Anda di halaman 1dari 10

i

HALAMAN JUDUL






ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL
EDU 3108








JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
ii

HALAMAN PENGAKUAN




Saya akui kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.



Tandatangan : ..
NamaPenulis : ..
Tarikh : ..






iii

BIODATA



Nama : Nur Sarafina Binti Abu Hassan
Kad pengenalan : 900330-08-5064
Unit : 8 PISMP RBT 3
No telefon : 016-9531567
Nama Bapa : Abu Hassan Bin Abdul Karim
Nama Ibu : Haliah Binti Bakar
Jantina : Perempuan
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Alamat : LLN, 98A Kampung Air Kuning, 34000, Taiping
Perak Darul Ridzuan
IPG : IPG Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut,
Terengganu.





iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya diberi kesempatan untuk
menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah saya iaitu Dr. Haji Mohd Sidek Bin Said yang mana beliau sentiasa cakna
dengan kelemahan saya dalam penulisan dan beliau juga yang sentiasa
mengingatkan, membetulkan kesalahan dan memberikan penjelasan yang kukuh
tentang setiap apa yang telah saya lakukan dalam proses mengeluarkan idea-idea
kritis tentang asas kepimpinan dan perkembangan profesional.
Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah yang lain kerana telah
banyak memberikan tunjuk ajar dan menjawab kecelaruan saya dengan tepat.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan guru pelatih yang
banyak berkongsi maklumat dan info berkaitan dengan asas kepimpinan dan
perkembangan profesionalisme ini. Terima kasih kerana sudi berbincang dan
berkolaborasi sepanjang pembinaan proposal ini.
Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung semasa proses menyiapkan kerja kursus ini. Saya
mengharapkan supaya kerja kursus dapat dijadikan rujukan dan dapat membuat
persediaan diri dalam memimpin murid searus dengan peredaran zaman yang
semakin mencabar.

v

ISI KANDUNGAN
Perkara Muka surat
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Biodata iii
Penghargaan iv
Isi Kandungan v
1.0 Pengenalan 1
2.0 Jenis-jenis Teori Kepimpinan
2.1 Teori X dan Y 3
2.2 Teori Perhubungan Manusia 3
2.3 Teori Perlakuan 4
2.4 Teori Kepimpinan Mengikut Situasi 4
2.5 Teori Transformasional 5

3.0 Penulisan Akademik 6
3.1 Corak Kepimpinan Perguruan di Sekolah 8

4.0 Kerelevanan Teori dalam Sistem Pendidikan di Malaysia 11

5.0 Cadangan Penambahbaikan 12
6.0 Rumusan 14
Refleksi vi
Bibliografi ix



vi

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi akhirnya kerja kursus yang diberikan ini
telah siap sepenuhnya. Saya juga bersyukur kerana dapat bergurukan Dr. Haji Mohd
Sidek Bin Said kerana saya mendapat ilmu yang tidak terkira dalam bidang
kepimpinan dan perkembangan profesionalisme.
Kerja kursus ini banyak membantu saya dalam memperbaiki personaliti diri
serta tingkahlaku. Ini kerana untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa,
saya perlu sentiasa meletakkan peribadi saya di tempat yang pertama. Sebagai
contoh, sebagai guru yang berprofesionalisme, harus sedar tentang tugas dan
amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan
negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu sentiasa
dikemaskini selaras dengan kemajuan dan perkembangan masa kini.
Sebelum ini, saya tidak tahu bahawa terdapat banyak teori-teori kepimpinan
yang boleh dijadikan panduan bidang perguruan. Saya hanya memikirkan tentang
masalah pembelajaran sahaja. Pada mulanya, saya nampak tugas seorang guru
besar ini sangat mudah dengan hanya perlu mengetuai sesuatu mesyuarat serta
meluluskan kertas kerja program-program sekolah mengikut pekeliling. Namun,
selepas saya membuat kajian tentang kepimpinan guru besar sekolah semasa
menjalankan praktikum dan internship, saya dapat menilai tentang impak dalam
organisasi menerusi teori kepimpinan yang digunakan.
Pada pandangan saya, semua teori kepimpinan boleh digunakan oleh setiap
pemimpin. Namun, ianya perlulah bersesuaian dengan situasi atau keadaan
semasa. Sebagai contoh, jika seseorang pemimpin itu menggunakan teori
kepimpinan instruksional, sesuatu organisasi lebih mudah ditadbir. Setiap tindakan
dan arahan pemimpin mempunyai bukti dan arahan daripada pihak atasan. Dengan
menggunakan frasa tidak boleh tidak mengikut arahan pekeliling dan peraturan,
sekali gus dapat meningkatkan kualiti dan profesionalisme keguruan. Ini kerana
arahan-arahan daripada pihak atas sudah tentu mempunyai objektif tertentu. Jadi,
dengan mengikut setiap arahan tanpa toleransi dengan orang bawahan sekali gus
dapat mencapai objektif yang sama dalam sesuatu organisasi.
vii

Sebagai seorang guru permulaan atau guru novis, saya perlu melatih diri
saya supaya sentiasa menanam ciri-ciri kepimpinan dalam diri. Ini kerana setelah
saya mengkaji kepemimpinan guru besar di sekolah, saya nampak kelemahan-
kelemahannya dan apa yang perlu ditambahbaik. Dari situ, saya belajar untuk
membentuk diri saya supaya dalam mencapai sebuah kejayaan dalam mentadbir
orang bawahan, saya juga perlu memastikan orang bawahan selesa bekerjasama
dengan saya.
Melalui kerja kursus ini saya dapati saya perlu menyediakan diri saya supaya
menjadi seorang yang lebih berilmu daripada orang bawahan. Contohnya sebagai
seorang guru, saya perlu lebih berilmu daripada anak murid. Ini kerana saya
sentiasa dijadikan tempat rujukan atas apa-apa masalah. Ini akan lebih
menyerlahkan lagi ciri-ciri profesionalisme dalam diri saya.
Semasa menyiapkan kerja kursus ini juga saya dapati pensyarah pembimbing
iaitu Dr. Haji Mohd Sidek Bin Said menggunakan teori transformasional dalam
membimbing saya dan rakan-rakan. Ini kerana dalam beliau mencapai objektifnya,
beliau juga menjadi agen perubahan pada saya dan rakan-rakan serta membuat
keputusan secara demokrasi. Dari situ, saya tidak hanya belajar tentang teori
semata-mata tetapi saya telah melihat teori kepimpinan guru besar di sekolah dan
bebas mengkritik dan membuat penambahbaikan. Melalui kepimpinan orang lain,
saya dapat menilai dan mengambil langkah yang sewajarnya dalam memimpin
sesuatu organisasi.
Selain itu, semasa melaksanakan kerja kursus ini saya memperkukuhkan lagi
kemahiran dalam membuat peta minda berdasarkan konsep i-think. Disamping itu, ia
dapat mengasah pemikiran saya kepada pemikiran aras tinggi. Saya telah berfikir
kritis untuk memampatkan sesuatu teori dalam satu peta minda (i-think) yang
ringkas dan padat. Ini adalah bagi memudahkan saya dan pembaca memahami
tentang teori-teori kepimpinan dengan lebih mendalam. berfikir secara kritis dan
kreatif juga dapat diterapkan dalam diri sebagai sifat yang diamalkan. Ini adalah bagi
menyahut idealogi Habits of Mind yang telah lama digunakan di negara-negara luar.
Berfikir secara kritis dan kreatif perlu ditanam dan diamalkan dalam diri bagi
menghadapi murid-murid abad ke 22 yang lebih mencabar.

viii

Jadi, apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah menyiapkan diri dengan
lambakan ilmu, sentiasa mengkaji tentang kepimpinan nama-nama besar dan
jadikan idola. Selain itu, saya perlu menerapkan nilai empati dalam diri. ini adalah
penting apabila saya menjadi pemimpin murid-murid saya kelak. Saya tidak boleh
mengutamakan kejayaan semata-mata dengan tidak mengambil kisah tentang
masalah orang bawahan. Saya perlu meletakkan diri saya dalam permasalahan
orang bawahan. Dengan itu, kejayaan dapat dicapai dan hubungan saya dengan ahli
organisasi juga terjaga dengan baik. Saya tidak mahu dilabelkan pemimpin yang
bersifat kuku besi. Jadi, saya perlu lebih bersedia dan cakna dengan orang sekeling.
Saya mengharapkan pembaca dapat membuka minda serta menilai tahap
kepimpinan dan profesionalisme diri. Ini adalah untuk mengetahui aras diri sendiri
dan membuat persediaan untuk sentiasa menjadi pemimpin yang bagus kelak. Akhir
kata, saya berharap kerja kursus ini dapat dijadikan panduan kepada semua guru
pelatih dan orang lain. Saya juga sudah menanam cita-cita untuk menjadi seorang
pemimpin yang berkaliber dan menggunakan teori-teori kepimpinan yang
bersesuaian dengan masa depan yang lebih mencabar.
Sekian, Terima Kasih.










ix

BIBLIOGRAFI

Abdul Shukor Abdullah. (2004). Kepimpinan unggul tonggak pengurusan pendidikan
cemerlang. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 14(1), 18-30.

Abdullah, S. Y., Abdul Rashid, M. & Abdul Ghani A. (2007), Guru Sebagai
Pemimpin, Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn. Bhd.

Atan Long, Ghazali Othman, Mohd, Yunos Mohd. Nor, Zainal Abidin Ahmad,
MohdNoor Abdullah & Yoong Suan. (1984). A survey on the reading habits and
interests of Malaysian people. Kuala Lumpur: DBP.
Busher, H. & Harris, A. with Wise, C. (2000). Subject Leadership and School
Improvement. London: Paul Chapman Publishing Ltd.

Danielson,C. (2006). Teacher Leadership That Strengthens Professional Practice.
Alexandria,VA : Association for Supervision and Curriculum Development.

Fiedler, F. E. (1967), New Approachers to Effective Leadership, New York: John
Wiley.
Ghazali Othman. (2001). Sekolah berkesan dan program pembaikan sekolah di
Malaysia. Diges Pendidik, 1(2), 1-8.

Hussein Mahmood. (2005). Kepimpinan profesionalisme : Satu utopia? Pemimpin, 5,
39-51.

Kamus Dewan (2005). Edisi empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa
Pustaka: Kuala Lumpur.
McDuffee, L. (2004).Motivating middle school students to read - Aliteracy. [Atas
Talian] http://www.mapn.org/library.

Mohd. Suhaimi Bin Mohd Ali. (2004). Amalan Kepemimpinan Pengajaran Pengetua
Sekolah Menengah Luar Bandar. Tesis tidak diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.
Mohd Najib Bin A.Ghafar dan Tamyis Arbak (2008). Gaya Kepimpinan Pengetua
Dan Ciri-Ciri Yang Efektif. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Jilid 13
Hal. 73-84.
Muijs, D., & Harris, A. (2007). Teacher leadership in (In) action: Three case studies
of contrasting schools. Educational Management Administration & Leadership,
35(1), 111-134.

Noriati A. Rashid, Boon,P.Y, Wong,K.W.(2010). Asas Kepimpinan Dan
Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd

x

Rahimah Haji Ahmad. (2004). Kepimpinan dan kepengetuaan di alaf baru: Pengetua
dan pembaharuan sekolah. Pemimpin, 4, 1-8.

Rahimah Haji Ahmad. (2005). Kepengetuaan dan kepimpinan sekolah:
Pembangunan dan penambahbaikan pengajaran. Jurnal Pemimpin, 5, 1-10.

Simkins, T., Sisum, C., & Muhammad Memon. (2003). School leadership in
Pakistan: Exploring the headteachers role. School Effectiveness and School
Improvement, 14(3), 275-291.

Anda mungkin juga menyukai