Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

ISTILAH MASAKAN
(MENJERUK)





NAMA :SITI NORHANA BINTI KADIR
ANGKA GILIRAN :201314134000045
NO KAD PENGENALAN :920122-12-5314
KUMPULAN / UNIT :PISMP PK AMBILAN JANUARI 2013
SUBJEK :KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI (KAUB)
KOD SUBJEK :PKU 3173
NAMA PENSYARAH :ENCIK MOHAMED MUSTAFA BIN ABDUL AZIZ



Teknik memerap (marinade) makanan bermaksud:

1. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, memerap adalah:
membiarkan sahaja terletak / merehatkan

2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, memerap adalah:
i. membiarkan daging, ikan dan sebagainya yang telah digaul dengan
bahan yang terdiri daripada sos, garam, rempah dan sebagainya,
untuk beberapa waktu sebelum dimasak
ii. bahan yang terdiri daripada rempah, herba, minyak, cuka dan
sebagainya yang digaulkan pada daging, ikan dan sebagainya, dan
dibiarkan menyerap beberapa waktu sebelum dimasak untuk
menambah rasa dan melembutkan daging, ikan dan sebagainya.

3. Menurut definisi mykamus.com (2012):
memerap (marinade) makanan bermaksud bahan berperasa rempah
digunakan untuk memberi rasa pada ikan, daging dan sebagainya.

4. Menurut Maggi (2013) yang diambil dari laman web maggi.com:
memerap adalah satu proses merendam bahan makanan, biasanya daging,
dalam cecair untuk tujuan menyeduh rasa ramuan. Memerap juga boleh
digunakan untuk melembutkan daging.
Bila memerap makanan, ingatlah garis panduan ini: Sesetengah jenis
makanan seperti sayuran dan ayam lebih cepat berair daripada daging
lembu/kambing. Untuk ayam, udang, ikan atau sayuran, 3-4 jam dalam peti
sejuk biasanya sudah memadai. Untuk daging, 6 jam mencukupi, tetapi
sebaik-baiknya semalaman.

5. Menurut http://www.utusan.com.my/ (2012):
Memerap merupakan satu proses atau teknik merendam makanan dalam
campuran bahan-bahan telah diperisa sebelum ia dimasak. Makanan
berasaskan daging seperti ayam, kambing, lembu dan sebagainya selalunya
diperap sebelum dibakar. Bahan perapan boleh diadun dengan asid seperti
cuka, lemon dan bahan-bahan lain seperti minyak, rempah-rempah, herba-
herba, sos tomato dan sebagainya yang dapat menambahkan rasa pada
makanan yang diperap itu. Bahan memerap seperti asid dalam perapan
dapat juga melembutkan produk makanan kerana ia akan melembutkan tisu
dan akan menghasilkan jus yang lebih enak daripada produk yang diperap.

Walaupun begitu fungsi asid dalam bahan perapan untuk melembutkan cuma
memberikan kesan yang sedikit, kerana cara memotong dan teknik memasak
yang betul turut menyumbang kepada rasa lembut makanan tersebut. Jadi
perapan yang berbeza boleh anda buat bergantung pada jenis makanan.
Contohnya anda boleh menggunakan rempah ratus dan herba tempatan
seperti kunyit, jintan putih, ketumbar dan serai dalam perapan untuk ayam
bakar. Lebihan perapan boleh dimasak untuk dijadikan sos juga. Tip paling
penting dalam memerap adalah jangka masa simpanan bahan yang diperap
itu. Lagi lama anda memerap daging atau makanan itu, lagi sedap rasanya.

Gambar:

Anda mungkin juga menyukai