Anda di halaman 1dari 15

MAKANAN

MELAYU
CIRI-CIRI MAKANAN MELAYU
Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah
penggunaan rempah ratus yang banyak, serta
santan yang penting untuk menghasilkan
makanan berlemak dan pekat.
Perasa seperti belacan dan budu adalah penting
untuk menambah kesedapan makanan. Belacan
juga digunakansebagai bahan asas bersama-
sama dengan cili, bawang dan bawang putih
untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa
utama dalam hidangan.
CIRI-CIRI MAKANAN MELAYU
Masakan Melayu juga banyak menggunakan
lengkuas dan serai makan. Hampir setiap masakan
Melayu dihidang bersama dengan nasi,makanan
ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan
etnik lain di Asia.
Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam
masakan Melayu,biasanya semua dihidangkan
sekaligus, tanpa turutan sajian seperti dalam
budaya Barat.

Nasi Lemak merupakan antara makanan tradisional Malaysia
yang disukai ramai. Ia biasanya dimakan pada bila-bila masa
sahaja - sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan
waktu-waktu lain.
NASI LEMAK
Nasinya dimasak dengan santan dan diletakkan daun pandan
untuk menaikkan bau pandan pada nasi. Ada juga sesetengah
orang tambahkan halia atau serai ke dalam nasi lemak
tersebut.
Boleh dikatakan, setiap tempat makan di Malaysia
mempunyai menu nasi lemak. Nasi lemak asalnya dimakan
dengan sambal bilis dan telur rebus. Sekarang ini, ia telah
dipelbagaikan dengan lauk-lauk tambahan lain seperti sambal
sotong, ayam merah, daging merah dan sebagainya.

Sate dihasilkan daripada tukang-masak
jalanan yang berasal dari Java, Indonesia.
Hingga sekarang, sate masih menjadi
makanan kegemaran oleh warga
Singapura, Indonesia dan juga Malaysia.
Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana
dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan
daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul
serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang
wangi amat penting. Sate dihidang dengan
bawang merah dan timun, selain ketupat nasi
atau nasi himpit.

Laksa
Laksa adalah makanan berjenis mi yang ditaruh bumbu
dengan kebudayaan Peranakan, yang digabung dengan elemen
Tiongkok dan Melayu. Laksa mempunyai beberapa jenis, yang
dikenal di negara Indonesia adalah yang berjenis Laksa Penang,
bentuk mi-nya bulat putih dan sedikit tebal. Nama Laksa
diambil dari bahasa Sanskrit (India kuno) yaitu Laksha yang
mempunyai arti banyak, menujukkan bahwa mi Laksa dibuat
dengan berbagai bumbu.
Laksa ada tiga jenis:
Laksa kari
Laksa asam
Laksa sarawak
Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi
atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan
direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia,
Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang
digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat
bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang
menggunakan beras pulut sebagai bahan asasnya,
manakala ketupat nasi dibuat daripada beras atau
padi. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.
Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas
sebagai pembungkusnya. Biasanya daun palas digunakan untuk
membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat
moden biasanya empat segi.

Sejak 1990, ketupat tidak lagi dibuat daripada daun kelapa,
sebaliknya dibungkus dalam plastik dan dikukus dalam periuk
elektrik. Ketupat sebegini dinamakan nasi himpit. Walaupun ada
pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi
masalah.

Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu
pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan
dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini,
ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran
seperti di Kajang.
KETUPAT PALAS

Cara
Membungkus
Ketupat Palas
DODOL
Dodol sangat terkenal dan digemari di
Malaysia dan ia adalah sejenis makanan yang
dikategorikan dalam kumpulan makanan yang
manis.

Bahan-bahan untuk membuat dodol adalah
santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula
melaka dan garam.
LEMANG
Lemang adalah makanan tradisional
khas Minangkabau. Ia disukai ramai
dan biasanya dimakan pada Hari Raya.

Ia biasanya dimakan bersama rendang
atau serunding. Diperbuat daripada
beras pulut dan santan.