Anda di halaman 1dari 1

1.

8 DEFINISI/ ISTILAH SIMULASI PANDANG DENGAR VIDEO



Definisi Simulasi
Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan
pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan
sesuatu masalah atau isu.Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai
keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau
menyediakan situasi-situasi yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal.

Definisi Pandang Dengar
Pandang Dengar bermaksud satu kaedah atau cara mengunakan panca deria seperti
mata dan telinga untuk memahami sesuatu perkara dan situasi yang diamali secara terancang
atau kebetulan. Kaedah yang dipengaruhi oleh perkembangan pesat ilmu sains dan teknologi.
Menggunakan pelbagai peralatan seperti televisyen, internet, video, cakera padat, radio, dan
pita rakaman.

Definisi Video
Video boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang digunakan untuk memaparkan suatu bahan
media secara bergambar atau rakaman gambar bergerak. Video banyak digunakan pada
zaman sekarang bagi tujuan hiburan, menyampaikan maklumat dan member input yang
berguna kepada individu yang mengunakanya.

Secara keseluruhan, kaedah Simulasi Pandang Dengar Video adalah gabungan beberapa
item kaedah yang selalu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ekoran perkembangan
teknologi dinegara kita. Kaedah itu melibatkan lakonan seseorang yang dirakam mengunakan
video tentang sesuatu perbuatan yang ingin disampaikan kepada golongan lain. Kaedah ini
perlu melibatkan 2 anggota deria kita iaitu mata dan telinga untuk memahami cara yang ingin
disampaikan secara tayang. Melalui kaedah ini kita boleh menayangkan cara-cara atau kaedah
sesuatu kemahiran secara berulang tanpa berlaku perbezaan aktiviti yang hendak disampaikan
dan kaedah ini membolehkan proses pembelajaran secara kendiri oleh murid dirumah atau
dibilik darjah.