Anda di halaman 1dari 1

Penilaian Pelaksanaan dan keberkesanan projek yang telah

dilaksanakan
Projek: Program Kecemerlangan Prestasi UPSR Bahasa Malaysia Tahun
2014 (Program TULUS)

Output:
Projek ini berjaya meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa
Malaysia murid mengikut sukatan dan isi kandungan pembelajaran yang
harus dipelajari. Latihan-latihan berkaitan dengan tatabahasa dapat
memberikan motivasi kepada murid-murid untuk belajar Bahasa Malaysia.
Outcome:
Masalah utama yang menyebabkan murid mendapat keputusan yang rendah
dalam Bahasa Malaysia adalah mereka tidak memahami maksud
perbendaharaan kata Bahasa Malaysia sama ada secara lisan atau bertulis.
Masalah ini dapat dipertingkatkan melalui Program TULUS. Tambahan pula,
pelajar dapat menguasai tatabahasa dengan baik dan dapat menjawab
soalan dalam peperiksaan Bahasa Malaysia dengan baik.

Aplikasi Ilmu:
Saya mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru Bahasa Malaysia
yang berpengalaman untuk mengetahui tentang bentuk soalan, teknik
menjawab soalan peperiksaan serta kemahiran yang boleh dikuasai dalam
pembelajaran. Melalui program ini, saya berpeluang untuk mengaplikasikan
ilmu pengetahuan yang dipelajari ini dalam mengajar murid dan dapat
bekerjasama dengan guru-guru di sekolah dalam menjayakan program ini
memandangkan program ini melibatkan semua guru di sekolah.

Kreatif Dan Inovasi:
Cabaran pengajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia ini telah saya harungi
dengan berjaya selepas menyempurnakan projek ini. Projek ini memberi
banyak manfaat kepada saya. Sebagai contoh, saya mendapat pengalaman
mengajar Bahasa Malaysia dan dapat mempelajari teknik-teknik menjawab
soalan UPSR dalam subjek Bahasa Malaysia.