai 20 orang. Murid ini terdiri
daripada tahap kebolehan yang tidak jauh berbeza antara satu sama lain
berdasarkan kepada markah pencapaian ujian yang lepas. Terdapat seramai
17
9 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Pemerhatian awal saya
mendapati bahawa sebilangan murid masih menunjukkan minat untuk belajar
mata pelajaran Kajian Tempatan. Soal jawab yang saya lakukan bersama
murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mendapat maklum balas
yang memuaskan.
Melalui ujian yang lepas, saya mendapati bahawa kesemua murid
lulus dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Namun begitu, keputusan yang
mereka peroleh tidaklah begitu memberangsangkan. Purata menunjukkan
bahawa kebanyakan antara mereka memperoleh gred B dan masih ada
dalam kalangan mereka yang memperoleh gred C dalam ujian yang lepas.
Jika hendak dibandingkan dengan mata pelajaran yang termasuk dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), markah yang diperoleh murid
adalah lebih tiggi berbanding dengan mata pelajaran Kajian Tempatan. Data
ujian lepas ini sangat penting bagi membantu saya dalam menjalankan kajian
tindakan ini.
5.0 INSTRUMEN KAJIAN
Pengumpulan data merupakan suatu perkara penting yang harus
dilakukan untuk memastikan dapatan dan hasil kajian adalah tepat. Melalui
kajian yang saya jalankan pada kali ini, saya menggunakan tiga kaedah
pengumpulan data iaitu Ujian 1 dan Ujian 2, penilaian secara pemerhatian
dan soalan temu bual.
18
Seramai 20 orang murid daripada kelas tahun 6 X, akan menjadi
responden saya dalam menjawab soalan Ujian 1 ini. Ujian 1 (Lampiran 1)
telah dijalankan pada 1 Ogos 2011, selama sepuluh minit selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran tamat. Soalan Ujian 1 ini merangkumi subtajuk
Perubahan Landskap dan kesemua soalan adalah berbentuk soalan
hubungkait. Jawapan murid akan ditanda dan markah mereka akan
digunakan untuk membuat banding beza dengan markah Ujian 2.
Ujian 2 (Lampiran 2) telah dijalankan pada sesi pengajaran dan
pembelajaran yang seterusnya. Seperti Ujian 1, soalan Ujian 2 juga meminta
murid menjawab soalan yang memerlukan murid menggunakan kemahiran
hubungkait. Soalan ujian tersebut merangkumi subtajuk Pencemaran. Kedua-
dua Ujian 1 dan Ujian 2 digunakan untuk menilai keberkesanan penggunaan
teknik video dalam membantu murid membuat hubungkaitan. Perbandingan
dibuat antara markah dalam Ujian 1 dengan Ujian 2 untuk menentukan sama
ada terdapat peningkatan markah (dalam bentuk peratus) selepas
penggunaan teknik tayangan video dijalankan.
Bagi memastikan soalan ujian adalah berada pada aras hubungkait,
saya telah melakukan perbincangan dengan pensyarah pembimbing.
Sebelum menyediakan soalan ujian, saya terlebih dahulu membuat rujukan
berkaitan dengan aras Taksonomi Bloom. Menurut Bloom (1956, seperti
dinyatakan dalam Jabatan Pendidikan dan Kemanusiaan Universiti Malaya,
n.d.), aras analisis berfungsi menguji kebolehan pelajar mencantumkan,
menggabungkan dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan
19
perhubungan di antara satu sama lain. Pernyataan ini menjelaskan bahawa
kemahiran hubungkait berada pada aras analisis. Menurutnya lagi, contoh
kata kunci yang boleh digunakan bagi membina soalan aras ini ialah seperti
bandingkan, bezakan, buktikan, beri sebab, buat analisis, cerakinkan dan
tafsirkan. Saya telah membina soalan bagi kedua-dua ujian ini berdasarkan
kata kunci yang telah dinyatakan tadi. Kandungan soalan kedua-dua ujian
merangkumi tajuk Implikasi Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar.
Setiap ujian mengandungi tiga soalan yang perlu dijawab oleh murid.
Markah bagi setiap soalan ialah 6 markah dan ini bermakna markah penuh
bagi kedua-dua ujian ialah 18 markah. Jadual 1 menunjukkan kriteria
pemarkahan bagi Ujian 1 dan Ujian 2 yang telah ditetapkan.
Jadual 1: Kriteria Pemarkahan Bagi Ujian 1 dan Ujian 2
Markah Kriteria
0 Tiada jawapan diberikan / fakta yang dinyatakan
tidak tepat dan tiada perkaitan.
1 2 Mengandungi satu atau dua fakta yang tepat
tetapi tiada perkaitan.
3 4 Mengandungi fakta yang tepat tetapi perkaitan
yang kurang jelas.
5 6 Mengandungi perkaitan satu fakta dengan fakta
yang lain dengan jelas.
Selain itu, bagi menyokong dapatan saya hasil daripada markah Ujian
1 dan Ujian 2, saya turut menggunakan borang pemerhatian (Lampiran 3).
20
Untuk borang pemerhatian, saya telah menetapkan beberapa item yang
kesemuanya merangkumi kebolehan murid dalam melakukan kemahiran
hubungkait. Saya juga telah berjumpa dengan pensyarah yang berkenaan
bagi mendapatkan kepastian tentang item yang saya gunakan dalam borang
pemerhatian tersebut. Penilaian secara pemerhatian ini telah dijalankan
semasa kedua-dua sesi pengajaran. Penilaian ini juga dijalankan semasa
murid melakukan aktiviti pembentangan di dalam kumpulan di mana saya
bertindak sebagai pemerhati. Catatan bilangan kumpulan menjadi keputusan
bagi setiap item yang telah saya tetapkan. Catatan bilangan kumpulan ini
juga dijadikan perbandingan antara pengajaran kaedah tradisional dan
kaedah tayangan video.
Skedul temu bual (Lampiran 4) juga menjadi instrumen saya dalam
menjalankan kajian ini. Temu bual telah dijalankan selepas penggunaan
teknik tayangan video dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
yang kedua. Soalan temu bual adalah bersifat terbuka di mana murid yang
dipilih telah menyatakan pendapat mereka sendiri tentang teknik tayangan
video yang saya gunakan. Jawapan dan pendapat yang diberikan oleh murid
ini saya gunakan untuk menyokong dapatan daripada hasil Ujian 1 dan Ujian
2 serta borang pemerhatian yang telah saya jalankan sebelum ini.
21
6.0 TINDAKAN
Kajian yang saya jalankan ini memakan masa selama dua minggu
bermula pada 30 Julai 2011 hingga 8 Ogos 2011. Bagi menjalankan kajian
ini, saya memerlukan dua sesi pengajaran. Kedua-dua sesi pengajaran ini
pula masih lagi berada di bawah tajuk yang sama iaitu Implikasi Kegiatan
Ekonomi Terhadap Alam Sekitar, tetapi subtajuknya adalah berlainan.
Namun, tahap kesukaran kedua-dua tajuk adalah lebih kurang sama.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang pertama (Lampiran 5),
saya telah mengajar tentang Perubahan Landskap Akibat Kegiatan
Ekonomi. Strategi pengajaran yang telah saya gunakan dalam sesi pertama
ini adalah berpusatkan murid. Saya telah menggunakan teknik
sumbangsaran di mana murid perlu menyatakan pendapat mereka tentang
isi pelajaran di papan putih. Murid hendaklah menjawab berdasarkan
maklumat yang diperoleh daripada buku teks. Antara jawapan yang perlu
dinyatakan murid ialah bagaimana kegiatan perindustrian, perlombongan,
pembalakan, pembinaan dan pertanian membawa perubahan kepada alam
sekitar.
Aktiviti seterusnya yang telah dilakukan oleh murid ialah melakukan
perbincangan di dalam kumpulan. Murid telah dibahagikan kepada beberapa
kumpulan dan setiap kumpulan diberikan satu petikan karangan tentang
implikasi kegiatan ekonomi. Melalui petikan tersebut, setiap kumpulan
dikehendaki berbincang dan mengenalpasti perubahan landskap yang telah
22
berlaku akibat daripada kegiatan ekonomi. Hasil perbincangan murid pula
hendaklah dibentang di hadapan kelas. Pada masa yang sama, semasa
murid melakukan pembentangan bersama kumpulan mereka, saya telah
melakukan penilaian secara pemerhatian (Lampiran 3). Penilaian secara
pemerhatian ini saya lakukan dengan mengambil kira sejauhmanakah murid
dapat menggunakan kemahiran menghubungkait isi pelajaran dengan baik.
Melalui penilaian yang saya jalankan ini, saya mendapati bahawa ramai
dalam kalangan murid tidak dapat menggunakan kemahiran menghubungkait
dengan baik.
Semasa aktiviti pembentangan, kebanyakan murid tidak menggunakan
kemahiran menghubungkait. Isi pembentangan murid agak
menghampakan kerana murid hanya melakukan perbincangan
berdasarkan pengetahuan dan kefahaman mereka sahaja. Murid tidak
menganalisis maklumat yang mereka peroleh hasil daripada
perbicangan mereka. Hasilnya, saya tidak nampak murid melakukan
perkaitan setiap fakta yang mereka jelaskan. Jawapan yang murid
berikan terhadap soalan yang saya ajukan kepada murid juga tidak
menepati apa yang saya kehendaki.
(Catatan refleksi, 1 Ogos 2011)
Pada sepuluh minit terakhir sesi pengajaran dan pembelajaran, saya
telah mengedarkan kertas Ujian 1 (Lampiran 1) kepada semua murid seperti
yang telah saya rancangkan. Murid diminta menjawab kesemua soalan
dalam kertas ujian tersebut dalam masa sepuluh minit yang diberikan tadi.
Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang kedua pula (Lampiran
6), saya telah mengajar subtajuk yang seterusnya iaitu Pencemaran. Pada
sesi kali ini, teknik yang saya gunakan ialah tayangan video. Murid telah
23
dipertontonkan dengan tayangan video tentang jenis-jenis pencemaran yang
terhasil kesan daripada kegiatan ekonomi yang dijalankan. Video tersebut
juga jelas menunjukkan perkaitan antara kegiatan ekonomi yang dijalankan
dalam negara dengan pencemaran yang telah terhasil. Antara pencemaran
yang telah murid tonton ialah pencemaran udara, air, darat dan bunyi.
Selepas menonton tayangan video tersebut, murid telah dibahagikan
ke dalam beberapa kumpulan. Isu yang perlu dibincangkan dalam setiap
kumpulan ialah perkaitan antara pencemaran yang wujud dalam negara kita
dengan kegiatan ekonomi yang dijalankan. Masa selama beberapa minit
akan diberikan untuk setiap kumpulan membuat perbincangan. Selesai
membuat perbincangan, setiap kumpulan tampil ke hadapan dan
membentangkan hasil perbincangan mereka. Semasa pembentangan
dilakukan, saya telah melakukan penilaian secara pemerhatian. Borang
pemerhatian yang saya gunakan adalah sama dengan borang pemerhatian
yang saya telah lakukan sebelum ini.
Aktiviti pembentangan kumpulan pada hari ini sangat menarik
perhatian saya. Murid seolah-olah telah menguasai kemahiran
menghubungkait dengan baik. Kebanyakan kumpulan melakukan
pembentangan dengan baik di mana mereka berjaya
menghubungkaitkan satu fakta dengan fakta yang lain. Isi pembentang
yang tersusun juga amat menarik perhatian saya. Beberapa soalan
yang saya ajukan berjaya dijawab oleh murid dengan tepat. Saya
merasakan bahawa penggunaan tayangan video ini berjaya
membantu murid menguasai kemahiran hubungkait.
(Catatan refleksi, 8 Ogos 2011)
24
Seterusnya, pada sepuluh minit terakhir sesi pengajaran dan
pembelajaran, Ujian 2 (Lampiran 2) pula telah diedarkan kepada murid. Murid
dikehendaki menjawab soalan ujian berdasarkan masa yang telah ditetapkan.
Akhir sekali, saya telah memilih beberapa orang murid untuk melakukan sesi
temu bual (Lampiran 4) tentang teknik yang baru saya gunakan tadi. Untuk
sesi temu bual ini, saya telah mengambil masa selama lima belas minit untuk
bertanya pendapat murid berkenaan teknik tayangan video yang telah
digunakan.
Saya sangat berpuas hati dengan sesi pengajaran dan pembelajaran
pada hari ini. Maklum balas yang baik telah diberikan oleh murid tahun
6 X. Berdasarkan temu bual yang saya jalankan, murid gembira
dengan pengajaran yang saya lakukan kerana mereka dapat
menguasai topik tersebut dengan lebih mudah. Mereka mudah
mengaitkan kegiatan ekonomi dengan pencemaran yang berlaku.
(Catatan refleksi, 8 Ogos 2011)
Bagi melancarkan perjalanan kajian saya,saya telah menyediakan
jadual pelaksaan kajian seperti yang terdapat dalam Lampiran 7. Saya turut
menyenaraikan kos kajian sepanjang pelaksanaan kajian saya. Kos kajian
adalah seperti yang dinyatakan dalam lampiran 8.
25
7.0 KEPUTUSAN KAJIAN
Jadual 2 menunjukkan skor yang dicapai oleh murid Tahun 6 X dalam
Ujian 1 dan Ujian 2. Seperti yang dinyatakan terlebih dahulu, Ujian 1 telah
dijalankan pada 1 April 2011 manakala Ujian 2 pula dijalankan pada 8 April
2011. Markah lulus bagi kedua-dua ujian ialah 40%.
Jadual 2: Perbandingan Skor Ujian 1 dan Ujian 2
Nama Ujian 1 (%) Ujian 2 (%)
Murid 1 11 89
Murid 2 28 56
Murid 3 11 50
Murid 4 33 72
Murid 5 44 17
Murid 6 33 33
Murid 7 55 67
Murid 8 28 72
Murid 9 0 56
Murid 10 28 67
Murid 11 0 72
Murid 12 0 56
Murid 13 33 50
Murid 14 22 33
Murid 15 44 28
Murid 16 50 61
Murid 17 17 50
Murid 18 11 67
Murid 19 0 33
Murid 20 17 44
Min Markah 24.9 53.7
Dalam Ujian 1, terdapat seramai 16 orang murid yang gagal. Hanya 4
orang murid sahaja yang berjaya lulus iaitu Murid 5, Murid 7, Murid 15 dan
26
Murid 16. Murid 7 telah mendapat markah tertinggi dalam Ujian 1 dengan
memperoleh 55%. Ujian 2 pula menunjukkan bahawa seramai 15 daripada
20 orang murid berjaya lulus dan selebihnya masih lagi gagal. Jika dilihat dari
segi min pula, min markah bagi Ujian 1 ialah sebanyak 24.9, manakala min
markah bagi Ujian 2 pula sebanyak 53.7. Keputusan ini menunjukkan
bahawa terdapat peningkatan dalam pencapaian murid dalam Ujian 2
berbanding dengan Ujian 1.
Hasil dapatan markah murid ini turut saya analisis bagi menunjukkan
dengan lebih jelas lagi tentang peningkatan pencapaian murid selepas
penggunaan teknik tayangan video. Jadual 3 dan Rajah 1 menunjukkan
analisis pencapaian murid dalam Ujian 1 dan Ujian 2 berdasarkan lima
kategori iaitu cemerlang, memuaskan, sederhana, tidak memuaskan dan
lemah.
Jadual 3: Analisis Pencapaian Murid Tahun 6 X bagi Ujian 1 dan Ujian 2
Tahap Pencapaian Ujian 1 Ujian 2
Bil. % Bil. %
Cemerlang (80%-100%) 0 0 1 5
Memuaskan (60%-79%) 0 0 7 35
Sederhana (40%-59%) 4 20 7 35
Tidak Memuaskan (20%-39%) 7 35 5 25
Lemah (0%-19%) 9 45 0 0
27
Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 1, murid lulus jika terletak dalam
kategori Cemerlang, Memuaskan dan Sederhana, dan gagal jika terletak
dalam kategori Tidak Memuaskan dan Lemah. Dalam Ujian 1 tiada murid
yang mendapat markah Cemerlang dan Memuaskan. Hanya 4 orang murid
mendapat markah Sederhana, 7 Tidak Memuaskan dan 9 lagi berada dalam
kategori Lemah. Jumlah murid yang lulus dalam Ujian 1 ialah seramai 4
orang dan peratusan lulus adalah sebanyak 20%.
Berbanding dengan Ujian 2 pula, seorang murid telah berjaya
mendapat markah Cemerlang berbanding dengan Ujian 1. 7 orang murid lain
pula berjaya mendapat markah Memuaskan, menyamai jumlah murid yang
mendapat markah Sederhana. Hanya 5 orang murid sahaja masih berada
dalam kategori Tidak Memuaskan, sementara tiada murid terletak dalam
kategori Lemah. Secara jelasnya, peningkatan pencapaian murid dapat
28
dilihat dengan bilangan murid yang lulus bertambah kepada 15 orang dengan
peratusannya sebanyak 75%. Peningkatan ini menunjukkan bahawa
penggunaan video dalam sesi pengajaran dan pembelajaran telah berjaya
membantu murid menggunakan kemahiran hubungkait dengan lebih baik.
Dapatan ini turut disokong melalui penilaian secara pemerhatian yang
telah jalankan. Saya telah menjalankan dua penilaian secara pemerhatian
iaitu pada sesi pengajaran dan pembelajaran pertama dan kedua. Bagi
melihat perubahan pencapaian murid, item yang sama telah digunakan bagi
kedua-dua pemerhatian. Jadual 4 di bawah merupakan hasil analisis
penilaian secara pemerhatian yang dijalankan semasa murid melakukan
pembentangan kumpulan:
Jadual 4: Analisis penilaian secara pemerhatian hasil
pembentangan murid dalam kumpulan
Bil Item Bilangan Kumpulan
Kaedah
Tradisional
Kaedah
Tayangan
Video
1. Murid boleh menyusun isi
dalam pembentangan dengan
baik.
2 4
2. Murid boleh menghurai fakta
dengan baik.
0 3
3. Murid boleh menyatakan
perkaitan satu fakta dengan
fakta yang lain.
0 3
4. Murid dapat menyatakan
perkaitan fakta dengan jelas.
0 3
5. Murid dapat menjawab soalan
yang diajukan dengan tepat.
2 5
29
Jadual 4 menunjukkan bahawa bilangan kumpulan dalam item 1 bagi
kaedah tayangan video (4) adalah lebih tinggi berbanding kaedah tradisional
(2). Ini menunjukkan bahawa murid dapat membentangkan hasil
perbincangan secara tersusun semasa pembelajaran menggunakan kaedah
tayangan video. Keputusan ini juga membawa erti bahawa kaedah tayangan
video dapat membantu murid menyusun sesuatu maklumat dengan baik.
Bagi item 2, 3 dan 4, Jadual 4 turut menunjukkan bahawa bilangan
kumpulan bagi kaedah tayangan video lebih tinggi berbanding kaedah
tradisional. Tiada kumpulan dapat dicatatkan dalam ketiga-tiga item bagi
kaedah tradisional. Bagi kaedah tayangan video pula, sebanyak 3 kumpulan
telah dicatatkan dalam ketiga-tiga item. Hal ini menunjukkan bahawa murid
dapat menjelaskan, menghuraikan dan menyatakan perkaitan fakta dengan
jelas. Dalam erti kata lain, sedikit sebanyak murid telah menguasai
kemahiran hubungkait melalui kaedah tayangan video. Pernyataan ini
disokong oleh hasil perbincangan murid di dalam kumpulan:
Jenis-jenis pencemaran;
1. Pencemaran air - Aktiviti penternakan yang dijalankan berdekatan
dengan sungai menyebabkan sisa najis haiwan mengalir ke sungai
dan menyebabkan pencemaran air.
2. Pencemaran udara Aktiviti pembakaran secara terbuka
menyebabkan kandungan asap dalam udara meningkat dan
menyebabkan jerebu.
3. Pencemaran darat Pembuangan sisa pepejal yang tidak terkawal
menyebabkan timbunan sampah sarap dan mengundang
pencemaran darat.
30
Jadual 4 juga menunjukkan bilangan kumpulan dalam item 5 bagi
kaedah tradisional (2) adalah lebih rendah berbanding kaedah tayangan
video (5). Hal ini menjelaskan bahawa kaedah tradisional kurang membantu
murid dalam menjawab soalan berkaitan hubungkait dengan tepat.
Kesimpulan ini disokong oleh jawapan yang diberikan oleh murid:
Guru : Apakah perkaitan antara aktiviti pembinaan yang kamu
nyatakan dengan perubahan landskap masa kini?
Murid 5 : Aktiviti pembinaan menyebabkan sesebuah negara boleh
membangun.
Hasil jawapan yang diperolehi daripada murid ini jelas menunjukkan bahawa
murid tidak dapat menjawab soalan yang diajukan dengan tepat. Jawapan
yang sepatutnya diberikan oleh murid adalah seperti, aktiviti pembinaan
menyebabkan kawasan hutan yang dahulunya dipenuhi flora dan fauna
bertukar menjadi kawasan perumahan dan sebagainya.
Hasil daripada analisis data dalam Jadual 3 dan 4 menunjukkan
bahawa penggunaan kaedah tayangan video telah membantu murid
menghubungkaitkan isi pelajaran yang telah mereka pelajari. Hal ini juga
disokong lagi melalui hasil temu bual yang dilakukan bersama beberapa
orang murid. Berikut merupakan beberapa pernyataan murid yang dapat
menyokong teknik penggunaan tayangan video ini:
Guru : Berikan pendapat kamu tentang tayangan video yang
telah kamu lihat tadi.
Murid 1 : Cerita tadi banyak tentang kesan aktiviti manusia pada
alam sekitar.
Murid 2 : Video tersebut bantu saya mengaitkan pencemaran
yang berlaku dengan kegiatan ekonomi.
31
Murid 3 : Saya baru tahu pencemaran yang sedang berlaku
sekarang, ada kaitan dengan kegiatan ekonomi negara.
Murid 4 : Saya boleh tahu kesan kegiatan ekonomi terhadap alam
sekitar melalui video yang cikgu tunjuk tadi.
Daripada hasil temu bual ini menunjukkan murid memberikan respon
yang positif tentang penggunaan tayangan video dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, dapatan daripada temu bual ini,
murid memberikan pandangan bahawa mereka dapat menerima teknik
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan tayangan video ini
dengan baik sekali.
8.0 RUMUSAN
Sorotan literatur kajian ini mampu memberi satu gambaran bahawa
dengan menggunakan video sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
dapat meningkatkan keberkesanan kemahiran hubungkait murid kerana
video mempunyai imej hidup yang mempunyai semua elemen multimedia
yang boleh meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid (Porter &
Hernacki, 1992). Menerusi beberapa pemerhatian, temu bual dan ujian yang
dilakukan juga telah menunjukkan perubahan positif di mana peningkatan
dalam pelajaran telah ditunjukkan oleh kebanyakan murid. Peningkatan inilah
yang akan dijadikan sebagai kayu ukur sejauhmanakah penggunaan video
mampu meningkatkan kemahiran hubungkaitan murid.
32
Melalui kajian yang saya jalankan ini, saya dapat mempelajari
beberapa perkara yang belum pernah saya pelajari secara praktikalnya.
Antaranya yang paling jelas saya pelajari melalui kajian ini ialah, kemahiran
fizikal seperti kemahiran menggunakan perisian komputer, kemahiran
melakukan ujikaji, kemahiran mengendalikan peralatan dan sebagainya. Oleh
kerana proses untuk menghasilkan sesebuah video memerlukan masa,
tenaga, kemahiran dan kos yang banyak (Smith, 1999), dan walaupun
seseorang guru telah diberi pendedahan dan latihan untuk menghasilkan
sesebuah video, namun bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya
menghasilkan video yang bersesuaian dengan tajuk yang akan diajar. Proses
sebelum, semasa dan selepas menjalankan kajian inilah yang banyak
memberi pengajaran bermakna kepada saya terutamanya dari aspek
kemahiran.
Proses penyediaan elemen video digital biasanya memerlukan
perkakasan atau perisian khas yang agak mahal harganya. Namun demikian
dari segi jangka panjang, ianya merupakan satu pelaburan yang bijak kerana
mampu menjimatkan sama ada dari aspek masa, tenaga dan perbelanjaan.
Proses pengajaran di dalam kelas juga boleh menjadi lebih pantas dan
mudah menerusi penggunaan video yang ditayangkan. Penerangan yang
panjang lebar serta sesi demonstrasi juga tidak diperlukan lagi. Hal ini kerana
proses penerangan melalui video yang menggabungkan elemen seperti imej,
muzik dan suara latar mampu memberi penjelasan yang lebih jelas kepada
para pelajar.
33
Selain itu, apa yang saya dapati melalui kajian ini ialah proses
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan melalui penggunaan video.
Penggunaan media ini boleh mempercepat kadar pemahaman seseorang
murid. Apabila murid itu sudah menguasai peringkat kefahaman, barulah
murid mudah untuk ke peringkat seterusnya, iaitu menghubungkait. Proses
ini sepatutnya berlaku mengikut peringkat dan tahap murid seperti yang telah
disusun dalam Taksonomi Bloom yang bermula dari aras pengetahuan
hinggalah penilaian.
Bagi diri saya, seperti yang telah dinyatakan terdahulu, pelaksanaan
kajian tindakan ini memberi banyak pengalaman dan pengetahuan kepada
saya terutamanya dari segi menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya
pelaksanaan kajian tindakan ini memberi banyak kelebihan dan faedah
kepada banyak pihak terutamanya pihak responden iaitu murid, pihak
sekolah serta secara tidak langsung kepada saya sebagai bakal guru akan
datang.
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Sebagai penambahbaikan untuk kajian yang akan datang, saya
hendaklah memastikan bahawa semua murid dapat melibatkan diri dalam
setiap aktiviti terutamanya semasa tayangan video dijalankan. Kajian pada
kali ini telah menunjukkan bahawa beberapa orang murid tidak menunjukkan
34
sebarang peningkatan dalam Ujian 2 yang saya jalankan. Hal ini mungkin
disebabkan ada di antara mereka yang tidak memberikan tumpuan dan
bermain semasa video ditayangkan. Oleh yang demikian, tindakan yang
dapat saya ambil pada masa akan datang ialah dengan mengingatkan murid
supaya memberi sepenuh tumpuan semasa video ditayangkan dan membuat
catatan jika perlu. Semasa video ditayangkan pula saya boleh berjalan di
sekitar kelas bagi meninjau pergerakan murid yang tidak memberikan
perhatian.
Selain itu, saya boleh memvariasikan bentuk video yang akan saya
gunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Antara
bentuk video yang boleh saya gunakan adalah seperti video berbentuk
animasi 3D. Video yang berbentuk animasi 3D ini bukan sahaja mampu
membantu murid dalam pembelajaran, malah turut dapat menarik minat
mereka dengan mudah. Seperti yang diketahui umum, animasi dan kanak-
kanak sememangnya tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, kesempatan ini perlu
saya gunakan sebaiknya bagi menarik dan mencuri tumpuan murid semasa
sesi pembelajaran. Lantaran itu, tiada lagi isu murid tidak memberikan
tumpuan semasa video ditayangkan.
Seterusnya, pekara yang tidak kurang pentingnya yang perlu saya
titikberatkan untuk kajian akan datang ialah membuat rujukan. Sumber
rujukan ini boleh saya dapati melalui tinjauan literatur, temubual dan juga
perbincangan dengan guru berpengalaman. Walau pun pada kajian kali ini
saya telah melakukan tinjauan literatur dan perbincangan dengan guru lain
35
namun, saya perlu memperbanyakkannya lagi. Ini kerana saya memerlukan
lebih banyak sumber-sumber dan bantuan daripada pelbagai aspek bagi
memastikan hasil kajian dan sumber yang diperoleh boleh divariasikan.
Tambahan pula, semua ini perlu bagi memastikan saya mampu menimba
ilmu baru, bertukar-tukar pendapat dan juga pandangan mengenai apa saja
isu yang berlaku.
10.0 PENUTUP
Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan video
mampu membantu murid membuat hubungkaitan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran. Kajian ini juga dapat membantu guru dalam memastikan
setiap hasil pembelajaran yang yang dirancangkan berjaya dicapai oleh
semua murid. Pelaksanaan kajian ini juga dapat membuktikan bahawa
segala teori pendidikan tidak sekadar menjadi retorik, tetapi dapat
diaplikasikan dalam situasi sebenar semasa berada di dalam kelas. Saya
berharap semoga kajian ini dapat memberi manfaat yang berterusan kepada
saya dan pembaca.
36
11.0 SENARAI RUJUKAN
Ainon dan Abdullah. (2005). Kreativiti konsep dan teori & praktis. Universiti
Teknologi Malaysia.2
Azizi (2005). Penyelidikan dalam pendidikan, konsep & prosedur. Petaling
Jaya: Pearson Sdn. Bhd.
Faisal Arbain (2008). Jabatan teknologi pendidikan. Diperoleh Julai 1, 2011,
dari http://www.ipislam.edu.my/index.php/page/akademik/44/Jabatan-
Teknologi-Pendidikan
Ismail Zain (2009). Ke arah pembestarian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Diperoleh Jun 27, 2011 dari http://www.tutor.com.my/
tutor/motivasi/artikel/pendidikan_bertaraf_dunia1.htm
Jabatan Pendidikan & Kemanusiaan Universiti Malaya. (n.d.). Pembinaan
instrumen penilaian dalam aspek kognitif. Diperoleh Julai 7, 2011 dari
http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=pembinaan-
instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif.
Kamarudin Hj. Husin. (1997). Psikologi dalam bilik darjah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mahaliza dan Mat Rahim, (2001). Kedinamikan pengertian nilai dalam
pendidikan dan pendidikan matematik. Kuala Lumpur: PTS
Publication.
Manisah, M. A. (2010). Psikologi dalam bilik darjah, asas pedagogi.
KualaLumpur; Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Muhamad Hasan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran. Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhria Syed Ahmad (2009).
Pelajar dan alam belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Porter, B.D., & Hernacki, M. (1992). Quantum learning: Unleashing the
genius in you USA: Dell Publishing.
37
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Kurikulum bersepadu sekolah
rendah, sukatan pelajaran Kajian tempatan 2001: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Shahabudin Hashim & Rohizan Yaakub. (2003). Psikologi pembelajaran dan
personaliti. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Siri
pendidikan guru: Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Som dan Mohd Dahlan. (1998). Potensi intelek. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Woolfolk, A. (2007). Educational psychology (11th ed.). New Jersey: Pearson
Education.
38
39
LAMPIRAN 1
Ujian 1: Impilikasi Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Perubahan Landskap
Perubahan Landskap
Pencemaran
Kepupusan
1. Apakah yang dapat kamu jelaskan tentang ketiga-tiga pernyataan di
atas?
________________________________________________________
________________________________________________________
( 6 markah)
2. B
agaimanakah kawasan hutan belukar boleh wujud dalam negara kita?
________________________________________________________
________________________________________________________
(6 markah)
X Y
3. Jelaskan perkaitan antara kedua-dua gambar di atas.
40
_________________________________________________________
_________________________________________________________
(6 markah)
LAMPIRAN 2
Ujian 2: Impilikasi Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Pencemaran
1. B
agaimanakah pembukaan kilang papan boleh menjejaskan kesihatan
manusia?
________________________________________________________
________________________________________________________
(6 markah)
2. M
engapakah kegiatan penternakan di kawasan sungai adalah dilarang?
________________________________________________________
________________________________________________________
(6 markah)
41
3. Apakah perkaitan jelas yang dapat dinyatakan antara kedua-dua gambar
tersebut?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(6 markah)
LAMPIRAN 3
Borang Pemerhatian:
Bil. Item Ya Tidak
1. Murid boleh menyusun isi dalam pembentangan dengan baik.
2. Murid boleh menghuraikan fakta dengan baik
3.
Murid boleh menyatakan perkaitan satu fakta dengan fakta
yang lain.
4. Murid dapat menyatakan perkaitan fakta dengan jelas.
5. Murid dapat menjawab soalan yang diajukan dengan tepat.
LAMPIRAN 4
Soalan Temu bual
42
1. A
pakah yang kamu rasa selepas melihat tayangan video semasa sesi
pembelajaran tadi?
2. A
dakah kamu lebih suka guru menggunakan kaedah tayangan video?
Berikan alasan mengapa.
3. B
agaimana tayangan video dapat membantu kamu menjawab soalan
atau melakukan aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran?
4. B
erikan pendapat kamu sendiri berkenaan dengan kaedah tayangan
video yang guru gunakan.
LAMPIRAN 5
Mata Pelajaran : Kajian Tempatan
Kelas : 6 X
Tarikh : 1 Ogos 2011
Masa : (50 minit)
Bilangan pelajar : Orang
Tema : Ekonomi Negara
Tajuk
: Implikasi Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Sub Tajuk
: Perubahan Landskap
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Mengenalpasti perubahan landskap akibat kegiatan
ekonomi.
2. Melengkapkan jadual kegiatan ekonomi yang dijalankan
43
dan perubahan landskap yang berlaku ke atasnya.
3. Mencipta serangkap seloka tentang implikasi kegiatan
ekonomi.
Aktiviti P&P : I. Mengenalpasti maklumat.
II. Melengkapkan jadual.
III. Mencipta seloka.
Pengisian
Kurikulum
: Kemahiran bertambah nilai
- Kecergasan Pelbagai : verbal linguistik, interpersonal,
Visual-spartial, kinestatik.
- Strategi Pengajaran : Berpusatkan murid
- Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK)
Penerapan Nilai
Murni
: Rasional, bekerjasama,kreatif, menghargai.
Unsur-unsur
patriotisme
: Menghargai dan mencintai alam sekitar.
Bahan Bantu
Mengajar
: Gambar, kertas sebak, pen marker, lembaran kerja, muzik.
Pengetahuan Sedia
ada
: Murid mengetahui bidang kegiatan ekonomi yang dijalankan di
Malaysia.
PROSEDUR PELAKSANAAN
ELEMEN PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
BESTARI/ KEMAHIRAN
GENERIK
CATATAN (PENERAPAN NILAI
MURNI/ NILAI ALAM SEKITAR/
UNSUR PATRIOTISME/
SUMBER PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
Set Induksi
( 5 Minit )
1. Guru menunjukkan sekeping
gambar hutan yang penuh dengan
pelbagai tumbuh-tumbuhan.
2.Kemudian, sekeping gambar
rumah pula ditunjukkan kepada
murid.
3.Murid melakukan soal jawab
bersama guru tentang gambar
Kecerdasan Pelbagai:
- Verbal linguistik
Kemahiran Berfikir:
- Mentafsir dan
menghubungkait.
Nilai:
Berfikiran terbuka
Sumber P&P:
Gambar
Isi Pelajaran:
Pengenalan kepada tajuk
Perubahan Landskap
44
PROSEDUR PELAKSANAAN
ELEMEN PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
BESTARI/ KEMAHIRAN
GENERIK
CATATAN (PENERAPAN NILAI
MURNI/ NILAI ALAM SEKITAR/
UNSUR PATRIOTISME/
SUMBER PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
yang telah ditunjukkan tadi.
4.Murid dibimbing oleh guru untuk
menghubungkaitkan gambar
tersebut dengan tajuk pelajaran
hari ini.
Langkah 1
(15 Minit )
1.Murid dibahagikan kepada lapan
kumpulan dan dikehendaki berada
dalam kumpulan masing-masing.
2.Setiap kumpulan dibekalkan
dengan satu petikan karangan
tentang implikasi kegiatan
ekonomi, kertas sebak dan pen
marker.
3.Melalui petikan tersebut, setiap
kumpulan dikehendaki
mengenalpasti perubahan
landskap yang berlaku akibat
daripada kegiatan ekonomi.
4.Setiap kumpulan akan diberikan
kegiatan ekonomi yang tertentu
dan dikehendaki menulis semula di
atas kertas sebak yang diberikan.
5.Muzik dipasangkan semasa
murid melakukan perbincangan
dalam kumpulan.
6.Hasil perbincangan kumpulan
akan ditampal pada sudut yang
tertentu.
Kecerdasan Pelbagai:
-Visual ruang
Kemahiran berfikir:
-Mengenalpasti
-Menghubungkait
Strategi pengajaran:
-berpusatkan murid
Nilai:
Bekerjasama
Sumber P & P :
Petikan karangan
Muzik
Isi Pelajaran:
Implikasi Kegiatan Ekonomi
(Lampiran 1)
Langkah 2
(15 Minit )
1. Setiap kumpulan dibekalkan Kecerdasan pelbagai: Nilai:
45
PROSEDUR PELAKSANAAN
ELEMEN PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
BESTARI/ KEMAHIRAN
GENERIK
CATATAN (PENERAPAN NILAI
MURNI/ NILAI ALAM SEKITAR/
UNSUR PATRIOTISME/
SUMBER PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
dengan kertas tugasan yang
mengandungi jadual kegiatan
ekonomi dan implikasinya.
2.Murid diarahkan untuk bergerak
secara berkumpulan ke stesen-
stesen yang telah ditetapkan tadi.
3.Murid dikehendaki
melengkapkan jadual tersebut
semasa bergerak ke setiap stesen
tersebut.
4.Muzik juga akan dimainkan dan
apabila muzik berhenti, kumpulan
akan bergerak ke stesen
berikutnya sehingga habis.
5.Semua murid diarahkan duduk
mengikut kumpulan masing-
masing semula.
6.Setiap kumpulan akan
membacakan semula hasil
dapatan yang mereka catatkan
dalam jadual yang diberikan tadi.
- kinestatik
- Visual ruang
Strategi pengajaran:
- berpusatkan murid
- berpusatkan bahan
Kemahiran Berfikir:
-Mengenalpasti
- Bertolak ansur
Sumber P&P:
-Lembaran kerja
-Muzik
Isi Pelajaran:
Perubahan Landskap
Mengikut Kegiatan Ekonomi
(Lampiran 2)
Langkah 3
( 10 Minit )
1.Setiap kumpulan diedarkan
dengan sehelai kertas berwarna.
2.Setiap kumpulan dikehendaki
mencipta serangkap seloka
ataupun pantun tentang implikasi
kegiatan ekonomi di atas kertas
yang diberikan.
3.Setelah masa beberapa minit
diberikan, setiap kumpulan
dikehendaki membacakan hasil
ciptaan mereka secara beramai-
Kecerdasan pelbagai:
- verbal linguistik
Kaedah pengajaran:
- Berpusatkan murid
Nilai :
-Bekerjasama
Sumber P&P :
-kertas berwarna
Isi Pelajaran:
Seloka Implikasi Kegiatan
Ekonomi
Damai sungguh hutan di sini
Pelbagai flora dapat dinikmati
46
PROSEDUR PELAKSANAAN
ELEMEN PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
BESTARI/ KEMAHIRAN
GENERIK
CATATAN (PENERAPAN NILAI
MURNI/ NILAI ALAM SEKITAR/
UNSUR PATRIOTISME/
SUMBER PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
ramai. Namun kini hutan dah mati
Dek arus pembangunan hebat
tak terperi.
Penutup
( 5 Minit )
1.Setiap kumpulan diberikan
dengan sehelai lembaran berisi
permainan perkataan tersembunyi.
2.Kumpulan dikehendaki mencari
perkataan tersebut dalam masa
beberapa minit sahaja.
3.Semua kumpulan akan
melakukan perbincangan bersama
guru.
4.Murid akan merumuskan sendiri
isi pelajaran hari ini melalui
perkataan-perkataan tersebut.
Penutup kognitif:
-Kemahiran berfikir
Unsur patriotisme:
Menghargai dan mencintai alam
sekitar.
Sumber P&P:
Lembaran kerja
Isi pelajaran:
Rumusan:
Permainan perkataan
tersembunyi
(Lampiraan 3)
LAMPIRAN 6
Mata Pelajaran : Kajian Tempatan
Kelas : 6 X
Tarikh : 8 Ogos 2011
Masa : (50 minit)
Bilangan pelajar : Orang
47
Tema : Ekonomi Negara
Tajuk : Implikasi Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Sub Tajuk : Pencemaran
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
4. Menyatakan jenis-jenis pencemaran akibat kegiatan
ekonomi.
5. Mengenalpasti kesan-kesan akibat pencemaran udara,
air, darat dan bunyi.
6. Mewarnakan poster Selamatkan Bumi.
Aktiviti P&P : IV. Tayangan video.
V. Kotak beracun.
VI. Mewarnakan poster.
Pengisian
Kurikulum
: Kemahiran bertambah nilai
- Kecergasan Pelbagai : verbal linguistik, interpersonal,
Visual-spartial, kinestatik.
- Strategi Pengajaran : Berpusatkan murid
- Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK)
Penerapan Nilai
Murni
: Rasional, bekerjasama,kreatif, menghargai.
Unsur-unsur
patriotisme
: Menghargai dan mencintai alam sekitar.
Bahan Bantu
Mengajar
: Gambar, video, borang pengurusan grafik, kad penyata, muzik.
Pengetahuan Sedia
ada
: Murid pernah melihat gambar-gambar pencemaran di akhbar dan
televisyen.
PROSEDUR PELAKSANAAN
ELEMEN PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
BESTARI/ KEMAHIRAN
GENERIK
CATATAN (PENERAPAN NILAI
MURNI/ NILAI ALAM SEKITAR/
UNSUR PATRIOTISME/ SUMBER
PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
Set Induksi
( 5 Minit )
1.Guru menunjukkan murid
beberapa keping gambar
Kecerdasan Pelbagai:
- Verbal linguistik
Nilai:
Berfikiran terbuka
48
PROSEDUR PELAKSANAAN
ELEMEN PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
BESTARI/ KEMAHIRAN
GENERIK
CATATAN (PENERAPAN NILAI
MURNI/ NILAI ALAM SEKITAR/
UNSUR PATRIOTISME/ SUMBER
PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
pencemaran.
2.Murid diminta memberikan
komen mereka terhadap
gambar yang ditunjukkan tadi.
3.Murid dibimbing oleh guru
untuk menghubungkaitkan
gambar tersebut dengan tajuk
pelajaran hari ini.
Kemahiran Berfikir:
- Mentafsir dan
menghubungkait.
Sumber P&P:
Gambar
Isi Pelajaran:
Pengenalan kepada tajuk
Pencemaran.
Langkah 1
(15 Minit )
1.Murid dipertontonkan dengan
tayangan video muzikal tentang
pencemaran yang berlaku di
negara kita.
2.Murid dikehendaki memberi
tumpuan terhadap tayangan
video yang ditunjukkan dan
membuat catatan jika perlu.
3.Setelah habis video
ditayangkan, guru dan murid
melakukan sedikit soal jawab
tentang tayangan video
tersebut.
4.Secara berpasangan, murid
diminta berbincang dan
melengkapkan borang
pengurusan grafik yang akan
diberikan.
5.Hasil dapatan perbincangan
mereka, murid diminta
melakukan sedikit
pembentangan.
Kecerdasan Pelbagai:
-Visual ruang
Kemahiran berfikir:
-Mengenalpasti
-Menghubungkait
Strategi pengajaran:
-berpusatkan murid
Nilai:
Bekerjasama
Sumber P & P :
-Video
-Borang pengurusan grafik
Isi Pelajaran:
Jenis-jenis Pencemaran:
-Pencemaran udara
-Pencemaran air
-Pencemaran darat
-Pencemaran bunyi
(Lampiran 1)
49
PROSEDUR PELAKSANAAN
ELEMEN PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
BESTARI/ KEMAHIRAN
GENERIK
CATATAN (PENERAPAN NILAI
MURNI/ NILAI ALAM SEKITAR/
UNSUR PATRIOTISME/ SUMBER
PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
Langkah 2
(15 Minit )
1. Murid diterangkan tentang
peraturan permainan kotak
beracun.
2.Muzik akan dipasangkan dan
murid akan menjalankan kotak
beracun tersebut dengan
memberi kepada rakan mereka.
3.Apabila muzik diberhentikan,
murid terakhir yang memegang
kotak beracun tersebut akan
mencabut kad perkataan dalam
kotak tersebut dan
menampalnya di ruangan yang
telah disediakan pada papan
putih.
4.Kotak beracun akan
dijalankan sehinggalah kad
perkataan habis dicabut dan
ditampal.
5.Murid akan bebincang
bersama guru tentang jawapan
yang ditampalkan pada ruangan
yang telah ditetapkan pada
papan putih.
Kecerdasan pelbagai:
- kinestatik
- Visual ruang
Strategi pengajaran:
- berpusatkan murid
- berpusatkan bahan
Kemahiran Berfikir:
-Mengenalpasti
-Menghubungkait
Nilai:
- Berhati-hati
Sumber P&P:
-Kotak beracun
-Kad perkataan
-Muzik
Isi Pelajaran:
Kesan-kesan Pencemaran:
-Hidupan akuatik akan pupus.
-Menjejaskan keindahan
persekitaran.
-Menjadi tempat pembiakan
haiwan perosak.
-Sisa toksik menyebabkan
pencemaran air bawah tanah.
-Menjejaskan kesihatan manusia.
-Menyebabkan masalah jerebu.
-Menganggu ketenteraman
penduduk.
50
PROSEDUR PELAKSANAAN
ELEMEN PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
BESTARI/ KEMAHIRAN
GENERIK
CATATAN (PENERAPAN NILAI
MURNI/ NILAI ALAM SEKITAR/
UNSUR PATRIOTISME/ SUMBER
PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
Langkah 3
( 10 Minit )
1.Murid diedarkan dengan
sehelai poster Selamatkan
Bumi.
2.Murid dikehendaki
mewarnakan poster tersebut
dengan cantik dan kemas.
3.Setelah masa beberapa minit
diberikan, hasil kerja beberapa
orang murid yang tercantik
ditunjukkan di hadapan kelas.
4.Murid diminta menampal hasil
kerja mereka di dalam buku
latihan.
Kecerdasan pelbagai:
- Visual-spartial
Kaedah pengajaran:
- Berpusatkan bahan
Nilai :
-Kreatif
Sumber P&P :
-Poster
Isi Pelajaran:
Selamatkan Bumi
(Lampiran 2)
Penutup
( 5 Minit )
1.Murid dipertontonkan dengan
video muzik Hijau.
2.Murid diminta berdiri dan
menyanyikan lagu Hijau
dengan penuh semangat dan
penghayatan mengikut iringan
muzik.
3.Murid disoal kembali tentang
isi pelajaran yang telah
dipelajari pada hari ini.
4.Murid diperingatkan agar
menanamkan rasa cinta pada
alam sekitar dan sentiasa
berusaha menjaga dan
memelihara alam sekitar.
Kecerdasan pelbagai:
Muzik
Penutup kognitif:
-Kemahiran berfikir
Unsur patriotisme:
Menghargai dan mencintai alam
sekitar.
Sumber P&P:
-Video muzik
51
JENIS-JENIS
PENCEMARAN
Pencemaran:____________
Contoh:_______________
Pencemaran:_____________
Contoh:__________________
Pencemaran:_____________
Contoh:_________________
_
Pencemaran:_____________
Contoh:_________________
52
53
LAMPIRAN 7
Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan
1. Penyediaan rancangan
pengajaran harian untuk sesi
pertama.
30 Julai 2011 1 hari
2. Penyediaan Ujian 1. 31 Julai 2011 1 hari
3. Pengajaran dan pembelajaran
sesi pertama.
1 Ogos 2011 50 minit
4. Menjalankan Ujian 1. 1 Ogos 2011 10 minit
5. Penyediaan rancangan
pengajaran harian untuk sesi
kedua.
6 Ogos 2011 1 hari
6. Penyediaan Ujian 2. 7 Ogos 2011 1 hari
7. Pengajaran dan pembelajaran
sesi kedua.
8 Ogos 2011 50 minit
8. Menjalankan Ujian 2. 8 Ogos 2011 10 minit
9. Menemu bual murid. 8 Ogos 2011 15 minit
LAMPIRAN 8
Kos Kajian
Bil. Bahan Kos
seunit
unit Jumlah kos
1. Kertas ujian 1 & Ujian 2 RM 0.10 80 RM 8.00
2. Lembaran kerja RM 0.10 80 RM 8.00
3. Kertas sebak RM 7.00 1 RM 7.00
Jumlah besar RM 23.00