Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran membaca (B6 DB1 E1)

Baca dan fahami petikan di bawah.



Pak Senik Insaf

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki kaya bernama Pak Senik. Kebun
getahnya luas. Haiwan ternakannya juga banyak. Ada lembu, kambing, ayam dan
itik. Walaupun berada, dia sangat kedekut. Dia tidak pernah menyembelih haiwan
peliharaannya untuk dijadikan lauk. Dia sanggup makan nasi berlaukkan ikan
kering sahaja. Dia juga tidak pernah bersedekah kepada orang-orang miskin.

Pak Senik mempunyai seorang anak perempuan bernama Gayah. Suami
Gayah, Dollah, tidak suka akan sifat bapa mertuanya yang bakhil itu. Dollah telah
bermuafakat dengan Gayah untuk memberikan kesedaran kepada Pak Senik.
Dollah dan Gayah telah menjemput Pak Senik ke rumah mereka. Pada hari
tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat.

Wah, sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum dan
menyelerakan, kata Pak Senik sambil makan. Dia makan dengan berselera sekali
kerana dia tidak pernah menikmati lauk-pauk yang sedap. Dollah dan Gayah tidak
makan. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak Senik.

Dari mana kamu dapat daging kambing ini? tanya Pak Senik.
Saya sembelih seekor kambing ayah. jawab Dollah, selamba. Pak Senik
sangat marah.
Kamu mesti bayar ganti ruginya, jerit Pak Senik dengan kuat.
Kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami mesti membayarnya?
balas Dollah. Pak Senik terdiam.
Ayah sudah tua. Harta ayah banyak. Kalau ayah murah hati dan suka
bersedekah tentu orang kampong menghormati ayah. Tuhan juga menggandakan
rezeki ayah, jelas Dollah dengan lembut.

Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa
bersedekah kepada fakir miskin.






Kemahiran membaca (B6 DB1 E1)

Syair Pak Senik Insaf

Tersebutlah kisah satu cerita,
Seorang tua Pak Senik namanya,
Sifatnya kedekut tidak terhingga,
Walaupun berharta amat berkira.

Gayah dan Dolah anak menantunya,
Mereka berpakat menyedarkan ayahnya,
Dijemput Pak Senik ke rumah mereka,
Gulai kambing hidangan istimewa.

Pak Senik sungguh berselera,
Dimakan semua tinggal sisanya,
Berasa hairan dan juga curiga,
Manalah datang kambing santapannya.

Anak menantunya terus berkata,
Kambing itu kepunyaan bapanya,
Tersentak Pak Senik bila mendengarnya,
Lalu diminta membayar kambingnya.

Gayah dan Dolah tak dapat terima,
Orang yang makan ialah tuannya,
Kata mereka mahu membantunya,
Supaya bapanya berhati mulia.

Bapanya mula menghulurkan derma,
Orang yang miskin selalu dibantunya,
Dia dah sedar dirinya dah tua,
Amal kebajikan pegangan dirinya.