Anda di halaman 1dari 13

Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR ( PSV 3107 )

1

1.0 PENDAHULUAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya seperti sajak,
lukisan, muzik dan lain-lain yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu
yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu
produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat
penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala
bakat pula adalah sesuatu yang lahir hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling
berkait rapat dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika
yang tinggi.

Dilihat daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab
Al- Iman, menjelaskan tentang estetika dan konsep keindahan sebagai pertemuan
antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang
ditemui. Dalam erti kata lain, Imam Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk
ilmu atau pengetahuan di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan
seni tersebut akan mencipta serta melahirkan pemikiran dan perasaannya terhadap
sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan
menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan
karya seni.

Terdapat empat kemahiran asas dalam Pendidikan Seni Visual bagi murid-murid
sekolah rendah.
1. Menggambar
2. Membuat Corak Dan Rekaan
3. Membentuk Dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional

Dalam Tugasan Projek Semester 5 meliputi perancangan, pencerakinan, dan
penyusunan tajuk pengajaran dan pembelajaran daripada sukatan PSV KBSR DAN
KSSR. Di mana merancang dan menulis RPH serta menyediakan bahan bantu
mengajar merupakan bahan asas kepada proses pengajaran mikro dan makro.
Perancangan yang baik akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Pengajaran
makro merangkumi segala proses pengajaran, sekurang-kurangya satu unit kemahiran,


Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR ( PSV 3107 )
2

dalam sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat
pemulaan pengajaran, perkembangan dan penutup. Ia merupakan simulasi satu
pengajaran yang lengkap kepada satu kelas biasa. Simulasi boleh dilakukan di dalam
bilik darjah, makmal atau bilik tayangan. Pengajaran makro merupakan kesepaduan
teknik-teknik pengajaran mikro yang disokong oleh perancangan pengajaran
pembelajaran yang sekian lama dipelajari.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Kelas : 5 Arif
Bil. Murid : 40 orang
Tarikh : 10 Mac 2013
Masa : 8.00 pagi 9.00 pagi (60 minit)
Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk : Membuat Kad Ucapan Hari Ibu
Teknik : Kolaj
Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Mengenal dan menyatakan alat dan bahan yang
digunakan dalam membentuk dan membuat binaan
menggunakan teknik kolaj.
ii. Mengetahui dan mengaplikasi kolaj dalam membentuk dan
membuat binaan.
iii. Menghasilkan sebuah kad ucapan menggunakan teknik
kolaj secara kreatif dan inovatif.
Penerapan Nilai : Kerjasama, ketelitian, daya usaha, dedikasi, yakin diri,
berani mencuba.
Pengetahuan sedia Ada : - Murid telah mengetahui asas menampal kertas
- Murid mempunyai pengetahuan asas mengenai pembuatan


Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR ( PSV 3107 )
3

kad ucapan
KBKK : 1. Kritis Membuat kategori, teliti bahagian kecil dan
keseluruhan, membanding beza.
2. Kreatif Menjana dan menghasilkan idea.

GABUNG JALIN : Mata pelajaran Muzik, Kemahiran Hidup
ALAT DAN BAHAN : Kertas A4 , gunting, kertas warna, gam uhu, dawai, hiasan dari
internet, span.
ABM : Gambar kad hari ibu, contoh-contoh membentuk dan binaan
menggunakan teknik kolaj, gambar langkah penghasilan kolaj,
komputer riba, dan pembesar suara.
.

LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
1. Interaksi Sosial
(guru & murid)





2. Lagu "Syurga Di
Telapak Kaki Ibu"


3. Soalan guru:
a) Keluarga terdiri
daripada ?
b)Siapakah ibu?

1. Murid-murid memberi salam
kepada guru dan bersedia untuk
memulakan pelajaran.

2. Guru menjawab salam dan
bertanya khabar tentang
keadaan kesihatan murid-murid.

3. Murid-murid menonton video
yang ditayangkan oleh guru
dengan teliti dan penuh minat.


2. Soalan guru dijawab oleh murid-
murid berdasarkan pengetahuan
sedia ada mereka tentang video
yang ditonton.

KB:
Mengenal pasti.


BCB:
Melihat dengan
aktif

BBB:
Video
Lagu "Syurga
Di Telapak Kaki
Ibu"

Teknik:
Soal jawab




Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR ( PSV 3107 )
4

4. Guru mengaitkan isi pelajaran
dengan tajuk yang akan
dipelajari oleh murid-murid.
(Guru menulis tajuk di papan
tulis)

Pendekatan:
Induktif


Nilai: Prihatin


Langkah 1
(5 minit)

1. Pengenalan
kepada teknik
kolaj.







2. Alat dan bahan.






3. Menentukan
corak dan rekaan
bagi
menghasilkan kad
ucapan Hari Ibu.


1. Guru memperkenalkan teknik
kolaj sebagai tajuk pelajaran
pada hari itu.
a) Guru menunjukkan hasil
membentuk dan membuat
binaan menggunakan teknik
kolaj.
b) Memberi kefahaman kepada
murid tentang teknik kolaj
yang betul.
c) Guru menunjukkan alat dan
bahan yang diperlukan
dalam teknik kolaj seperti
Kertas A4 , gunting, kertas
warna, gam uhu, dawai,
hiasan dari internet, span.

2. Murid dibimbing untuk membuat
kolaj.




KB:
-Menghubung
kait
-menjana idea

BBB:
Power Point
Hasil karya yang
telah siap

KP:
-Verbal linguistik

Teknik:
-kolaj

Nilai:
-ketekunan,
kesabaran, teliti,
bekerjasama
Langkah 2
(15 minit)
1. Penerangan dan
demonstrasi.


1. Murid memulakan aktiviti
membentuk dan membuat
binaan menggunakan teknik
kolaj dengan bimbingan guru.
KB:
-Menjana idea.

BBB:


Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR ( PSV 3107 )
5







2. Memberi
kefahaman kepada
murid tentang cara
membuat bentuk
dan binaan.




2. Sediakan bahan seperti Kertas
A4 , gunting, kertas warna, gam
uhu, dawai, hiasan dari
internet, span.

a) Guru menunjukkan langkah 2
iaitu cara menghasilkan Kad
Ucapan Hari Ibu.

i) Mula-mula pilih kertas
warna dan ambil pembaris
untuk membuat garisan.



ii) Ukur 0.5 cm, kemudian
gunting kertas warna
mengikut jumlah yang
dikehendaki.




Kad manila,
gunting, bunga-
bunga dari
kertas, beg
cenderahati,
gam uhu.

KP:
Verbal linguistik

Teknik:
-kolaj

Kaedah:
Elektik



Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR ( PSV 3107 )
6

iii) Kemudian menghasilkan
bunga daripada kertas
yang telah dipotong
mengikut bentuk yang
dikehendaki.



iv) Kemudian susun bunga
yang telah siap mengikut
kreativiti masing-masing.




v) Hasil yang telah siap.
Hadiah untuk ibu
tersayang.



Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR ( PSV 3107 )
7



Langkah 3
(25 minit)
1. Aktiviti Murid.

1. Guru mengarahkan murid
memulakan aktiviti.

2. Murid-murid digalakkan
menggunakan pelbagai jenis
bahan terbuang mengikut
kreativiti masing-masing.

3. Guru memantau setiap
pergerakan murid.

4. Guru membimbing murid
semasa menghasilkan kad
ucapan.

5. Murid melakukan aktiviti
mengemas dan menghias
mengikut kreativiti masing-
masing.


KB:
-menjana idea
-menghubung
kait

KP:
Interpersonal

Teknik:
Kolaj

Nilai:
-menghargai
estetika

Pendekatan:
Komunikatif

Langkah 4
(5 minit)
1.Sesi Apresiasi



1. Guru memuji setiap hasil yang
telah dibuat oleh murid.

2. Guru memilih kad ucapan
secara rawak untuk sesi
apresiasi.

KB:
-Menilai


BCB:
memproses
maklumat


Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR ( PSV 3107 )
8

3. Guru memanggil 2-3 orang
murid ke hadapan untuk
membuat sesi apresiasi
terhadap bentuk dan binaan
yang dihasilkan melalui teknik
kolaj oleh rakan mereka.
4. Murid diminta menyatakan
perasaan masing-masing
semasa melakukan aktiviti seni.

5. Guru mengkategorikan hasil
kerja murid pada tahap baik,
sederhana dan lemah.







Nilai:
-menghargai
-peka

KP:Kinestetik

Teknik:
Soal jawab &
Perbincangan
Penutup
(5 minit)
1. Penutup
Kognitif:

Nilai murni-
i) kerjasama
ii) kasih sayang
i) Hormat-
menghormati


2. Penutup sosial:

-ucapan terima
kasih.
1. Guru memaklumkan kepada
murid bahawa karya mereka
boleh dihadiahkan kepada ibu
sempena hari ibu.

6. Guru merumuskan pengajaran
pada hari ini berdasarkan Kad
Ucapan Hari Ibu yang telah
dihasilkan oleh murid-murid.

7. Guru mengakhiri pembelajaran
pada hari ini dengan ucapan
terima kasih.

KB:
Menghubung
kait

Nilai:
Kerjasama,
Hormat,
Kasih-sayang.









Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR ( PSV 3107 )
9

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, melalui proses pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah
menggunakan pendekatan yang lebih kreatif untuk menarik minat murid melalui proses
kefahaman, kreativiti dan inovasi, mengaplikasikan pendekatan, kemahiran memilih dan
sebagainya. Pemilihan pendekatan yang sesuai akan dapat mewujudkan satu kondusif
pembelajaran dalam mencungkil keupayaan murid membuat sumbangsaran, menyusun
atur dan menyenarai topik yang dipelajari. Pendekatan yang sesuai juga akan dapat
mengembangkan lagi pengetahuan sedia ada murid.

Setiap kaedah yang dipilih juga hendaklah dipastikan keberkesanannya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Antara faktor-faktor yang menunjukkan kepada
keberkesanan tersebut adalah seperti berikut:
Menarik perhatian murid.
Mewujudkan motivasi.
Adanya perkembangan ilmu di dalam pengetahuan sedia ada murid.
Menyenaraikan, sumbangsaran, membanding beza dan berlakunya perubahan
tingkahlaku murid.

Penilaian kendiri perlu dibuat setelah selesai melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran sebagai satu refleksi berkenaan dengan pengajaran guru. Kekurangan
dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang.
Antara penambahbaikan yang perlu ada ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan
penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.
Penambahbaikan juga perlu dilihat kepada perkembangan murid dan penerimaan
mereka berdasarkan kepada langkah-langkah pengajaran yang disusun secara
berperingkat-peringkat.

Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan dan keberkesanan
penyampaian sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja dapat
meningkatkan mutu penyampaian malahan ia akan menjadikan satu-satu pelajaran itu
lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid.




Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR ( PSV 3107 )
10

REFLEKSI INDIVIDU

Bagi menyempurnakankan tugasan Kerja Kursus (PSV 3107) Pedagogi Pendidikan Seni
Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini, bukanlah satu perkara yang mudah
kerana pada permulaannya saya perlu memahami terlebih dahulu kehendak tugasan,
meneliti soalan tugasan projek seperti pemilihan tajuk Rancangan Pelajaran Harian,
pengurusan aktiviti, pengurusan sumber bahan bantu mengajar, pengurusan bilik dan
hasil kerja pelajar dan tindakan susulan yang boleh dijalankan oleh guru untuk
menambahbaikkan Pendidikan Seni Visual di sekolah.

Namun begitu saya amat bersyukur kerana tugasan kali ini dilaksanakan secara
berkumpulan. Oleh itu, kerja menjadi lebih mudah apatah lagi saya sememangnya
mengajar Pendidikan Seni Visual di sekolah. Ini banyak membantu saya untuk
menyiapkan tugasan ini sebaik mungkin. Di samping itu saya juga mencari seberapa
banyak bahan, sama ada dalam bentuk buku-buku ilmiah , bahan dari internet,
perkongsian blog serta web, sumber daripada rakan-rakan seperjuangan yang lebih
mahir dalam Pendidikan Seni Visual dan sebagainya. Daripada bahan rujukan tersebut
saya membaca, mengkaji dan cuba memahami yang mana bersesuaian dengan
kehendak soalan tugasan.

Sebelum menyediakan RPH, terlebih dahulu saya menerangkan apa itu seni
visual supaya saya dapat memahami untuk melaksanakan tugasan ini. Tugasan yang
diperoleh ini dapat memberi pengetahuan yang baru kepada saya. Sebagai seorang
guru yang telah lama berkhidmat di sekolah, pengetahuan Pendidikan Seni Visual perlu
diteroka oleh semua guru agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan lancar dan mencakupi semua bidang Pendidikan Seni Visual. Saya berasakan
tugasan ini adalah salah satu daripada garis panduan dan langkah yang bijak serta amat
sesuai bagi menambahkan ilmu pengetahuan saya sebagai seorang pendidik yang
menyediakan saya tentang isi kandungan dan pendekatan yang boleh menjadi panduan
untuk saya. Sesungguhnya tugasan kali ini banyak membantu saya menjadi seorang
guru yang lebih berinformasi dan berpengetahuan luas dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual.



Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR ( PSV 3107 )
11

Sepanjang saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini, saya dapat
menambahkan banyak ilmu pengetahuan dan memahami hasrat kerajaan untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi kemanusiaan, komunikasi, sains,
keterampilan, perkembangan fizikal & estetika serta kerohanian, sikap & nilai. Oleh itu,
saya berpendapat bahawa seseorang guru perlu memahami apa matlamat dan objektif
yang ingin dicapai dalam KSSR supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Masalah yang dihadapi semasa menyiapkan tugasan ini ialah saya kekurangan
masa untuk bertemu dengan pasangan. Ini kerana masing-masing sibuk dengan
kerjaya. Namun begitu, masalah ini dapat diatasi dengan rangkaian internet yang
membolehkan kami berhubung walaupun masing-masing sibuk dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, saya amat bersyukur kerana mendapat
pengertian yang amat mendalam daripada suami dan anak-anak dan merekalah yang
menjadi pendorong untuk saya lebih yakin dan bersemangat untuk menjalankan tugas
yang dipikul sebaik mungkin. Walaupun terdapat beberapa kekangan dalam
menyempurnakan tugasan ini, semuanya itu bukanlah menjadi batu penghalang
kepada saya .Malah saya berasakan satu kepuasan ,bila dapat menyiapkannya pada
masa yang ditetapkan.

Tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik
Ahmad Tarmizi bin Salleh kerana telah memberi tempoh yang agak panjang untuk
menyelesaikan tugasan ini. Tanpa pengertian daripada beliau, mungkin saya tidak dapat
menyediakannya dengan sebaiknya. Akhir kalam, segala yang baik itu adalah datang
dari Allah dan yang kurang itu adalah atas kelemahan diri saya sendiri sebagai
hambanya yang lemah. Guru yang disegani oleh murid adalah lebih baik daripada guru
yang ditakuti. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
Nor Aini binti Deghani,
710128035744
Kumpulan BM 5.07/Semester 5



Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR ( PSV 3107 )
12




BIBLIOGRAFI

Choong Leong Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Chua Yan Piaw. (2004). Perhubungan antara penumpuan perhatian ke atas pelajaran
dan stail kemahiran berfikir. Tempawan: Jurnal akademik Maktab Perguruan Ilmu
Khas. Jilid XXI.

Jemaah Nazir Sekolah. (2003). Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah menengah
dan rendah. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual,
KBSR. Kuala-Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual,
KBSR. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Prof. Madya Hj. Iberahim. artikel Pendidikan Seni Di Malaysia Antara Harapan Dan
Realiti. Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, Universiti Pendidikan Sultan .
Idris.

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/pengurusan-studiobilik-seni-di-
sekolah.html
http://norzianaiberahim.blogspot.com/2011/04/strategi-pendekatan-kaedah-dan-
teknik.html
http://www.ppk.smkdpk.com/bsk/modul/modul_psv_kbsr.pdf





Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR ( PSV 3107 )
13
















Lampiran