Anda di halaman 1dari 3

ISL MINGGU 6

PEMBANGUNAN EKONOMI
Pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan melalui rancangan
pembangunan lima tahun yang dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan sejak
sebelum merdeka lagi. Pada peringkat awal, rancangan tersebut memberikan
tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar. Dasar ekonomi baru
(DEB) pula diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat tanpa mengira kaum. DEB dilaksanakan melalui Rancangan
Pembangunan Lima Tahun. Apabila tempoh DEB tamat pada tahun 1990, Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) pula diperkenalkan untuk menyambung hasrat
DEB sehingga tahun 2000. Dalam pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima
Tahun menerusi DEB dan DPN, banyak dasar pembangunan dan agensi
kerajaan diwujudkan secara bersepadu untuk memastikan kejayaan
pembangunan ekonomi negara.
RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
Rancangan Pembangunan Lima Tahun telah dilaksanakan dalam dua tahap,
iaitu tahap pertama dan tahap kedua. Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Tahap Kedua (1971 1990) juga dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka
Panjang 1 (RRJP1) dan dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi Baru. Jadual di
bawah menunjukkan pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun bagi
kedua-dua tahap tersebut.
RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
Tahap Pertama (1956-1970) Tahap Kedua(1971-1990)
Rancangan Malaya Pertama (1956-
1960)
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Rancangan Malaysia Pertama (1966-
Rancangan Malaysia Kedua (1971-
1975)
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-
1980)

ISL MINGGU 6

1970) Rancangan Malaysia Keempat (1981-
1985)
Rancangan Malaysia Kelima (1986-
1990)

Ekonomi Malaysia ke Arah Pembangunan Seimbang.
Dasar dan strategi ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi seimbang di
Malaysia telah lama diberi penekanan. Setelah lebih 50 tahun mencapai
kemerdekaan , kesan penjajahan British ke atas Tanah Melayu yang
mewujudkan keadaan dualisme ekonomi dari segi wilayah dan kelompok etnik
masih tetap dirasai. Sejak beberapa dekad yang lalu ekonomi Malaysia
mengalami perkembangan yang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang
dicapai menjadikan Malaysia antara negara yang terbaik prestasinya di rantau
ASEAN. Namun, pertumbuhan ekonomi semata-mata belum tentu boleh
menjamin faedahnya dapat disebarkan secara adil dan saksama di kalangan
masyarakat. Dalam pendekatan pembangunan bersama pertumbuhan ekonomi,
proses pembangunan ekonomi bukan hanya terhad kepada pertumbuhan di
dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau KDNK per kapita, tetapi perlu
mengambil kira aspek penyebaran faedah dari pertumbuhan tersebut kepada
semua golongan. Di Malaysia, isu agihan sebenarnya memerlukan masa yang
lama untuk diselesaikan. Matlamat pengurangan kemiskinan mutlak dapat
dicapai dalam tempoh hampir 35 tahun. Kerajaan terpaksa bekerja keras untuk
mewujudkan agihan pendapatan yang seimbang di kalangan etnik. Kejayaan
yang dicapai tidak mampu bertahan apabila berlaku perubahan radikal di
peringkat ekonomi global sedangkan idea globalisasi yang berpaksikan Barat
menolak sama sekali campur tangan kerajaan. Dalam konteks ini, cabaran
utama yang harus dihadapi ialah untuk memastikan tuntutan globalisasi tidak
menjejaskan matlamat negara untuk mencapai pembangunan seimbang secara
lebih menyeluruh. Matlamat pembangunan ekonomi seimbang ini hanya boleh

ISL MINGGU 6

dicapai melalui campur tangan dan sokongan padu dari pihak kerajaan. Justeru
pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan ekonomi yang cekap dan
berkesan adalah perlu. Perbincangan bab-bab dalam buku ini adalah fokus
kepada aspek tersebut. Kewujudan keseimbangan di antara pertumbuhan
dengan kesejahteraan ekonomi yang merangkumi aspek keadilan sosial, isu
kemiskinan dan agihan seimbang, persekitaran hidup harmoni dan alam sekitar
serta pembentukan modal insan berkualiti perlu dibari perhatian yang serius
kerana ianya akan menentukan kejayaan pembangunan negara pada masa
hadapan.

Anda mungkin juga menyukai