Anda di halaman 1dari 1

CONTOH DOA PEMBUKAAN MAJLIS SNHSO

DOA RINGKAS PEMBUKAAN MAJLIS.


Bismillahi Rrahmaani Rrahiim.
Alhamdulillahi robbil aalamiin. Wasolaatu wassalaamu alaa asyrafil anbiyaai wal mursaliin, wa ala
aalihi wasohbihi ajmain.
Ya Allah,
Dengan nama-Mu, yang menyembuhkan segala penyakit,
Dengan nama-Mu, yang mencukupkan segala permintaan,
Dengan nama-Mu, yang memaafkan segala dosa,
Dengan nama-Mu yang tidak dapat dimudharatkan oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan
Ia maha mendengar dan maha mengetahui.
Ya Ghaffar, maka ampunilah segala dosa-dosa kedua-dua ibu bapa, para guru, saudara kami serta
sekian makhluk di sarwa alam ini.

Ya Rabanna,
Sesungguhnya hanya kepada-Mu kami rafakan rasa syukur. Hanya kepada-Mu kami menyembah,
dan hanya kepada-Mu, kami memohon pertolongan. Maka Engkau berkati dan lancarkanlah majlis
kami ini.
Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah, dan Engkaulah yang
menjadikan kesukaran itu mudah, apabila Engkau kehendaki. Terangilah hati kami dengan cahaya
petunjuk-Mu sebagaimana Engkau terangi bumi ini dengan matahari-Mu selama-lamanya.
Rabbana aatinaa fid dunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqinaa azaaba Nnaar. Wasallallu
ala aalihi wa sohbihi wassalim tasliimann kathiira, walhamdulillahi robbil alamiin.