Anda di halaman 1dari 4

Seorang pemegang ijazah pendidikan yang kreatif harus menyediakan asas

pendidikan muzik yang berkesan pada masa akan datang bagi melibatkan kanak-
kanak aktif dengan aktiviti muzik. Setiap satu daripada tiga pendekatan muzik yang
terkenal berdasarkan falsafah dan pedagogi seperti Emile Jaques Dalcroze-, Zoltan
Kodaly, dan Carl Orff menawarkan persekitaran pembelajaran yang unik dan
berkesan di mana minat setiap pelajar dapat ditanam bagi mendekat diri kepada
pembelajaran muzik.
Muzik adalah satu cabang seni. Muzik adalah satu aspek yang sangat
penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif
kanakkanak. Pengalaman awal muzik dalam kalangan kanak-kanak adalah satu
peringkat yang sangat penting yang boleh membantu kanak-kanak dari segi
pembinaan, penukaran dan pengembangan konsep. Pada tahap ini kanak-kanak
mengalami perkembangan dalam persepsi multisensori, pengawalan motor,
kemahiran penyelesaian masalah, mencipta dan kemahiran menyoal. Muzik sering
menjadi elemen yang memberi keseronokan dan alat untuk meluahkan perasaan
bagi kanak-kanak.
Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah
tiga orang ahli dan pendidik muzik. Mereka ialah Emili Dalcroze dari Switzeland, Carl
Orff dari Jerman dan Zoltan Kodaly dari Hunggary. Berdasarkan idea-idea muzik
yang ditemui di negara mereka masing-masing, ianya telah digunakan secara
meluas di serata dunia. Disebabkan idea-idea yang mereka peroleh mempunyai
kaitan dengan budaya dan konteks negara mereka sendiri, maka ia telah
menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori mereka berbeza.
Emile Jaques Dalcroze telah memperkenalkan satu kaedah untuk
mempelajari dan mengekspresikan muzik melalui pergerakan yang dipanggil
eurhythmics. Semasa mengajar Dalcroze mendapati bahawa ramai daripada pelajar-
pelajarnya cekap dari segi teknikal tetapi mempunyai kelemahan dari segi
pemahaman muzik. Kesedaran ini telah mendorong Dalcroze mencipta satu kaedah
yang menggabungkan pergerakan, rentak dan improvisasi. Menurut Dalcroze,
pembelajaran dan latihan muzik yang lengkap dan kreatif seharusnya menggabung
ketiga-tiga aspek ini.
Tambahan lagi, kaedah Dalcroze ini menegaskan bahawa tubuh badan
pelajar dianggap sebagai peralatan muzik dalam menginterprestasikan bunyi serta
tindak balas seluruh tubuh badan perlu aktif dalam mempelajari muzik. Kandungan
kurikulum Pendekatan Dalcroze adalah bertujuan untuk memperkembangkan
kebolehan pelajar untuk merasa, mendengar, mencipta, berimaginasi, berhubung,
mengingat, membaca, mempersembahkan dan menginterpretasikan muzik.
Kepekaan terhadap rentak, kebolehan mengenali muzik dan koordinasi otot
dikembangkan secara serentak. Dalam mendidik kanak-kanak, Dalcroze juga cuba
sedaya upaya untuk mengajar kanak-kanak tentang cara menghayati muzik dan cara
mengekspresikan perasaan mereka melalui muzik. Dalcroze sentiasa cuba
mengendalikan pengajarannya supaya tidak membosankan dan sentiasa cuba
mengintegrasikan sebanyak deria yang boleh. Berdasarkan pengalaman ini,
Dalcroze memerhatikan bahawa walaupun kadang kala kanak-kanak tidak boleh
bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari
mengikut rentak berkenaan. Ini merupakan elemen paling penting dalam menyokong
hujah beliau yang menekankan bahawa pergerakan adalah salah satu cara
mengungkapkan perasaan melalui muzik. Mengikut kaedah dan aktiviti-aktiviti
pengajaran, Dalcroze memberikan pandangan bahawa pergerakan dan nyanyian
dianggap sebagai kemahiran asas yang mesti ditekankan.
Dua ciri yang penting yang ditekankan oleh Dalcroze dalam pendekatan
beliau ialah Pendengaran Dalaman iaitu kebolehan mengenali sensasi yang dirasai
melalui pergerakan dan bunyi dan juga Kinesthesia iaitu sensasi yang dirasai melalui
pergerakan ditukar kepada perasaan yang kemudiannya dihantar ke otak. Otak pula
akan memproses maklumat dan menukar maklumat yang diterima menjadi
pengetahuan. Improvisasi atau pengubahsuaian adalah satu lagi yang sangat
penting dalam kaedah ini. Mengikut Dalcroze, muzik harus sentiasa diubah supaya
kanak-kanak belajar mendengar, mengenali dan menghayati muzik.
Berdasarkan pendapat dan pandangan Dalcroze di atas, dapatlah
disimpulkan di sini bahawa luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan
pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kanak-kanak
berkomunikasi secara verbal dan bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan
pergerakan estetik yang menjurus kepada isyarat yang merupakan gambaran
kepada emosi dalaman, jiwa dan pemikiran mereka.
Seterusnya, suara, pergerakan dan peralatan muzik adalah tiga elemen
perantara yang digunakan dalam pendekatan Carl Orff. Lagu dan rima pentatonik
digunakan untuk mengajar kanak-kanak menyanyi. Pentatonik ialah skala lima nota.
Pelbagai pergerakan direka dan disesuaikan dengan rima. Meneroka dan mencuba
pergerakan badan menggunakan ruang yang sedia ada serta mengikut rentak muzik
yang berlainan adalah penting dalam kaedah ini.
Berbeza daripada pendekatan Caldroze, Carl Orff ialah seorang ahli muzik
dari German yang memperkenalkan pendekatan pendidikan muzik yang
menggunakan pergerakan sebagai asas penguasaan perkembangan muzik kanak-
kanak. Pendekatan ini dikenali sebagai Orff Shulwerk. Pada mulanya, Orff Shulwerk
dicipta untuk mengajar orang dewasa tetapi lama kelamaan iubahsuai khusus untuk
mengajar kanak-kanak. Manakala peralatan muzik yang digunakan dalam kaedah
Shulwerk adalah dari jenis bar atau mallet seperti xylophone. Alat ini dipanggil
instrumen Orff kerana kunci-kunci yang boleh dikeluarkan atau dipindahkan
membolehkan nota-nota muzik disusun semula dalam berbagai kombinasi semasa
latihan pengubahsuaian. Proses pengajaran pendekatan Shulwerk boleh
dibahagikan kepada empat bahagian yang digunakan dalam pelbagai cara.
Bahagian yang pertama dalam proses pengajaran Orff ialah eksplorasi
dimana kanak-kanak menjelajahi dan mencuba semua aspek Shulwerk. Semua
instrumen termasuk suara dicuba untuk menghasilkan bunyi. Pelbagai pergerakan
juga dicuba. contohnya, bergerak seperti seekor binatang. Seterusnya, peniruan juga
turut menjadi antara salah satu proses penting dalam proses pengajaran Orff.
Tambahan lagi, ianya berlaku apabila kanak-kanak banyak belajar dengan meniru
pergerakan yang dilihat dan didengar. Shulwerk menggunakan teknik ini untuk
mengembangkan kemahiran muzik kanak-kanak.
Bahagian seterusnya yang dapat dikenalpasti dalam proses pengajaran Orff
ialah improvisasi. Sehubungan dengan itu, selepas kanak-kanak belajar tentang
pergerakan, rentak dan melodi, kanak-kanak akan berupaya membuat improvisasi
terhadap melodi. Akhir sekali, proses penciptaan akan berlaku dimana Fungsi
Shulwerk dalam aspek ini adalah menyediakan alat untuk penciptaan. Selepas
penjelajahan akan menggunakan pengetahuan tentang muzik, pengetahuan tentang
melodi, pergerakan dan bahasa untuk mencipta satu gubahan muzik yang lengkap.
Jelasnya, pandangan Carl Orff terhadap pengajaran muzik kanak-kanak tidak
banyak perbezaan dengan pendapat Dalcroze. Kedua-dua mereka memberi
penekanan kepada kepentingan penerapan unsur muzik dan pergerakan dalam
pendidikan kanak-kanak. Mereka percaya bahawa pergerakan estetik awal kanak-
kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka.
Tokoh seterusnya yang boleh dibanding beza dengan Carl Orff dan Caldroze
ialah Zoltan Kodaly. Beliau ialah tokoh muzik yang berasal dari Hungary. Konsep
Kodaly diperkenalkan sebagai kaedah dalam pendidikan muzik. Asas dalam kaedah
ini ialah nyanyian, pembelajaran bahan muzik instrinsik iaitu muzik yang berkait rapat
dengan budaya sesuatu masyarakat dan penggunaan solmization yang relatif.
Solmization ialah sistem kod nada yang menggunakan suku kata do-re-mi-fa-so-la-ti-
do untuk skala atau skor muzik. Perbezaan utama antara kaedah ini dengan kaedah-
kaedah pendidikan muzik yang lain ialah penekanan kepada pembelajaran dan
pembacaan skor muzik secara formal.
Pendekatan Kodaly mempunyai dua objektif iaitu membantu dalam
perkembangan sosial seni kanak-kanak yang seimbang dan seterusnya
menghasilkan individu dewasa yang dapat membaca dan menulis skor muzik seperti
mana mereka mahir membaca dan menulis dalam bahasa. Berdasarkan
pengalamannya, Kodaly sedar bahawa pendidikan muzik kanak-kanak haruslah
bermula dari tahap prasekolah. Kodaly menekankan kepentingan muzik dalam
kurikulum. Di samping itu, Kodaly menegaskan bahawa pengajaran muzik harus
dimulakan pada masa kanak-kanak mula belajar membaca.
Selain persamaan kaedah mereka dalam pendidikan muzik sekolah rendah,
perbezaan utama di antara mereka ialah Kodaly mementingkan penglihatan-
membaca / melihat-nyanyian manakala Orff tidak memberi tumpuan kepada
nyanyian. Satu lagi perbezaan antara pendekatan mereka adalah dalam
menggunakan alat-alat muzik. Dalam pendekatan Kodaly ini beliau menggunakan
isyarat tangan dan memberi tumpuan kepada nyanyian, dan beliau tidak
menggunakan alat-alat muzik. Untuk Orff, di pandangan yang lain, penggunaan
muzik (terutamanya instrumen percussive) adalah penting. Akhirnya, kreativiti muzik
dan penambahbaikan adalah matlamat utama dalam Kaedah Orff bagi kanak-kanak
sekolah rendah Malaysia.
Pada pendapat saya, kesemua kaedah boleh digunakan bergantung kepada
persekitaran kelas, kemudahan dan fizikal pelajar. Setiap pendekatan mempunyai
manfaat yang berbeza untuk pelajar disekolah rendah. Paling penting, guru-guru
muzik harus mengambil kesempatan daripada perbezaan kaedah pengajaran dalam
pendidikan muzik dan kita harus berterima kasih kepada Kodaly, Orff dan Dalcroze
serta pendidik muzik lain yang mempunyai kesungguhan mengabdikan diri untuk
meningkatkan tahap pendidikan muzik di seluruh dunia.

Anda mungkin juga menyukai