Anda di halaman 1dari 8

SULIT 02/2

Panitia Bahasa Melayu @ SMK Nambayan, Tambunan 1



Bahagian A(i) Ringkasan
( 20 markah )
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
rungutan pengguna terhadap mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Panjangnya ringkasan
anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kadar baru bagi semua kelas pengangkutan awam seperti bas dan teksi telah
dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2009. Semua pihak mengetahui bahawa kenaikan tambang ini
berpunca daripada kenaikan harga minyak global. Kenaikan kadar baru ini diterima oleh para
pengguna dengan pelbagai perasaan. Persoalan utama di sini ialah cara-cara untuk meningkatkan
kualiti perkhidmatan pengangkutan awam agar seiring dengan kenaikan kadar tambang tersebut.
Kenaikan tambang pengangkutan awam ini juga dikaitkan dengan kos penyelenggaraan kenderaan
yang semakin meningkat. Para pengguna berharap agar keadaan fizikal kenderaan tersebut berada
dalam keadaan baik. Namun yang berlaku, terdapat kenderaan yang mendatangkan masalah
semasa di pertengahan jalan seperti bas yang rosak di tengah jalan. Oleh yang demikian, tambang
baru ini seharusnya membawa manfaat kepada pengguna.
Para pengguna sudah pastinya juga menginginkan soal ketepatan masa dititikberatkan.
Kebanyakan pengguna bas, sistem transit aliran ringan mahupun komuter sering merungut mengenai
ketepatan masa yang telah berlaku sekian lama. Masalah sistem pendingin hawa yang tidak
berfungsi dengan baik atau tidak mampu menampung jumlah penumpang yang banyak perlu
diperbaik. Pengguna memerlukan keadaan kenderaan yang selesa dan berfungsi dengan baik.
Menyentuh mengenai bas ekspres, para pemandu haruslah mempunyai nilai moral yang tinggi dan
mesra pengguna. Para pemandu yang memandu secara melulu hanya membahayakan pengguna.
Cogan kata hargailah nyawa insan yang tersayang dan jangan biarkan orang yang tersayang
menanti dalam tangisan perlu sentiasa dijadikan pedoman.
Mutu perkhidmatan teksi juga masih terus menjadi rungutan pengguna. Terdapat segelintir
pemandu teksi yang mengenakan tambang sesuka hati mereka sahaja. Pemandu-pemandu teksi di
bandar khasnya tidak mahu menggunakan meter kononnya perjalanan penumpang yang terlalu dekat
dan meter yang telah rosak. Tambang yang dikenakan oleh mereka ini lebih berbentuk untuk
mengaut keuntungan. Di samping itu, ada pemandu yang enggan melalui kawasan-kawasan tertentu
pada waktu puncak dan sesak. Masalah tersebut sebenarnya tiada kaitan dengan kenaikan
tambang. Para pengguna juga melahirkan perasaan tidak berpuas hati terhadap segelintir pemandu
yang berpenampilan kurang menyenangkan. Ada sesetengah pemandu berambut panjang, rambut
yang diikat tocang, bertindik dan merokok dalam teksi. Para pemandu perlu lebih beretikadan
profesional semasa menjalankan tugas. Pengguna sentiasa mengharapkan agar kenaikan tambang
pengangkutan awam setanding dengan kualiti yang ditawarkan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Meningkatkan Mutu Perkhidmatan
Pengangkutan Awam, Buletin Pengguna, September 2009)





SULIT 02/2
Panitia Bahasa Melayu @ SMK Nambayan, Tambunan 2

Bahagian A ( ii ) Pemahaman
( 10 markah )
Berdasrkan petikan Bahagian A(ii), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

1. Berikan maksud waktu puncak dalam petikan.
(2markah)



2. Apakah punca kenaikan kadar tambang pengangkutan awam?
(4 markah)



3. Mengapakah para pemandu pengangkutan awam perlu lebih beretika dan profesional semasa
menjalankan tugas? Berikan pendapat anda.
(4 markah)





















SULIT 02/2
Panitia Bahasa Melayu @ SMK Nambayan, Tambunan 3

Bahagian B
(20 markah)
Berdasarkan gambar-gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan
pengabaian aspek kebersihan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.


























KESAN PENGABAIAN PENJAGAAN KEBERSIHAN
Kebersihan Diri Kebersihan Tempat Tinggal Kebersihan Gerai Makanan
SULIT 02/2
Panitia Bahasa Melayu @ SMK Nambayan, Tambunan 4

Bahagian C
(40 markah)

Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180
patah perkataan.

1. Semasa cuti persekolahan yang lalu, anda berpeluang melawat ke suatu tempat yang
menarik bersama keluarga.

Gambarkan keistimewaan dan keindahan tempat tersebut.

2. Usaha untuk membentuk keluarga bahagia bukanlah suatu tugas yang mudah.

Huraikan cara-cara untuk membentuk keluarga bahagia.

3. Anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kantin di sekolah anda. Anda bercadang untuk
melaporkan kelemahan-kelemahan perkhidmatan kantin sekolah anda kepada pengetua
sekolah dan mencadangkan langkah-langkah untuk membaiki kelemahan tersebut.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

4. Kemalangan jalan raya kini merupakan pembunuh utama di negara kita.

Bincangkan punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya.

5. Cita-cita atau keinginan seseorang tidak akan tercapai jika kita tidak mahu berusaha dan
bersusah payah seperti ungkapan peribahasa Jika tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh
mendapat sagunya.

Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa tersebut.












SULIT 02/2
Panitia Bahasa Melayu @ SMK Nambayan, Tambunan 5

Bahagian D
(10 markah)
Jawapan anda hendaklah berdasarkan daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.





Nyatakan satu watak wanita dalam novel yang anda kaji. Kemudian, jelaskan tiga perwatakannya.




















SENARAI NOVEL TINGKATAN 3
(i) 6: 20 karya Siti Jasmina Ibrahim
(ii) Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman

SULIT 02/2
Panitia Bahasa Melayu @ SMK Nambayan, Tambunan 6

SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN A (i)
1. Para pengguna berharap agar keadaan fizikal kenderaan tersebut berada dalam
keadaan baik
2. Para pengguna sudah pastinya menginginkan soal ketepatan masa dititikberatkan.
3. Pengguna memerlukan keadaan kenderaan yang selesa dan boleh berfungsi
4. Para pemandu biarlah mempunyai nilai moral yang tinggi dan mesra pengguna
5. Ada pemandu teksi yang mengenakan tambang sesuka hati mereka.
6. Pemandu-pemandu teksi di bandar khasnya tidak mahu menggunakan meter.
7. Terdapat segelintir pemandu yang enggan melalui kawasan-kawasan tertentu pada
waktu puncak dan sesak.
8. Ada sesetengah pemandu yang berpenampilan kurang menyenangkan.

BAHAGIAN A (ii)
1. .....masa yang sibuk
2. Berpunca daripada kenaikan harga minyak global
Kos penyelenggaraan kenderaan yang semakin meningkat
3.a) untuk menampakkan imej yang bersih, sopan dan kemas
b) Untuk menarik perhatian pengguna dan imej yang baik kepada pelancong yang
menggunakan pengangkutan awam.

BAHAGIAN B
Pendahuluan
Kebersihan adalah tuntutan agama wajib menjaga kebersihan- kebersihan melambangkan
imej seseorang dan penghuninya

Isi-isi penting
a) Tidak menjaga kebersihan diri- mudah mendapat penyakit
- Penyakit kulit mudah dihinggapi comot dan menjijikkan
- Imej yang buruk
b) Makanan yang kotor dan tercemar keracunan makanan membahayakan
kesihatan memungkinkan cirit-birit dan muntah-muntah
c) Tempat makan yang kotor hilang selera makan meloyakan tempat pembikan
serangga, ulat dan haiwan pembawa penyakit yang lain
d) Tempat tinggal yang kotor kesejahteraan terjejas dan tidak selesa keselesaan
dan keharmonian terganggu melahirkan keluarga yang pengotor.

Penutup

Sikap cinta akan kebersihan perlu diutamakan kebersihan lambang kesihatan

SULIT 02/2
Panitia Bahasa Melayu @ SMK Nambayan, Tambunan 7


BAHAGIAN C
1. Ikut jawapan pelajar

2. Keluarga bahagia
Isi-isi penting
a)Ibu bapa berperanan penting- berusaha bentuk keluarga bahagia- anak-anak
ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya bapa sebagai ketua keluarga
perlu menjalankan tanggungjawab menyediakan keperluan.
b) ibu bapa memberikan didikan yang sempurna terhadap anak-anak ilmu pelita
hidup- ilmu dunia dan akhirat ibu bapa memastikan anak-anak tidak tercicir dalam
pelajaran
c) ibu bapa menjadi contoh teladan yang baik sebagai suri teladan bertingkah
laku mulia tidak bergaduh di depan anak-anak anak-anak sentiasa memerhati
tingkah laku ibu bapa
d) ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak memastikan anak-anak
sentiasa bertindak positif tidak berkawan dengan rakan-rakan yang nakal tidak
membuang masa.

3. Surat rasmi
Isi-isi penting
(a) Makanan yang disediakan tidak bersih lalat banyak makanan yang tidak
ditutup makanan sejuk- dimasak terlalu awal, sayur-sayuran tidak segar
kurang berkhasiat
(b) Kebersihan persekitaran kantin tidak dijaga- longgokan sampah-sarap
berhampiran kantin tong-tong sampah tidak mencukupi sampah tidak
dipungut secara berjadual meloyakan dan menyakitkan mata
(c) Pekerja-pekerja kantin sombong dan melenting apabila ditegur tidak menjaga
kebersihan diri tidak memakai apron, penutup kepala,berkuku panjang dan
rambut tidak terurus kerap kali terjumpa rambut dalam makanan
(d) Murid-murid tidak dilayan sempurna kadangkala makanan yang disediakan
sedikit tidak mencukupi kadangkala lambat masa rehat terhad
menimbulkan masalah untuk masuk ke dalam kelas lambat dapat makanan
4. Kemalangan jalan raya
Isi-isi penting
a) Memandu dengan cara berbahaya- laju- tidak memiliki lesen memandu
memandu secara mabuk atau mengantuk memandu dalam keadaan letih
b) Kenderaan diubahsuai- tayar tiada bunga brek tidak berfungsi jarang-jarang
memeriksa kenderaan
c) Keadaan jalan yang berbahaya sempit banyak kemalangan berlaku semasa
hari hujan- cuai semasa memandu di jalan raya yang jarang-jarang dilalui-
pertambahan kenderaan di jalan raya sewaktu musim perayaan
4. Ikut jawapan pelajar


SULIT 02/2
Panitia Bahasa Melayu @ SMK Nambayan, Tambunan 8

BAHAGIAN D

Watak : Hartini

1) Patuh pada arahan ayah
Hartini tidak mengeluh apabila dimaklumkan bahawa dia sekeluarga akan mengikut
ayahnya berpindah ke sebuah kampung yang terletak di pedalaman

2) Bijak dan rajin belajar
Hartini mengulangkaji pelajaran apabila ada masa terluang.
Hartini mendapat 7A 1B dalam peperiksaan PMR.

3) Setiakawan
Walaupun baru berkenalan dengan Satiah, Hartini berusaha agar Satiah dapat
mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan.
Hartini tidak dapat tidur lena kerana menjaga Satiah yang baru pulang dari hospital.

Anda mungkin juga menyukai