Anda di halaman 1dari 1

1.

8 Kepentingan Penyelidikan

Tujuan utama pendidikan Kemahiran Hidup adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai
pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang sesuatu Kemahiran, mempunyai kemahiran
minimum dalam penghasilan projek mudah, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi,
dapat menghargai dan menikmati estetika serta dapat mengamalkan nilai murni (KBSR KH,
2000). Oleh itu, berdasarkan kepada matlamat inilah kajian ini dijalankan bagi membantu murid
meningkatkan kemahiran asas terhadap Kaedah Jahitan yang betul.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan kaedah tertentu lebih
membantu merangsangkan minat pelajar untuk belajar. Penggunaan kaedah tertentu juga
memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di kalangan guru dan murid. Penggunaan kaedah tertentu juga dapat
menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah
mengikut peredaran zaman (Omardin Ashaari, 1999).
Antara kepentingan penggunaan kaedah Simulasi Pandang Dengan Video ( SPDV )
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan cara
penghasilan. Ini bermaksud murid dapat menyaksikan sendiri proses dan tunjuk cara semasa
menyampaikan simulasi aktiviti dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan
penggunaan kaedah ini, lebihlebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk
pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid, guru akan cuba membuat
pengubahsuaian kaedah pengajaran dengan mereka suatu kaedah yang baru bagi
memudahkan kefahaman murid dalam Tajuk Jenis Jahitan. Selain itu, murid juga akan lebih
berminat untuk mengikuti pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup kerana adanya
bahan yang menarik dan mudah difahami.
Kajian ini dilakukan bagi menyedarkan kepada guru terutamanya guru Kemahiran Hidup
bahawa mata pelajaran ini perlu disesuaikan dengan bahan-bahan yang dapat menarik minat
semua murid. Namun, jika guru bijak dan kreatif dalam penyampaian isi pelajaran dengan
menggunakan bahan-bahan yang menarik minat dan kesungguhan murid-murid juga akan
meningkat.