Anda di halaman 1dari 2

Biro Dakwah Amar Maaruf Nahi Munkar, Masjid Jamek Kampung Nakhoda

M MM M
M MM M
i ii i
i ii i
m mm m
m mm m
b bb b
b bb b
a aa a
a aa a
r rr r
r rr r
N NN N
N NN N
a aa a
a aa a
k kk k
k kk k
h hh h
h hh h
o oo o
o oo o
d dd d
d dd d
a aa a
a aa a

D a a

BIL: 16/19 SYAWWAL 1435H/15 OGOS 2014 PERCUMA UNTUK AHLI JEMAAH MASJID
A AG GA AM MA A A AD DA AL LA AH H N NA AS SI IH HA AT T
, ' , ' , , , ` , ` _

` _ ` _ . = ` ' . ` ` . = _ , , ,
` , ` ` . , - . , , , , ` , , ' ` ` , , ` , , , _ ,.- ,
Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Ausin Ad-Dari Radhiyallahu Anhu bahawasanya Nabi
Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Bagi
siapa? Baginda bersabda: Bagi Allah dan bagi KitabNya dan bagi RasulNya dan bagi Para
Imam Ummat Muslimin dan bagi orang awam mereka. [Diriwayatkan oleh Imam Muslim]






































































Ketua Editor: Ust. Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi
Penolong Editor: Sdr. Muhammad Taufiq
G Gh ha az zw wa ah h P Pe er ra an ng g U Uh hu ud d
Peperangan Ghazwah Uhud berlaku pada pertengahan bulan Syawwal 15 atau 17, tahun ke-3 Hijrah.
Pihak Kafir Quraisy begitu bernafsu ingin membalas dendam atas kekalahan Ghazwah Badar Al-Kubra
setahun sebelum itu setelah kedudukan mereka tercemar di serata Semenanjung Arab. Dinamakan
Perang Uhud kerana peperangan ini berlaku di sebuah tempat yang dinamakan Uhud dan dikelilingi
dengan Bukit Uhud.
Pada peringkat pertama, tentera Islam mencapai kemenangan. Tetapi, akibat dari sikap kumpulan
pemanah tentera Islam yang melanggar perintah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam supaya tidak
meninggalkan kedudukan masing-masing walau apa pun berlaku, maka tentera Islam akhirnya
ditewaskan. Baginda Shallallahu Alaihi Wasallam telah memerintahkan tentera pemanah Islam supaya
tidak meninggalkan kedudukan masing-masing walau apa pun yang berlaku, namun disebabkan
terpedaya dengan banyaknya harta rampasan perang, maka mereka membelakangkan arahan Rasulullah
Shallallahu Alaihi Wasallam dan meninggalkan kedudukan mereka di atas bukit untuk turun mengutip
harta rampasan perang. Pasukan pemanah Islam melanggar perintah Rasulullah Shallallahu Alaihi
Wasallam selepas yakin mencapai kemenangan dan ingin memungut harta rampasan perang yang
ditinggalkan oleh pihak musuh. Maka tentera Kafir Quraisy yang dipimpin oleh Khalid Ibnu Walid yang
ketika itu belum memeluk Islam, telah mengambil peluang itu dengan berpatah balik lalu mengambil
posisi tentera pemanah Islam yang ditinggalkan dan mula melakukan serangan mengejut sehingga
berlakunya kekalutan dengan menghujankan panah kepada tentera Islam yang sedang leka
mengumpulkan harta rampasan perang. Pada peringkat kedua ini, kacau bilau telah berlaku di pihak
tentera Islam tatkala menerima ujian apabila 70 orang Para Shahabat telah Syahid termasuklah
Sayyidina Hamzah Abdul Muthallib bapa saudara Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam yang digelar
Asaadullah yang bermakna Singa Allah. Hal ini ditambah dengan serangan saraf tersebar khabar
kononnya Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah wafat. Akhirnya, ada Shahabat yang telah
terpandang Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam masih sedang berjuang, lalu dia melaungkan
keadaan sebenar sehingga membangkitkan semula semangat juang tentera Islam. Segera Rasulullah
Shallallahu Alaihi Wasallam menyusun semula tentera Islam dan berjaya menyekat kemaraan tentera
Kafir Quraisy. Baginda bersama 30 tentera Islam menuju ke suatu teluk di Bukit Uhud untuk mengatur
perancangan perang yang baru. Pada peringkat ketiga, tentera Islam dapat bertahan apabila tentera
Kafir yang tidak berpuas hati kerana gagal membunuh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam,
mengatur langkah menyerang Madinah. Bagaimanapun, mereka tidak meneruskan perancangan itu
apabila mengetahui Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersiap untuk menyerang balas.
Peperangan Uhud memberikan tamparan yang hebat dan pengajaran yang amat bernilai bagi Ummat
Islam bagaimana kemenangan bertukar kekalahan di saat tak sepatutnya kalah. Pengajaran kepada Para
Shahabat dan Ummat Islam keseluruhannya bahawa kita perlulah sangat taat setia kepada Allah dan
Rasul, tidak cukup hanya dengan beriman percaya sahaja. Kekalahan pada peringkat kedua berlaku
akibat dari pelanggaran perintah Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam selaku pemimpin, serta rasa terlalu
seronok dengan harta rampasan perang sehingga kurangnya pertautan hati dengan Allah. Ummat Islam
yang mendapat kemenangan besar pada awalnya tetapi telah bertukar menjadi kacau-bilau apabila
ditewaskan oleh tentera Quraiysh yang menyerang dengan sekelip mata. Ghazwah Uhud adalah
peperangan dan kemenangan ke atas jiwa serta Tarbiyah kepada kelompok Mukmin supaya dengar dan
taat pada arahan pimpinan tertinggi terutama di saat-saat genting. Terbukti dengan jelas di dalam
Ghazwah ini betapa pengorbanan Para Shahabat dan kecintaan mereka yang begitu mendalam terhadap
Baginda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.
Mimbar Nakhoda Mimbar Nakhoda Mimbar Nakhoda Mimbar Nakhoda ini diterbitkan secara mingguan oleh Biro Dakwah Amar Maaruf Nahi Munkar, Masjid Jamek Kampung
Nakhoda, Jalan Nakhoda Tengah, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan dengan kerjasama Naqsyabandi Akademi Quran
Sunnah Hadits, Madrasah Ulul Azmi, Kampung Sepakat Wira Damai, Batu Caves. Cetakan adalah terhad, maka digalakkan untuk
difotostat dan diedarkan kepada orang lain, semoga Allah memberkati dan memberikan ganjaran pahala yang berterusan, Amin.
KETERANGAN
Agama Islam adalah terletak pada nasihat kerana ia mengandungi peringatan berkenaan keimanan dan
ketaatan kepada Allah dan kepada RasulNya serta beramal dengan KitabNya dan Sunnah RasulNya.
Nasihat mengandungi maksud supaya ysng dinasihatkan mendapat keuntungan dan faedah. Orang yang
memberi nasihat adalah bermaksud untuk memberi kebaikan kepada orang yang dinasihatinya. Orang
yang memberi nasihat juga hendaklah menggunakan kata-kata yang sudah dipilih dan telah diperhalusi
serta ikhlas dan bersih dari sebarang maksud yang tidak baik.
Maksud nasihat bagi Allah ialah beriman kepadaNya menurut pengertian yang sebenarnya serta
menghapuskan sama sekali sebarang sifat dan bentuk penyekutuan bagiNya dalam Itiqad dan Ibadat serta
beramal menurut apa yang telah diperintahkanNya, meninggalkan segala apa yang dilarangNya,
mengingati kebesaranNya mengatasi segala kebesaran, mensyukuri nikmatNya yang tak terhitung
banyaknya serta tak ternilai hikmahNya dan dengan menggunakan segala nikmat kurniaanNya pada jalan
kebaikan dan sejahtera.
Maksud nsihat bagi KitabNya ialah beriman kepada kebenaranNya yang terkandung di dalam KitabNya
dengan beramal mengikut petunjuk dan pengajaranNya. KitabNya ialah perkataanNya yang diwahyukan
kepada RasulNya, yang tidak sama dengan perkataan manusia dan tidak dapat ditiru sepertinya oleh
sesiapa pun, memuliakannya serta membesarkan kehormatannya dengan memandang keutamaannya
mengatasi segala kitab, membaca ayat-ayatnya dengan cara yang betul, dengan memahami ertinya serta
mencari rahsia dan hukumnya, mendalami ilmu pengetahuannya, memerhatikan serta melaksanakan
hukumnya dan menyesuaikan diri dengan pengajarannya dan yakin bahawa KitabNya adalah pedoman
hidup untuk selama-lamanya di segala tempat dan zaman.
Maksud nasihat bagi RasulNya ialah membenarkan Kerasulannya, mempercayai apa yang dibawanya,
mematuhi suruhan dan larangannya, membela Agamanya, memusuhi sesiapa yang melawannya, mencintai
sesiapa yang mencintainya, menghidupkan perjalanan dan Sunnahnya pada diri sendiri dan dalam
masyarakat. Maksud nasihat bagi Para Imam Ummat Muslimin ialah menolong raja-raja, Ulama-ulama dan
ketua-ketua pemerintahan Islam dalam perkara kebenaran dan keadilan, patuh kepada mereka dalam
urusan kebaikan, tegur mereka dengan cara yang sopan dan peringati mereka di kala mereka terlalai dari
kewajiban, dan tidak menghasut orang ramai supaya keluar dari barisan ketaatan yang membawa kepada
kekacauan. Maksud nasihat kepada orang awam ialah orang ramai dari kalangan Ummat Muslimin dengan
memimpin mereka ke jalan yang benar, mengawasi mereka dari jalan yang salah, mengajar mereka, belajar
dari mereka, bertolong-tolongan di antara mereka dalam perkara kebaikan dan Taqwa, saling hormat-
menghormati, cinta-mencintai, bersama-sama menjaga kemushlahatan hidup dengan menjauhi sifat-sifat
yang membangkitkan fitnah dan permusuhan dan memahami setiap individu Muslim di dalam masyarakat
kerana tidak akan ada masyarakat Muslimin tanpa adanya individu Muslim.

Biro Dakwah Amar Maaruf Nahi Munkar, Masjid Jamek Kampung Nakhoda
P PP P P PP Pu uu u u uu ui ii i i ii is ss s s ss si ii i i ii i C CC C C CC Ci ii i i ii in nn n n nn nt tt t t tt ta aa a a aa a J JJ J J JJ Ja aa a a aa al ll l l ll la aa a a aa al ll l l ll ll ll l l ll lu uu u u uu ud dd d d dd dd dd d d dd di ii i i ii in nn n n nn n R RR R R RR Ru uu u u uu um mm m m mm mi ii i i ii i
D Di i m ma an na a s sa aj ja a d di ik ka au u b be er ra ad da a, , w wa al la au u a ap pa a p pu un n j ju ua a k ke ea ad da aa an nm mu u, ,
C Cu ub ba al la ah h m me en nj ja ad di i s se eo or ra an ng g p pe en nc ci in nt ta a y ya an ng g s se en nt ti ia as sa a d di im ma ab bu uk kk ka an n o ol le eh h C Ci in nt ta aN Ny ya a, ,
S Se ea an nd da ai in ny ya a s se ek ka al li i d di ik ka au u d da ap pa at t m me er ra as sa a d di ik ku ua as sa ai i o ol le eh h C Ci in nt ta aN Ny ya a, ,
M Ma ak ka a d di ik ka au u a ak ka an n h hi id du up p m me en nj ja ad di i p pe en nc ci in nt ta a y ya an ng g h hi id du up p b ba ag ga ai ik ka an n d da al la am m p pu us sa ar ra a, ,
D Da an n d di ik ka au u a ak ka an n t te et ta ap p h hi id du up p h hi in ng gg ga a H Ha ar ri i K Ke eb ba an ng gk ki it ta an n i it tu u t ti ib ba a, ,
L La an nt ta as s d di ik ka au u p pu un n a ak ka an n d di ib ba aw wa a k ke e d da al la am m S Sy yu ur rg ga a d da an n h hi id du up p k ke ek ka al l s se el la am ma an ny ya a, ,
N Na am mu un n, , j ji ik ka a d di ik ka au u m ma as si ih h b be el lu um m m me en nj ja ad di i s se eo or ra an ng g p pe en nc ci in nt ta a, ,
M Ma ak ka a d di i h ha ar ri i P Pe em mb ba al la as sa an n, , s se el lu ur ru uh h p pa ah ha al la am mu u t ti id da ak k a ak ka an n d di ip pe er rh hi it tu un ng gk ka an nN Ny ya a. .
P Pa ad da a H Ha ar ri i K Ke eb ba an ng gk ki it ta an n, , o or ra an ng g r ra am ma ai i a ak ka an n b be er rj ja al la an n s se em mp po oy yo on ng ga an n, ,
D Di i h ha ad da ap pa an nM Mu u, , m me er re ek ka a a ak ka an n m me en ng gg gi ig gi il l d de en ng ga an n w wa aj ja ah h p pu uc ca at t k ke er ra an na a k ke et ta ak ku ut ta an nn ny ya a, ,
M Ma ak ka a d da ak ku u a ak ka an n m me em me el lu uk k C Ci in nt ta aM Mu u d da an n b be er rk ka at ta a k ke ep pa ad da a m me er re ek ka a, ,
M Mi in nt ta al la ah h w wa al la au u s se eg ga al la a a ap pa a p pu un n, , m mi in nt ta al la ah h w wa al la au u s se eg ga al la an ny ya a a at ta as s n na am ma ak ku u j ju ua a. .
-Bihurmati Hadhrat Maulana Jalalluddin Muhammad Ar-Rumi Rahmatullah Alaih
A AQ QI ID DA AH H B BE ER RK KE EN NA AA AN N T TA AN NZ ZI IH H K KU UL LL LI I

































TOKOH ISLAM TOKOH ISLAM TOKOH ISLAM TOKOH ISLAM
I IM MA AM M A AH HM MA AD D I IB BN NI I H HA AM MB BA AL L









































S SI IR RI I P PE ED DA AN NG G R RA AS SU UL LU UL LL LA AH H S SH HA AL LL LA AL LL LA AH HU U A AL LA AI IH HI I W WA AS SA AL LL LA AM M

A AL L- -M MA AA AT TS SU UR R
Pedang yang dimiliki oleh Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam sejak muda sebelum
menerima wahyu pertama di Makkah. Pedang ini dipusakai daripada ayahandanya dan sentiasa
berada di tangan Baginda sama ada ketika berada di makkah mahupun ketika berhijrah ke Madinah.
Pedang ini juga dikenali sebagai Maatsur Al-Fijar kerana dikatakan Baginda telah
menggunakannya buat pertama kali pada peperangan Fijar di zaman Jahiliyyah ketika Baginda
berusia 15 tahun, mengikut bapa saudaranya Abu Thalib. Baginda juga telah menggunakan pedang
ini dalam kebanyakan peperangan. Panjang pedang 99cm dan panjang sarungnya 85cm.
Pemegangnya diperbuat daripada emas dengan bentuk berupa ular dengan dihiasi batu-batu hiasan
Delima dan Firuz yang berbentuk seperti bunga bunga. Pedang ini bermata dua dan hujungnya
runcing untuk menikam. Berdekatan dengan pemegangnya terdapat sedikit emas dan tulisan
kaligrafi Kufi Abdullah bin Abdul Muthalib iaitu nama ayahanda Baginda Nabi. Pemegang dan
sarung asalnya diperbuat daripada kayu, namun rosak dimakan zaman, maka ia diperbaiki kembali
pada abad ke-10 Hijrah bersamaan ke-16 Masihi dengan dilapisi kulit binatang.
Menurut riwayat, Baginda pernah menghunuskan pedang Al-Maatsur ini ketika hari pernikahan
puteri Baginda, Fatimah Az-Zahra dengan Ali bin Abi Thalib sambil dikelilingi oleh Bani Hasyim yang
juga memegang pedang masing-masing. Dikatakan pedang ini telah Baginda serahkan kepada Ali bin
Abi Thalib. Pedang ini sangat dimuliakan oleh Para Khalifah Utsmaniyyah. Sekarang pedang ini
disimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.

Allah Taala telah berfirman pada Surah Asy-Syura ayat 11:
`$ N9# {# _ /39 3& $_& {# $_& . 9 =W. " 9# 79#
Dialah yang menciptakan langit dan bumi, Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan
menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan bagi binatang-binatang itu, dengan jalan yang demikian
dikembangkanNya zuriat keturunan kamu semua; Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan ZatNya, Shifat-shifatNya dan
pentadbiranNya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Ayat ini menjelaskan pembicaraan berkenaan Tanzih yang bererti mensucikan Allah dari sebarang penyerupaan dengan makhluk
dengan Tanzih Kulli yakni pensucian yang total dari menyerupai makhluk. Maknanya sangat luas dan apa yang dapat difahami
daripada ayat tersebut bahawa Allah adalah Maha Suci dari berupa benda, Maha Suci dari berada pada satu arah atau banyak arah atau
semua arah. Allah Maha Suci dari berada di atas Arasy, di bawah Arasy, di sebelah kanan atau sebelah kiri Arasy. Allah juga Maha
Suci dari sifat-sifat benda seperti bergerak, diam, berubah, berpindah dari satu keadaan ke suatu keadaan lain dan Maha Suci dari
segala sifat-sifat benda yang lain. Imam Abu Hanifah Rahmatullah Alaih berkata: Mustahil Allah menyerupai makhluqNya. Maka,
Allah tidaklah menyerupai makhluqNya dari satu segi mahupun semua segi. Imam Baihaqi Rahimahullah meriwayatkan bahawa
Imam Malik Rahmatullah Alaih telah berkata: Al-Kayf, kebagaimanaan sifat-sifat benda adalah mustahil bagi Allah. Maksud
perkataan ini adalah bahawa Allah Maha Suci dari kebagaimanaan Al-Kayf yang bersifat makhluq sama sekali.
Al-Kayf adalah segala sesuatu yang merupakan sifat makhluq seperti duduk, bersemayam, berada di atas sesuatu dengan jarak dan
sebagainya. Justeru, Allah Taala yang menciptakan alam ini dengan berbagai jenis dan bentuknya, maka Dia tidak menyerupainya
dari satu segi mahupun semua segi. Allah tidak menyerupai sesuatu pun dari segala sesuatu yang diciptakanNya. Allah tidak
menyerupai benda Katsif yang dapat dipegang dengan tangan seperti tanah, air, api dan angin, dan Dia juga tidak menyerupai benda
Lathif yang tidak dapat dipegang dengan tangan seperti cahaya, kegelapan, ruh dan udara kerana masing-masing benda tersebut
memiliki batas, had, ukuran dan bentuk yang tertentu, sebagaimana firmanNya pada ayat 8 Surah Ar-Raad:
!# `= $ `tB 2 \& $ '? `$m{# $ #? 2 ` #)/
Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam
rahim itu atau yang lebih, dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.

Nama kuniyah beliau Abu Abdillah, namanya Ahmad bin
Muhammad bin Hambal bin Hilal bin Asad Al-Marwazi Al-
Baghdadi. Ayah beliau seorang komandan pasukan tentera di
Khurasan di bawah kendalian Dinasti Khilafah Abbasiyyah.
Beliau dilahirkan di kota Baghdad pada bulan Rabiu Awwal
164H dan dibesarkan di bawah asuhan kasih saying ibunya
kerana bapanya telah meninggal dunia ketika beliau berusia 3
tahun. Meskipun sebagai anak yatim, namun ibnunya tetap
sabar memberikan perhatian terhadap pendidikan sehingga
beliau menjadi anak yang sangat cinta kepada ilmu dan Para
Ulama dengan kerap menghadiri majlis ilmu di kota
kelahirannya.
Beliau telah menghafal dan menguasai Al-Quran ketika
berusia 15 tahun dan mahir membaca dan menulis dengan
sempurna sehingga terkenal sebagai orang yang tercantik
tulisannya, kemudian beliau mula memberikan penumpuan
mempelajari Ilmu Hadits di awal usia 15 tahun. Beliau tidak
terlalu tinggi juga tidak terlalu pendek, wajahnya tampan, di
janggutnya masih ada yang hitam. Beliau senang berpakaian
tebal, berwarna putih dan berserban serta memakai kain.
Kulitnya berwarna coklat sawo matang.
Beliau menikah ketika berusia 40 tahun dan mendapatkan
keberkahan yang melimpah dengan kelahiran anak-anak
Shalih yang mewarisi ilmunya seperti Abdullah dan Shalih
yang mana kedua-dua puteranya banyak meriwayatkan ilmu
daripada beliau. Puteranya, Shalih bin Ahmad mengatakan,
Ayahku pernah bercerita: Husyaim meninggal dunia saat saya
berusia 20 tahun, kala itu saya telah hafal apa yang saya
dengar daripadanya.
Abu Jaafar mengatakan, Ahmad bin Hambal manusia yang
sangat pemalu, sangat mulia dan sangat baik pergaulannya serta
adabnya, banyak berfikir, tidak terdengar darinya kecuali
Muzakarah Hadits dan menyebut orang-orang Shalih dengan
penuh hormat dan tenang serta dengan ungkapan yang indah.
Bila berjumpa dengan manusia, maka dia sangat ceria dan
menghadapkan wajahnya kepadanya. Beliau sangat rendah hati
terhadap guru-gurunya serta menghormatinya.
Imam Asy-Syafii berkata, Ahmad bin Hambal adalah Imam
dalam lapan hal: Imam dalam Hadits, Imam dalam Fiqh, Imam
dalam Lughah, Imam dalam Al-Quran, Imam dalam kefaqiran,
Imam dalam kezuhudan, Imam dalam Wara dan Imam dalam
Sunnah. Ibrahim Al-Harbi memujinya dengan berkata, Saya
melihat Abu Abdillah Ahmad bin Hambal seolah-olah Allah
gabungkan padanya ilmu orang-orang terdahulu dan orang-orang
belakangan dari berbagai disiplin ilmu.
Abdullah bin Ahmad berkata, Bapaku mengerjakan Shalat
dalam sehari semalam 300 rakaat, setelah beliau sakit dan tidak
mampu mengerjakan Shalat seperti itu, beliau mengerjakan
Shalat 150 rakaat. Beliau hidup di zaman Khalifah Al-Mamun,
ketika golongan Jahmiyyah berhasil menjadikan faham
Jahmiyyah sebagai ajaran rasmi Negara, di antara ajarannya
adalah mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluq. Penguasa
telah memaksa seluruh rakyatnya untuk mengatakan Al-Quran
sebagai makhluk terutama Para Ulamanya.
Setelah sakit selama sembilan hari, beliau menghembuskan
nafas terakhirnya di pagi Jumaat 12 Rabiul Awwal 241H pada
usia 77 tahun. Karyanya yang paling agung dan menakjubkan
adalah Kitab Al-Musnad kerana memuatkan lebih 27000 Hadits.